MENTERI KEWANGAN

on Tuesday, June 16

1. DARI Kuala Lumpur ke Ujung Pandang ( Makasar ) hanya 3 jam sahaja menggunakan AirAsia dalam harga tak sampai RM100.00 jika rajin cari tiket. Jika anda menukar wang RM3,000.00 anda akan mendapat 9 Juta Rupiah begitu. Jadi Jutawan tu...

2. Di bandar Ujung Pandang, anda akan bertemu orang-orang Cina Indonesia yang berniaga samalah juga dengan orang Cina di Malaysia, Singapura dan negara-negara lain di seluruh dunia. Orang Cina memang bijak berniaga, sebab itulah apabila ada Menteri UMNO dahulu mencadangkan kepada Tunku Abdul Rahman beberapa nama untuk menjawat jawatan Menteri Kewangan, Tunku kata tidak, orang Melayu belum sampai masanya, maka Tun Tan Siew Sin diberikan jawatan Menteri Kewangan Malaysia.

3. Pada pandangan penulis peniaga Muslim bukan tidak bijak, tetapi kita dipandu oleh hukum dan syariat agama Islam. Kita ada konsep Halal dan Haram,Riba, Syubhat, Was-Was dan sebagainya. Sehinggakan kita dilarang menjual barangan yang sudah rosak, atau dilarang sama sekali menipu dalam timbangan, atau disuruh berhenti kita solat Jumaat dan solat fardu yang lain. Ini mungkin tidak berlaku kepada penganut agama lain.

4. Apakah bezanya peniaga Cina Ujung Pandang dengan peniaga Cina di Malaysia. Di sana mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu Indonesia dan juga bahasa tempatan Bugis ( bukan bahasa Mandarin ). Kedai-kedai mereka tidak ada Tulisan Mandarin, semuanya menggunakan bahasa Melayu Indonesia.

Inilah kejayaan Kerajaan Indonesia menyatupadukan rakyatnya menjadi 1Indonesia. Hanya menggunakan 1 bahasa sahaja, dalam jangka panjang rakyat Indonesia bersatuhati. Namun bolehkah di Malaysia hanya diwujudkan Satu Sekolah , Satu Bahasa, Satu Negara.

DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia beranikah mencadangkan kepada DongJiaoZhong atau Dong Zhong atau Lembaga SJK Cina supaya semua sekolah SJK ditukar kepada SK untuk mencapai Malaysian Malaysia.

Siapa di dalam DAP berani mencadangkan supaya menggunakan 1 Bahasa sahaja, 1 Sekolah Kebangsaan sahaja untuk mencapai Malaysian Malaysia = iaitu Samarata/Samaadil/Samarasa/Saksama. Penulis yakin satu orang pun tidak akan berani buku mulut.

Maknanya, Konsep Malaysian Malaysia itu hanyalah Retorik Politik sahaja. Maka yang paling Relevan ialah 1Malaysia kerana 1Malaysia mempertahan hak kaum masing-masing sebagaimana di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesimpulannya mudah, untuk kita ( Melayu/Cina/India/dll ) hidup harmoni sebagai sebuah negara kita semua perlu menolak Malaysian Malaysia kerana ia hanya Tipu Helah politik semata-mata.

3 Komen:

Detguaq said...

he he.....

rasis nih!

tidak rasis kalu cakap yg boleh bagi advantage pada cina.

*Kena bersikap macam Indonesia. Macamana? Belajarlah!

Anonymous said...

DAP punya Malaysian Malaysia ialah kalau Bahasa Inggeris atau Mandarin jadi bahasa kebangsaan!

Samada pandangan ini rasis atau tidak, itulah hakikatnya yang diperjuangkan oleh DAP.

penulis said...

Salam,
Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk kita tidak maju. Memang agama melarang kita makan riba, menjual barang yang dah rosak, menipu dalam timbangan dan sebagainya. Adakah awak merasakan peniaga Cina menipu dalam perniagaan mereka? Jawapannya tidak.

Jangan jadikan alasan nak bersolat, maka perniagaan terpaksa ditutup. Itu ajaran sesat namanya. Tuhan telah jadikan siang untuk mencari rezeki, malam untuk beribadat dan tidur. So tak ada alasan lagi.

Lagi satu, adakah peniaga-peniaga Melayu yang berjaya tu semuanya mengabaikan Islam. Pada saya mereka sebenarnya yang mengikut ajaran Islam yang sebenarnya.

Sekian

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan