CAWAT

on Tuesday, July 28


1. KENYATAAN Presiden PAS sebagaimana sudah diketahui umum bahawa, "...Haji Hadi telah membuat kenyataan "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusanya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS,".

2. Inilah gambaran-gambaran kurang tepat, menghina dan memalukan yang diberikan kepada orang Sarawak. Apakah orang Sarawak tiada perasaan? Hina sangatkah orang Sarawak ? Kuno sangatkah orang Sarawak? Orang Sarawak semua bodoh belaka kah ?

Adakah ajaran agama Islam untuk menghina dan merendahkan sesuatu kaum? Bagaimana kalau penghinaan itu diberikan kepada mereka, apakah pula perasaan dan amarah mereka?

3. Kasihan orang Sarawak kerana tidak pandai mengundi, bayangkan orang Sarawak pakai cawat? Perempuan Sarawak pakai cawat, lelaki Sarawak pakai cawat? Maksudnya orang Sarawak tak ada baju, tak ada seluar, tak ada baju-baju dalam tu, hanya pakai cawat sahaja, inilah agaknya maksud Presiden PAS orang Sarawak tak reti undi, sebab pakai cawat lagi.

4. Pakai Cawat lagi maksudnya orang Sarawak diberi gambaran kuno, ketinggalan zaman, maksud lainnya fikiran orang Sarawak bodoh, ketinggalan zaman, kuno, sebab itu tidak mengundi PAS.

5. Di Sarawak, jika tidak mengundi PAS dikategorikan orang tak reti mengundi. Tak reti maksudnya tak pandai, Tak Pandai maksudnya bodoh. Orang Sarawak kata Presiden PAS maksudnya kalau nak jadi pandai, nak jadi reti undilah PAS.

6. Gambaran orang pakai cawat itu macam Tarzan atau lebih bawah dari itu, yang duduk dalam hutan, yang pakai cawat makan daging mentah, pakai cawat ramai-ramai dalam hutan, semuanya bodoh belaka ( tak reti belaka ) maksud kata-kata Presiden PAS itu.

7. Penulis dengar orang-orang Sarawak tidak kiralah Bidayuh, Melayu, Melanau, Iban, Dayak ,Kedayan, sungguh-sungguh amat marah dengan penghinaan tersebut. Sahabat-sahabat penulis di Sarawak sungguh rasa terhina dengan penghinaan tersebut.

8. Bagi penulis, Islam menganjurkan dakwah secara berhikmah dan bijaksana.

16 Komen:

tok janggut said...

Salam,

Mungkin Hadi tak pernah sampai ke Borneo lagi kot. Mejoriti masyarakat kampung di Semenanjung masih beranggapan rakyat di borneo(sabah dan serawak)masih kuno, primitif, tinggal dalam hutan dan sebagainya.

Sebab itu apabila ada anak-anak mereka yang ditugaskan mengajar di sabah dan sarawak, mereka tidak mengizinkan kerana takut terjadi perkara yang tak diingini kepada anaknya.

Lantas Hadi memperkukuhkan lagi kepercayaan ini kerana mejoriti pengikut Hadi adalah masyarakat kampung yang belum terdedah dengan kemajuan sekarang.

Inilah dilema penyokong-penyokong PAS.

Anonymous said...

Kami rakyat Malaysia di Sarawak rasa sangat terhina dengan tuduhan dari seorang yang di gelar Tuan Guru yang sangat jahil dan langsung tak tau menghormati hati dan perasaan org lain,INGATLAH WAHAI HADI AWANG...Kami tak akan melupakan apa yang telah kau katakan tentang kami,kami akan menunggu kedatangan mu ke negeri kami yang tercinta ini

Anonymous said...

Ini adalah pendapat yang paling menghina! Do make some research before even start saying.

Anonymous said...

I will post this to all Sarawakian!
If this is true, fuck you for saying nonsense!

zulhardy said...

kenak rasa terhina? salah kah?

mun salah, kenak sik marah iklan2 dak tourism nok mala ngeso orang dayak kita bercawat? :D

sekda pun orang marah bila billboard kita mala ngeso kawan - kawan dayak kita bercawat :D

Anonymous said...

eh zulhardy,coba ko paham benar2 ayat urg tua babo tok " sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS,".
sikkah menghina namanya...mun lagik kes sidak tourism ya lainlah
dak ya coma melambangkan ajak cara nenek moyang sidak iban dolok marek berpakaian.bukannya mcm nok di padah urg tua babo ya,,,nang menghina langsung..PALOI..

Anonymous said...

SEBENARNYA TAKYAH NAK TIPULA ORG KELANTAN TERENGGANU, SAYA ADALAH EX PLAJAR UMS DAN PERNAH MENGHANDLE PENGAMBILAN PELAJAR BARU UMS DAN MENJEMPUT MEREKA TRUS DARI AIRPORT KK..TRUTAMA SKALI PELAJAR TERENGGANU KELANTAN KERANA MASA BATCH SAYA DULU 55% PLAJAR UMS ADALAH DR SANA N SENANG NAK KENAL SEBAB DIALEK DORANGNI. OLEH KERANA MEREKA MASIH MENGANDAIKAN SABAH NI TERLALU DAIF SAMPAI MASIH TGAL ATAS POKOK LAGI, IBUBAPA MEREKA SENDIRI YG MENGHANTAR ANAK MEREKA KE UMS KERANA BIMBANG KESELAMATAN ANAK MEREKA. MALAH MASA ITULAH SAYA TERDENGAR APABILA TERPACUL DARI MULUT IBUBAPA MEREKA SENDIRI "RUPANYA SABAH NI DA MAJU YER, INGAT ORG2 MASIH TGAL ATAS POKOK LAGI, KENA MENYEBERANG SUNGAI"..RUPANYA UMS NI ADALAH UNIVERSITI TERINDAH DI ASIA TENGGARA..LAGI TAK SEDAR DIRI, KELANTAN TU JAUH KETINGGALAN DARI SABAH DARI ASPEK PEMBANGUNAN, MALAHAN LAGI DAIF DARI SABAH..BERAPA RAMAI ANAK JATI SABAH YG PROFESIONAL BERKHIDMAT DI SEMENANJUNG..INGAT SIKIT ORG TERENGGANU KELANTAN..JGN2 PENGUNDI2 PAS TU YG MASI BERCAWAT SEBAB TU BANYAK KES MAKSIAT YG MELIBATKAN ORG2 KELANTAN NIE..LU PIKIRLA SENDIRI PAS...

kurik kendi said...

menang penalti kat manik urai,
dah nak slahkan orang srawak pulak dah..org pas pro-nik aziz marah lagi kat hj hadi periahal kerajaan perpaduan,jd statment berkenaan cawat boleh cover la beliau masih berada di landasan pas yang dulu iaitu menggap umno yang menipu rakyat..betul tak?

zulhardy said...

salam Anon,

mungkin kita nok salah paham nak? mungkin maksudnya mentaliti orang Sarawak maseh gik di"cawat" kan, masih terbelakang masih sik membiarkan orang menindas.

insyAllah TGAHA adalah ulama tersohor, semua pemimpin Pakatan Rakyat tauk bertapa penting nya untuk mendapat undi dari Sarawak untuk memerintah.

Sikkan lah nya sengaja nak offend rakyat Sarawak, especially dak dayak.

Pasal mentaliti orang Melaya ctok ingat orang Sabah / Sarawak masih diam atas pokok, maseh pakey cawat, jangan lah blame cdak nya entirely.

Coba bukak tibi, cuba bukak paper, coba tanga billboard, asal Sarawak jak, orang utan. Asal Sabah jak, sungey, asal Sarawak / Sabah jak pokok dan hutan belantara sambil orang pakey cawat betandak, Salah daknya kah? :D

Macam kita bah, asal china jak kita ingat orang mundur oran miskin, asal India jak ingat orang diam di setinggan sedangkan duak negara tok adalah pemacu ekonomi dunia.

it is all in perception. :D

mun tegal tok pun nak melenting, nang padan muka lah rakyat Sarawak di ayam - ayamkan oleh kerajaan BN.

Negeri kita kaya dengan hasil, negeri kita di kurniakan tuhan dengan pelbagai hasil bumi, tapi kenak segelintir kecik jak nok boleh ncerik kekayaan tok? Kenak segelintir kecik jak nok kaya raya di demak, kaya raya di luak bay? And kita semua puas hati? Kita semua padah sekpa yang penting aku cukup makan? hahaha.. mun macam tok mentaliti, nang patut lah melenting kenak anok maseh pakey cawat :D

kekayaan yang tidak terhingga negeri kita ya, mun di convert boleh run cgek negara bah. tapi tanga jalan kita, tanga infrastruktur asas kita. Api, air, tepon maseh ramey sekpat ncerik di ulu - ulu nun. Tapi kita bangga kita ada DUN baru yang besar hahaha.. :D

bongkersz said...

Aku rasa banyak Sarawakians termasuk penulis blog tok dengan Anon sik paham maksud tersirat pake cawat ya.

Pikirlah, Hadi mok sokongan orang Sarawak untuk parti PAS and Pakatan Rakyat, sik kan nya mok menghina orang Sarawak terang-terang gia, nak kah bodo.

Apa nok dimaksudkan nya 'gik pake cawat' ialah mentality voters di Sarawak tok yang masih terbelakang. Senang-senang berik duit, berik rasuah pembangunan time pilihanraya pilih BN. Sedangkan dan berkurun lamak BN menindas orang Dayak di Sarawak tok.

Then, sapa yang mempopularkan imej orang Dayak pake cawat di Sarawak tok? Tanyaklah James Jemut Masing. Apa yang Tourism Sarawak ngegeh engkah gambar orang Sarawak bercawat di poster-poster, iklan pelancongan? Oh ya sik menghina lah?

Ya lah pelik. Yang terang-terang promote Sarawak pake gambar orang bercawat sik menghina. Tapi mun Hadi Awang madah gia, menghina. Caley orang Sarawak tok.. senang alu kenak bulak media massa di Sarawak dengan politikus politikus murahan Sarawak kedak Alfred Jabu ngan James Masing.

Read more at my blog on this cawat issue, and let's have some discussion there if you want to :)

http://bongkersz.com/what-cawat-nadai-gi-kami-ngena-cawat-deh/

Cheers!

Anonymous said...

Malam Aspirasi Generasi Salahuddin - Pidato Perdana
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/07/image0000123.jpg

Jadual Pengajian Ilmu bagi Bulan Julai-Ogos 2009
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/07/jadualjo.jpg

Anonymous said...

ramai orang nak cover nik ajis...

tu lahhhh... kalau UMNO cakap mesti kena bumban kaw-kaw punya... bangsat punya tok guru...

MR.J said...

Tikar bercorak tradisi dihambarkan. Lalu duduk beberapa orang tua bersirat dan berpakaian tradisi lengkap. Di tengah-tengah mereka, diletakkan alat upacara. Beberapa keping pingan berukiran naga diletakkan di tengah tikar berukiran. Juga, mangkuk khas kegunaan upacara. Dua ekor ayam jantan, ditambat pada satu tiang khas. Lima tokoh yang berwajah serius mula menjalankan tugas masing-masing. Sedangkan para hadirin terus menyaksikan gelagat mereka tanpa sesiapa pun berani bersuara dalam keadaan panas terik.

Baca sepenuh Artikel (KAMI BUKAN WARGA CAWAT) DISINI!

qimie74 said...

Sedikit sebnyak kenyataan itu telah merencatkan usaha PKR di Swak. Kenyataan itu amat2 melukakan Hati Masy Dayak, Iban khusunya. Sekian lama isu2 spt ini melukakan hati kami rakyat Bumi Kenyalang. X cukup dgn cerita kami tinggal di pokok. ini timbul isu cawat. Menarik benang jgn putus, tepung jgn berselerak. skrang benang hmpir putus dan tepung terkena ke muka Awg Hadi. Sbg pemimpin seharusnya berfikir ttg sensitiviti kaum sebelum mengeluarkan kenyataan. Situasi politik Swak berbeza dgn Kelantan dan jgn di samakan. Dan jgn lupa hasil2 bumi dr Swak dan nenek moyang kami yg bercawat itulah membentuk Malaysia dan ekonominya. Krn perjuangan org2 bercawat itulah Swak ada spt skrang ini. PM harus mengambil berat itu ini. ini bkn sj merencatkan PKR lahan BN juga. bertambah2lah Sentimen kedaerahan org2 Swak. Sori 2 say klate pun ada apa? ckp pakai kepala lutut… kechek mung bior molek!

Anonymous said...

aku rasa tok aziz x bersalah

Anonymous said...

org PAS memang mcm tu...cakap ketua dia aja yg betul...klu ketua dia cakap minggu ni akan kiamat (contoh)..semua pengikut dia percaya..sy dulu pun penyokong PAS juga tapi bila tengok cakap tak serupa bikin sy pun keluar dari PAS..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan