YANG MANA SATU : TAKBIR OR TAKE'BEER

on Saturday, August 8


1. RAKYAT jangan terpedaya dengan mainan politik PAS tentang isu Arak dan penghinaan YB Ronnie terhadap hukum Islam di negeri Selangor. Bagi penulis, Exco Kanan dan lain-lain pemimpin PAS di Selangor dan peringkat pusat hanya berani menyalak sahaja, lebih daripada itu tak akan ada punya. Sekarang pun hanya duduk diam membatu.

Sebabnya nak jaga hati buah hati kesayangan mereka DAP.

2. Selagi YB Ronnie tidak minta maaf, Selagi YB Ronnie tidak menghantar semula arak yang dirampas MBSA itu, Selagi YB Ronnie tidak letak jawatan, Selagi itulah PAS hanya Bersandiwara aje.

YB Ronnie pun sudah pandai membezakan antara Arak dengan Beer.

Yang PAS berani buat gantung kain rentang aje, contohnya " KAMI PAS MENYOKONG TINDAKAN MBSA " . Itu aje lah yang PAS berani buat.

Demonstrasi mendesak MB Selangor pecat YB Ronnie, oh tidak akan berani.

Selepas PRK Permatang Pasir, lihatlah mereka akan berpelukan semula.

3. Umat Islam kena ingat PAS bukan agama Allah, PAS bukan agama Islam. PAS itu parti politik.

Sebab itulah tindakan mereka lebih Mengutamakan tindakan politik berbanding mempertahankan kesucian agama Islam.

Sebab itulah kita tengok, biarlah YB Ronnie hina hukum Islam di Selangor yang selama ini mereka berapi-api melaung-laungkannya, tapi bila sampai kes Selangor, semua mereka berpakat "...tutup mulut, jangan bercakap, nanti kita malu...". .Itulah PAS, sanggup tahan malu daripada malu kepada Allah SWT.

Makanya, cakap memang senang tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, hanya mampu melihat duduk membisu. Cakap senang nak buat hukum Hudud bila kes Selangor tak mampu atasi, malah sanggup membelakangkan niat hukum Hudud.

Dalam hukum Hudud apa hukum kalau pakatan menghina kesucian Islam? Berdiam diri, biarkan, atau apakah? MB Selangor pun pertahankan YB Ronnie yang menghina agama Islam, PAS tak buat apa-apa pun, hanya diam, tahan malu, gantung kain rentang,menyalak di pentas aje, itu ajelah yang mampu dibuat.

Kepada DAP teruskan sahaja buat apa sahaja yang menguntungkan bisnes pengundi-pengundi dan ahli DAP di Selangor atau Pulau Pinang, buat aje, PAS tak akan berani menentang kamu. Inilah peluang kamu.

PAS lebih takutkan kamu daripada Allah SWT. Memang berat tetapi itulah kenyataan hari ini.

Barangkali sebab itu kot MB kelantan berbaik-baik dengan Presiden UMNO ( di belakang tabir banyak cerita , biarlah menjadi rahsia kedua-dua pemimpin Melayu-Islam ini ). DAP tidak perlu tahu...

7 Komen:

MenyesalUNdiPAS said...

Kalau dulu Takbir!..make dijwb "Allahuakhbar"

Ari ne.." Take Beer "..make jwbnya.."ARAAAAK"

Menyesal Undi PAS!!!!!!

eddy said...

Pas teriak takbir,takbir,takbir...

Dap teriak nakbir,nakbir, nakbir..

Lepas tu Pas dan Dap pun berpeluk-pelukan. PKR riang gembira, elizabeth Wong tidur lena.

Inilah keadaan Pakatan Rakyat yang tidak tentu hala arah nya.

Menyesal saya mengundi mereka.

Anonymous said...

kah kah kah

takbirrrr .. Allah hu Akbar

takebeer .. ronieeee liu

kah kah kah

Undilah PAS

Pergi jahanamlah ngan PAS..

kah kah kah

PASLagune said...

sekarang Nakbir Nakbir Nakbir
TakeBeer TakeBeer TakeBeer...

sia-sia undi Takebeer...

Anonymous said...

ntahla penyokong pas ni, dr awal lagi aku tak sokongpun pas ni..aku hairan ramai rakan2 guru aku yg join pas trutama ustaz ustazah sambil mengutuk kerajaan..kini kutukan tu kembali pada mereka..PADAN MUKE!!

Tuah said...

Salaam,

Saya ingat sistem komunikasi antara pemimpin dan grass root dalam PAS dah kena kawal oleh pihak tertentu. Penting bagi kita untuk perhati benda macam ni. Kena pasti siapa mereka dan apa kepentingan mereka.

Adakah berita Pemimpin DAPSY mencarutkan Islam sampai kepada telinga Nik Aziz? Siapa yang mengawal maklumat disekitar Nik Aziz? Arahan siapa?

Tuah said...

Tak hairanlah sekiranya grassroot PAS ni lebih zombie lagi, kalau pemimpin mereka pun mudah diremote controlkan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan