MENTERI WILAYAH - MINISTER OF THE YEAR?

on Friday, May 1


1. SEBAGAI rakyat, marilah kita mencabar secara baik supaya Menteri Wilayah Persekutuan meletakkan salah satu KPInya ialah Membangunkan dan Memodenkan Pasar Chow Kit!

2. Sejak merdeka sehingga sekarang Tidak ada Menteri yang berjaya merubah Pasar basah Chow Kit supaya nampak cantik, kemas, indah mata memandang dan menyegarkan.

3. Pasar basah Chow Kit satu-satunya Pasar basah warga kota sejak sebelum merdeka. Pasar ini dibuat daripada tiang-tiang kayu beroti, zink nipis dan di atas laluan jalan raya sebenarnya.

4. Negara kita sudah ada Menara KL, Menara Berkembar Petronas, Monorel, LRT, ERL, Komuter, KL Sentral, ....malangnya Pasar Raya Warga Kota masih di atas tapak Jalan raya, masih menggunakan atap Zink...



Bayangkan jika anda setinggi 170cm ke atas, jika saiz badan lebih besar, janganlah marah jika terlanggar troli orang lain. Semalam sahaja, seorang mak cik menjerit-jerit memarahi seorang apek yang terlanggar kakinya oleh troli besi...kasihan mak cik itu...

5. Semalam penulis makan roti canai di warung roti canai popular chow kit, kebetulan ada pelancong Jerman dan saya mengajaknya makan roti canai.

Mula-mula dia memuji ekonomi dan politik negara aman damai...kesimpulan terakhir satu aje,... Pasar Chow Kit indah khabar dari rupa katanya, kotor dan buruk...Jika kata-kata itu sampai ke telinga Menteri Wilayah, apa agaknya tindakannya?

Teringat ketika YTM Tunku Abd. Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu dan berpindah ke Rumah Kerajaan di Kuala Lumpur. Pada malam hari, hujan turun dengan lebatnya membasahi Tunku dan isterinya yang sedang nyenyak tidur....Bangun saja...peristiwa itu menaikkan semangat Tunku untuk menghalau Penjajah lebih awal daripada 10 tahun yang dijanjikan. Maka merdekalah kita pada 31 Ogos 1957.

6. Jika Raja Nong Chik boleh mengubah dan memodenkan Pasar basah Chow Kit.., dialah satu-satunya Menteri " Hari Ini Dalam Sejarah"...kerana Menteri-Menteri sebelum ini semuanya gagal belaka, hanya banyak pelan sahaja.

7. Warga kota bersetuju tak? Mohonlah sampaikan suara rakyat ini kepada Menteri Wilayah kita.

Jika banyak halangan, panggil sahaja Tan Sri Thing Pek King di Sarawak, khabarnya dia mampu membina KKIA dan Kuching tanpa menungu dana dari Kerajaan.

2 Komen:

wargakota said...

pasar chow kit memang amat menyedihkan, memalukan, dan tertanya2 jugak knp tak boleh dinaiktaraf...sudah bosan dgn janji dan plan itu plan ini,apakah menteri wilayah yg baru ada idea,kita tak tahu...

KLrian said...

ye la chow kit ne...bilala nak bebrubah...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan