ENGLISH NICE

on Thursday, July 9

1. Di Indonesia, universiti di sana sudah lama menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran pelajar perubatannya sejak tahun 1960an dan 70an lagi.Buku-buku perubatan dalam bahasa Melayu sungguh banyak, dan ramai juga rakyat Malaysia yang belajar perubatan di Indonesia.

2. Satelit Indonesia telah dilancarkan ke angkasa sejak tahun 1969 jika tidak silap, malah kejuruteraan kapal perang di Bandung sudah lama beroperasi sejak 1960an lagi.

3. Bahasa Inggeris penting kerana dikatakan bahasa antarabangsa, dikatakan "..to know English is to know the world..". Tiada siapa menafikannya. Namun, jika kita menjejaki negara China di beberapa wilayahnya yang maju, bahasa Inggeris tidak berguna pun, pemandu teksi tidak tahu berbahasa Inggeris, tulisan bahasa Inggeris kurang berbanding bahasa Cina.

4. Hari ini tanpa mengetahui pun bahasa Inggeris, negara China sudah lebih maju daripada Amerika & Britain. China boleh menembak satelit lama mereka di angkasa dari bumi ke angkasa, Hong Kong pun sudah diambil balik, Nokia malah barang-barang murah di Nilai, negeri Sembilan kebanyakan buatan China.

5. Barangkali benar kata orang lama, kebanyakan kita telah di'english nice'kan oleh penjajah British ini, termasuklah dalam isu PPSMI.

6. Semalam penulis bertemu Profesor Khoo Kay Kim bertanya khabar, dalam berborak itu beliau menyebut H1N1 itu sebagai " H satu N satu ". Seorang profesor Melayu yang turut berborak pula menyebut H1N1 sebagai " H one N one ". Timbul persoalan ?

7. Jawapannya mudah,masyarakat kita ada 2 jenis dalam isu PPSMI. Pertama yang sudah di'English Nice'kan. Kedua , mereka yang yakin bahasa Melayu mesti digunakan dalam PPSM kerana bahasa Melayu itu bahasa Jiwa Bangsa.

8. Datuk A Samad Said, Dr. Hassan Ahmad, Dr. Burhanudin Borhan, Profesor Ismail Hussien dan lain-lainnya adalah ahli bahasa, ahli budaya, ahli jiwa bangsa, ahli sejarah bangsa. Mereka bimbang negara satu-satunya orang Melayu ini kelak akan menerima nasib serupa Singapura, yang mana bahasa Melayu sudah menjadi kelas ke3 di sana.

9. Pada pandangan penulis kerajaan tidak mengenepikan kedua-duanya. Bagi penulis Perlembagaan Persekutuan sudah meletakkan tempatnya bahasa Melayu itu di PPSM.

10. Polemik ini tidak akan tamat kecuali orang Melayu majoriti dalam Parlimen . Perbandingannya seperti di Afrika Selatan, selagi orang kulit putih yang minoriti memerintah orang kulit hitam yang majoriti selagi itu Afrika Selatan tidak aman. Hanya selepas Nelson Mandela menjadi Presiden barulah negara itu aman.

9 Komen:

tok pawi said...

ya, bagus. tapi saya kecewa. saya nak anak saya belajar mat dan sains dalam bahasa Inggeris. macam saya dulu. salah ke?

Anonymous said...

pandai sungguh memain isu bangsa demi utk kemenangan kepada hujah anda.
Cina hantar banyak professor keluar negara utk belajar math dan science dalam bahasa inggeris dan mereka balik tolong buat roket dan bom nuklear. Ciptaan nuklear tu orang cina buat ke?
Satelit indonesia tu, teknologi tu datang dari mana? Kalau tuan agak la, nak lancar satelit tu dari mana? Dari batam island ke?
Sebab tak tahu bahasa inggeris la, dia orang terpaksa pajak hong kong kepada BRITISH. Tuan ni, tak baca sejarah ke? Dan sejarah perang candu di cina tu terjemhan bahasa malaysia ke, bahasa inggeris ke?
Nak tahu kat mana blog awak ni punya software di tulis? atau source code? aku harap awak tahu source code tu amende. Maklumla terer BM boleh terjemah kan? Di INDIA!! yg rata rata ramai org fasih bahasa inggeris dalam math dan science.
Nak tahu apa jadi orang melayu yang tak tahu math dan sains dalam bahasa inggeris? Macam awak la.

artikel bangang langsung tak buat research. Tapi ye la, nak research camne ye? suruh research kat google, nanti awak pegi beli cermin mata perenang.

Syed Mahmod

MamatTaiping said...

Pada padangan sy, baguih jugak kejaan mansuhkan pengajaran s & m ne dlm bhs Ing tu, cikgu2 kita tak cukup dan kurang maher juga ada.

lagi sekrang depa minta macam2, nak jadi bumiputra,nak pekasakan bahasa diaorang, aku lihat dari segi politik jangka panjang baguih lah,biar depa2 yg tak fasih bhs Melayu tu lancar sikit..

Pd masa yg sama, kejaan mesti buktikan pengajaran Bhs Inggeris pulak dimantapkan, ditambah masa, diwajibkanlulus.

Bahsa Ing ne penting, bhs Melayu juga penting, masalahnya cara tak betui..kesan ppsmi ne, nampkanya byk rugikan org Melayu terutamanya,untungkan org lain,tu kesan yg belaku la ne..

Anonymous said...

“Belum lagi reda dengan kita dikejutkan oleh pengumuman PM mengenai dasar liberalisasi ekonomi dan langkah-langkah affirmatifnya, sekarang TPM pula mengumumkan pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat.

"Baru saja PM mengumumkan yang kita harus bersedia di dalam menghadapi era globalisasi dan sebagaimana yang kita maklum, globalisasi ini didukung oleh negara-negara barat seperti AS dan Kesatuan Eropah. Bahasa rasmi pertuturan mereka adalah Bahasa Inggeris dan Perancis. Pusat pembelajaran sains dan teknikal serta bahan-bahan ilmiah kebanyakannya di tulis didalam Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman.”

Amer Yusof said...

hasilnya, ramai betul anak murid kita yang baru 7 tahun belajar dalam PPSMI tapi sudah keluarkan ayat-ayat tak seronok.

melayu mudah lupa

namasebenar said...

Mandarin schools should be shut down. That is the only we can achieve indonesia like unity. There the Chinese dont consider themselves Chinese anymore.

Mandarin will only give advantage to the Chinese to the detriment of Malay language and culture.

Dont forget that the Malays were against giving citizenship to the chinese tin miners or indians labourers beczuse they are a danger to the Malay motherland.

But were forced by the British and were fortunate to include the special rights in the constitution or we would be like the Fijians where Indians ruled the economy and the native polyesians suffering due to their un materialsitic culture.

Is this fair to the Chinese labourers? Up to them. They can always go back to China. As our beloved Tunku said, the Chinese can go back to China, the Indians to India but the Malays will defend Tanah Melayu with their lives against communist
Chinese.

Does this make Chinese second class citizen? not economically. They could integrate with the Malays as th nyonya and Baba but the Dong Ziong Chinese racist club are against it and want to go against Malay culturalisaiton.

Mahathir merupakan neo colonialist. dan generasi Mahathir tidak boleh lari dari kesan psikologi.

Sama seperti negro yang menjadi hamba di US mereka mahu diterima oleh bangsa penjajah dengan menggunakan bahasa penjajah.

Tidak ada sebab guna bahasa Inggeris untuk kira2. Ini semua otak orang anglophile.

Orang melayu cerdik dan pandai. kita boleh bina ilmu sendri macam orang indonesia.

Dunia mengharap kepada melayu untuk memajukan rumpun melayu.

Mahathir tidak sayang bahasa melayu. Mahathir mengkayakan cina Kuok 70 billion, ananda 40 billion, lim goh tong 20 billio dan lain. YTL, Vincent tokeh judi kawan baik dia dan keling Lingam peguam Mahahtir.
Melayu dia?

Haprak.. hanya untuk mengkayakan anak dia mohkazni melayu terkaya.

Dia hanya nak perkuda melayu supaya dia nampak pandai di mata mat salleh.

Melayu mengharap kepada mahathir selepas 13 Mei tapi dia hanya nak senangkan keluarga dia dan tunjuk pandai diri dia. Orang Melayu halau dia kerana lupa daratan selepas 22 tahun tak nak berhenti dan tidak ada agihan kekayaan yang adil di bumi Melayu.

Bagi UMNO itulah perlembagaannya untuk memertabatkan bahasa dan bangsa Melayu. Sesiapa yang tak setuju dengan perlembagaan UMNO boleh lah buat parti sendiri, parti Negara ke haha.

Sekarang nak jual idea dah terlambat. What has Mahathir done for the Malays? Dont forget the Malays drove Mahathir out of UMNO precisely for his PPMSI!

syed momod said...

nuklear tu org herman yg mula jew lari ke us buat bahasa jerman. kepandaian orang british menipu sultan melayu atau orang cina mengenai hong kong tiada kaitan dengan bahasa.

Orang portugi berbahasa portugis menipu sultan melaka bangang syed mamud ni.

Orang belanda tak cakap inggeris bila menguasai indonesia. orang jepun tak cakap inggeris bila merka menghalau british dari malaya. etc.. susah nak cakap orang yang hanya tahu bahasa inggeris..haha ingatnya dunia tu bahasa inggeris..

sheila said...

salam.. aper kaba anda di sana, sheila di sini sihat jerk, mcm maner keje kat saner, bz lg ker? sheila ngah usaha nak buat blog untuk lengkapkan portfolio. nnti dh ader blog sheila bg tau k.. kim salam kat semua.. 1 malaysia.. ^_^

Anonymous said...

Murid-murid sesaolah tabung Uji kepada pemimpin Politik BN.

Dulu diawal pelaksaan oleh Tu Mahathir (PM pada waktu tu) pelbagai alasan lojik dikemukakan kepada rakyat. Pelbagai pujian diampu oleh penyokong. Walaupun pelbagai hujah dikemukakan oleh pihak lawan tetapi Tun Mahathir buat doook aje.

Sekarang apabila dah dimansuhkan. Tun Mahathir masih bertegas dengan hujahnya. Tetapi kaki pengampu dalam UMNO menyokog dengan membuta tuli. Sebab apa ?? sebabnya TUN Mahathir dah tak ada kuasa.

Sekarang era Najib dan Muhyiddin. Kalaulah selepas ini MatPacat jadi PM kerajaan Bn nak akan laksanakan kembali PPSMI ini, aku percaya kaki ampu dalam UMNO menyokong pulak.

Walaubagaimanapun aku akan turun ke jalan raya sekali lagi jika demo anti PPSMI diadakan lagi. untuk kali ke-2.

MAT JEBON

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan