DITENDANG KELUAR

on Thursday, September 10

2003 : TUN MAHATHIR ISYTIHAR MALAYSIA NEGARA ISLAM, BILA AGAKNYA PAS NAK ISYTIHAR KEDAH & KELANTAN NEGERI ISLAM.


1. PERTEMUAN dalam suasana muhibbah penulis dengan Ketua Penerangan PKR, YB Tian Chua memberikan beberapa anekdot yang menarik untuk dikongsikan bersama.

2. Sebelum itu, Lim Kit Siang Setiausaha Agung DAP membayangkan ketakutannya jika Pakatan Rakyat tidak berjaya meneruskan kerjasama mereka sehinga PRU-13 berikutan beberapa masalah yang melanda Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah sekarang.

Datuk Mustapha Ali sangat kecewa dengan ulasan Lim Kit Siang itu kerana ia memberikan gambaran kelemahan Pakatan Rakyat.

3. Dalam pertemuan dengan YB Tian Chua, beliau menceritakan cabaran di Parlimen Batu yang terdiri daripada masyarakat Cina kaya dengan masyarakat Cina miskin, masyarakat India dan Melayu. Dalam hal tersebut, YB Tian Chua mengakui masalah bajet akibat daripada masalah ekonomi global yang turut melanda negara kita.

4. . Apa yang menariknya, YB Tian Chua menyatakan bahawa beliau tiada masalah jika PAS berniat menubuhkan negara Islam, beliau tiada masalah jika PAS sekadar bercakap mahu melaksanakan Hukum Hudud, tetapi jangan melanggar garisan yang telah dipersetujui mereka.

Persetujuan itu ialah Tidak boleh menubuhkan negara Islam dan tidak boleh melaksanakan Hukum Hudud. Jika sekadar berkempen, menulis, bercakap ya silakan kerana itulah cita-cita parti PAS tetapi bersama Pakatan tidak boleh dilaksanakan dan tidak boleh dibuat.

JIka dibuat , maka YB Tian Chua menyatakan ketika itu PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat...

5. Jika begitu, nampaknya PAS dipaksa dan terpaksa beretorik sahajalah...Terimakasih kepada YB Tian Chua kerana menjelaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Sesuailah YB Tian Chua jadi Ketua Penerangan.

10 Komen:

Senjaliza said...

Sdr. Jentayuabaka:
Saya sudah meramalkan keadaan ini kerana itulah sikap DAP dan wakil-wakil DAP dalam PKR seperti Tian Chua, Eli dan ramai lagi. Kemana perginya PAS? Masihkah PAS menyembah DAP atau menyesali DSAI? Tidakkah org PAS kecewa dengan Pakatan Rakyat. Kerana itulah saya kayakan bahawa Percaturan Politik kini ialah antara UMNO dan PAS..(Lihatlah Catur itu). Samada PAS meninggalkan PR dan berdiri sendiri dengan tidak tergugat atau bersekongkol dengan DAP dan PKR yang nanti tidak akan memerlukan mereka seperti DAP meninggalkan PAS emasa dalam Barisan Alternatif dahulu.

Selamat Berjuang.

baderi said...

PAS perlu sedar kenapa Tian Chua mengbongkarkan persetujuan mereka dalam PR sekarang ini.Saya rasa DAP & PKR dah merasakan mereka semakin kuat dan tidak memerlukan PAS.sanggupkah pemimpin PAS berdepan dengan hukum Allah apabila mencanangkan perlaksanaan hukum hudud dalam setiap ceramah tetapi tiada niat untuk menjayakan. cuma untuk mendapatkan undi sahaja.

Anonymous said...

siapa yg kate perjanjian yg dibuat adalah xboleh buat hukum hudud?anda pernah tgk perjanjiannye ke?

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Salam, Anon. Menurut YB Tian Chua, mereka mengetahui dan menghormati niat dan cita2 PAS hendak menubuhkan Islamic State dan Hudud Law. Kata Tian Chua kepada saya, jika sekadar niat silakan, jika sekadar kempen, ucapan, tulisan dan seumpamanya silakan kerna itulah perjuangan parti Pas.

Tetapi menurut Tian Chua kepada saya, jika Pas melaksanakan kedua2nya mereka terpaksa keluarkan Pas dari Pakatan.

Saya hanya berkongsi apa yg saya bincangkan dengan YB Tian Chua. Dia boleh mengesahkan tulisan saya ini. Terima kasih.

Anonymous said...

mane bukti?beri bukti..jgn sewenang2 berckp,siapa anda smp gtau cmtu?ank die ke?

Anonymous said...

Saudara tiada nama
Gunalah otak anda untuk berfikir dengan waras. Kepala anda tiadk dapat terima apa saja yang berlawanan dengan perjaungan bodoh anda walaupun ianya benar

Jentayuabaka.com said...

Bukti apa yg saudara Anon nak lagi, saya bercakap dengan dia . Itulah buktinya. Jika tak percaya, hubungi YB Tian Chua minta YB Tian Chua mengesahkan tulisan saya ini kepada YB Tian Chua jika saya tidak bercakap benar.

Jika saya berbohong berbicara dengan YB Tian Chua, saya sanggup menarik balik tulisan ini dan membuat kenyataan memohon maaf. Malah kalau tidak percaya saudara bolh saman saya, tetapi jika saya benar saya juga bolehlah pula saman saudara Anon.

Sebaliknya, belajarlah menerima hakikat.Saya pun tidak faham ,Islam meyeru kita bercakap benar dan berani bercakap benar.

Saudara Anon sendiri berselindung di sebalik nama Anon. Orang Pas kenapa takut mendedahkan nama sebenar dan wajah sebenar? Itukah ajaran Islam?

Saya tidak hendak menulis benda yang menipu. Sebab itulah dari dulu saya mendedahkan nama sebenar saya dan saya tidak pernah berselindung di sebalik nama Anon kah dsbnya.

Jika fakta saya salah , betulkan saya. Jika fakta saya benar yg saya dapat direct dari sumber primer, terima sajalah. Dalam hal ini, saudara Anon marahilah YB Tian Chua itu kenapa dia bercakap begitu. atau tegurlah pemimpin saudara Anon kenapa sanggup diperbodohkan.

Saya seorang yang praktikal, jika UMNO dan pemimpinnya buat kesusahan kepada rakyat, saya pun kritik mereka juga, selidiklah tulisan2 saya di sini, berapa banyak saya kritik UMNO dan pemimpin2 UMNO.

Mengapa saya buat, sebab saya menulis degan ikhlas,saya tidak pernah buang atau delete komen2 pembaca. Tiada siapa bayar saya, sebab itu saya bebas menulis perkara yg benar. Jika saya dibayar barangkali saya menulis mengikut arahan orang yang bayar saya.

Sekian penjelasan saya. Jika susah menerima hakikat, refleksi diri anda.

Bekas PAS Penang said...

Sdra Jentayu, org mcm anon itu dilahirkan takdak nama. Tarbiyah tak cukup dan tarbiyah songsang sebab itu takut.Jangan layanlah, buang masa. Teman taulah, teman ne bekas ahli Pas, teman kuar Pas sebab teman selalu diajar menipu. Depa kata kalau kita menipu tetap kira jihad, depa saja betul lain semue salah belaka.

AhmedNifsu.Mantan Pas Ranting Utara said...

Tahniah atas pertemuan sedara dgn Tian Chua, barulah open mind sikit, org Pas tak yah layanlah, meke hati batu, tengok bini Ulama dia kat perlis, kene terajang, kene tendang, kene paksa seks,kalau tak merane mane bini dia nak buat report polis. Sebenenye byk lagi cite2 buruk org Pas ne tapi meke sembunyikan rapat2, memang orang dah ditarbiyah, kalau buruk perangai tutup rapat2.

Abdul Halim said...

Sdr.Jentayuabaka:
kebanyakan perangai orang pas memang mcm tu ... tengok orang umno macam nak makan aje... depa buat kacau kata orang umno yang buat kacau.. orang umno tak guna masjid untuk politik ,takut jadi pecah belah masyarakat.. tapi depa tazkirah tiap-tiap malam cerita pasai politik takpa.. macam tu nak ikut pas?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan