2. Peliknya kenapa tidak saman Dr. Puad Zarkazi yang terang-terang membocor rahsia Anwar memujuknya menjayakan 916, kenapa tidak saman Mohd Ezam dan Nallakarupan bekas sepermainan tenisnya yang membongkar segalanya.Ini double-standard. Kita fahamlah graf politik Anwar sudah menurun di luar negeri.
3. Sepatutnya yang sesuai menjadi Ketua Pembangkang yang menikmati Elaun Ketua Pembangkang dan kemudahan-kemudahan Ketua Pembangkang ialah TG Haji Hadi Awang. Karpal Singh sendiri telah menyuarakan Anwar tidak layak menjadi Ketua Pembangkang. Dato Mustapha Ali sendiri mempertikai Projek 916 Anwar.
4. Beza Hj Hadi dengan Anwar ialah Hj Hadi tidak merosakkan perpaduan rakyat Malaysia, Hj Hadi menerima kerajaan yang memerintah dan tidak merosakkannya , Hj Hadi berfikir untuk bersatu demi negara, sebaliknya Anwar demi cita-cita peribadinya berusaha untuk mengkucar-kacirkan rakyat Malaysia,
5. Hj Hadi tahu bila masa nak berhenti berpolitik, Anwar tidak tahu bila nak berhenti berpolitik, Hj Hadi boleh menunggu 5 tahun lagi untuk berpolitik, Anwar tidak tahan untuk menungggu 5 tahun lagi,
6. Di Singapura, Lee Kuan Yew akan memastikan sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan dimasukkan dalam mahkamah sehingga orang itu bankrap dan muflis kerana tidak mampu membayar saman. Di Malaysia, senario itu ada pada Anwar. Sesiapa sahaja yang mengkritik Anwar, seperti Anifah Aman bakal disaman.
Jika begitu, di mana suara rakyat? Anifah Aman pun rakyat juga, biarkan dia bersuara, bukankah ini yang selalu dilaung-laungkan bahawa ini uman rights itu human rights ini hak asasi itu hak asasi...bukan begitu
4 Komen:
Tunggu sahaja lah Mat Sabah ni dah diberi 7 hari dan nanti terima lah saman nya.
Terduduk nanti kalau kena bayar RM100 juta, baru padan muka.
Takkan ngoook sangat. nak kena sama ke?
tengoklh cik anon, tak leh kene kritik , sikit kritik nak saman, sikit sentuh nak saman, betullah kata jentayu, biarlah apa rakyat nak tulih,nak nilai sapa-sapa pemimpin yg nak jadi pm, kalo tak boleh kene cuit tak yahlah cite2 jadi pm, pi lah jadi tukang ape ker..
Kite dalam PAS pun bukanye minat sangat dgn anwar ne, kite dlm Pas tau sape gune sape,
Setuju TGHH ganti Ketua Pembangkang...
ceh.. sampai tak leh beri pendapat langsung... sikit2 nak saman podah... nanti JIKALAU memerintah rakyat bersuara sikit pasal kerajaan sure ada hukuman ala2 ISA... silap2 lagi teruk dari ISA, wei mat... PAS terkenal dgn kepimpinan ULAMAK bukan kepimpinan org2 yg suka cium kaki org yg gila nak jadi PM tu...
Post a Comment