KELAS PEMULIHAN

on Tuesday, May 12

Tok Penghulu = 1 + 1 berapa?

Ah Chong = 2 Tok Penghulu, betul kah

Tok Penghulu = Bijak Bijak, sebab itu Tunku lantik Tun Tan Siew Sin jadi Menteri Kewangan

Letchumi= Tok Penghulu, saya pun mahu jawab, saya sudah kira jawapannya 2.

Nano = Salah tu Tok, jawabnya 11, Tok penghulu tak tengok ker tu 1 1, bila rapat jadi 11 ( sebelas ).

Semua anak murid ternganga dan merenung kat Nano...Tok Penghulu terdiam sejenak, di mana budak Nano ne belajar?

Tok Penghulu = Tak apalah murid-murid, lepas ne kita akan buat Kelas Pemulihan untuk Nano... Sapa ada soalan?

Letchumi = Tok Penghulu,yang mana angka besar 28 ker 31?

Nano = Apalah lu Letchumi, 2 itu kecil 3 itu kecil 1 itu lagi kecik, 8 itu ha itu besar, jadi angka 28 itu lagi besar, butakah...

Ah Chong = Ayya ini macam orang adakah jugakah dalam dunia...

Tok Penghulu = Tak pa Tak pa, kita ada Kelas Pemulihan.

Rinnnng Ringggg loceng berbunyi.
Kelas Matematik Tamat.

6 Komen:

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Merepek...

ZAINET said...

Mentaliti budak tadika.

Kalau Tuhan orang Islam satu, dan tuhan orang hindu ada seribu adakah itu bermakna tuhan orang hindu lebih besar dan berkuasa dari Tuhan orang Islam?

HEY SAUDARA,
Duit satu ringgit yang diperolehi dari titik peloh sendiri dengan duit satu ribu ringgit yang diperolehi dengan cara mencuri, yang mana lebih berkat dan besar pahalanya?

Sembahyang sunat 100 rakaat adakah lebih utama dari sembahyang subuh dua rakaat?

Saya syorkan supaya jangan belajar setakat tadika tapi kena terus sampai "U" supaya lebih faham antara quality dan quantity. Antara yang tersirat dengan yang tersurat. Antara halal dan haram.Antara angka dan nilai. Antara demokrasi dan autokrasi.

orang biase je said...

Kekadang elok juga artikel sinis mcm ne, nak sedarkan angka besar angka kecil,sekolah tinggi dapat phd ker, ir ke...pun tak leh nak bezakan mana besar mana kecil 28 ker 31

Cha Ril said...

Salam.... Semua....

Pada pendapat saya saudara Jentayu menulis artikel ini hanyalah dalam konteks 'Sistem Demokrasi' yang dilaksanakan di Malaysia....

Sistem ini telah dipersetujui sejak dulu lagi... jika tidak bagamana boleh PR dapat menguasai Kedah, Selangor, PP, Kelantan kalau bukan dikira dari jumlah 'MEJORITI'.

Kenapa AnWar menyatakan PR mempunyai 'MEJORITI' yang membolehkan penubuhan kerajaan baru pada 16 september 2008...

Sudah menjadi resam kehidupan...
Manusia sukar menerima hakikat apabila sesuatu perkara tidak memihak kepada diri sendiri... Mereka akan marah, benci, dengki dan sifat-sifat buruk yang lain...

Tidak berguna kalau belajar setinggi mana pun kalau sikap prejudis terlalu banyak dalam diri...

Kita dinilai bukan dari berapa banyak buku yang kita baca.... tapi kita dinilai dari berapa banyak ilmu yang kita perolehi daripada pembacaan tersebut....

Renung-renungkanlah.....

Sekian....

Norsarihawati said...

Salam, saya kurang arif dalam menilai sesuatu. Tulisan Jentayu kebiasaannya mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat untuk diselami individu.

Syabas di atas penulisan berilmiah dan sentiasa menjunjung martabat dan ketuanan Melayu di bumi Malaysia ini. Semoga anda sentiasa dikurniai idea-idea hebat dalam berkarya.

Salam ukhuwah dari saya, ex-MPMK 97

Jentayuabaka said...

Salam
Norsarehawati, mohon hubungi saya di alamat jentayu.abaka@gmail.com.my

Terkenang bagaimana kerjasama semasa di MPTI & MPKK di Maktab Perguruan Islam Bangi 10 tahun dahulu. TK. Salam

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan