DEBAT NIK AZIZ - HARUSSANI = OBAMA - NAJIB

on Sunday, June 28

1. PANGGILAN telefon Presiden Obama kepada DS Najib Tun Razak hampir setengah jam kelmarin mambayangkan Keyakinan Obama kepada Najib. Peristiwa ini menyamai kisah panggilan telefon Goerge Bush W. Presiden Amerika ketika itu ( 1991 ), kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad mengenai masalah di Iraq.

2. Tidak ada lagi panggilan-panggilan telefon daripada pemimpin-pemimpin Besar Amerika kepada pemimpin de facto. Ini menunjukkan pemimpin defacto sudah Tidak relevan lagi di mata Amerika yang suatu ketika dulu begitu disokong kuat oleh Dick Cheney, AlGore, Wolfowitz dll.

3. Khabar terdekat Lee Kuan Yew yang menghabiskan masa lama di Malaysia juga tidak ingin mendekatkan diri kepada pemimpin defacto. Ini menunjukkan Lee Kuan Yew seperti juga Obama sudah mengetahui banyak kisah benar selepas ucapan Menteri Luar di Washington agaknya.

4. Debat yang dirayu oleh pemimpin politik PAS kepada Perdana Menteri sebenarnya tidak ikhlas. Yang ikhlasnya ialah Pertemuan, Muzakarah, Muqabalah, Perbincangan sebagaimana yang telah dimulakan oleh Pemimpin2 Pro-Ulama PAS dengan pemimpin2 UMNO tahun lepas.

5. Nabi kita menganjurkan Musyawarah bukan debat. Jika hendak juga, penulis ingin syorkan Debat itu antara Harussani-Nik Aziz. Sejarah membuktikan Nik Aziz pernah 2 kali bertanding Pilihanraya atas tiket BN, maknanya BN memberi sumbangan di peringkat awal karier politiknya.

6. Debat adalah cara Amerika. Cara sistem Republik. Cara ini kesukaan pemimpin de facto. Cara Islam ialah Musyawarah. Seperti kata Harussani dalam wawancaranya hari ini, tak kan dengan sesama Islam tidak hendak bertemu, sesama kafir boleh pulak. Maka,pengundi di Manik Urai akan menjawab persoalan-persoalan ini nanti, kerana mereka melihatnya dari aspek politik.

3 Komen:

Cha Ril said...

Salam Semua....

Obama ke Lee Kuan Yew ke atau sape2 semuanya tak penting, semuanya ada muslihat masing2 mereka tak mahu tgk kita hidup aman di tanah air kita Malaysia.

Pelik tapi benar.....
Kenapa tak boleh berbincang, kenapa perlu berdebat.... Kalau berbincang sekurang-kurangnya kita dapat memperbetulkan keadaan berbeza dengan berdebat ia akan menambahkan lagi kerenggangan anatara kita... sebab masing-masing nak pertahankan diri masing-masing.... dah lah sesama Islam pulak tu...

Tak malu ke dorang ni.... kita ulama...

Ulama berperanan merapatkan hubungan bukannya mencari sesuatu yang boleh merenggangkan hubungan..

AnakPas said...

Aku amat menyokong perlawaan debat antara nik ajis dg. datuk najib.
Insyaalah allah allah akan bukakan keaiban orang yang gunakan ugama untuk pecah belahkan orang Islam d malaysia ini..yang suka lebelkan orang dengan sesuatu yang kurang baik..serta kaki pendendamm..
kalu boleh di buat didalam hujjah TV9..

Muhammad said...

Saya Manusia Dari Brunei. Pada pandangan saya, Debat boleh dibuat, namun banyak syaratnya, antaranya jangan memalukan orang, jangan tidur jangan becakap lain semasa berdebat, jangan tidak mendengar debat yang diberikan, jangan tulis-tulis kata-kata lain, jangan marah-marah.

Setiap perkara itu ada baik dan ada buruknya. Tapi kalau kita mengambil yang baik sahaja, dan menjadikan yang buruk itu baik, maka kitalah orang yang paling beruntung. itulah keadilan Tuhan Yang maha Esa

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan