YB MELAYU PAP

on Saturday, May 30

1. PENULIS mengucapkan tahniah kepada Ustaz Tantawi di atas kemenangannya sebagai Ketua Pemuda, dan Dato Harun Taib Ketua Dewan Ulama, kedua-duanya Pro-Muqabalah/Muzakarah.

Tahniah kepada Ustaz Azizan kerana menyokong DS Najib menentang kemasukan Chin Peng ke Malaysia, kenapa pula Salehudin memilih menyokong Chin Peng ?

2. Pihak Erdogans dalam PAS amat marah kepada Nasharudin , Timbalan Presiden yang akan mempertahankan jawatannya kerana telah bertemu pemimpin2 tertinggi UMNO tahun lalu untuk Rundingan Sulit membentuk Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS.

3. Untuk menghalang Pro Muzakarah/Muqabalah mencapai maksudnya, Husam dipasang untuk menghapuskan Timbalan Pro Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS. Jika Husam menang, maka Husam satu-satunya Pro-Erdogans dalam kepimpinan PAS akan datang.

4. Apapun beberapa persoalan perlu ditanya dalam Muktamar Agung PAS, Perwakilan perlu berani bertanya, ini isu dasar isu penting berkait prinsip dan dasar , perlu tanya depan2 ketika Lim Kit Siang atau DS Anwar atau Karpal duduk kat kerusi jemputan . Biar mereka dengar depan-depan =

a. Perwakilan yang berhati waja yang sanggup Jihad kerana agama, hendaklah mendesak DAP mengakui penubuhan Negara Islam yang menjadi cita-cita PAS. PAS mesti mendesak Pakatan Rakyat supaya menerima penubuhan Negara Islam dan dimasukkan dalam Dasar Pakatan Rakyat. PAS mesti mendesak Karpal menarik balik ugutannya ' langkah mayat dia dahulu '.

b. PAS hendaklah bertanya kepada DAP Perak, sekiranya DAP meletakkan Calon Melayu DAP dalam PRU akan datang, adakah YB PAS akan kekal diberi jawatan Menteri Besar jika Pakatan menang akan datang? atau mereka mengulangi kisah YB Melayu PAP Singapura dahulu. yang dipasang dan akhirnya disingkir dari dalam

5. Beberapa persoalan lain yang melibatkan aqidah seperti Kafir berkawan dengan parti Bukan Muslim ( MCA/MIC/Gerakan) , tetapi bagaimanakah pula keadaannya sekarang di mana semua orang tahu PAS pula kini berhubungan dengan DAP yang menentang penubuhan Negara Islam. Perwakilan mesti tanya masih digunakah atau sudah ditarikbalik kerana adanya DAP dan KPP.

Kes-kes seperti ini perlu ditanya direct dalam Muktamar Agung, daripada perwakilan PAS diberi retorik-retorik cerita yang sedap2 belaka... Tapi, siapakah yang berani, agaknya...atau tin kosong aje ...Kita semua terkenang Kehebatan Haji Hadi berceramah berdegar-degar ketika masih muda dahulu...

10 Komen:

bekas PAS Penang said...

Ana fikir tak kan ade perwakilan mahupun pemimpinya yg berani bercakap benda tu...ana bekas ahli pas, ana tahulah

Anonymous said...

Aku yakin 100% tak ada yang berani nak tanya..hang iangat depa tu bebeno nak pejuangkan islam ke??..

PI Mai Tang Tu said...

hmmm kalau depa brani, Aku lagi yakin 1000% tak dak depa brani, cakap tin kosong boleh ler... depan2 mampuih anak itik pun boleh terberak tekejut kalo brani depa tu...

pas tulen said...

Dulu depa kata ulama yang menyokong kerajaan ulama terompah kayu, ulama bisu. sekarang ulama depa bukan saja bisu tapi buta hati dan pekak badak. dah kenyang dapat undi dap kafir laknatullah.

Hj. Hadi, Nasharuddin, Nasrudin, Hj. Harun Taib, kembalikan perjuangan pas dilandasan yang asal. Nik aziz, husam musa, nizar telah rosak akibat diperbodohkan dap dan nuar al-juburi.

Ahlikecewa said...

Pada pandangan sy Pas akan semakin rosak selagi Anwar - Erdogans tidak dihalau keluar dari parti. Dulu i aktif dlm Pas, skrg dah malas nak layan puak2 anwar dalam Pas,dulu selalu kutuk kerajaan skrg dah takut kutuk org , takut terkene diri sendiri...Malas dah nak pi usrah2 Pas ne,

Dulu kite diajar jangan kawin org umno, jgn tengok tv, semua kafir belaka, neraka belaka...la ni apa benda dalam usrah semua depa dah buat jugak,

sekarang kita malu tunjuk muka dgn org umno, kita dah lari perjuangan, hilang prinsip, dulu berjuang kerana Allah , membangun bersama Islam...

Hari ne, Pas UMNO sama saja...dalam Pas skrg pun kejar pangkat, kejar jawatan, rasuah pun dah ada, hanay didiamkan saje, sy tau lah , sy lama dalam Pas,

Pengajarannya mudah, kita jgn kutuk org, kita jgn hina org Umno kerana yang terhina skrg kita ne...kita tunjuk 1 pd umno kita dapat 4 ,

dgn keadaan Pas skrg, baik diam drpd bercakap...Takbir

bukit gantang said...

anwar seorang yang bijak kerana telah menyusun atur kawan-kawan egdrogan nya dalam pas. adik-adiknya seperti husam musa ini( yg dikenali dulu semasa dalam abim) telah berjaya meresapkan dakyah dan idealogi anwarnisme dalam pas sehingga tok-tok guru pun dikuis ketepi secara terancang. saya pernah bertanta kepada seorang rakan yang kuat pas berkenaan situasi pengundi berbangsa cina dan india yang berpaling tadah menyokong PR,adakah anwar akan memberi apa yang telah dijanji kepada pengundi2 ini setelah beliau menjadi PM nanti. jawabnya anwar pasti tidak akan memberi semua yang diminta kerana anwar akan mengutamakan pas dulu dalam semua bidang. saya tersenyum sendirian, kerana jawapan yang sama saya dapati dari penyokong PKR dan DAP bezanya masing-masing mengatakan bahawa parti mereka dulu yang akan menjadi keutamaan anwar. pandai juga main wayang ye

Anonymous said...

memetik kata-kata ucapan salah seorang perwakilan pemuda PAS semasa mukhtamar PAS di Ipoh tahun lalu....

kita hari ini berjuang bermati-matian ingin menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim dan bersifat jahilliyah..
tetapi ditakuti kerajaan yang terbentuk selepas ini lebih hina dengan sifat jahilliyah nya...

adik manja sayang said...

"adik takut la,nanti abg nuar,kak wan dgn uncle lim marah"..lantas menyembunyikan wajah di sebalik serban dan kopiah.

Bah Lontok said...

Orang melayu kena ambil contoh di negeri Perak.

Semasa Pakatan Rakyat perintah, walaupun MB nya Melayu, tetapi Exco nya ada 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
Semua jawatan penting cina pegang.

Sekarang di bawah BN perintah, kita cuma lantik 7 EXCO termasuk MB.
7 UMNO(1 wanita), 1 MCA. 1 india dilantik sebagai speaker (walaupun india tiada calun ADUN nya)

Semasa pentadbiran PR tiada EXCO wanita dilantiknya.

Kepada orang melayu yang sedar, kita rakyat Perak sudah terselamat dari bale DAP.

Ini adalah peringatan kepada melayu di negeri2 lain.

Sasha2020 said...

Sebenarnya, satu perkara yg sangat-sangat ditakuti oleh Yahudi ialah apabila umat islam bersatu. Di rantau ini, mereka melihat ada satu kaum iaitu orang melayu islam yg mereka sangat takuti. Lihat aje macam mana Dr Mahathir seorang melayu islam yg begitu lantang mengutuk yahudi dipentas antarabangsa. Sebab tu, mereka takut jika UMNO dan PAS bersatu. Penyatuan ini boleh mengoncang mereka. Untuk menghalang, penyatuan ini, maka mereka telah menghantar agen-agen mereka. Salah seorangnya ialah "semua orang dah tahu". Dia telah menghasut pemimpin dlm PAS supaya jangan bermuzakarah atau bermuqabalah dgn UMNO. Padahal UMNO ialah orang islam juga. kenapa sanggup berkawan dgn DAP yg terang-terang menentang Islam ?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan