Tony Fernandez = Yang Berhormat

on Friday, May 29

1. KEMUNCULAN AirAsia sebagai syarikat tambang murah sangat baik, kerana memberi peluang terutama rakyat mengelilingi dunia. Kalau AirAsia sebuah parti politik, barangkali Dato Tony Fernandez sudah jadi Yang Berhormat...

2. AirAsia telah mengumumkan keuntungan RM166 Juta suku pertama tahun 2009, Tahniah. Apa yang kita harapkan angka-angka yang dikeluarkan biarlah tidak mengelirukan, kerana beberapa bulan kemudian akan dikeluarkan pula penyata AirAsia kerugian dan menanggung hutang sekian-sekian dengan MAB dan sebagainya.

Apapun rugi atau untung, AirAsia tetap terbang ke destinasinya.

3. Namun beberapa penambahbaikan perlu dibuat. Sedikit contoh :

a. Senyuman Pramugari AirAsia kurang Ikhlas berbanding pramugari MAS. Mudah faham, pramugari MAS lebih friendlier, nyaman kata orang Labuan. YB Zul PKR telah meminta dalam Parlimen supaya Pramugari AirAsia mencari jalan mengatasi pakaian yang agak seksa.

b. Layanan Pramugari AirAsia agak sedikit kasar, kelamkabut kadang berlari-lari, tidak tenang , baik dari segi berbahasa tidak selembut dan sebaik pramugari MAS.

Jika MAS hanya meletakkan staf bertudung di kaunter tiket MAS, mengapa AirAsia tidak melangkah 3 langkah daripada MAS dengan membenarkan pramugari bertudung di atas kapalnya. Polis Wanita Britain pun bertudung jika hendak dibuat perbandingan. Memanglah agak sukar, tetapi itulah langkah dan permulaan.

Public Bank, Maybank, Affin Bank boleh kata semua Bank sudah mengamalkan Islamic Banking, Akaun Mudarabah dsbnya.

Kenapa AirAsia tidak memulakannya. Saudi Airlines pun belum memulakan sepenuhnya, apa kata AirAsia Malaysia memulakannya.

c. AirAsia patut Melarang penjualan Minum Keras/ beralkohol terutama penerbangan ke luar negara. Bagi yang terhidu baunya ada di antara kita terasa loya nak muntah. Yang amat malang, pramugari Muslim terpaksa membawa, menghidangkan, menjual minuman itu. Ini berkait hukum, yang mana Haram terlibat dalam segala aktiviti Arak...termasuklah membawa, memberi, menghidangkan, menjual dsbnya.

3. Penulis yakin, AirAsia mampu berkembang maju pada masa hadapan.Tahniah kepada warga AirAsia.

2 Komen:

Detguaq said...

AIR ASIA sebuah parti? Benarkah Air Asia berlagak sebagai sebuah parti politik terutama dizaman pak lah dulu.

Melihat kepada gaya Tony nampak seperti sudah ada 'accent' sebagai YB dahulu sehingga berani lepas cakap kerana di 'back-up' oleh orang yang berkuasa dibelakang beliau.

zaman najib ni tak tau lah pulak....

Anonymous said...

ya..setuju pendapat penulis..ketika berada dlm kapal tu.,ada la sekumpulan budak2 maybe dr lawatan..telah di maki oleh pramugari air asia..biasa la budak2 maybe fist time naik fligt ni...nak tau ayat tu : eh kenapa dengan kamu ni..kurang ajar!tak le buat bising.klu bt bising lg minuman tak dpt..terus terkejut beruk la budak2 tu.bijak jg pramugari tu.mentang2 la cikgu dia duduk depan.sy pun tanyaa budak tu. kamu bt apa..tak la kak kami cuma happy dan teruja..tiba2 pulak kena maki..sabar je la...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan