HARGA POLITIK

on Wednesday, July 8

1. KEPUTUSAN kerajaan mendaulatkan semula bahasa Melayu dalam pengajaran Matematik dan Sains mempunyai pro dan kontra. Tun Dr. Mahathir mempunyai alasan menentang pemansuhan dasar tersebut, antara alasannya yang pernah diutarakan ialah tidak semua istilah-istilah sains dan matematik boleh diterjemahkan dengan mudah ke dalam bahasa Melayu. Alasan kedua antaranya untuk rakyat Malaysia bersaing di luar Malaysia pada masa hadapan.

2. Di pihak pencinta bahasa Melayu, perjuangan mereka sudah berjaya. Bahasa Melayu akan kembali dimartabatkan, didaulatkan dan diletakkan di tempat yang tinggi sesuai dengan teras negara ini iaitu terasnya agama Islam dan bahasanya bahasa Melayu.

3. Persoalannya , ialah perlaksanaan. Memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di dalam Matematik dan Sains tetapi dalam semua aspek. Papan Tanda, Iklan dan sebagainya mestilah menggunakan bahasa Melayu. Jika perlu menggunakan bahasa lain, bahasa Melayu itu perlu dibesarkan lebih besar daripada bahasa lain.

4. Pada zaman Melaka dahulu, pedagang-pedagang yang hendak berdagang di pelabuhan Melaka terpaksa belajar bahasa Melayu jika hendak berdagang di Melaka. Di Kota Mekkah juga banyak tulisan di dalam bahasa Melayu. Bahasa Lingua Franca.

5. Setelah 52 tahun negara kita Merdeka, masih ada yang tidak faham bercakap bahasa Melayu. Tahun lalu, seorang pelancong Cina Indonesia menulis dalam akhbar kenapa sebahagian besar Cina Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu, tidak faham bahasa Melayu? Ini soal kenegaraan ?

6. Di negara China, daripada hampir 30 Saluran TV negaranya, tidak sampai 5 rasanya yang menggunakan, mengamalkan bahasa Inggeris sebagai mediumnya. Majoriti iklan, drama, permainan, nyanyian , berita, sukan dan sebagainya dalam bahasa mereka sama ada Mandarin dan sebagainya.

7. Dengar khabar ada wakil rakyat kurang tahu dan tidak fasih berbahasa Melayu?

8. Dari segi politik, kerajaan BN akan mendapat semula sekurang-kurangnya 30%-40% undi atas pagar daripada golongan cendikiawan Melayu, pencinta bahasa Melayu, guru-guru, NGO Melayu dan sebagainya. Harga politik memang mahal ...

8 Komen:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Sdr,
Sedarkah kita bahawa dengan dasar baharu ini kita telah memperlekehkan bahasa melayu bukannya memartabatkan sebagaimana menteri pelajaran. SJKC/T akan menggunakan bahasa mereka makanya apa yang ada pada bahasa Melayu?. Kenapa kerajaan takut untuk dengan tegas mewajibkan pembelajaran/pengajaran di semua jenis sekolah dlm bahasa Malaysia agar bahasa Melayu betul-betul dimartabatkan. Di mana konsep satu Malaysia. satu bahasa...entahlah Saudara harga politik untuk orang Melayu terlalu murah dan nilainya untuk orang bukan Melayu terlalu tinggi. Syabas Malaysia!

Anonymous said...

jahanam kalau masa depan negara di politikkan. ini lah hasilnya. aku harap dua org ikon perjuang bahasa tu jangan berhenti setakat ini shj.

aku harap dia terus dgn perjuangan bahasa melayu dia, pergi ke bank2, majlis peguam, yg aggrement bank2, agreement di semua syarikat GLC dan k'jaan masih menggunakan bahasa inggeris. suruh tukar semua ke bahasa melayu.

kalau k'jaan yg ikhlas nak melihat bangsa malaysia boleh bersaing dgn mana2 bangsa didunia ni dgn pandai berbahasa inggeris pun kamu boleh buat mereka reverse. apa la sangat dgn mana2 institusi di malaysia ini.

aku harap pejuang bahasa ni akan suruh limkitsiang dan kapral berbahasa dengan bahasa malaysia dgn betul lain kali bila berhujah.

lihat la pada realiti, selepas golongan bijak pandai ini berketerampilan hebat berbahasa inggeris bila mereka diatas mereka kata berbahasa inggeris boleh merendahkan bahasa malaysia.

kalau bahasa inggeris tak wajib lulus di upsr atau spm, maka bahasa inggeris masih terus ditakuk itu. tambah la ke 24 pun , singular dan plural masih tak boleh kenal.

bdak2 melayu akan terus takut berbahasa inggeris manakala anak2 india dan cina terus hebat. anak2 melayu akan terus hilang daya saing mereka. tgk statistik, percaya pd fakta.

pergi ke conference2 hanya berckp sesama mereka, peneraju teknologi masih terus diterajui oleh bangsa cina dan india.

melayu akan terus layu percaya lah..... hebat percaturan mereka melayukan melayu yg tersedia layu.

tahniah PAS dan PKR.

PakLah.

Muhammad said...

Jemputan Majlis Bacaan Ratib Al-Attas & AsmaulHusna
Tempat :Masjid Bandar Sri Damansara
Tarikh : 10 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Pimpinan Habib Hussin Alwi Al-Attas


Masjid Al-Mukarramah,
Jalan Saga SD8/1,
Bandar Sri Damansara,
52200, Kuala Lumpur.




Semua muslimin & muslimat di jemput hadir

http://pondokhabib.wordpess.com

wanbaki said...

baguih laaaa...
berjuang unutk ajar sains, math dalam bahasa ibunda...
satu tindakan yang munasabah oleh kerajaan yang ikut kehendak PR.

jangan salahkan kerajaan pulak....

wanbaki said...
This comment has been removed by the author.
tok janggut said...

Bukan cara ini nak memartabatkan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu tak akan dimartabatkan walaupun subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu.

Malaysia ni sebenarnya sebuah negara yang pelik. Kita memperjuangkan bahasa Melayu, mendaulatkan bahasa Melayu sebenarnya pada teori sahaja. Hakikatnya bahasa Inggeris dan Mandrin yang didaulatkan dan diperjuangkan. Kalau tak masakan temuduga di kilang2 dalam bahasa Inggeris dan mandrin. Urusan dengan bank semuanya dalam bahasa Inggeris, perjanjian jual beli rumah dalam bahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua urusan penting dalam bahasa Inggeris tetapi disekolah-sekolah kita masih nak mendaulatkan bahasa Melayu. POLITIK APAKAH INI?

Kalau betul nak memperjuangkan dan memartabatkan bahasa Melayu, perjuangkan supaya bahasa perantara dalam apa-apa perkara sekalipun mesti dalam bahasa Melayu, kecuali yang melibatkan orang asing yang datang ke Malaysia sahaja.

Ini tak, disekolah ditekankan bahasa Melayu. Bila habis sekolah terlopong tak dapat kerja, kerana tak tahu berbahasa Inggeris. Malang sungguh nasib bangsa Melayu di Tanah Melayu

faiz said...

malang sungguh nasib orang melayu. nak minta kerja di MNC kena tahu cakap inggeris. Nak minta kerja di company tempatan kena tahu cakap mandarin.

Hiriyati said...

Keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI tidak akan memartabatkan BM. Mana mungkin BM dimertabatkan jika M & S akan diajar di dalam BC & BT di sekolah-sekolah vernakular? Ini hanya akan menambahkan lagi jurang perbezaan di antara kaum di negara ini dan seterusnya menggagalkan gagasan 1Malaysia.

Jika benar hasrat kerajaan hendak memartabatkan BM dan merealisasikan 1Malaysia,maka perlu dirombak sistem pendidikan dengan melaksanakan 1 sistem pendidikan dengan 1 bahasa pengantar.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan