CITA-CITA LEE KUAN YEW

on Thursday, May 7

1. MINGGU lepas dalam rancangan pagi Radio IKIM, seorang pemanggil menyatakan 1 Malaysia dengan Malaysian Malaysia sama sahaja.

2. Apa yang tidak difahami oleh pemanggil tersebut ialah antara ciri-ciri Malaysia Malaysia ialah menyamaratakan semua rakyat Malaysia, untuk menikmati kek yang ada, tanpa melihat latarbelakang sejarah, sosiobudaya, terutama graf ekonomi.

3. Matematiknya, jika kedudukan ekonomui orang Melayu sekarang 20%, Cina 80%, 10% India dan lain-lain, kek itu hendaklah diberi samarata juga.

4. Mudahnya, jika kapasiti UITM itu boleh menampung 30,000 pelajar setahun, ia hendaklah dibahagi samarata di antara Cina/Melayu/India.

5. Di dalam Malaysian Malaysia, tidak ada istilah keistimewaan sesuatu bangsa, ia adalah sama dan rata, bahasa politiknya adil dan saksama.

6. Jika begitu, bolehkah diwujudkan hanya satu TV saluran iaitu TV Bahasa Malaysia sahaja, satu sekolah Malaysian sahaja yakni tiada sekolah jenis kebangsaan, satu jenis suratkhabar sahaja yang menggunakan satu bahasa Malaysia sahaja.

Jika tidak boleh, maknanya Malaysian Malaysia ciptaan Lee Kuan Yew itu hanyalah Propaganda politik sahaja untuk membolehkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kata Tun Abdul Rahman Ya'kub, mantan Menteri Pelajaran di bawah Tunku,Lee Kuan Yew bila pergi keluar negeri memang dia membahasakan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia!

4 Komen:

SARFAMS said...

Salam Blogger,

TOLAK LEE KUAN YEW

Anonymous said...

Tolak kerabat lee kuan you..lee Ikan you..

rahman,ahchong,muniandy said...

Tidakkah PAS menyedari kuasa mereka sehingga mampu memerintah Perak walaupun hanya seketika tetapi atas belas ehsan DAP? Adakah PAS lupa jumlah kerusi yang mereka menangi di Perak berbanding DAP?Hanya baru mempunyai enam kerusi, tetapi PAS merasakan mereka benar-benar hebat dan kuat sedangkan realitinya Nizar ketika menjadi Menteri Besar hanya sekadar menjadi orang suruhan DAP semata-mata, disuruh Ngeh dan Ngar Kor Ming menyalak, maka mereka akan menyalak sepuas-puasnya.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

1. Dari segi strategi politik, Satu Malaysia bertujuan untuk menarik kembali sokongan bukan Melayu kepada Barisan Nasional. Tanpa sokongan bukan Melayu sudah pasti BN akan kecundang pada PRU13.

2. Demi survival politik tidak mustahil konsep Satu Malaysia menjadi seperti Malaysian Malaysia. Jika tidak sekali gus mungkin secara beransur-ansur. Beri kek pada mereka sedikit demi sedikit...kek sebesar bukit pun akan habis di unjuk.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan