ORANG TENGAH PAS-UMNO

on Sunday, June 21

1. SESEORANG yang boleh menjadi orang tengah perlu segera mencari jalan untuk mempertemukan Presiden PAS dengan Presiden UMNO.

2. Jika tidak musuh-musuh sebenar akan menggagalkan agenda perpaduan yang hanya menunggu masa untuk dijayakan.

3. Jika dahulu Tun Razak dan Dato Asri dapat bertemu berlapang dada tanpa syarat, inikan pula para agamawan yang maha tahu betapa baiknya maaf-memaafkan , sayang-menyayang, cinta-mencintai antara sesama umat.

4. Oleh kerana gagasan perpaduan diilhamkan oleh Presiden PAS, maka kenalah caranya jika Presiden UMNO menunggu khabar berita. Oleh kerana PAS itu asal-usulnya dari UMNO, boleh dikata tulung rusuk yang tidak akan berpisah lama, bukanlah luar biasa jika dapat bersama semula.

5. Anak PAS dan anak UMNO pun dah ramai yang berkahwinan, YB PAS dan MB Perak ( kecuali mantan ) pun makan bersama, MB Terengganu pun beli kambing Pesuruhjaya PAS Terengganu, MB Kedah pun dah banyak bersetuju dengan DS Najib, sewaktu Wakil Rakyat Pakatan bermaharajalela di dalam Dewan Undangan Negeri Perak, Yb-YB PAS kecuali mantan semuanya duduk tenang belaka.

6. Penulis ingin mencadangkan beberapa nama yang sesuai dan dalam fikiran penulis orang itu ialah Pak Lah, kerana rombongan-rombongan PAS tahun lepas pun bertemu semasa Pak Lah menjadi PM. Di pihak PAS beberapa nama yang sesuai seperti Datuk Mustapha Ali, Datuk Haron Taib,Datuk Harun Din, selain Nasharudin boleh menjadi orang tengah di dalam pertemuan DS Najib - DS Hadi Awang...mungkin anda bersetuju?

1 Komen:

sokong perpaduan said...

Pelik saya apabila parti yang kononnya memperjuangkan islam (dulu-dulu la, sekarang Islam entah kemana)lebih mendengar cakap orang sedang menunggu untuk dituduh meliwat dan kafir harbi daripada bersatu hati dengan saudara sesama Islam. Tak tahulah konon kot ada pulak KPI yang telah meletakkan dap kafir dan si peliwat lebih Islam daripada oarang Islam itu sendiri?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan