BUKAN MARAH

on Tuesday, June 9

1. MENGAMBIL kesempatan suasana politik negara yang semakin stabil, kerajaan patut melangkah lebih jauh . Penulis dapati parti-parti dalam BN terutama UMNO masih belum berubah lagi sebagaimana sepatutnya. Di Manik Urai, belum pun penamaan calon, mantan YB BN , AJK Bahagian dan Ketua Bahagian sudah bercakap benda-benda yang berpecah-belah.

2. Sepatutnya semua AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan , penyokong dan pendokong parti di Manik Urai dan negeri Kelantan membuang penyakit-penyakit lama seperti iri hati, ego, busuk hati, patah mematah, dan apa sahaja yang negatif. Sokong sahaja siapa calon UMNO yang telah dipilih nanti, UMNO pula janganlah letak calon luar. Janganlah letak calon yang ada kes mahkamah ker, kes salah laku ker, walaupun ia hanya tuduhan kerana la ne Hukuman Media lebih berpengaruh daripada Hukuman Mahkamah.

3. Kelebihan mantan YB PAS sebanyak 1,000 itu boleh ditarik balik jika semua penyakit hati itu diperbaiki. UMNO tidak akan menang kalau mengharapkan Undi Ahli UMNO sahaja. UMNO memerlukan pengundi-pengundi atas pagar, namun jika mereka melihat UMNO asyik bercakaran, bagaimana mereka nak confident kepada UMNO?

4. Seperti juga di Terengganu, BN sudah memerintah. Kenapalah ada pula YB-YB BN ne nak menjatuhkan MB BN yang sudah sedia ada. Buanglah penyakit jatuh menjatuh tu... Idris Jusoh ker, Ahmad Said ker dua-dua pun YB BN. Kalau asyik nak bergaduh, beri saja jawatan MB itu kepada Haji Hadi Awang. Sepatutnya bersatulah, sokonglah bantulah MB BN itu. Barangkali stadium runtuh itu peringatan daripada Allah SWT.

Inilah yang penulis maksudkan perubahan yang sepatutnya UMNO tunjukkan. Bukan perubahan kepada Jawatan, tukar sana tukar situ, ganti sana ganti situ...tetapi perubahan dalam hati...DS Najib bertungkus-lumus memperteguh UMNO dan BN. Sepatutnya di peringkat negeri, bahagian dan cawangan ikutlah...ada fahamkah ahli UMNO di Manik Urai & negeri Terengganu?


Ambillah peluang, tatkala Pakatan Rakyat semakin rapuh
, sepatutnya seluruh kepimpinan UMNO negeri, bahagian & cawangan bersatu hati...barulah boleh menang.
Penulis nak tengok apakah Tengku Razaliegh, Anuar Musa, Tok Pa, Awang Adek, Sazmiah, dll akan turun di Manik Urai? Kita juga nak tengok apakah Idris Jusoh dan Ahmad Said boleh berlapang dada dan bersatu hati ( 1Hati ). Kalau tak boleh beri aje Manik Urai kepada PAS dan beri aje MB Terengganu kepada Haji Hadi. Lepas itu, kalau nak bergaduh teruskan aje, tiada siapa kisah...bukan begitu.

3 Komen:

orang biase je said...

betul betul betul...

PokNikKotaBharu said...

patutnye cam tu ler, barula kite senang hati, tok seh la nak gaduh2 ne..mcm budak2 je...

pakcik said...

penyakit orang melayu yang nak kuasa dan gila kuasa..bila nampak peluang kuasa depan mata..mulalah buat itu-ini yang menyusahkan orang lain.

bukannya nak sepakat utk angkat seorang dan beri sokongan..

perangai org melayu sejak berzaman lamanya.

tak puas hati (dengki) bila orang lain lebih daripadanya.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan