

2. MCA terkedu dan menarik balik ancamannya kepada Tunku, kata Tun Abdul Rahman Ya'kub, semasa pertemuan eksklusif penulis dengannya baru-baru ini.
3. Begitu juga ketika beberapa pemimpin Sarawak mahu keluar dari Malaysia kerana membantah kemasukan askar yang terlalu ramai dari Semenanjung. Mereka datang ke Kuala Lumpur untuk berbincang dengan Tunku.
4. Tunku meminta Tun Abdul Rahman Ya'kub membawa delegasi Sarawak itu berjalan-jalan keliling KL. Pada masa yang sama Tunku meminta Tun Rahman bertanya delegasi itu, kalau semua askar Semenanjung balik, siapa nak berdepan dengan Komunis yang begitu ramai di Sarawak ketika itu.
5. Selepas berfikir, mereka meminta Tun Rahman menyampaikan kepada Tunku mereka tidak jadi hendak bertemu Tunku, dan mereka bersetuju askar Semenanjung untuk kekal di Sarawak.
6. Jadi, kalau Timbalan Presiden MCA nak keluar ke pembangkang, biarlah, dia bukan Ahli Parlimen pun...bukan begitu.
Persoalannya, selepas menjadi Menteri Penuh dahulu, menjadi ahli parlimen, kini anaknya menjadi ahli parlimen, menikmati pelbagai keselesaan semasa dalam kerajaan...apakah harga maruahnya jika dia hendak keluar parti, begitukah cara dia hendak membayar harga dirinya, bagi penulis silakan jika itu niatnya...
7. Maka itu, jika UMNO-PAS bergabung alhamdulillah...kerana mereka hampir 90% sudah bergabung dari pintu belakang, tidak kira Dap,Mca atau Gerakan...Lihatlah buktinya di Bukit Gantang, tatkala orang Melayu hampir 70% bersatu di bawah UMNO, mereka pula 80% bersatu sebagai satu komuniti...
4 Komen:
Benarkah kita tak perlukan MCA,Gerakan,MIC,PPP.. Hidup UMNO!!!!
Salam tuan,
Bak kata Tan Sri Muhyidin, kenapa majoriti mengikut kata minoriti? Fikir2kan lah
Salam Blogger,
Melayu harus maju dan menuju, bukan layu dan sayu...
apa nak fikir maruah lagi tuan,
orang itu dah 'takde maruah'. seluruh dunia dah tengok.
Post a Comment