MURSYIDUL AM LEBIH BIJAK DARIPADA PRESIDEN

on Thursday, August 6


1. RAMAI tidak mengetahui agaknya bahawa Datuk MB Kelantan sedang merapatkan hubungannya dengan YAB DS Najib Tun Razak. Seperti sedikit huraian penulis di atas bahawa 400 hari selepas PRU12, Datuk Nik Aziz sudah memahami mana intan mana kaca, yang mana elok antara Perdana Menteri Malaysia dengan pemimpin De Facto, yang mana molek DAP atau UMNO, semuanya sudah ada dalam kotak minda MB Kelantan. Bukankah MB Kelantan bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional semasa Allahyarham Tun Abdul Razak!

Sebenarnya politik MB Kelantan lebih licik berbanding politik Presiden PAS. Pertama, Mursyidul Am lebih berpengaruh daripada Presiden. Kedua, agenda Perpaduan oleh Presiden PAS tersilap langkah, kerana mendahului Mursyidul Am, maka kali ini Mursyidul Am sendiri yang merapatkan dirinya kepada Presiden UMNO.

Dalam perlumbaan ini, penulis lihat Presiden PAS akan ketinggalan. Mursyidul Am nampaknya akan menang kerana Mursyidul Am bijak berubah-ubah pendirian sehingga sukar dibaca arah politiknya.Presiden PAS terlalu lurus sehingga mudah dipatahkan agenda politiknya seperti dalam kes agenda perpaduan.

2. Serangan Datuk Hassan Ali di Selangor kepada Ronnie Liu sebenarnya lakonan politik sahaja. Tujuannya hanya untuk menunjukkan keyakinan kepada ahli-ahli PAS bahawa PAS Selangor menentang tindakan YB Ronnie Liu.

Sebenarnya jika Hassan Ali benar-benar tidak bersetuju dengan YB Ronnie mereka boleh pulaukan kerajaan MB Selangor itu yang mempertahankan YB Ronnie Liu. Mereka boleh meletak jawatan jika YB Ronnie tidak mahu letak jawatan atau jika MB Selangor tidak mahu memecatnya.

3. Dahulu, pada tahun 1960an, Tunku didesak oleh kepimpinan MCA untuk mendengar permintaan mereka untuk satu jawatan kanan di peringkat pusat, mereka mengugut Tunku jika tidak memenuhi permintaan mereka, MCA akan keluar Perikatan. Tunku mudah sahaja menjawabnya, jika begitu tidak mengapa, saya akan bergabung dengan PAS dan kami akan memerintah negara ini secara total. Akhirnya MCA mengalah. Modus operandi yang sama boleh dibuat ke atas YB Ronnie jika Hassan Ali benar-benar hendak melakukannya, jika tidak ia hanya lakonan sahaja.

4. Malangnya dalam kes Selangor, Hassan Ali tidak ada keberanian. Jauh sekali untuk mencapai taraf Ibrahim Libya yang berani mempertahankan perjuangannya. Hassan Ali lebih sayangkan jawatan exco kanannya , dan lebih rela menyerah kalah kepada MB Selangor dan YB Ronnie Liu. Tidak ada kekuatan dalam perjuangan Hassan Ali dalam menegakkan dan mempertahankan kesucian Islam.

5. Percayalah, hari ini Hassan Ali membuat postmortem menyerang YB Ronnie Liu. Besok mereka berdua akan berjabat tangan semula. Maka, Arak boleh terus dipertahankan sebagaimana hebatnya Ronnie Liu mempertahankan bisnes Arak itu.

6. Rakyat Selangor adalah Hakim sebenar. Tidak ada kesimpulan lain, kerana kita hanya memberi pandangan. Juri dan Hakimnya rakyat Selangor.

2 Komen:

kamal said...

Betulke Nik Aziz ni...Jangan hari ni puji besok menyumpah seranah...Kita dah faham sangat kerenah Nik Aziz ni...Puji puji ni mesti ada sesuatu yang nik Aziz nak...PM memang seorang yang berhati mulia dan tak pernah menyumpah seranah orang lain...ada PM kata pergi jahanam PAS?Nik Aziz perlu mencontohi PM kita...jangan depan cakap lain belakang cakap lain.

Apa perjuangan Pas.....Dengan Dap Pas sanggup berdolak dalih...Tapi dengan Umno sanggup Pas berkerat rotan.saya pun tak tahu apa sebenarnya perjuangan Pas.Berjuang untuk agama atau berjuang untuk pangkat dunia.Ugama Islam senang senang Pas permainkan dan tidak langsung dipertahankan.Sanggup Pas lembutkan nadanya hanya kerana lebihkan rakan dari perjuangkan menegakan hukum Allah.Makin lama makin besar la kepala Ronnie kerana tiada siapa yang berani mengambil tindakan keatasnya walau MB sekalipun.

Koboi Malaya said...

Salaam,

Nampaknya samseng DAP sudah menzahirkan dirinya. Sekarang terang-terang kita boleh lihat PAS sebenarnya mengikut telunjuk Samseng2 DAP ni.

PAS selangor takat kutuk kerajaan BN atas mimbar Jumaat kerja senang saja. Cuba kutuk DAP sebab perjuang arak tu. Semua lemah gemalai, lembik. Sebab mereka bencikan UMNO saja.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan