MENTERI KESIHATAN TIDAK BUAT HOMEWORK...

on Saturday, May 2



1. JAWAPAN Menteri Kesihatan mengenai rintihan Doktor-Doktor On Call di hospital kerajaan boleh menjadi back fire kepada pihak kerajaan.

Luahan segelintir Doktor seperti di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm, dan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

2. Ternyata Jawapan Menteri macam jawapan Pelajar Tingkatan 6 Rendah! Tidak ada homework, Tiada Turun Padang, Tiada Kaji Selidik, dan bolehlah diibaratkan sebagai jawapan Menteri yang kurang rajin! Jawapan Menteri hanya menyebabkan para Doktor marah dan memendam rasa .

Contohilah DS Najib Tun Razak naik komuter, masuk dalam warung Pudu Raya, pergi ke Petaling Street, masuk ke Bangsar, buat homework...

Perhatikan Tan Sri Muhyidin Yassin turun padang melihat Sungai dan parit yang tersumbat.

Lihatlah Dato Saziman dengan idea mengurangkan Tol.

Perhatikanlah betapa Rajinnya Senator Dato Murugiah selesaikan masalah penduduk di Sri Damansara, Lift Perumahan Sentul, CF Perumahan di Kelang, semua mereka buat homework...


4. Kata Menteri Kesihatan,..kes itu adalah terpencil dan ia mungkin terjadi di sesetengah hospital kerajaan yang kekurangan kakitangan perubatan...

Daripada pengalaman dan pengamatan penulis, kes ini bukan kes terpencil, malah boleh dikatakan melibatan hampir 100% doktor di hospital-hospital kerajaan. Adakah Menteri tahu, ada Doktor yang On Call 2 dan 3 kali seminggu...Soalnya mana Pelan nak tambah Doktor...Menteri Kesihatan kita tidak ada Idea baru.

5. Jelas Menteri Kesihatan lagi, "...
"Selain itu, hospital kerajaan mempunyai prosedur di mana setiap doktor hanya perlu bertugas secara on call sekali atau maksimum dua kali dalam masa seminggu,'' ..."

Apakah prosedur ini dipatuhi? Pernahkah Menteri Kesihatan Melihat Jadual On Call di hospital-hospital Kerajaan? Bagaimana jika ada Doktor yang Oncal selang 2 atau 3 hari?, penulis sangat yakin Menteri tidak buat homework!

6. Dan ini adalah backfire kepada para pembuat jadual On Call di Hospital Kerajaan, kerana kata Menteri Kesihatan, "...doktor terbabit berhak untuk memohon berehat sehari selepas menjalankan tugasnya.."

Jika perkara ini benar akan dilakukan, penulis yakin 100% Doktor Kerajaan akan mengundi BN di PRU13!, Sebabnya mudah, Kebajikan mereka telah dijaga. Yang berlaku sekarang kebajikan mereka Terabai.

Tapi adakah ia akan dilaksanakan atau atas kertas sahaja, jika dilaksanakan cukupkah Doktor untuk merawat pesakit rakyat Malaysia pada keesokan paginya?



7. Agaknya inilah masalah kalau Menteri Kesihatan bukan dari kalangan Doktor Perubatan...!

4 Komen:

Doc said...

Congratulations sir, you are right...

Anonymous said...

Betull... aku sokong ko dan aku percaya kalau yang komen itu doktor berbangsa Cina aku yakin jawapan menteri kesihatan bernada lain. Mungkin ambil tindakan segera, tapi sebab yang komplen doktor melayu dlm paper melayu, itulah jawapannya.

sangat faham masalah doktor sbb isteri aku seorang doktor!!

Doktor OnCall said...

Kami Doktor setuju, benar apa yg sdra pejuangkan itu, harap PM dan TPM atau akhbar dapat baca pandangan ini.

Tq.

Pejuang Bangsa said...

aku setuju dengan sdr tentang ini ..

walaupun aku bukan dari bidangn doktor @ perubatan tetapi aku faham masalah doktor kerana awek aku doktor hospital kerajaan

memang betul kerja doc kadang2 samapi lebih dari 12 jam ..keja dari pagi sampai ke tengah malam. contoh la kalau nak call mereka memang payah dapat kerana mereka tengok ON CALL .. kadang2 aku kesian dengan doktor ini ,bila la masa mereke rehat ..cuti dan hidup seperti orang lain. asyik kerja shj walaupun cuti tahunan banyak .

aku mahu Menteri Kesihatan ini turun padang tengok kesusahan dan rintihan Doktor ..jangan hanya dok dgar komplen sahaja sbg KPI ..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan