SIAPA CEPAT DIA DAPAT

on Saturday, June 13

1.DAHULU, ketika YB Nasha tiba-tiba sertai PKR, mereka dengan bangganya berkata tindakannya sangat beriman. Apabila YB Nasha kembali semula ke pangkuan UMNO , mereka kehilangan kata-kata.

2. Selepas pengHijarahan keempat-empat YB daripada pakatan kepada Barisan, mereka semakin marah sehinggalah episod terakhir apabila mantan MB mengembalikan kereta rasmi kerajaan.Maka tamatlah episod Perak.

3. Hari ini ada orang mahu berlumba lagi...hehe ( ketawa dulu ). Mingu lepas Datuk Ibrahim Ali ( Ahli Parlimen Pasir Mas ) berkata beliau akan menentukan kedudukannya untuk menyertai sebuah parti politik tidak lama lagi. Masuk PPP kot?

4. Belum sempat 24 JAM, pemimpin de facto cepat-cepat mengadakan sidang akhbar mengumumkan kemasukan Zaid ke dalam PKR... Dia tidak mahu kalah moral, sebelum YB Pasir Mas menyertai parti dot dot, dia cepat-cepat buat pengmuman. Gelojoh benar dia ne dalam politik ya..

5. DS Najib yang menerima kunjungan Datuk Ibrahim Ali sebagai Presiden PERKASA , nampaknya tidak terburu-buru membuat pengumuman penting itu...Pengumanan apa ? Memang DS Najib seorang yang penyabar, pendengar yang baik dan ahli strategik yang bijak kot ( meminjam kata-kata Datuk Ahmad Zahidi Hamidi ).

6. Zaid Ibrahim ( bukan YB ) sudah menyertai PKR, Datuk Ibrahim Ali ( YB Pasir Mas ) menunggu masa sesuai mengumumkan berita penting...masa Malik Urai kot?...ADUN DAP Jawi meletak surat jawatan..Hmmm macam-macam politik negara kita yer...

7. Akhirnya,...siapa cepat dia dapat, siapa bijak dia menang?...

1 Komen:

orgkampung said...

Harap Datuk Ibrahim segera sertai umno supaya lebih byk dia boleh buat untuk kepentingn negara, terutama umat Islam dan bangsa Melayu. Ibrahim A.li lebih berani jika nak banding sesetengah pemimpn baik dalam UMNO, atau Pas ataupun PKR.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan