BERANIKAH ANWAR CABAR PEMUDA PAS

on Monday, June 8

1. SITUASI Politik negara sudah mula mencapai tahap tepu, isu-isu yang dibawa pembangkang sudah semakin sejuk, rangsangan PKR mahu membuat PRK setiap bulan untuk meneruskan momentum pemimpin de factonya tidak berjaya apabila DS Najib tidak melayan permainan politik Anwar. Akibatnya PKR syok sendiri di Penanti.

2. Muktamar Agung PAS baru-baru ini banyak memberi kradit kepada UMNO dan Kerajaan BN. Ketegasan HJ Hadi untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan menghancurkan hati kumpulan Erdogan. Malah Kekalahan Husam yang dikaitkan sebagai ketua kumpulan Erdogan, walaupun disokong Tok Guru hampir-hampir mematikan nafas Anwar di dalam PAS. Kini sudah tidak ada lagi Husam di dalam heirarki PAS, suara Erdogan semakin berkubur.

3. PAS meluluskan mengharamkan SIS. Kerajaan BN seharusnya menerima permintaan PAS supaya SIS dikaji untuk diharamkan. DAP dan PKR tidak senang dengan usul itu, namun sejauh mana mereka berani bertindak ke atas PAS ? Penulis percaya DAP & PKR tidak akan berani bertindak berlebihan ke atas PAS. Paling tidak pun membantah sahaja. Tidak akan ada pemimpin dalam PKR atau DAP yang berani menentang usul PAS mengharamkan SIS, baik Lim Kit Siang, Karpal apatah lagi Anwar. Anwar sudah semestinya akan tutup mulut. Beranikah Anwar mencabar Pemuda PAS supaya tarik balik usul itu?....jauh panggang dari api...

4. Kini, masa untuk menjayakan 1Malaysia...Gesaan penulis ialah berikan rakyat pekerjaan, berikan rakyat peluang berniaga, kurangkan cukai-cukai yang boleh dikurang, kurangkan tol kalau tidak boleh dihapuskan, di negara China pun banyak tol.

Penulis bukan ahli ekonomi, namun Penulis amat yakin kerajaan dan negara kita tidak akan Bankrap kalau kurangkan cukai atau hapuskan ( ambilalih tol ). Kalau Malaysia nak Bankrap macam Indonesia, Filipina dahulu tahun 1998 sudah boleh Bankrap. Bagi penulis, biarlah buat masa ini kerajaan untung tidak banyak asal dapat memenangi hati rakyat, biarlah pendapatan cukai kerajaan berkurang asal rakyat hidup selesa, Jika rakyat hidup selesa mana mungkin kerajaan boleh tumbang...bukan begitu. Sebaliknya, jika rakyat tertekan dan merana sudah tentu mereka mencari alternatif lain...

2 Komen:

peminat said...

..apa komen sedara berita malaysiakini kat bawah ne...

Pakatan hadapi 'krisis keyakinan'

Sejak dibentuk Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat kini menghadapi "krisis keyakinan" susulan tindakan PAS menggerakkan kerajaan perpaduan dan menggesa sebuah NGO wanita diharamkan.

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun tema muktamar PAS hujung minggu lalu boleh membawa maksud mengukuhkannya sebagai parti nasional yang mewakili kepentingan dan hak semua warga, tetapi kerajaan perpaduan dan gesaan menyiasat Sisters in Islam (SIS) membawa "kesan sebaliknya".

DAP dan PKR menafikan dakwaan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat pernah membincangkan dan bersetuju dengan saranan berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN.

Dua parti itu juga digesa PAS menilai semula usul yang diluluskan tanpa bahasa yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan SIS jika terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.

anakPerak said...

dengar citer husam tak tido ke pagi bincang ketewasannya malam tu, dgr citer dia sgt marah Dato Haron Din, tapi khabarnya dia masih mendpt sokongan Anwarr.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan