ADUN PAS PERAK TERBUKA MATA

on Thursday, May 14

1. DS NAJIB Tun Razak seorang PM yang praktikal. Beliau diberi taklimat baik-baik belaka oleh Datuk Bandar KL, namun DS Najib turun juga di Pudu dan akhirnya terhidu segala macam udara Pudu.

2. Kata DS Najib...saya adalah The People Prime Minister, I'm with the peoples and i will be the People's PM...

3. Sebagai anak daripada baka Tun Razak, bukanlah ia menghairankan, kerana Tun Razak sendiri berjalan di atas lumpur, bermalam di rumah suku kaum Lunbawang di Bakelalan, Lawas .

DS Anwar pun tidak pernah bermalam di rumah orang kampung, kalau tidak di hotel 5 Bintang.

4. Hari ini, YB Tuan Hj Ahmad Maslan pun bermalam di rumah-rumah peneroka , memberi kuliah subuh sambil mendengar suara rakyat. Alangkah baiknya kalau semua YB seperti ini turun padang, bukan hanya mendengar laporan sahaja.

5. Kesediaan DS Najib untuk bersemuka dengan pemimpin Pakatan untuk menyelesaikan masalah Perak, menggambarkan besarnya hati DS Najib. Cuma, kita bimbang DS Anwar pula menentangnya, sebagaimana tangan-tangannya dalam PAS yang menentang Kerajaan Perpaduan anjuran Haji Hadi Awang.

6. Kini, timbul pula gosip ADUN PAS di Perak akan tinggalkan Pakatan . Barangkali ini benar, kerana jika diperhatikan semasa peristiwa 7 Mei dalam Dewan di Perak, YB-YB PAS semuanya duduk diam bersopan santun dan berhemah kecuali Mantan MB Nizar yang terikut-ikut dengan YB-YB DAP yang menjerit-jerit dan merosakkan keadaan dan lain-lain.

Agaknya terbuka mata mereka terkezut hairan akan bagaimana dashyatnya tingkah laku YB-YB DAP yang kemaruk kuasa, kecewa hilang kuasa dan tidak dapat menerima hakikat hilang kuasa.

7. Pada tahun 2004, BN hanya kurang 2 Kerusi aje di Kelantan, Alhamdulillah MB Tuan Guru Nik Aziz boleh menjadi MB dengan tenang dan bahagia. Kata YTM Tunku dahulu, Kelantan janganlah kacau, dia pun Melayu juga .

Penulis pun respect Tuan Guru Nik Aziz. Namun di Perak, kurang 3 Kerusi gila bagai nak rak...

10 Komen:

pro pas asli said...

Semasa di universiti saya memang penyokong pas malah apabila sudah bekerja dan layak mengundi saya pun mengundi pas. Masa itu pas umpama melukut di Perak. Saya menyokong pas ketika itu kerana perjuangan pas berkaitan Islam.

Tapi kini pas sudah diresapi perjuangan yang lebih mementingkan kuasa dan undi. lebih mementingkan dap daripada bangsa sendiri.

Inilah yang sedang berlaku dalam pemilihan pimpinan pas. pas akan dirosakkan oleh keghairahan orang-orang baru dalam pas yang tidak menghayati perjuangan asal pas menegakkan Islam.

UlatdanKulat said...

"Agaknya terbuka mata mereka terkezut hairan akan bagaimana dasyhatnya tingkah laku YB-YB BN yang kemaruk kuasa, kecewa hilang kuasa dan tidak dapat menerima hakikat hilang kuasa."

Salam

Macam ada tersalah taip atau saya yg tersalah baca...harap beri nasihat

Jentayuabaka said...

Terimakasih Tuan UlatdanKulit

saya silap taip, TQ

TAIPINGMALI said...

tuan,

Tuhan memberi kita mata dan hati...lihat lah dgn kedua-duanya. iaitu matahati dan janganlah melihat dgn mata ikan gelama kering yang terbeliak di jemuran tetapi tiada lagi hati.

pemerhati said...

agak tajam pemerhatian tuan.YB Pas memang relaks je kat Perak.Yang terkinja-kinja adalah DAP. Sekarang sudah terang lagi bersuluh sape yg mastermind dlm PAKATAN

Saya Rakyat said...

jadi yang dilaung-laungkan "pulangkan kuasa pada rakyat" adalah sebenarnya "pulangkan kuasa pada dap" kah?

GuruBashid said...

Jangan lupa Perak bukan Kelantan

Anonymous said...

Berita NTV7 petang tadi anwar & konco-konco nak jumpa DSN. Tujuan satu je..nak suruh DSN mohon bubar dun. Tak yah layan, buang masa je..tanda-tanda PR(haram) dah nazak kat Perak. Kan BN dah majoriti. Nak kembalikan kuasa rakyat tunggulah PRU akan datang

Pejuang Bangsa said...

laungan kembalikan kuasa kepada Rakyat sebenarnya kembalikan KUASA kepada DAP !!!!

DAP yang terlalu rakus mahukan kuasa di Perak ..

Anonymous said...

kabo angin aje tu..
yang bawak kabo angin tu orang UMNO/BN nak tengok apa respon dari PR..
sape nak bersatu dengan penyamun yop..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan