SIAPA LEBIH HEBAT DAP KEDAH ATAU PARTI ISLAM 1MALAYSIA

on Wednesday, July 1

1. BEBERAPA minggu sebelum Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatannya, Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, menjelaskan kepada negara Barat bahawa beliau seorang fundamental Islam, malah Tun Dr Mahathir menyerang penindasan Yahudi Amerika dan Israel terutama kekejaman mereka di Palestina yang didokong kuat oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Amerika.

DS Anwar Ibrahim sendiri berani kah mengutuk ketidakadilan Yahudi Amerika dan Israel?

2. Sebab itulah, apabila Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO tahun lepas, pemimpin politik PAS terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat mempelawa Tun Dr Mahathir menyertai PAS, dengan alasan Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang hebat di dunia.

3. Hari ini, dengan lahirnya kepimpinan baru Pemuda PAS, apa kata Pemuda yang Berani, Pemuda yang Hebat, Pemuda yang berjiwa Islam Meminta, Mendesak, Memaksa supaya Pakatan Rakyat memasukkan 2 perkara yang telah lama mereka perjuangkan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat , iaitu :

a. BAHAWA PAKATAN RAKYAT BERSETUJU MENUBUHKAN NEGARA ISLAM MALAYSIA .
B. BAHAWA PAKATAN RAKYAT AKAN MELAKSANAKAN HUKUM & SYARIAT ISLAM SEPERTI HUKUM HUDUD.

Kalau DAP Kedah berani keluar Pakatan Rakyat kerana Membela Nasib kaum mereka, tak kan Pemuda PAS tidak seberani DAP Kedah hanya memasukkan 2 perkara di atas kot ?

4. Bagi kita semua, tidak guna kita berhebat-hebat nak berdebat dengan Perdana Menteri, nak berdebat dengan Pemuda kalau dua perkara yang paling senang itu pun tidak mampu dibuat, tidak mampu diucapkan, tidak mampu dibisikkan pun sekarang ini, rasanya.

5. Kepada mereka yang mengaku pejuang Islam, takutlah hanya kepada Allah SWT bukan takut kepada manusia di dalam Pakatan Rakyat, Cintailah Rasulullah SAW bukan Cinta kepada jawatan, Ia memang berat tetapi jika takut dengan ombak usah berumah di tepi pantai...

2 Komen:

MANIKURAI said...

SAYA MENYARANKAN SUPAYA PAS DAN DAP MENGADAKAN DEBAT UNTUK MENYELASAIKAN ISU PUSAT KERAT BABI ITU.....MENGAPA PAS MEROBOHKAN PUSAT KERAT BABI TERSEBUT.....SAYA RASA RAMAI PEMIDATO KEDUA-DUA PIHAK DAPAT BERDEBAT UNTUK MENCARI KEBENARAN.

Koboi Malaya said...

Puak Pas ni tak kisah sume tu, yg penting momentum kebencian terhdp UMNO dikekalkan dan semakin bertambah dr semasa ke semasa. Tgk Harakah baru2 ni, penuh artikel2 meniupkan kebencian.

Kerjasama baik ke tak baik ke dgn dap dia bukan kire. Yg penting dia tembak mati UMNO dulu, kemudian baru die tembak2 koboi dgn dap pulak tgk sape yg tumbang.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan