DI MANA JALANNYA

on Thursday, May 28

1. DALAM lawatan penulis ke beberapa daerah di China baru-baru ini, penulis mendapati generasi lama masih mahu mengekalkan sejarah lama mereka. Di satu kedai penulis melihat bagaimana mereka menjual gambar2 Mao Tze Tung sejak kecil remaja hinggalah dewasa. Banyak buku-buku Komunis, bukan sahaja dari China tetapi dari negara komunis Latin Amerika.

2. Di hujung minggu, orang-orang tua berkumpul di taman terkenal mereka Tasik West Lake yang terkenal itu. Beberapa kumpulan menyanyikan lagu Opera Klasik China, penulis diberitahu lirik lagu itu kebanyakannya menceritakan keagungan sejarah lama mereka.

3. Di dalam mana-mana teksi di China kita akan melihat beberapa bintang, barangkali lambang atau ada falsafah di sebaliknya. Dalam Conference pun, iklan, banner menggunakan warna Merah yang sinonim dengan ideologi mereka.

4. Jika kita baca buku-buku sejarah perjuangan PKM, Regimen 10,Abdullah CD, Chin Peng, Shamsiah Fakeh ( yang mudah dan banyak dijual di Kedai Buku UM ), kita dapati mereka mempunyai Link yang hebat dengan China Mainland. Selama penulis di sana, penulis terfikir dengan keadaan negara China yang tertutup ketika itu penulis yakin Chin Peng hidup bahagia dan selamat di tanah besar China.

Persoalan kini, kenapa Chin Peng mahu balik ke Malaysia?

Seorang pegawai polis yang juga Pakar Perang Saraf Komunis, Mendiang CC Loo ( penulis pernah huraikan di Utusan Malaysia awal tahun 1990 ), berkata PKM barangkali sudah mati, tetapi ideologi dan gerakan mereka tidak akan mati di Malaysia.

Mendiang CC Loo ternyata benar, selepas lebih 20 tahun PKM meletak jawatan dalam Perjanjian Haadyai, hari ini ideologi dan gerakan itu masih wujud.

Mengapa Gerakan begitu beria-ia, kerana (1) Gerakan mahu menjadikan isu ini untuk kepentingan politik mereka. Jika Gerakan berjaya mendesak dan Chin Peng berjaya balik, maka Gerakan mengharapkan sokongan Cina Malaysia kepadanya akan berjaya.

Gerakan silap kerana politik tidak boleh bercampur dengan pentadbiran kerajaan dan keselamatan negara. Maksudnya, barangkali Kedah & Penang diperintah PAS dan DAP, tetapi Peruntukan Kewangan daripada Kerajaan Pusat BN tetap disalurkan. Kerana BN bukan melihat kepada parti politiknya, BN melihat kepada Kerajaan mereka.

Masalah sekarang, masih ramai pejuang lama yang masih hidup dan mengenang kekejaman keluarga mereka disembelih Komunis. Di mana jalannya ...

4 Komen:

KIJANG said...

KUPASAN YANG MENARIK..

Anonymous said...

congrate, nice story..

Alizul said...

Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berlaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan sama rata dan sama rasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep sama rata dan sama rasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawah Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

zulfie said...

Salam

Setuju dengan Alizul. Sudah tentu kita tidak mahu ideologi komunisme bertapak di negara kita.

Tapi saya percaya perjuangan Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin bukan atas dasar peribadi tapi atas dasar ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan. Tabik kepada mereka. Jika kita berada ditempat mereka diwaktu itu, mungkin kita tidak setabah mereka.

Sebenarnya tiada beza antara ideologi komunisme dengan ideologi kapitalisme yang kita anuti sekarang. Tentu kita sedar kapitalisme yang kita dokong sekarang ini banyak membawa kemusnahan kepada kita dan alam kita atas nama pembangunan. Melalui dasar penswataan dan ekonomi terbuka, kapitalis-kapitalis telah mengawal sumber-sumber kehidupan seperti air, elektrik, telekomunikasi , perubatan dan pengangkutan. Hubungan rapat kapitalis-kapitalis dengan orang politik telah menambah burukkan keadaan. Tentu kita masih ingat betapa mantan PM kita Dr. M sanggup merasuah tukang lobi di Washington DC semata-mata ingin bertemu dengan George W Bush pemimpin negara kapitalis terbesar di dunia. Betapa kapitalisnya kita. Mungkin tanpa kapitalisme kita tidak akan maju seperti sekarang.

Amat menarik jika kita menghayati blog http://matamin.blogspot.com/

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan