KERAJAAN PERPADUAN UMNO/BN-PAS DI PERAK

on Thursday, May 14

1. PERISTIWA yang berlaku di Perak sebenarnya memberi banyak rahmat dari Allah SWT terutama kepada orang Melayu dan umat Islam di Perak, khususnya.

2. Kejadian 7 Mei, telah memperlihatkan kepada YB-YB Melayu betapa ganas dan kasarnya YB-YB DAP yang kemaruk kuasa. Mereka melihat betapa Nizar diheret ke sana ke mari , ke Pejabat DAP, ke Wisma DAP, ke Mahkamah Tinggi DAP belakang dia, ke Mahkamah Rayuan DAP ikut belakang dia, boleh dikatakan Nizar diremote saja dan ikut saja.

3. Seperti kata penulis sebelum ini, rahmat itu antara lainnya betapa kecewanya YB-YB Melayu dalam PAS dan seorang dua dalam PKR, sehingga mendesak jiwa mereka untuk bersatu bersama-sama UMNO.

4. Tidak ada yang pelik penyatuan ini, Idea asalnya oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang dan kumpulan ulama asalnya seperti Dato Harun Taib, Hj Mustapha Ali dll. Dato' Mukhriz sendiri mencadangkan UMNO-PAS bersatu di Perak demi kepentingan orang Melayu dan Umat Islam.

5. Namun, DS Anwar sudah mencium semua ini, sebab itu DS Anwar mahu berjumpa DS Najib! Maka sebelum PAS-UMNO bersatu di Perak, Anwar cepat-cepat menghulur salam perdamaian kepada DS Najib, mahu bertemu dan berbincang katanya. DS Najib berkata demi rakyat tiada masalah bertemu, asal tiada syarat. Begitulah besarnya jiwa DS Najib, membunuh segala buruksangka dan prejudis yang dilemparkan oleh DS Anwar dan pasukannya. Akhirnya rakyat sudah mula selesa dengan DS Najib,dan mula mempersoal DS Anwar.

6. Penulis yakin, tidak lama lagi dengan restu Raja Melayu, muzakarah UMNO-PAS akan berjaya di Perak. Tanda-tanda sudah berjalan, amat jelas Nizar dan YB-YB DAP tidak berjaya mendapat Restu Sultan Perak untuk bubar dewan. Hanya mereka yang tidak dapat menerima hakikat hilang kuasa, buta matematik dan tidak menghormati Raja Melayu sahaja yang beria-ia mahu membubarkan dewan sesuka hati, walaupun BN mendapat majoriti mudah 31-28.

7. Kita berharap 2 YB PKR dan 5 YB PAS yang khabarnya mempunyai kesedaran untuk keluar Pakatan akan melakukannya dengan ikhlas demi agama, bangsa & negara.

Perhatikan kenapa sebuah parti komponen BN mencadangkan DUN dibubar? Perhatikan bagaimana KPP mendesak dan seolah-olah mengugut PAS untuk menaikkan taraf mereka sebagai sayap penting yang membuat Dasar parti? Perhatikan Ketua Menteri Penang bercakap lain di depan dan lain di belakang, jika begitu kenapa Kerajaan [UMNO/BN-PAS] tanpa [DAP/PKR] tidak boleh berlaku di Perak? Penulis yakin DYMM Paduka Seri Sultan Perak pasti akan memperkenankannya walaupun DS Anwar akan menentangnya. Namun siapakah Anwar di negeri Sultan Perak untuk menghalang kebaikan ini ...

7 Komen:

Pejuang Bangsa said...

saya setuju dgn plan kerajaan perpaduan ini UMNO- PAS untuk menyelesaikan isu di Perak .

tetapi ini mungkin berhasil jika rundingan antara Anwar dan Najib bekas sahabat karib team wawasan ini bertemu .

jika kerajaan perpaduan UMNO-BN ,maka pastinya semua rakyat setuju .kita biarkan dap menjadi pembangkang kerana terlalu gilakan kuasa.

Anonymous said...

DS Tajol Rosli telah mencadangkan perpaduan ini setahun yang lepas.
Orang lama dalam politik, banyak makan garam, telahannya tepat sekali.

BukanUMNO said...

Assalamualaikum, tiada bangsa atas muka bumi ni sebenarnya mulia dan terpilih, kemuliaan itu hanya kerana Islam bukannya melayu. Jadi kenapa kita sibuk sgt fikir melayu, fikirkan Islam pasti selamat bangsa. Bila Nga Kor Ming baca Al-Quran, kita marah walaupun sebenar tak salah kerana niat bukannya nak menghina dan tafsiran pun yang benar. Orientalis pun baca juga tapi dia nak hina, ada kita marah masuk dalam paper. Sebenarnya kita bersifat perkauman, kononnya melayu akan dijual. Sebenarnya melayu dah lama kena jual terutama yg miskin yg dihalau dari rumah sendiri utk projek mewah, ramai rosak akhlak judi dan mabuk, tanah wakaf masjid & kubur pun kena jual dekat tokey bukan melayu, ni semua melayu punya pasal, lihat apa jadi dgn melayu Pulau Pinang hampir semua kena halau ke tanah besar Koh Su Koon punya kerja. Banyak lagi sebenarnya. Melayu mana punya perangai ni, sendiri mau ingatlah, aku pun melayu, tapi aku sedih sebab aku dapat lihat semua ini. Sekian.

topeng_perak said...

anda rasa PAS sesuai ke nk bgabung dgn parti pengkhianat mcm UMNO ni?waktu susah bkn main nk bgabung konon..wktu dh selesa nnti hbs sumer pemimpin PAS ko campak dlm ISA!!!
hati2 PAS..bkn mnyuruh anda mmusuhi UMNo..cuma bhati2..

jgn igt UMNO shj parti melayu dan PAS msti bgabung utk selamatkan org melayu..knape xsuruh je UMNO msuk PAS klu nk jaga org melayu..?

igt PAS..org yg bijak xkan msuk ke lubang yg sama 2 kali..bkn yg HAQ pergi kpd yg BATIL..tp yg BATIL msti pergi kpd yg HAQ..

Anonymous said...

saudara topeng-perak,
yang susah hati bukannya UMNO, tapi dap, pkr dan pas...

antiPOLITIK said...

Salam dan selamat sejahtera..
BukanUMNO said "Bila Nga Kor Ming baca Al-Quran, kita marah walaupun sebenar tak salah kerana niat bukannya nak menghina dan tafsiran pun yang benar."
-Mungkin bukanUMNO seorang yang setaraf dengan ulamak spt Datuk Mufti Perak cuma berlainan pendapat...wallahualam
Surah Al Aura bacaan ustaz Nga tu juzuk ke berapa ya..

gerila Malaya said...

mereka yg memperjuangkan republik ini sememangnya komited denga usaha mereka, kita pejuang2 mempertahankan negara juga harus berusaha lebih dari mereka.

Melayu itu beragama Islam.(Perlembagaan)

kenyataan inilah yang menghantui minda mereka dan sasaran mereka yang ingin menghancurkan umat melayu.

Walaupun Nik Abduh telah mengistiharkan dirinya tidak beriman atau mengkufuri makkal sakhti tetapi selain itu seperti PKR, DAP dan erdogan prinsip momentum adalah satu kemestian dalam politik.

DAP dgn momentum kebencian segolongan PAS terhadap konsep kemelayuan, menyokong supaya istilah melayu itu dipisahkan dari Islam. Melayu tak semestinya Islam , Islam tak semestinya Melayu. Dalam kata lain orang Melayu mestilah dibenarkan untuk murtad.

Antara usaha DAP yg telah dimulakan lama sebelum ini adalah untuk menghapuskan sejarah 13 Mei 1969 atau menceritakkannya kembali dengan tuduhan bahawa orang UMNOlah yang sengaja mereka2 kisah 13 Mei itu.

Usaha DAP ini sudah tentu disambut baik oleh PKR yang menjaja ketuanan rakyat vs kesultanan.

Segolongan dalam PAS pula sudah tentu mengikut momentum ini. Seorang pemuka besar erdogan telah mengeluarkan artikel di blognya yang memberitakan awal2 lagi Nik Aziz akan memberikan pendirian mengenai 13 Mei dengan satu persepektif yang baru.

Pemuka erdogan ini boleh membayangkan lagi intipati ucapan yg bakal disampaikan oleh Nik Aziz itu!!!

Entah2 apa yang dikatakan oleh Nik Abduh itu mengenai pembantu2 itu benar. Tapi org2 PAS peduli apa, yang penting adalah kemenangan tak kira apa jua kerosakannya, dan Anwar diletakkan di tempat yang tertinggi.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan