DEMONSTRASI ( FROM JELI TO KOTA BHARU )

on Saturday, August 1

1. Hari ini 1 Ogos 2009, dirancangkan perarakan Anti-ISA dan Pro-ISA. Kedua-duanya melibatkan majoriti orang Melayu sebenarnya. Pertembungan mereka di Istana Negara tempat Raja Melayu bersemayam, sudah pasti akan berlaku pergaduhan kalau tidak rusuhan.,

2. Orang lain sibuk berniaga, anak-anak mereka dihantar tuisyen,mereka duduk di pusat-pusat saham, mereka memandu ke luar Kuala Lumpur dan balik semula selepas demo yang majoritinya anak-anak Melayu sudah kepenatan,

3. Peniaga di kaki lima yang majoritinya peniaga kecil Melayu yang menjual air, pisang goreng, buah-buahan, keropok lekor dan sebagainya tidak dapat berniaga ketika itu kerana laluan mereka pastinya akan dilanggar oleh para perarakan ini. Hilanglah beberapa ringgit sesuap nasi mereka.

4. Pemandu teksi, pemandu bas yang majoritinya Melayu mengalami masalah trafic jem, minyak atau NGV mereka habis di tengah trafik mecet, penumpang mengeluh, meter berpusing menjadikan bayaran meningkat. Jika teksi tiada penghawa dingin, bagaimanakah agaknya.

5. Jika pihak keselamatan mengambil tindakan dituduh polis kejam,dilabel polis raja di Malaysia, jika perusuh-perusuh ini mengotorkan bandaraya dan merosakkan kemudahan asas dilaungkan hak asasi.

6. Maka itu, sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil tindakan paling tegas untuk menjadikan Kuala Lumpur aman dan harmonis untuk warga kotanya mencari rezeki, pelancong datang membeli-belah, pelajar membeli buku dengan selamat.

7. Jika hendak berdemonstrasi juga, dicadangkan demonstrasi itu diadakan di negeri Kelantan ( dari Jeli berarak ke Kota Bharu ), negeri Cik Siti Wan Kembang.

Setiap bulan pun tak apa,bagi mereka yang gila demonstrasi. Buatlah demonstrasi membantah artis ke Kelantan, demonstrasi royalti, demonstrasi anti-perpaduan dan apa-apalah tajuk demonstrasi, molek buat di Kota Bharu.

Penulis yakin Menteri Besarnya pasti akan izinkan. Selepas berdemo bolehlah singgah di pasar Siti Khadijah dan menikmati nasi kerabu kelate yang paling sedap di sana.

3 Komen:

Anonymous said...

betul la hang cakap. Nape pulak puak anti ISA tak nak pegi buat kat kelantan. Asyik asyik kat KL. Aku nak pergi SOGO pun susah. Kene pulak awal bulan ni ada sale.
PKR dan PAS aku tahu kau orang jual bundle kat kelantan dan selangor tapi jgn lah nyusah kan org kat KL.

Abdul Halim said...

Depa bukan apa.. nak dapat syahid.Kalau kena tangkap jadi pejuang. Biar negara jadi huru-hara.Bila Negara ni tak aman pemimpin BN tak tau tadbir negara ni, yang tau merintah Depalah (pakatan pembangkang)... Poooorah.

Rantong said...

Polis perlu ambil tindakan lebih keras. Contohnya... pukul sampai perusuh sampai patah kaki.

_______________________
View Profile: Rantong™

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan