CALON UMNO PENANTI

on Sunday, May 3

1. TUN Dr. Mahathir Mohamad pernah kalah dalam PRU di Kedah, namun sudah ditakdirkan Allah SWT , maka Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.

2. DS Anwar Ibrahim melalui rangkaiannya di Amerika Syarikat terutamanya, melalui NED, FFF , dalam UMNO dulu melalui ABIM, dalam PAS melalui Erdogans, dalam PKR melalui IKD, boleh dikatakan paling gahlah dalam kalangan 27 Juta penduduk Malaysia, namun Allah SWT tidak mengizinkan Malaysia di perintah olehnya pada 16 September 2008.

3. Pada tahun 1960an, PAP sangat popular berbanding MCA di Tanah Melayu, maka Singapura meletakkan Calon-Calon PRU PAP di Tanah Melayu dari Cina Singapura, namun semuanya kalah kecuali Devan Nair di Bangsar.

4. Pada tahun 1985, Bendera dan penyokong Parti BERJAYA di Sabah bagaikan lautan manusia semasa hari penamaan calon, akhirnya tumbang di tangan PBS.

5. Pada tahun 2004, PAS hanya menang 2 kerusi sahaja di Kelantan menggambarkan BN ada peluang merampas Kelantan jika pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan mengubah sikap tidak berpuak-puak. Masalah PAS bacalah luahan hati Nik Abduh betapa berkocaknya PAS, hanya mereka bijak menafi-nafikannya.

6. UMNO khususnya hendaklah mengambil advantage perubahan sokongan orang-orang Melayu di Bukit Gantang daripada PAS kepada UMNO dengan meneruskan momentum itu.

Kena ingat hampir 70% pengundi Melayu mengundi UMNO di Bukit Gantang, PAS hanya menang undi Melayu tidak sampai 5 Pusat Mengundi, lainnya semua merosot. Kemenangan PAS hanya diberikan oleh pengundi DAP sahaja.

Di Penanti jika UMNO menang maka petanda Anwar dan PR mengalami proses merudum. PRU13 adalah penentu Anwar berjaya atau tidak. Jika PRU13 Pakatan Rakyat masih gagal maka mereka akan menjadi seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU ) dahulu, Gagasan Rakyat yang semuanya berkubur.

Jika UMNO kalah, majoriti PKR merudum dan statistik undi Melayu meningkat kepada UMNO seperti di Bukit Gantang, itu pun petanda UMNO punya peluang besar dalam PRU13. Malah dalam 20,000 undi UMNO semasa PRK Permatang Pauh dahulu hendaklah dihormati juga.

7. Maka itu, penulis mencadangkan UMNO meletakkan calonnya. Majoriti Fairuz dahulu hanya lebih 3,000 undi bukanlah besar. Siapakah Calon paling sesuai, pada hemat penulis Ketua Bahagiannya ( Abd. Jalil ) kerana beliau pernah menang di situ pada tahun 2004 ...

4 Komen:

Pejuang Bangsa said...

sy setuju dgn sdr ..sumber2 rakan saya di UMNO bahagian memberitahu juga kemungkinan BN akan bertanding .

Datuk Abd Jalil adalah calon yang baik kerana beliau sudah dikenali oleh pengundi Penanti dan jasa2 nya kepada golongan ibu tunggal,orang tua2 ini cukup banyak .

akusayangumno said...

Bagaimana pula letak calon yang fresh? Mungkin dikalangan Wanita?

Anonymous said...

Pada pendapat saya tak perlulah kita letak Dtk Jalil, byk pengundi tidak berapa "minat" dengan beliau pada pilihanraya dahulu. Byk cerita tidak manis dari yang manis. Yang lepas biarlah berlalu tak perlulah menceritakan apa yang berlaku. Sahabat kami telah kembali ke rahmatullah hampir 7 bulan, akibat tekanan melampau dan derita akibat janji janji manis. elok letak calon yang muda, rajin, dikenali dan rendah diri. Kalau tidak letak calon pun lagi bagus bukan kerana pengecut tetapi tak perlulah kita bermain main dengan sandiwara permainan PKR serta membuang masa dan wang kerana perkara yang remeh dan menyusahkan serta tidak masuk dek akal. Tak bertanding bukan bererti kalah dalam perjuangan tetapi pemimpin kita boleh memikir isu yang lebih penting dari membuang masa 2 minggu berkempen dengan membuat kerja lebih berfaedah dan untuk rakyat khasnya. Tengok lah kemungkin ada beberapa lagi PRK akan datang dalam tahun ini terkini Kota Alam Shah..

panglima said...

Suatu masa dulu, Barisan Nasional tidak pernah gagal menyertai setiap pilihan raya kecil. Sekarang pendirian BN tidak seperti dulu lagi.
BN kemungkinan tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti. Alasannya pilihan raya kecil itu hanyalah pembaziran dan tidak akan membawa impak yang besar sekalipun beroleh kemenangan.
Pihak pembangkang mengeksploitasi dengan mendakwa bahawa BN takut kalah.
Kebarangkalian untuk kalah memang besar kerana Penanti adalah kubu pembangkang, tapi saya percaya kekalahan dalam empat pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 2008 turut memberikan kesan psikologi kepada BN.
Bermula dengan Permatang Pauh, disusuli Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Selambau. Sudah pasti kekalahan di empat pilihan raya kecil itu telah melunturkan keyakinan BN.
Kenapa begitu? Apa sudah jadi dengan UMNO sebagai tulang belakang BN. Saya difahamkan jentera pilihan raya UMNO dan BN tidak sehebat dulu dalam pilihan-pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU 2008.
Sehubungan dengan ini, saya juga tertanya-tanya peranan jentera penerangan kerajaan yang sangat penting dalam memperkasa hubungan dan kepercayaan antara rakyat dan kerajaan. Salah satu ialah Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan yang lebih dikenali sebagai JASA.
JASA telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi barisan depan dalam peranan ini. Di mana peranan JASA sehingga menyebabkan ramai rakyat yang hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang mereka zahirkan dalam bentuk undi kepada pembangkang.
Barangkali JASA sekarang tidak lagi peka kepada perubahan semasa. Cara pengundi berfikir dan wajah-wajah pengundi sekarang tidak lagi seperti dulu. Sekarang zaman peralihan dan perubahan. Adakah JASA memahami dan menjalankan tugasnya sejajar dengan perubahan yang berlaku?
Barangkali JASA memerlukan perubahan yang bermula dari atas ke bawah. Dari kepimpinan sehingga kepada kakitangan bawahan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan