KENAPA 5 JAM

on Friday, May 15

1. PERISTIWA DYMM Pemangku Sultan Perak , Raja Dr. Nazrin menunggu dekat 5 jam di Bilik Khas Diraja , di bangunan Dewan Undangan Negeri Perak sebenarnya penuh dengan rahsia.

2. Baginda menonton, menyaksikan dan memerhatikan dengan kepala sendiri bagaimana gelagat dan tingkahlaku YB-YB Pakatan terutama dari DAP yang menjerit-jerit, melompat-lompat, merosakkan keadaan dan keharmonian dalam dewan. Bayangkan hampir 5 jam Baginda menyaksikan drama itu, bayangkan perasaan Baginda. Nasib baik peristiwa itu bukan berlaku di negeri Johor.

3. Khabarnya, selagi Speaker lama masih dalam dewan selagi itu Baginda tidak akan masuk ke dalam dewan. Hanya selepas Dr Zambry dan Speakar baru mengadap barulah Baginda berangkat menuju ke dewan dan memberi ucapan Diraja.,

4. Malangnya kesabaran Baginda diuji lagi apabila YB-YB Pakatan berdiri di bahagian tengah, tidak duduk di tempat masing-masing. Maka Baginda memanggil Nizar dan Ngah dan memerintahkan mereka supaya mengawal anak-anak buah mereka duduk dan bersopan bila berhadapan dengan Raja.

5. Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi memberikan kemenangan kepada Nizar, Nizar berkejar ke Ipoh untuk menghadap DYMM Tuanku Raja Perak untuk memohon perkenan membubarkan dewan. Malangnya Tuanku tidak memberi perkenan, khabarnya tidak akan memberi perkenan pun.

6. Untuk menyelesaikan kemelut politik Perak, mereka hanya fikir opsyen bubar walhal pembubaran tidak perlu kerana BN sudah terang lagi jelas mendapat majoriti mudah 3 undi untuk membentuk kerajaan. Malah melebihi majoriti kerajaan Kelantan tahun 2004 yang hanya menang 2 majoriti sahaja pun.

7. Idea Tun Dr Mahathir lebih baik pada fikiran penulis iaitu, kata Tun...." Jika BN benar-benar mempunyai majoriti, mereka boleh membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar atau kerajaan, kemudian kerajaan baru, boleh ditubuhkan.

"Jadi mengapa perlu untuk mengadakan satu pilihan raya yang baru kerana rakyat sudah berasa perit dengan pilihan raya,"


8. Nampak jelas pemikiran DS Anwar agak terkebelakang berbanding Tun Dr Mahathir dari sudut pentadbiran dan berkerajaan . Sebab itulah apabila Tun keluar dari UMNO tahun lepas, Tuan Guru Nik Aziz awal-awal mengajak Tun menyertai PAS dengan alasan Tun sangat berpengalaman dalam dan luar negara. Tuan Guru tidak mengajak Anwar menyertai PAS pada tahun 1998 selepas dipecat, sebab itu Anwar menubuhkan PKR itupun sebagai Pemimpin De Facto, bukan Presiden parti.

Formulanya mudah, tunggu dia dibolehkan menyertai UMNO semula, dan di situ akan berkata...saya tidak pernah menjadi ahli PKR, saya bukan Presiden PKR, saya hanya pemimpin De Facto aje, saya masih ahli UMNO...

4 Komen:

Fadzrul Hisyam said...

Diharpkan pemimpin-pemimpin BN di Perak tak terlalu tergopoh gapah dalam membuat keputusan.

Semoga Perak akan kembali aman dan stabil.

anonymous said...

15 May 2009
BONGKAR : Hakim Mahkamah Rayuan tempohari adalah 'correct..correct.. correct '

Terbongkar : Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam
Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).

Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO

- Tulang Besi

ADMIN - KedahLaNie TIME - 2:36 PM
Labels: Isu Semasa, PERAK

anakPerak said...

soalnya macam ini, org kg pun lagi paham.

BN dah mendapat majoriti 31 , lebih 3 , mcm PAS di Kelantan dulu kata Jntayu hanya 2 majoriti. Pokoknye lebih 1 ke, lebih 2 ke, lebih 3 ke lebih 5 ke...sapa-sapa pun parti yang lebih majoriti ker, simple majoriti ker...dialah layak jadi MB.

Dah terang lagi bersuloh Pakatan hanya 28...aham2ler... tak tau malu ker..aku anak perak malula ngan Nizar ne...

kalau semua org paham angka ne , aman negeri aku ne..

kalau nak marah sangat pun pi lah marah YB PKR dan DAP yang lompat tu..bom le mereka knp lompat,

hairan sunggu la...kalau smua nak pertikai itu ini susahlah...

duduk minum kopi..blajar 31 tu majoriti, 28 tu tak majoriti...habis citer...

ne semua pasal geng2 dap yang kemaruk kuase la ne...tension hilang kuasa...

gerila Malaya said...

inilah dia bahana perjuangan republik DSAI, adakah kita begitu naif mempercayai Anwar sanggup berbincang dan menyelesaikan krisis politik tersebut?

Sedangkan bila kita kaji bantuan2 yang diterima oleh DSAI dan PKR dari sumber2 aneh ini ianya adalah untuk pakej republik.

DSAI tidak akan mengalah dgn kesultanan. kekuatan dn bantuan yg diterimanya adalah fokus untuk menghancurkannya.

Persoalannya setakat manakah momentum DSAI ini? Adakah ia telah dapat momentum yg mencukupi bagi melaksanakannya.

Perak adalah permulaan bagi pakej celaka ini. Disitu ada Raja Azlan. Sekiranya negeri Raja Azlan yang berwibawa pun boleh diusik dan diperlakukan sesuka hatinya, maka negeri2 lain sangatlah kacangnya.

Sekiranya Perak yang ramai gedebe2 Melayu pun boleh dijentik2, negeri 2 lain bolehlah dipijak-pijak.

Semoga Allah menyelamatkan kita..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan