PESANAN KEPADA PEMUDA UMNO PUTRAJAYA

on Saturday, August 15


( Contoh Letak Kereta Percuma Hospital Sg. Buloh )

1. NAMPAKNYA di sebalik usaha-usaha YAB DS Najib Tun Razak memenuhi dan memperbaiki keperluan dan kehendak asas rakyat bawahan, ada pula pihak yang tidak peka malah mengambil kesempatan.

2. Contoh pertama, semalam penulis membawa orang kampung ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Penulis terkejut kerana parking kereta sebelah JPN itu telah diswastakan dan orang awam terpaksa membayar RM4.00.

Sebelum ini Free sahaja, dan keadaannya tidak pun diperbaiki atau ditar atau dibumbung atau dibuat 'line' parking.

Bezanya hanya satu, ada penjaga untuk bayaran masuk RM4.00. Apabila penulis bertanya kenapa bayar minggu lepas tak bayar, pekerja itu menjawab baru dapat lesen.

Kakitangan kerajaan di kawasan tersebut juga mengeluh kerana biasanya mereka parking percuma kini terpaksa pula membayar. Harus diingat parking adalah Terhad di mana-mana di kawasan Putrajaya.

Jika parking di bahu jalan, tidak semena-mena kena saman, malah penulis sendiri telah mendapat saman trafik kerana parking di bahu jalan walaupun untuk urusan rasmi.

Nampaknya Putrajaya sudah menjadi Kuala Lumpur.

Mereka sudah lupa Putrajaya adalah Idea Kebebasan, Idea Keindahan Fizikal dan Rohani, Idea Wawasan. Putrajaya bukan tempat untuk bisnes seperti ini. Penulis sangat tidak bersetuju kerana ia menyusahkan rakyat.

Perkara seperti ini sebenarnya mengurangkan kasih sayang rakyat kepada kerajaan. Rakyat akan menjadi benci kepada kerajaan hanya gara-gara perkara seperti ini yang mereka lihat kecil tetapi sebenarnya besar nilainya kepada rakyat jelata yang datang dari jauh ( dari luar Putrajaya, contohnya dari Kelantan, Sabah, Sarawak dll ).

Kita harus ingat Putrajaya adalah milik seluruh rakyat Malaysia.

Ada banyak cara lain untuk kita mencari hasil untuk kerajaan melaksanakan pembangunan kepada rakyat jelata. Bukan dengan cara pintas seperti ini. Putrajaya adalah Jabatan Kerajaan yang memberi Perkhidmatan Percuma kepada rakyat melainkan yuran-yuran kecil.

Jika parking di pusat membeli-belah Alamanda dibayar masih boleh diterima kerana ia pusat membeli-belah. Namun di Jabatan Kerajaan parking kereta tidak patut dibayar, penulis berharap perkara ini perlu dikaji semula.

Sahabat-sahabat penulis di Pemuda UMNO Putrajaya silalah membuat sesuatu untuk manfaat rakyat.

Harus diingat Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan seluruh Pelusuk rakyat datang ke Putrajaya untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka Putrajaya mestilah friendly dan mesra pengguna, jika tidak amat mudah sekali kerajaan akan dipersalahkan dan membawa kesan buruk kepada pentadbiran YAB Perdana Menteri kita.

Perkara ini amat bertentangan dengan Formula 1Malaysia : Rakyat Didahulukan...Penulis fikir ia perlu dikaji semula. ( Contohi salah satu perkhidmatan letak kereta percuma Hospital Sungai Buloh ).

2 Komen:

Apache said...

Ini dah melampau ni...mesti kerja Perbadanan Putrajaya ni..dah macam2 kerajaan bantu pun nak tikam lagi kerajaan..nak harap Pemuda UMNO Putrajaya bro..aku serik dah..

ahmadrahmat said...

nak harap pemuda UMNO? kah kah kah...siapa la yg bengong ni...yang dapat lesen pakir tu adalah anak muda dari UMNO....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan