ACAH-ACAH AJE

on Sunday, August 9

GAMBAR AHLI PAS SOKONG NAJIB

1. PADA 16 September 2008, Sinar Harian Edisi Kelantan menyiarkan laporan yang mengatakan bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat sekiranya pakatan rakyat enggan menerima Perjuangan Islam yang dibawa oleh Parti yang didominasi kaum Melayu beragama Islam itu. Kata dua itu keluar daripada mulut Presiden PAS sendiri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi .

Sekarang bukan sahaja DAP tidak akan menerima Perjuangan Islam PAS, malah DAP sudah menentang apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak bisnes mereka. YB Ronnie dengan egonya, berkata dia menjalankan kuasa exconya untuk menghalang rampasan Arak di kawasan Muslim di Shah Alam. Peduli apa dengan PAS, PAS parti kecil, kerusi pun minoriti aje...

Malah MB Selangor mempertahan tindakan YB Ronnie. Buat apa MB Selangor dengar cakap PAS kerana kerusi PAS bukannya banyak pun di Selangor. Hukum Demokrasi, MB Selangor perlu dengar cakap DAP kerana DAP lebih kuat banding PAS, walaupun DAP menang kerana undi orang Melayu.

Malah YB Ronnie boleh terangkan perbezaan antara Arak dengan Beer, kadar sedikit kadar banyak, peratus arak. Tidak akan ada PAS berani marahkan YB Ronnie ini pasal perkara ini. Perhatikanlah kata-kata PAS di bawah, mereka hanya berani di atas kertas aje...:

...."Menurut Mohamed Hafiz, beberapa peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor membuktikan DAP tidak pernah menganggap Pas sebagai rakan, sebaliknya bertindak sesuka hati seolah-olah ingin menunjukkan ia adalah parti dominan.

''Sampai hari ini, Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi tidak memohon maaf walaupun telah menarik balik kenyataannya yang menyamakan Jemaah Islam Malaysia (JIM) sebagai ekstremis agama...


Jangan risaulah YB Ronnie, PAS tidak akan berani marahkan kamu, MB Selangor pun pertahankan kamu. Teruskan aje YB Ronnie...

2. Maka, apakah Relevannya PAS dalam Pakatan Rakyat? Siapa Mahu Hormati PAS dalam Pakatan? PAS kena ukur baju di badan sendiri kerana Kerusi Parlimen mereka paling sedikit berbanding PKR dan DAP, maka tidak ada sebab untuk DAP dengar cakap PAS pun!

Tidak lama lagi CD pemimpin De Facto marah & hina PAS tahun lalu akan keluar, tentunya yang keluarkan itu bekas orang kuat De Facto yang berpaling tadah. Maka , kepada ahli PAS, dengarlah sendiri bagaimana pemimpin De Facto gelar pemimpin kamu sebagai apa( www.pisau.net )

3. Hari ini pula , bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mencadangkan supaya Pas keluar daripada Pakatan Rakyat sekali gus mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan itu.

Hafiz seolah marah kepada pucuk pimpinan PAS yang berdiam diri, kata Hafiz "...''Adakah beliau ini seorang yang jahil tentang Islam atau sengaja mahu menguji kesabaran umat Islam termasuk ahli Pas, tak kan kita hendak biar dan tengok sahaja perkara seperti itu berlaku," ujarnya.

4. Kepada pucuk pimpinan DAP, teruskan sahaja apa kamu rasa nak buat kerana inilah peluang kamu untuk memenuhi keperluan pengundi kamu. Percayalah semua marah-marah PAS itu hanya acah-acah aje...

Selepas PRK Permatang Pasir, mereka akan jumpa kamu semula dan menyokong kamu semula.

PAS tidak akan berani memarahi kamu lebih daripada marah-marah atas kertas sahaja, PAS tidak akan berani undur diri dari Pakatan Rakyat, PAS tidak akan berani buat lebih-lebih untuk mendesak YB Ronnie letak jawatan, PAS tidak akan berani buat demonstrasi melawan kamu,

PAS hanya berani acah-acah aje..., PAS hanya berani ceramah di pentas sahaja... PAS hanya berani di mulut sahaja...

PAS hari ini lebih takut DAP daripada takut Allah SWT. PAS hari ini lebih sayang Lim Kit Siang daripada sayang Rasulullah SAW...

Maka, kepada DAP teruskan agenda ekonomi ahli-ahli kamu. Ini negara demokrasi, PAS pun parti politik macam parti politik yang lain, PAS bukan agama,PAS pun bukan utamakan agama sebab itu PAS takutkan kamu daripada takut kepada Allah SWT.

Janganlah takut kerana PAS tidak akan berani buat Hukum Hudud ataupun menegakkan Negara Islam, semua itu atas kertas sahaja.

Kita hanya buka minda, seperti biasa penontonnya, hakim dan jurinya, rakyat Selangor.

5 Komen:

TerpedayaUKM said...

Kita org kat UKM nyesal sokong parti penakut mcm Pas skrg ne, indah khabar dari rupa...lebih cinta jawatan dari Islam.benar kata sedara, cakap senang nak buat itu ini, bila dah berkuasa hampe...

mazlan said...

Kerana ISA, mereka sanggup berdemonstrasi; kerana kehilangan kuasa di Perak, mereka sanggup berbaring atas jalan; sahlah apa yang diperjuangkan oleh mereka hanyalah keduniaan - ugama dihina oleh rakan PR tidak menjadi perkara yang serius untuk mereka...senyap sepi, tak berdetik..tak ada laungan menentang atau menuntut apa-apa. PAS - Parti Angguk Sahaja apabila dengan rakan PR; Parti Angkat Senjata apabila berdepan dengan UMNO, saudara seugama....DOUBLE STANDARD...Anwar Ibrahim seperti 'chameleon' atau sesumpah...nampaknya PAS serupa juga!

mujahidin Melayu said...

Salam.

Harap-harap isu ini membuka minda dan memberi kefahaman kepada orang2 PAS, sebab2 kenapa ada pejuang-pejuang Islam taknak terbabit dalam gerakan PAS.

Mereka dari awal lagi dah dapat membaca tindak-tanduk PAS, dan dapat melihat PAS akan memberikan masalah kepada diri sendiri dan agama disebabkan perangai PAS sendiri.

ainul said...

PAS bersungguh2 memprotes bila hal2 politik mereka tidak diterima,tetapi dalam soal2 hukum agama mengapa mereka diam dan tak ada sesiapa pun yang sanggup baring atas jalan tanda tidak puas hati?Kemana perginya mereka yang beria2 berdemonstrasi kelmarin?Pasal ISA sanggup datang dari jauh sampai ada yang kemalangan,tapi bab2 agama semua buat2 tak tahu.inike perjuangan Islam yang dilaung2kan mereka?Ingatlah tak semua orang Pas sembahyang 5 kali sehari semalam dan tak semua orang UMNO tu jahil dalam agama.Jangan sesedap hati mengatakan orang UMNO itu kafir.Kalau benar2 PAS ikut syariat Islam kita cabar mereka lanyak habis2an kafir laknatullah Dap ini.

ahmadrahmat said...

jangan dok asyik cabar PAS sahaja lanyak DAP..UMNO buat dahulu....buktikan UMNO sentiasa mendahului...UMNO ada KERIS....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan