ADEGAN KEDUA

on Friday, September 25

LAKONAN PERTAMA = WAJAH MENANG VS WAJAH MALU-MALU KUCHING

1. LAKONAN Pertama yang paling berjaya dilakonkan oleh Dato Dr Hassan Ali di Selangor ialah semasa isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam. Dia berpura-pura bergaduh dengan YB Ronnie Liu, dihujung klimaksnya macam filem Hindustan juga, mereka akhirnya berpelukan walaupun riak wajah Dr. Hassan Ali malu-malu kuching.

2. Kini, Dr. Hassan Ali berlakon lagi untuk filem keduanya iaitu mengkritik perjalanan SELCAT. Seperti biasa, di hujung filem ini kita akan lihat Dr. Hassan Ali akan berpelukan semula dengan mereka.

3. Kesimpulannya amat mudah, demi kuasa, tidak mengapalah digadai sikit prinsip perjuangan, tidak mengapalah mengalah kepada DAP, biarlah prinsip Islam yang diperjuangkan PAS digadaikan sedikit, biarlah arak terus dijual kepada Muslim di Selangor, biarlah yang penting aku tetap jadi Timbalan Menteri Besar.

4.Laporan akhbar Pas Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang
SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

5. Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Buat apa nak kaji. mereka sudah minta PAS keluar Pakatan, mereka sudah minta DR Hassan Ali dipecat ( Baca : The Sun, 25/9/09 )

5. Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

6. Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

7. “Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.

8. “Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.

9. “Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

10. Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

11. Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.

12. Kita tunggu dan lihat lakonan kedua ini sama ada lebih baik daripada lakonan pertama.

6 Komen:

Abdul Halim said...

Assalamualaiku,,,
Bersempena dengan hari Jumaat dan bulan yang mulia ini, saya mendoakan agar Allah memberi kekuatan kepada kita untuk bersatu dan mempertahankan maruah kita sebagai seorang Melayu beragama Islam. Biarlah hilang satu tetapi jangan seribu. Dan didoakan juga agar Dato' Hassan Ali yang saya sanjung sebagai seorang penceramah motivasi agar dapat membuat keputusan sepertimana yang Dato' memotivasikan kepada orang ramai... saya mohon maaf Dato'!!

pakngah santan said...

ini semua 'auta pedukang salam'. masa prk ptg pasir, hassan ali timbulkan isu arak. lepas tu habis macam tu saja.

untuk prk bagan pinang, dia timbulkan isu selcat pula. semua ni bertujuan nak ambil hati orang melayu saja. dapat jadikan modal untuk prk.

selagi pas masih di dalam pr, saya anggap ini semua sandiwara saja.

pulut said...

Salaam,

Mungkin juga Hassan Ali betul, dia kena lawan DAP tu.

Selcat adalah budaya Amerika yang diterapkan oleh DAP di Selangor. Lebih mirip kepada polisi Malaysian-Malaysia ciptaan DAP. Penjawat2 awam yg rata2nya Melayu dihina dan diperlekehkan sesuka hati.

Kalau betul transparency kenapa Selcat itu sendiri tidak boleh dikritik?

Mereka menghina raja sesuka hati, macam di Perak, tapi diri sendiri kena kritik dah mengamuk-ngamuk. Seolah2 mereka berada pada kasta yang lebih tinggi. DAP semua tu.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sejak puak2 PAS ni tak membenarkan khutbah mendoakan pemimpin dan Sultan, semakin banyak musibah yg kena pada negeri Selangor.

Program2 yg baik pun jadi hasil tak baik.

Che Leh Jangok said...

Oooooooooooooooo lakunan rupanya.

Bijak sungguh mereka

Tertipu habihlah penyokong dan pengundi mereka.

Kita ?

Anonymous said...

KORG PUN SEDIA MAKLUM KENAPA SI JEFFERY KITINGAN (YG KINI KETUA PKR SABAH) KENA ISA SATU MASA DULU. SEBAB DIA BERCITA2 BESAR MAU KELUARKAN SABAH DARI MALAYSIA, PADAN MUKE KENA ISA. BAYANGKAN KALAU PKR MENANG DAN DIA MEMERINTAH JGN MIMPILAH ORG ISLAM SABAH BOLEH PEGI JAUH. UTK PENGETAHUAN SI JEFFRY NI SGT KUAT KRISTIAN DIA DAN KAWASAN TEMPAT TINGGAL DIA PUN PALING RAMAI MUBALIGH KRISTIAN DI SITU SEBAB TU DULU DI SABAH HAMPIR LEBIH RAMAI KRISTIAN DARIPADA ISLAM TAPI SEKARANG SUDAH BERUBAH SEBAB TU KEMUNGKINAN SI JEFFRY MAU SABAH DIKELUARKAN DARI MALAYSIA SESEGERA YG MUNGKIN DAN RASANYA DIA NI TAK KISAH KALAU SABAH MAU DIAMBIL SAMA FILIPINA SEBAB DORANGPUN KRISTIAN. PESANAN KEPADA ORG2 SABAH TERUTAMA YG ISLAM TU FIKIR PANJANG2 KALAU MAU UNDI PKR. KAUM KADAZAN SABAH NI INGAT DIA LAH PENDUDUK ASAL NEGERI SABAH WALHAL KALAU IKUT SEJARAH TIADA SATUPUN SUKU PENDUDUK ASAL NEGERI SABAH SEMUA PENDATANG PUN. BAJAU DARI FILIPINA, TIDUNG BANJAR BUGIS DARI INDON, KADAZAN YG KONONNYA PENDUDUK PERIBUMI BERASAL DARI VIETNAM ATAU MYANMAR. SEBAB TU KALAU KAMU DTG PI SEMENANJUNG TENGOK ORG VIETNAM YG DTG KERJA SINI MUKE DORANG ADA IRAS2 ORG KADAZAN. JGN JADI BODOH PKR GUNA ISU HARGA BARANG NAIK SEDANGKAN DORANG PUN TIADA KUASA MAU TURUNKAN HARGA BARANG APATAH LAGI MENURUNKAN HARGA MINYAK MALAHAN KALAU DORANG DAPAT MEMERINTAH SEKALIPUN MEREKA AKAN SALAHKAN KERAJAAN BN MALAHAN MUNGKIN HARGA MINYAK DAN HARGA BARANG AKAN BERTAMBAH LAGI..JGN TERTIPULAH..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan