BELOT SEMASA PERANG

on Friday, August 14


( RIAK WAJAH MALU VS RIAK WAJAH MENANG )

1. JANGKAAN Penulis sebelum ini bahawa Dr Hassan Ali ' acah-acah aje ' nampaknya tepat dan benar, walaupun dari riak wajahnya terserlah kemarahan, tertekan, geram, ketidakikhlasan, malu, apabila terpaksa menjilat ludahnya semula selepas menyuarakan ketegasannya ke atas kes YB Ronnie Liu.

2. Maka bolehlah diulas, Dr. Hassan Ali sudah menjual harga diri dan perjuangannya. Markah ketegasannya ialah 0. Markah keberaniannya adalah 0. Markah Jihadnya ialah 0 malah Dr. Hassan Ali Tidak Boleh dibawa berperang jika hidup pada zaman Rasulullah SAW, kerana kemungkinan belot adalah besar.

3. Dalam lakonan ini, pemenang mutlaknya ialah YB Ronnie Liu dari DAP.

4. Pelakon Lelaki Terbaik milik Dr. Hassan Ali.

5. Pengarah terbaik tidak lain dan tidak bukan pemimpin De Facto yang tidak mahu menjadi Presiden parti kerana menunggu ruang dan ketika untuk kembali agaknya kepada UMNO.

6. Kesimpulannya mudah, DAP dan YB Ronnie teruskan sahaja agenda apa sahaja kerana tidak akan ada seorang manusia pun dalam PAS apatah lagi akan menentang kamu agenda kamu.

Mereka tidak mampu bercakap apatah lagi menghalang. Jika pun mereka bercakap akhirnya mengaku kalah juga, Dr Hassan Ali sebegitu hebat dan tinggi mukanya ketika menentang kamu dalam sidang akhbarnya, akhirnya tunduk juga kepada kamu.

Rakyat Selangor khususnya sudah menonton drama percuma. Keputusan penghakiman akan ditangguhkam pada PRU-13.

4 Komen:

mountdweller said...

Telurnya sudah pecah!

anti arak said...

Dah agak dah..
berani kut jauh jer...

Dah 4 hari saya menunggu jawapan dari dewan pemuda pas dari sebuah negeri mengenai email pertanyaan saya berkenaan cita-cita mereka dulu ( sebelum menawan selangor pd pru 12)untuk menutup kilang carlsberg ( Shah alam ) tapi sampai sekarang masih belum ada jawaban lagi.saya pasti mereka takut akan kena marah dengan dap kut kalau kata nak tutup. jd buat masa sekarang ni saya rasa dewan pemuda pas ( agaknya) mengambil pendirian menutup mata,menyumbat telinga,mengetat mulut dan mengorek hidung shaja lah..

Saya juga pasti demo pemuda pas mendesak pengunduran YB ronnie hanya lah gimik politik bagi menunjukkan tentangan mereka terhadap isu arak dan sokongan mereka kepada YB Hassan Ali semata--mata untuk memikat semula hati pengundi islam. kalaulah sewaktu demo ini berlangsung datng si Lim Guan Eng pasti pendemo-pendemo ini yang rata-ratanya berketayap akan menyorokkan sepanduk kad manila di belakang sambil berebut-rebut untuk bersalam dengan beliau.

Anonymous said...

Pas tu kan lembu cucukan hidung oleh DAP.. Tanpa PAS siapalah DAP.

dan markah untuk 'ura-ura' PAS adalah pejuang Islam juga kosong (0).

ahmadrahmat said...

hahaha..akhirnya kaum kafir menang lagi di selangor.....dan di malaysia pun kaum kafir yang menang....org islam (islam pun sebab mak bapa islam)kian lesu..arak, judi, dimana2 pun ada. pelajar sekolah pun dah pandai beli TOTO, Magnum, 3D, 4D....sambutan 31 ogos ni dlm bualan puasa...mari kita tengok sambutannya nanti...ada pembaziran (bunga api)tak...kalau ada maknanya tak islamik la....kita tengok siapa yg akan menang 31 ogos nanti....islam atau sebaliknya.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan