ANWAR BIJAKSANA = NAJIB BIJAKSINI

on Tuesday, May 26

1. PENULIS baru balik dari negara China, selama seminggu tidak dapat update blog kerana dari sana tidak boleh buka blog-blog dari Malaysia kecuali beberapa blog sahaja.

2. Di Hangzhou penulis bertemu beberapa 'taukeh' Cina dari Malaysia, mereka rupa-rupanya sedang order pakaian, kain, barang permainan,beg segala jenis dan sebagainya untuk pasaran Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika Malaysia menjadi lambakan barangan China yang berkualiti rendah tetapi murah. Sebagai contoh beberapa T Shirt jenama Golf, Polo dsbnya cuma berharga dalam RM10-RM15 sahaja, tetapi di Malaysia dijual dalam harga RM50 dan paling kurang pun RM30.

3. Kesukaran di China ialah dari segi bahasa, rata-rata mereka tidak mahir berbahasa Inggeris. Maka komunikasi yang berkesan ialah menggunakan bahasa Isyarat, menulis di atas sekeping kertas, atau menunjuk peta, atau meminta pekerja hotel menulis tempat dalam tulisan China.

Penulis melihat, orang-orang China tidak perlukan Barat atau orang luar untuk survival hidup, maksudnya bukan mereka nak memahami keperluan kita, tetapi kita yang perlu memahami kehendak mereka.

Inilah yang diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku politik DAP di Perak. Bukan mereka nak memahami apa-apa keputusan Mahkamah apa-apa pun, tetapi mereka minta kita yang memahami kehendak mereka hendak menjadi Kerajaan negeri Perak, walau apa pun.Walaupun mereka bijak Matematik dalam kelas selalu dapat 100% masih gagal menjawab soalan Bahagian B Tahun 1 ( Yang manakah lebih besar, 31 atau 28 ).

Sebab itu tindakan akhir mereka nak Mogok Lapar. Mogok Lapar itu adalah lambang Malu mereka kerana tewas dalam pertarungan di Mahkamah. Kalau di Korea Selatan baru-baru ini, mantan Presidennya membunuh diri kerana malu, di Perak mereka mereka nak Mogok Lapar.

Bayangkan jika seluruh negeri Pulau Pinang papantandanya ditulis dalam bahasa Cina? Bukan kita anti kerana mereka juga rakyat Malaysia, cuma di manakah Hasrat " Malaysian Malaysia" yang mereka uar-uarkan.

Mereka katakan satu bangsa sahaja jangan ada Cina/India/Melayu/dll hanya ada bangsa Malaysia sahaja, sedap dan cantik didengar tetapi sanggupkah pula DAP mencadangkan kepada orang-orang Cina di Malaysia supaya mengamalkan pula Satu bahasa Malaysia, Satu sekolah Malaysia,atau hanya perangkap politik sahaja nak jadi Perdana Menteri...?

DS Najib bijak dalam hal ini kerana mengetahui Malaysian Malaysia itu tidak sesuai dipraktikkan, sebab itu DS Najib mahu mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia melalui 1Malaysia, yakni mempraktikkan apa yang sudah ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri.

4. Selama ini kita dipersonakan oleh istilah-istilah DS Anwar yang hebat-hebat seperti Ketuanan Rakyat, Kesaksamaan, Kesamarataan, Keadilan, American Demokratik ( melalui ceramah Anwar di Amerika ), Turkik Demokratik, Islam Liberal, bila Pak Lah bentang Bajet Tahunan Anwar pun bentang Bajet Tahunannya ( atas kertas sahaja ) la ne dah tak dak Bajet Tahunan Anwar...hangat-hangat tahi ayam sahaja kata orang tua-tua.

5. Hari ini DS Najib melalui pengalamannya dalam pentadbiran kerajaan Berjaya dan Bijak mengatasi isu Jambatan Singapura, bijak menyelesaikan isu MB Perak ( Tahniah kepada Mantan MB Nizar kerana mengembalikan kenderaan kerajaan/kenderaan rakyat ), sangat bijak membuat keputusan di Penanti ( khabarnya Anwar terkezut dan sangat kecewa ), dan di atas kebijakan itu hari ini Rakyat Malaysia boleh meneruskan aktiviti harian dengan harmoni, tenang dan rileks...bukan begitu...

5 Komen:

peminat said...

Salam, dari Cina rupanya...sebab tu lame tak update ingat dah pencen hehe, semakin rasio idea sedara, tapi teman nak komen dua bende kat sini. (1) Mana gambar Najib tuan, (2) apa tu bijaksini...kita kat Perak dah aman skrg, Nizar pun dah ingat Tuhan , tinggal Dap je le yg nak terus kejar jwtn MB tu..

zakiahnaim said...

selamat kembali tuan. semoga pengalaman berada di China dapat di kongsi bersama

ORANG KAMPUNG said...

"orang-orang China tidak perlukan Barat atau orang luar untuk survival hidup, maksudnya bukan mereka nak memahami keperluan kita, tetapi kita yang perlu memahami kehendak mereka".

LU PIKIRLAH SINDIRI MELAYU WEH...LU INGAT APA..NANTI SELUAR DALAM PUN LU KENA MINTA SAMA ITU TAUKEH..

mrjantan said...

Kat Bukit Bintang, Ipoh, Alog Setaq dah banyak ada Cina, wat paa la nko pegi lagi ke bunuanya tuu. Dari sini pun dah jelas mereka tuu berpadu berpolitik untuk bangsanyaa bukan seperti bangsa melayu berpolitik untuk partinya.

sayiful azuan said...

ada seorang adun dap yang saya tidak ingat dari dun mana sewaktu beliau sebagai penceramah pembuka cermah perdana Anwar-nik Aziz semasa prk bkt gantang yang lalu menjelaskan berkenaan isu tanah 999 tahun yang diberi oleh krjan PR yang memerintah Perak. katanya itu adalah anugerah krajaan negeri yang kpd orang yang mendiami penempatan kg baru.dahulu tanah itu hanya diberi hak menduduki selama 30 tahun oleh kerajaan terdahulu(BN).kemudian pajakan disambung lagi bagi tempoh yang sama. jadi Kerajaan PR bersimpati dengan mereka dan menganugerahkan geran pajakan 999 tahun. ADUN itu menganggap situasi itu sebagai win-win(menang-menang) kerana nilai tanah itu telah meningkat beberapa kali ganda oleh pihak bank berbanding tanah disekitarnya yang hanya memiliki tempoh pajakan 99 tahun. beliau mengganggap pihak pemilik tanah pun untung,pihak bank pun untung..ucapan nya disambut oleh tepukan gemuruh oleh hadirin pelbagai bangsa yang hadir mendengar sessi ceramah itu..korang pikir lah sendiri..
bersatuislamelayu.blogspot.com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan