ANWAR KETEMU NAJIB : PKR BUBAR ?

on Tuesday, August 25

PERTEMUAN DEMI PERTEMUAN...

1. PERSOALAN Besar yang timbul di benak pakatan pembangkang sekarang ialah kenapa DS Anwar pergi berjumpa DS Najib?. Kenapa Anwar sudah tidak menyerang peribadi DS Najib? Kenapa Anwar sudah tidak mengkritik dasar-dasar kerajaan DS Najib ?

2. Dan persoalan lebih besar, kenapa ADUN Lunas dan barangkali tidak lama lagi ADUN Pelabuhan Kelang akan ke luar PKR? Apakah mereka sudah lebih awal mengetahui pertemuan tersebut?

3. Parti yang paling teraniaya seandainya DS Anwar kembali kepada kerajaan persekutuan sudah pastinya PAS! Parti PAS telah mengorbankan segala-galanya menjual prinsip perjuangan mereka, menjual slogan Menubuhkan Negara Islam, menjual slogan Membangun Bersama Islam, jika dahulu mengkafirkan UMNO kerana MCA kini bersama-sama DAP, dan banyak lagi pengorbanan PAS yang terpaksa menjadi debu dan hampas yang amat merugikan mereka sekiranya DS Anwar menyertai kerajaan BN dalam apa bentuk makanisme.

4. Harus diingat DS Anwar tidak mahu menjadi Presiden PKR! Anwar tidak mahu memegang jawatan tetap dalam PKR! Anwar tahu satu-satunya kelemahan dan kemudahan yang terdapat dalam bangsa Melayu dan umat Islam, ialah mereka sudi maaf memaafkan.

5. Tun Dr.Mahathir diketemukan oleh Dato Harun dengan Tun Razak, maka kembalilah Dr. Mahathir kepada UMNO seterusnya menjadi Perdana Menteri yang gemilang. Sejarah UMNO sentiasa berulang, bagaimana kejamnya DS Pairin meninggalkan BN di hari-hari terakhir PRU10 ( 1990 ), akhirnya Tun Dr. Mahathir memaafkan DS Pairin. Orang Melayu memang pemaaf, apatah lagi umat Islam.

6. Secara teknikalnya pertemuan Anwar kepada DS Najib telah menghapuskan dan membersihkan tuduhan Mongolia ke atas DS Najib. Secara matematiknya, kumpulan Anwar menuduh sekian lama, dan kini Anwar sendiri yang membersihkan nama DS Najib. Pertemuan tersebut memberi kradit politik yang besar kepada DS Najib. Penyokong pakatan pasti terkejut dan terduduk akan apakah maksud pertemuan itu? Dan, tidak adakah pertemuan lain selain itu, bertanyalah kepada DS Anwar?

7. Politik adalah percaturan masa depan, kata Tun Dr. Mahathir dalam politik kawan tidak selamanya jadi kawan, musuh tidak selamanya jadi musuh.

8. DS Anwar adalah pemintas 100 Meter terhebat dalam politik Malaysia. Namun DS Najib ternyata lebih bijak memintas Anwar. Tatkala Anwar berjaya menarik YB Bota, seminggu kemudian kerajaan pakatan Perak rebah menyembah bumi. Tatkala Anwar berjaya menarik Datuk Zaid dan Dr. Chua Jui Meng, ADUN Lunas meninggalkan PKR dan memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan DS Najib.

9. Terserah rakyat melihat permainan ini. Khabarnya beberapa YB Bebas akan kembali kepada BN tidak berapa lama lagi.

10. Bagi penulis, bulan Ramadan Al-Mubarak ini nampaknya telah mula menyatukan hati-hati yang telah berselerak.

9 Komen:

Arif Omar said...

jangan percaya sangat dengan DSAI tu. sesumpah politik. berubah warna ikut keadaan

zaki said...

Soalnya sekarang atas sebab apa semua ini berlaku? Adakah sebab kepentingan ummah? atau kepentingan didi sendiri? Kepada DSAI dan DSNR harap masing-masing muhasabah diri, letakkan kepentingan Agama, Bangsa & Negara dalam merancanakan sesuatu perkara.

Anonymous said...

sebenarnya tak ade isupun. benda nie dimainkan agar langkah adun LUNAS melompat nampak halal itu aje. Ini adalah adalah konspirasi najib juga. itupun tak boleh pikir ke.

Anonymous said...

kalau saya la, nuar bontot masuk je bn terus kasi racun tikus dalam minuman nuar tu...

Alizul said...

"Secara teknikalnya pertemuan Anwar kepada DS Najib telah menghapuskan dan membersihkan tuduhan Mongolia ke atas DS Najib. Secara matematiknya, kumpulan Anwar menuduh sekian lama, dan kini Anwar sendiri yang membersihkan nama DS Najib."

Bukan pertemuan tersebut atau Anwar sendiri yang membersihkan nama DS Najib. Yang membersihkan nama Najib adalah ketiadaan bukti kukuh untuk mensabitkan Najib. Kita mesti ingat yang menuduh Najib adalah Anwar dan Raja Petra, dan sehingga kini kedua-duanya gagal memberi bukti yang boleh menyelamatkan dua orang dari hukuman gantung. Adakah orang seperti Anwar ini yang senang-senang boleh kita beri kredit membersihkan nama Najib?

Apa pun, kita janganlah percaya orang seperti Anwar ini. Kita sepatutnya sedar sekarang siapa dia sebenarnya. Lagi pun, mana kita tahu - maksudnya mana ada bukti - pertemuan Anwar dengan Najib itu benar-benar berlaku? Mungkin ia satu "political ploy" Anwar untuk tujuan tertentu.

PEMUDA PARIT said...

yerp..setuju dgn kenyataan diatas..
dlm politik kwn xselamanya jadi kawan n musuh xselamanya bermusuh..itulah politik..

cuma, adakah sanggup UMNO menerima DSAI semula setelah dipalitnya dengan berbagai najis dan seranah sebelum ini??

Ini berbeza dngan kes Tun Mahathir dulu selepas di pecat dr UMNO..

Kenapa jika ADUN PR kluar parti o melompat akan dikata tindakan tidak bijak dan disuap..berbeza dgn jika ADUN BN melompat..Itulah politik..

Orang Cina bijak mencatur bidak-bidaknya dalam politik..tidak kira MCA, Gerakan mahupun DAP sendiri..tetapi bidak bidak politik org Melayu, mudah dicaturkan oleh mereka tanpa org Melayu sedari..terutamanya Melayu PAS..

Pemuda Parit,
Parit Perak,
26 Ogos 2009
http://pemuda-parit.blogspot.com

Shah Qamary said...

Pengkhianat tetap pengkhianat..
Bukan Umno sahaja yg tidak akan menerimanya..
Bukan bangsa Melayu sahaja yg tidak akan memaafkannya..
Bukan raja-raja Melayu sahaja yg tidak akan merestuinya..
Malah Tanah Melayu ini juga tidak akan subur dipijaknya!!!

Anonymous said...

puisi sempena tajuk diatas

melayu pemaaf...
melayu mudah lupa...
melayu bersikap tak apa..
melayu sanggup bergaduh demi politik walaupun hidup dan mati mengadap kiblat yang sama.

tak macam orang cina..
walaupun dibezakan dap,mca,gerakan mahupun title atas pagar
tapi permintaan semua serupa
bila yang diminta tak dapat
bn diorang tak pangkah
begitu yang terjadi di bukit gantang dan selambau...
mungkin pengkalan pasir juga begitu

pemintaan yang sama dibuat pada pakatan rakyat..
kalau tak dapat juga..
alamat meniarap la pakatan rakyat,seperti yang bn sekarang yang sedang mengaduh kesakitan akibat tersungkur dan terkoyak lutut.

dulu mereka tak berani ataupun tak terfikir pun nak minta,
tapi ada 'melayu' yang sedarkan diaorang,yang ingatkan diorang,yang dedahkan macam2 melayu tak dapat tp bangsa lain tak dapat...siapa dia 'melayu' tu..
lu pikir la sendiri bro...

pemuda pertualang tiga said...

agak2 siapa yer

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan