AKAUN TETAP

on Saturday, September 12


1. SEJARAH adalah berkaitan fakta yang benar.

2. Maka itu, Sabah & Sarawak sepatutnya menyambut Hari Kemerdekaan negeri masing-masing dari penjajahan British pada 16 September 2009 ini merujuk kepada penyertaan Sabah & Sarawak ke dalam Malaysia pada 16 September 1963.

3. Tanah Melayu benar merdeka pada 31 Ogos 1957 dan tarikh tersebut diambil kira dan digazetkan sebagai Kemerdekaan negara Malaysia yang disambut setiap tahun. Penulis fikir kerajaan di bawah kementerian Datuk Seri Utama Rais Yatim perlu melihat dan mengkaji semula perkara ini.

4. Penulis yakin bukan satu masalah besar jika sambutan kemerdekaan negara kita disambut dua kali kerana itulah faktanya, yakni peristiwa yang berlaku pada 31 Ogos 1957 itu tidak berlaku di Sabah & Sarawak. Pada 31 Ogos 1957, Sabah & Sarawak masih diperintah oleh penjajah British sehinggalah merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963.

5. Penulis percaya, orang Sabah & Sarawak dalam keadaan samar-samar untuk menyambut 31 Ogos setiap tahun kerana ia tidak berlaku di Sabah & Sarawak. Jika kita boleh perbetulkan keadaan ini, penulis yakin mereka di Sabah & Sarawak akan mendapat semula hak sejarah mereka dan akan lebih bersemangat bersama-sama menuju wawasan pemimpin di peringkat persekutuan.

6. Kerajaan mungkin telah mengambil hati dengan menyambut hari kemerdekaan negara bermula 31 Ogos hingga 16 September, namun bagi penulis, kerajaan negeri Sabah & Sarawak perlu menyambutnya dengan lebih hebat sebagai tanda menghargai kebebasan daripada belenggu penjajahan British.

7. Kerajaan selalu mengharapkan Sabah & Sarawak sebagai akaun tetap. Memang itulah yang dilakukan selama ini, maka apakah salahnya jika sedikit perkara ini diperbetulkan. Analoginya mudah, jika anda dilahIrkan pada 16 September tak kan anda menyambut hari lahir anda pada 31 Ogos ye tak.

8. Jika Tun Dr. Mahathir boleh menyeragamkan masa Semenanjung Tanah Melayu dengan di Sabah/Sarawak , sudah tentu perkara ini boleh diperbetulkan. Bukan begitu...

5 Komen:

Che Leh Jangok said...

1 MALAYSIA LAA

31 ogos direkodkan sebagai kemerdekaan semenanjung. Dengan merdekanya semenanjung itu dorongan / cetusan / asas / gerak hadapan (gunalah istilah apa pun) pun terjadi.

Maka tertubuhlah gagasan Malaysia yang mencatat tarikh laksana pada 16hb Sept.

Rangkumkan dua2 tarikh itu menjadi satu. Kenapa nak asing pisahkan menjadi aku punya ini dan engkau punya itu.

Satukan laa. Atau kalau payah sangat jadikan satu tarikh lama sikit 31 ogos hingga 16 sept. menjadi satu tarikh.

Asal jangan jadi aku punya ini engkau punya itu dah. Payah nak jadi satu yang kita milik bersama.

Pandekar 7 said...

Salaam,

setuju kata tn Che Leh, walaupun berbeza tetapi tarikh 31hb masih significant berlanjutan tarikh itulah 16hb dapat dizahirkan.

Bila dh jadi negara, tarikh kemerdekaannya satu jua. Yg menjadi punca itu.

Guruh Sakti XVI said...
This comment has been removed by the author.
Guruh Sakti XVI said...

Mmm..memang benar, sejarah adalah sejarah.
Bercerita pasal sabah dan sarawak, ada satu webpage yang menyatakan tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak adalah pada 31 Ogos 1957, sekali dengan maLaya punya hari kebangsaan.
Cuma pengishtiharan nya saja ditangguh sehingga 16 Sept 1962. Alasan penangguhan adaLah kerana ingin meredakan kemarahan Indonesia dan Filipina yang menuntut wilayah Sabah, dan menunggu keputusan rasmi referendum PBB tentang pilihan penduduk sabah.

Mungkin saudara dapat mencari maklumat pasal ini.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Tq GuruhSakti, satu info yg menarik. Saya tak pernah baca.tq

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan