PENJELASAN PRESIDEN PAS

on Thursday, June 18

1. PENJELASAN DATUK SERI HAJI HADI AWANG, Presiden PAS di London menjelaskan bahawa Kerjasama & Perpaduan antara PAS dengan UMNO bukan bertujuan menghapuskan PAS dan menyertai UMNO, tetapi PAS dan UMNO sama-sama membangunkan negara ini demi kepentingan negara.

2. Presiden PAS juga menyebut sedikit Projek 916 DS Anwar, yang penulis fikir Presiden PAS tidak berkenan, jika diamati ucapannya itu.

3. Dahulu Dato' Asri digantung keahliannya, apakah kumpulan sebelah sana juga mahu menggantung Presiden PAS hari ini. Ia sesuatu yang tidak masuk akal kerana UMNO tidak pernah berkata langkah mayatnya dahulu kalau mahu menubuhkan negara Islam. Malah UMNO menyokongnya, hanyasanya pengisiannya sahaja perlu diperhebatkan.

4. Bayangkan jika Datuk Seri Hadi Awang mendapat jawatan Menteri Penuh, Nasharudin Menteri Penuh ... sudah tentu mereka boleh memberi sumbangan yang lebih besar untuk kemashlahatan negara kita, khususnya orang Melayu dan umat Islam.

5. Penulis fikir Nilai-Nilai Islam yang murni seperti Berlapang Dada, Maaf-Memaafkan, Hormat-Menghormati, Buruk Sangka, Dendam, benci-membenci dan penyakit Hati yang lain perlu dibuang jauh-jauh, bukankah nabi kita mengajar begitu...

6. Kepada TGNA dan kumpulan di tepinya, ketahuilah musuh sebenar Islam. Penulis dimaklumkan oleh sahabat penulis di dalam PAS bahawa Keputusan TGHHA untuk BersatuPadu dan Kerajaan Perpaduan dibuat selepas mendapat Petunjuk selepas solat malam...

7 Komen:

Saya Rakyat Malaysia said...

Ye, sama2lah kita berdoa untuk melembutkan hati saudara kita sesama Islam. Kalau iklahs dan niat itu betul kerana Allah Taala, maka semoga dipermudahkan.

anti dap said...

Pelik tapi benar, dap bermatian-matian menolak negara Islam tetapi pas tanpa syarat bersahabat dengan kafir laknatullah tu. Tetapi umno orang Islam, orang melayu satu bangsa dan satu agama kenapa susah sangat nak bersatu. Puncanya sikap dendam, dengki iri hati. Segala macam sifat mazmumah.

Kenapa dulu apabila dap dan pas membawa haluan masing-masing perpecahan orang melayu tidak begitu ketara. Tetapi apabila dap menyokong pas, perpecahan orang melayu ditahap yang membimbangkan. Kenap ini berlaku? Inilah sesatunya cara dimana orang melayu akan berpecah. Apabila orang melayu berpecah, undi berpecah, dap kafir itu akan ganyang pas dan pkr. Susah sangat nak faham ? Lihat saja apa komen kelab penyokong pas yang menolak kerajaan perpaduan ? Kenapa ? kerana mereka tahu kalau melayu bersatu, dap kafir akan jahanam.

Tuah said...

Salaam,

Selagi puak2 Erdogan menghasut Nik Aziz, selagi itulah Nik Aziz akan terhasut.

Lihat media mrk melaporkan 10 mp yg sokong Nik Aziz tu.

Org2 PAS yg tulen tahu niat Nasharudn bukannya utk ajak masuk UMNO. tapi media PAS terutamanya di internet tidak akan membiarkan persepsi terhadap Nasharudin baik begitu.

Media mrk memburuk2kan Nasharudin itu yg terhegeh2 nak masuk UMNO. Yg hendakkan jawatan, itulah yg disampaikan kpd Nik Aziz dalam pertemuan sulit itu, sehinga Nik Aziz begitu ammarah dan timbul rasa benci kepada Nasharudin.

Anwar celaka itu pula dgn tektik halusnya mensemenkan perselisihan itu. Dalam pada org2 PAS sendiri sibuk menafikan adanya konflik diantara 2 tuan guru mereka tiba2 Anwar dgn sengajanya mencelah kununnya2 bersifat pendamai dgn berkata KONFLIK diantara kedua2 tuan guru itu dapat DILERAIKAN.

Hasilnya sekrg betul2 ada KONFLIK.
Hasilnya ianya belum dileraikan.

Saya lihat ianya betul2 permainan Anwar melalui kumpulannya erdogan itu. Apakah kebetulan keadaan panas ini berlaku ketika Hadi Awang di luar negeri?

Risiko PAS skrg ialah perpecahan. Perpecahan yg menyebabkan Hadi Awang ditendang atau dijatuhkan. Peluang yg terbuka kpd kump erdogan dan Anwar pada ketika ini ialah revolusi dalam PAS itu sendiri. Penyingkiran Hadi Awang bermakna hilanglah kesan2 pengaruh PAS ortodoks dalam parti. Tiada lagi ikhwanul muslimin, yg dominan adalah Islam Amrika fahaman Anwar Ibrahim dan erdogan yg membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bahasa Melayu utk dijual kpd org Melayu.

Revolusi kecil dlm PAS itu juga adalah reheasal kpd revolusi besar dalam negara menuju republik. Sekiranya berjaya, Anwar telah memberikan mesej kpd pemberi2 dana kemampuannya melakukan perubahan besar dlm Malaysia. Sekiranya PAS direvolusikan, dan Hadi Awang jatuh, yg tinggal hanyalah Nik Aziz. Atau imej Nik Aziz.

ramai yg akan tertipu dan merasakan dgn melihat imej Nik Aziz yg masih tggl dlm PAS itu Pas adalah PAS seperti sebelumnya. Tetapi imej itu hanyalah imej, belakgnya erdogan telah menguasai intipati Pas itu, PAS bukanlah PAS yg dulu. Org PAS dan bukan PAS pd waktu itu mungkin sukar utk menyedarinya.

Tuah said...

Pembetulan.

Tiada lagi ikhwanul muslimin, yg dominan adalah Islam Amrika fahaman Anwar Ibrahim dan erdogan yg membenarkan kalimah Allah digunakan dalam BIBLE bahasa Melayu utk dijual kpd org Melayu.

hang ku jaya said...

sudah pasti yang kalah(paham-paham sendiri la korang,nak sebut nama kang kena saman pula) dahulu dalam persaingan timbalan presiden pas yang dahulu akan berbisik sendirian ungkapan 'yes',ada can balik aku nak nak dapat jawatan tu,silap-silap jawatan presiden pun aku boleh sapu hahaha..dah tu bila korang yang kena perli dengan tok guru tu nak letak jawatannyee...

secara kesimpulannya

geng ulama'( lulusan sekolah pondok,kolej islam,SMA AL-Azhar) VS geng profesional ( bukan aliran agama,penceramah motivasi,jurutera,guru dan bekas kakitangan kerajaan yang boleh bercakap tentang agama sikit-sikit)...pemenangnya ialah edrogan yeaaaaa

Nur Selatan said...

Kita perlu cuba satukan orang Melayu dari segi politik, dan ekonomi.

Tak menguntung sesiapa pun jika orang islam berpecah belah dan bergaduh secara terbuka.

PAS dan UMNO adalah orang Islam semuanya. Marilah kita mengusahakan ke arah menyatupadukan mereka. Amin Ya allah permudahkanlah.

tok pawi said...

Ada koma dalam artikel perlu diganti dengan titik, jika tidak ia akan membawa maksud yang salah.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan