GLC , BELUM ADA ...

on Monday, August 3


( GLC , BELUM ADA...[Apa Salahnya Untung Sedikit] )

1. TINDAKAN syarikat-syarikat pengangkutan awam menaikkan kadar tambang masing-masing perlu diatasi, kerana nampaknya dua tiga tahun tambang akan naik, sebaliknya pendapatan rakyat tidak meningkat, harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat.

Walaupun kerajaan tidak pernah berdiam diri untuk membantu, namun satu mekanisme baru perlu dilakukan.

Contohnya mengapa tidak pengurusan Tol diambil alih oleh Kerajaan? Mengapa saham Bernas tidak dibeli sahaja oleh Khazanah misalnya?

Persoalan kualiti pula timbul. Contohnya Lebuhraya Tanpa Tol Putrajaya ke Dengkil/Sepang tidak ada tol tetapi kualiti jalan beralun dan berombak membahayakan pengguna jalanraya. Minggu lalu sahaja, selepas hujan pagi, sekurang-kurang 5 kemalangan jalan raya berlaku di laluan tersebut melibatkan lori pasir, teksi dan kereta persendirian.

Berbanding Laluan Lebuhraya LDP dari Puchong ke Kepong, terdapat sekurang-kurangnya 3 Tol (RM1.60 setiap tol ). Namun, penulis dapati Kualiti jalanrayanya sungguh baik, rata dan tidak beralun.

2. London, barangkali boleh menjadi contoh sistem pengangkutannya yang cekap, walaupun mahal tetapi bas awam tiba tepat pada masanya.

3. Barangkali isu ini ada kaitan dengan budaya masyarakat kita yang sukar menepati masa.

4. Penulis dapati, smart partnership tidak berlaku antara Rakyat-Kerajaan-Syarikat Swasta.

Sebaiknya rakyat menikmati hasil daripada kerajaan yang baik, sebaliknya syarikat swasta yang besar-besar kalau boleh tidak perlulah terlalu mengaut keuntungan yang terlalu besar. Contohnya kalau tahun 2008 keuntungan Syarikat RM500 Juta, apa salahnya kalau tahun 2009 keuntungan itu RM300 Juta. Masih dikira untung juga walaupun mengurang.

Contohnya, jika MAS rugi kerana laluan tidak ekonomik antara Sandakan - K.Lumpur, tidak mengapalah, anggaplah ia satu kebajikan dari kerajaan kepada rakyatnya.

Begitu juga, jika Proton menurunkan harga Exoranya kepada sekitar RM60,000 dengan enjin yang sedia ada, tidak mengapalah rugi sedikit juta, asalkan rakyat dapat menikmati nikmat Kemerdekaan.

Juga, apalah salahnya misalnya TNB menurunkan tarif elektriknya 5% dan memanglah mengurangkan keuntungannya sedikit juta, tetapi bukankah rakyat akan lebih bahagia dan lebih menyayangi kerajaan dengan cara tersebut.

Penulis dapati banyak GLC kerajaan Megah dengan iklan-iklan menyokong 1Malaysia , tetapi pengisiannya, outcomenya, hala tujunya, nikmatnya tidak dirasai oleh rakyat, maka bagaimanakah 1Malaysia itu akan berjaya jika pendekatannya tidak menguntungkan rakyat.

Sehingga lebih 100 hari Perdana Menteri kita , belum ada syarikat berkaitan kerajaan yang berani menurunkan sedikit harga mereka...Barangkali mereka belum faham 1Malaysia.

Hayatilah Inspirasi Perdana Menteri kita , yakni..."rakyat didahulukan..."

1 Komen:

PAKCIK said...

Bagaimana pula dengan agensi-agensi kerajaan..

masih tidak berubah..

mereka masih lagi mengamalkan konsep diri sendiri diutamakan dan diri didahulukan.

apa komen saudara.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan