KERAJAAN KEDAH DI AMBANG 4

on Monday, August 24


1. TREND YB PKR ke luar PKR semakin menjadi-jadi kini. Khabar YB ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh akan meninggalkan PKR sudah kedengaran sejak tahun lalu lagi, dan kemuncaknya hati mereka terbuka tatkala bulan Ramadan Al-Mubarak.

Kerajaan negeri Kedah sudah pasti akan bubar jika 4 lagi YB PKR ke luar PKR dan menyatakan sokongan kepada kerajaan BN pimpinan DS Najib Tun Razak. Kedudukan 14 + 1 ( menyokong YAB Perdana Menteri ). Jika 4 lagi YB PKR dan DAP meninggalkan pakatan dan memberi sokongan kepada kerajaan BN pimpinan DS Najib, maka BN Kedah sudah boleh menubuhkan kerajaan negeri di Kedah.

Keadaan kelam-kabut pasti berlaku dan kerajaan pakatan pasti tidak dapat tidur lena.PKR sudah pun mendesak ADUN Lunas dipecat dan berita dari Istana Negeri Kedah bakal diumumkan oleh MB Kedah. Mereka dengan terbuka memberi sokongan kepada kepimpinan YAB DS Najib,tidak kepada DS Anwar.

Khabarnya beberapa YB PKR akan menyertai mereka juga sudah kedengaran terutama selepas "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.",

2. Di Selangor YB ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah , dipercayai sudah berbulan tidak berhubungan dengan MB, dan terkini MB mendesak YB Pelabuhan Klang mengundur diri jika itu yang terbaik.

3. Semakin ramai YB PKR memberi sokongan kepada kepimpinan YAB DS Najib Tun Razak, dan penulis melihat ia satu gelombang baru menjelang PRU13.

4. Penulis berpendapat YB DS Anwar Ibrahim tidak perlu menuduh yang bukan-bukan kononnya UMNO hendak membeli dan sebagainya. DS Anwar harus ingat semula kempen 16 September 2008nya yang dengan yakin dan pasti berjaya menarik 30 hingga 50 YB BN. Apakah caranya memujuk YB BN?

Hakikatnya, tidak ada seorang pun YB BN mahu dibeli oleh DS Anwar, sehingga kata YB Abdul Rahman Dahlan, jika dia menerima pelawaan mereka dia dan tujuh keturunannya tidak akan hidup susah. Dr. Puad Zarkazi dan Datuk Anifah Aman juga mengaku dipujuk rayu dengan pelbagai hadiah yang besar-besar.

Di bulan Ramadan ini, DS Anwar harus membuat koreksi diri dan refleksi yang mendalam akan apa yang telah dirancang dan dibuatnya selama ini untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Akibatnya, Allah SWT telah membalas pula membuka YB PKR di Perak, Kedah dan baragkali tidak lama lagi di Selangor dan Pulau Pinang untuk meninggalkan perjuangannya itu.

Apa pun di bulan Ramadan ini, sudah pasti ramai hati-hati terbuka mencari kebenaran.

2 Komen:

Abdul Qaiyum said...

Assalamualaikum.

Tahniah Buat Penulis Kerana Dikurniakan Cahaya Mata Baru..

Pakatan Rakyat Diambang Kehancuran. Rakyat Akan Membuka Mata. Rakyat Akan Sedar Siapa Sebenarnya Korup, Siapa Sebenarnya Kroni Dan Siapa Sebenarnya Yang Jahanam.

pencintaislamelayu said...

tahniah buat penulis.
kasihan + simpati dengan saudara rohaizat kerana terus menerima kecaman dan segala urusan peribadinya di'londehkan' hanya kerana meraih undi. terbaru keluarga isteri keduanya turut mengasak menggunakan platform PR.

http://bersatuislamelayu.blogspot.com/

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan