PILIHANRAYA SUDAH BOLEH

on Thursday, July 16

1. KERAJAAN baru BN mempunyai sebab kukuh untuk mengadakan Pilihanraya dalam tempoh terdekat untuk menambahkuatkan lagi kerajaan di peringkat pusat. Kerajaan yang kukuh amat penting untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan.

2. Semangat Bukit Gantang sudah menular ke Manek Urai. Di Bukit Gantang , mantan MB Nizar menang dengan bantuan undi DAP tetapi UMNO Bukit Gantang mendapat kira-kira 65% sokongan orang Melayu.

3. Di Manek Urai, UMNO menang 5 daripada 9 Peti Undi. UMNO menang di 14 Saluran berbanding PAS 11 Saluran sahaja.

4. Di Saluran 2,3 dan 4 pengundi-pengundi muda juga sudah mengundi UMNO dan BN.

5. Semua ini adalah petanda bahawa kerajaan mempunyai sebab untuk mengadakan Pilihanraya dalam masa terdekat.

6. Penulis optimis, jika Pilihanraya terdekat diadakan Kelantan bakal kembali kepada UMNO/BN . Banyak faktor UMNO sudah berubah :

a. Ahli-ahli UMNO tidak lagi menunggu arahan, tetapi sukarela melakukan kerja
b. Ahli UMNO tidak lagi mengharapkan elaun, malah sudah ramai yang keluar wang poket
c. Perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO semakin kuat, manakala dalam PAS berpecah belah kerana terlalu banyak pandangan akibat pengaruh kumpulan Erdogan & pemimpin de facto
d. Ahli UMNO sudah taat kepada Presidennya, ahli PAS sudah tidak taat kepada ketuanya, sudah hilang konsep taat kepada ketua dalam PAS.
e. Dalam UMNO sudah ada kesatuan pemikiran, dalam PAS Pemimpin dia berbeza-beza pendapat.
f. Sudah ramai YB PAS kaya-raya dan mengejar Keduniaan , konsep sederhana, zuhud, merendah diri sudah kurang

7. Maka , di atas sebab-sebab itu penyokong-penyokong PAS dan pengundi Muda sudah menjauhkan diri dari parti itu. Bak kata sahabat PAS penulis, seorang Ahli yang sangat kebal PASnya sejak di Universiti...katanya, " UMNO masih parti yang Relevan kepada Islam dan Melayu , PAS semakin hilang arah tuju".

8. Penulis bertanya, " tak takutkah dipulaukan oleh kawan-kawan PAS?". Jawabnya, " saya memang dipulaukan sekarang, tetapi buat apa saya duduk dalam parti jumud, ahli dah tak taat ketua, berpuak-puak dalam parti dan cakap tak serupa bikin ". Penulis terkejut mendengarnya...

2 Komen:

Ahlikecewa said...

Satu artikel di laman web Tranungkite mendakwa berlakunya perpecahan dalaman PAS terutama petugas dari Kelantan dan Terengganu, yang menurutnya, saling sindir-menyindir antara satu sama lain.

Tulisan itu menyebut: "PAS memang menang di Manek Urai tetapi dengan kemenangan yang sangat tipis. Kemenangan yang menjawab seribu satu persoalan selama ini."

"Secara ringkasnya PAS memang berpecah. Tanyalah petugas-petugas dari Terengganu apa 'kata-kata sambutan' dari PAS Kelantan.

"Tanyalah pula PAS Kelantan apa 'agenda dan doa' sesetengah dari PAS Terengganu.

"Kepada ahli PAS yang tidak tenggelam bersama suasana di Manek Urai, jangan sibuk menafikan ia tidak berlaku. Ada petugas Kelantan yang terang-terang menyindir '(penyokong) kerajaan perpaduan duduk jauh-jauh'.

"Ada pula yang dari Terengganu mengidamkan untuk melihat PAS kalah di Manek Urai."


"Kedua-dua puak ini dengan sendirinya menggambarkan bahawa mereka sendiri tidak wala' (taat setia) dengan keputusan pimpinan parti," tulisnya lagi.

"Mereka hanya taat di luar sedangkan hati mereka busuk dan penuh dendam."

Timbul persoalan

Sementara ketua penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Zolkharnain Abidin pula menulis di blognya bahawa walaupun PAS menang tipis dalam pilihanraya kecil itu tetapi parti itu "tewas dari beberapa sudut tertentu".

"Apabila saya kata PAS tewas dari sudut-sudut tertentu, bukan bermakna Umno menang dari sudut yang PAS kalah itu, tidak.

"Di Manek Urai, Umno tewas di atas kertas dan tewas juga dari semua sudut. Malah, di mana-mana pun, walaupun Umno menang, mereka tetap kalah dari sudut-sudut lainnya.

Untuk menggambarkan sudut-sudut kekalahan itu, beliau mengemukakan beberapa persoalan untuk renungan ahli dan pemimpin PAS.

Adakah benar kita menyertai pilihanraya kecil Manek Urai dalam suasana kasih sayang dan ikatan persaudaraan berasaskan jamaah (PAS) teruji dan longgar?

Mengapa ada yang boleh turun dan ada yang tidak, ada poster yang boleh terpamer dan ada yang tidak?

Benarkah ada pihak yang mengambil kesempatan (menggunakan) gelanggang terbuka ini untuk menuding jari dan menjeling tajam kepada orang-orang tertentu?

Mengapa dibiarkan ahli-ahli gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab?

Betulkah mereka yang berada di luar PAS, yang bersedia membantu kita, turut merasa rimas dan lemas dengan kerenah sesama kita?

Benarkah ada orang yang merasa dirinya bijak dan hebat sehingga menafikan kebolehan dan keupayaan orang lain?

"Kalau begitu, PAS kalah kepada siapa? Bagi saya, dalam sudut-sudut tadi PAS kalah kepada kepentingan-kepentingan, desakan-desakan, asakan-asakan dari dalam diri pendukungnya sendiri.

"Apa desakan, asakan dan kepentingan itu? Saya ada jawapannya tetapi saya tidak sampai hati untuk menyebutnya di sini.

PAS Kelantan tidak menaikkan poster Abdul Hadi lebih awal, sementara Nasharuddin dibawa berceramah selepas ketidakhadirannya dijadikan isu oleh pemimpin BN.

Sementara itu, satu tulisan dalam laman web Detikdaily pula menyenaraikan empat sebab kegagalan PAS di Manek Urai.

Satu daripadanya, ia tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yang "mencerminkan kekurangan pengalaman kerana memberikan isyarat kepada media berkenaan kemenangan 'lebih 2000 undi' walaupun tidak dapat dibuktikan."

"Ini mencerminkan perjalanan pengurusan kempen yang dibuat dengan perasaan 'PAS sudah pasti menang'," katanya.

Tulisan itu juga mendakwa berlakunya perbalahan yang berterusan sama ada dalaman mahupun antara komponen Pakatan Rakyat.

"Isu timbalan presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan (Datuk) Husam Musa, tidak dilupakan 'sengketa' antara ahli Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, menjejaskan semangat petugas dan peraih undi.

"Ia tidak menjejaskan pengundi, tetapi rakyat kurang menerima perayu undi yang dapat dilihat semangat mereka lemah dan tidak bermaya.

"Isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan boikot Hindraf sedikit sebanyak mempengaruhi," katanya. (Malaysiakana )

Anak Lenggong said...

Alasan mudah yang diberikan oleh PAS mengenai kurangnya sokongan daripada pengundi disebabkan oleh umno merasuah pengundi..ini membuktikan bahawa:
1. Kerajaan PAS hanya pandai bercakap dan gagal melaksanakan pemerintahan berlandaskan islan di kelantan disebabkan mereka gagal mengawal nafsu pengundi daripada menerima suapan(kalau benar) daripada umno.
2. Rasuah memang digalakkan oleh nik ajis dengan perkataan" orang umno bagi duit dan barangan..kita ambik tetapi undi tetap kepada PAS".
3. Sebilangan daripada rakyat kelantan sudah tau mengenang budi yang ditaburkan oleh kerajaan bn..tidak seperti kerajaan kelantan yang hanya tau menyalahkan kerajaan pusat..tampa sebarang usaha untuk membangunkan negeri kelantan.
4. Rakyat sedah mula menyedari bahawa pemimpin PAS sudah lari daripada perjuangan sebenarnya..dan tidak berpendirian..disebabkan tamakkan kuasa ..para pemimpin PAS sanggup memperbodohkan diri dan sanggup menjadi boneka kaum lain daripada bersatu bersama satu kaum dan satu agama.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan