JIWA BESAR

on Monday, May 18

1. KEPUTUSAN Mesyuarat BN untuk tidak bertanding di Penanti sangat tepat.Keputusan ini merupakan satu trend baru kepada BN yang mana sebelum ini BN tidak pernah tidak menyertai PRK. Sama ada siapa pun parti yang menang di Penanti tidak akan berupaya menukar Ketua Menteri sedia ada. Itulah rasionalnya.

2. Pilihanraya Kecil Penanti sebenarnya tidak perlu, kerana bukan ada kematian, bukan ada kes mahkamah bankrapsi dan sebagainya.Mantan YB Penanti sihat walafiat dan masih boleh meneruskan tanggungjawabnya, hanya keputusan yang kurang bijak kepimpinan mereka menyebabkan PRK Penanti terpaksa dibuat.

3. Bagi penulis, biarlah mereka sendiri mengangkat pasang bendera sebanyak-banyaknya, ceramah sepuas-puasnya dan berkempen sepuas hati mereka. Biarlah mereka membazirkan wang untuk membiayai calon mereka, membayar itu dan ini, BN tidak perlu keluarkan wang walau sesen pun, BN perlu tumpukan kepada agenda ekonomi, agenda integriti, agenda rakyat yang lebih penting.

4. BN boleh menumpukan fikiran dan usaha untuk memajukan negara , meningkatkan taraf hidup rakyat, mewujudkan pekerjaan, menjana ekonomi supaya sentiasa berputar, memperbaiki sistem penyampaian kerajaan, meenaiktaraf pembangunan di kawasan luar bandar, sesuai dengan cogankata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

5. Tahniah kepada Mesyuarat BN petang tadi, keputusan yang bijak dan tepat datangnya dari pemimpin yang berjiwa besar, bukan dari yang berhati kecil, yang hanya menyusahkan rakyat.

12 Komen:

PKR forever said...

bukan jiwa besar sedara, berjiwa kecik tu takut kalah, amende le hahaha takut takut takut takuuuuuut

Anonymous said...

tidak pernah terdengar ADUN, Parlimen atau menteri dari BARISAN letak jawatan mereka akan berjuang juga sampai makamah putuskan lihat aje lah Kes Kem. Belia,Pelancongan dan yang terbaru PKFZ dan apa lagi yang dirahsia lagi duit bukannya berjuta tapi sudah berbillion habis masih boleh diharap lagi ke????

Cucu Tok Selampit said...

Saya bersependapat dengan Saudara. Satu persepsi yang menarik. Biarkan luncai-luncai melalak memanggil BN pengecut dan sebagainya kerana dari satu segi, mereka telah kalah sebenarnya. Walaupun diumpan dengan kononnya masalah di Pulau Pinang dan meletakkan Aminah sebagai umpan, BN masih tidak mahu melayan nafsu serakah AnWar. Tahniah BN.

orang biase je said...

Nampaknya kita silap membuat penilaian, kita sangka anwar lebih bijak dari najib rupanya Najib lebih bijak dari Anwar, sudah beberapa kali Anwar ketinggalan di belakang Najib, Anwar rancang 916 namun gagal, anwar curi YB BOta akhirnya Negeri Perak tumbang, anwar ajak tanding di Penanti akhirnya syioq sndiri,

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

1. Keputusan yang bijak kerana tidak bertanding. Bukan takut tapi tidak ada faedah, keputusannya tetap sama.

2. Kaedah yang sama perlu kita gunakan di Perak. Jangan dibiarkan DUN dibubarkan. Jika diadakan pilihanraya negeri keputusannya kita dah ketahui. Jangan membazir.

3. Kebijaksanaan DS Najib terserlah kerana tidak mengikut saranan Dr.M agar tetap bertanding di Penanti. Jelas sekali pandangan Dr.M sudah tidak berapa relevan lagi.

ubatkuat said...

ubn pengecut , ubn kau orang memang pengecut aku ingat korang kuat dan maha kuat rupanya semut lagi kuat ape punya bacul penakut bodoh bahalol tak nak berjuang tercatat dalam bukan buku malaysia record TAPI GUINESS WORLD RECORD BAHAWASANYA BUAT PERTAMA KALI DALAM SEJARAH UBN KORANG PENGECUT,,HOI PENGECUT,,MANA DIA ABG TUAHKAU, MANA DIA JANTAN MACHO PEMBELA BANGSA MELAYUMANA DIA PM RAKYAT MALAYSIA MANA MANA DIA WAHAI SI BACUL MAHA BACUL..ORANG BIASE JE ULASAN KAU HANYA LAYAK DISAMA TARAF NGAN KHINZIR TAU,,,hoi maha pengecut dengaq sini,,sia sia ikon besar korang dari arwah dato onn hingga najib ni pulak tak berani sahut untuk memartabatkan melayu,,hoi pengecut dan kawan kawan pengecut ubn sekelian ,,,ubn pengecut ubn pengecut ubn pengecut ubn pengecut ubn pengecut ubn pengecut ubn pengecut ubn pengecut ubn pengecut..sekian dahulu ulasan selari yang saya bawakan utk tatapan ubn ,, balik ke rtm dan seri pentas utk ramalan keadaan malaysia yang dah ada pulak slogan PENGECUT DARI SEGALA PENGECUT ,,YIIII HAAAAA

Anonymous said...

hoi ubatkuat, hang ni mai dari sudut mana......lngsung x sedaq diri ekoq bontot hang selekeh dgn taik yang busuk yaamat...masyaallah..hang wajib bnyak beristikfar...byak muhasabah diri..sapa hang luaq n dalam.Ingat 'Kita'ni dah baguih sangat ka.Alih2 mengata orang ,hang n spesis hang lah yang paling BANYAK cipta rekod dan pecah rekod MALYSIA & DUNIA...mai sini aku nak habaq kat hang...orang spesis hang lah yg tidoq atas jalan time Raja lalu,SATU REKOD MLYSIA, wakil rakyat hampa jugak yg cipta rekod berdiri atas meja masa sidang DUN, x prnah org buat tp hampa boleh buat...SATU LAGI REKOD GUINNES MLYSIA....NI BARU DUA REKOD AKU BGI...BRAPA HANG MAU...SO KESIMPULANNYA....BAK KATA BUDIN(imuda)dalm Pi Mai Tang Tu...UBATKUAT...Piraaaaaamabuk!!!!!

nalapambu said...

BN/UMNO ternyata tunjuk kan kelemahan nya. Tidak berani letak calun di N12 Penanti.

Ini lah tanda yang nyata BN/UMNO sudah sampai ke akhir zaman nya.

Walau pun BN/UMNO ber sungguh2 berusaha untuk pulih, tapi nampak nya bertambah semakin parah.

Pencacai2 bloggers UMNO semua tidak boleh diharaf untuk pulihkan BN/UMNO lagi. Pencacai2 bloggers UMNO ini sudah kehabisan modal berhujah.

Kita tidak hiraw siapa perintah Perak sekarang. Tetapi yang jelas dan nyata pada PRU13 nanti kerajaan BN/UMNO akan tumbang di seluruh negara.

Kegagalan BN/UMNO bertanding di N12 Penanti sangat memalukan parti BN/UMNO. Takut di malukan bagi kali ke lima selepas PRU12.

Alfonso2009 said...

To Mr. Nalapampu & PKR forever
Sama ada nak letak calon atau tidak itu adalah hak peribadi parti, lu jangan jadi batu ronsen beb. Kau orang memang tak ada kerjo lain yeop, asyik-asyik PRK, sebab itu u punya weapon until PRU. Kita tak akal kontot beb mcm lu. lain kali fikirlah dulu, jangan ikut buta tuli je.

1Malaysia said...

berperang memang gitu sesekali kena undur selangkah kebelakang ...tengok apa yang berlaku ..penuh emosi kemarahan kerana BN tak bertanding...sepatutnya meraikan...bingung bila jerat ditinggalkan begitu sahaja...dalam kebigungan dan emosi inilah BN boleh merancang sesuatu yang mereka tidak sedari...

gerila Malaya said...

Wow, era Najib ini diperlihatkan corak2 taktikal yang pelik-pelik.

Muhammad said...

Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

Hari ini di Surau Kemensah Heights
Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,

Tarikh : 26 MEI 2009 (SELASA – HARI INI)
Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Maznor di talian 019 662 3826.

http://pondokhabib.wordpress .com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan