US$135JUTA = BANK OF ENGLAND

on Thursday, August 27


1. Semasa perang di Eropah, negara kita telah menyumbangkan US$135 Juta kepada Bank Of England. Negara kita digelar " Jelapang Wang Ringgit " di England dan memberi sumbangan kewangan utama kepada peperangan empayar British di Eropah.

2. Semasa Perang Dunia Ke2 pula, kerajaan penjajah British tidak menghiraukan kekuatan tentera Jepun, sebaliknya askar-askar Inggeris, askar India Inggeris dan askar Australia dengan bangganya mengatakan Lautan dunia adalah dalam genggaman tentera Britain. Sebab itulah setiap kali senja, bendera Britain diturunkan sebagai tanda tentera mereka tidak dibenam senja-malam, kemudian esok pagi dinaikkan sebagai tanda mereka kembali menguasai lautan dunia.

Hakikatnya, tentera British hanya dapat mempertahankan Singapura hanya dalam 70 Hari.

3. Dalam buku " Terjebak " tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussain, menceritakan sepanjang jalan keretapi dari Perlis ke Johor, mayat-mayat tentera British bergelimpangan menyembah bumi.

4. Ketika Perang Dunia Ke2, Tun Hussien Onn, ketika itu baru tamat pengajian tentera di Akademi Tentera tersohor di Dehra Dun, Agra , India. Beliau tidak dapat kembali ke Tanah Melayu kerana peperangan.

5. Usaha membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Jepun dibuat dengan sangat terperinci oleh ejen-ejen British. Pegawai-pegawai tentera Melayu yang dilatih di Akademi Tentera Britain seperti Tengku Mahmood Mahyiddeen, Tun Ibrahim Ismail,Hj. Zakaria, Mohd. Zain dan J. Nayan telah terlibat dalam "Operasi Oateal-Violin" pada 28/10/1944 untuk membebaskan Tanah Melayu menggunakan Kapal Selam DiRaja Severn.

Di dalam kapal selam kecil yang tidak sempurna ( tiada penghawa dingin, menggunakan minyak tanah dan enjin sederhana ) mereka menjalankan operasi membebaskan Tanah Melayu bermula dari Colombo, melalui Pulau Nicobar terus ke Pulau Pinang dan pesisiran pantai barat. Mereka diarah bertemu ejen tempatan seperti Tengku Seri Maharaja, Nik Mustafa Nik Mahmud, Cikgu Nik Mat dan Nik Ahmad Kamil.

Ia satu risiko besar. Seandainya mereka tertangkap oleh Tentera Jepun, mereka sudah dibekalkan ubat Lethal yang membawa maut untuk ditelan sekiranya mereka ditawan untuk mengelakkan pecah rahsia.

Akhirnya mereka tertangkap oleh tentera Jepun dan kemungkinan untuk diseksa adalah nyata.

* Mengenang Patriot Melayu Yang Masih Hidup & Yang Telah Tiada, Alfatihah.

( Bersambung...)

1 Komen:

pecintaislamelayu said...

cepat sikit sambung kesahnya......

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan