SEORANG WANITA DAN BAYI ITU

on Tuesday, September 1

KEADAAN ANGGOTA POLIS YANG DIBAKAR

1. Laporan dalam sebuah portal bertajuk " Kisah penghuni Kampung Chulaborn 12 " bukanlah menghairankan, malah di kedai buku UM ada banyak dijual buku-buku mengenai Komunis dan Parti Komunis Malaya ( PKM ) yang menceritakan kegiatan dalam hutan Chin Peng, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah dan lain-lain.

Di sebalik cerita di atas, apa kata kita mengimbau pula kisah tragis di bawah.

2. Pada 23 Februari 1950, Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh pengganas Komunis.

3. Lebih 100 Komunis mengepong balai polis itu, namun pihak polis dengan beraninya membalas serangan tetapi bilangan Komunis lebih ramai. Anggota Polis A.P. Ahmad dan Penghulu Ali bertarung nyawa mereka mempertahan Balai Polis Bukit Kepong dan anggota keluarga daripada serangan Komunis tanpa belas kasihan itu.

4. Pihak Komunis memerintahkan mereka menyerah diri, tetapi mereka enggan, lalu Komunis membakar Balai Polis Bukit Kepong , membunuh semua anggota polis dan anggota keluarga mereka, dibakar hidup-hidup.

5. Apabila Penghulu Ali mendapat tahu Balai Polis Bukit Kepong diserang, beliau serta-merta menghimpunkan semua Pengawal Kampung untuk menyelamatkan Balai Polis Bukit Kepong.

6. Semasa pertempuran, Penghulu Ali merangkak ke hadapan cuba mengambil senapang anggotanya yang terkorban, beliau tidak mahu senjata itu jatuh ke tangan pihak musuh.Dalam pertempuran, Penghulu Ali ditembak dan dibunuh.

7. Apabila fajar tiba, pihak Komunis meniup begol tanda mereka akan berundur. Walau bagaiamanapun, Balai Polis Bukit Kepong sudah musnah menjadi abu.

8. Jenazah anggota polis, keluarga mereka, dan empat orang Pengawal Kampung yang terkorban dan terbakar terkujur dalam kehancuran tersebut. Pemandangan sungguh mengerikan.

9. Ibu Pejabat Polis Daerah di Pagoh hanya menerima berita serangan lewat tengah hari kerana talian telefon dipotong. Mereka hanya dapat menghanatar bantuan keesokan harinya.

10. Dato' Onn Jaafar selaku Menteri Besar ketika itu bergegas ke sana bersama-sama dengan Jeneral ( B ) Tub Ibrahim Ismail. Mereka berlepas dari Muar ke Lengga menaiki jalanraya, kemudian menaiki Bot ke Bukit Kepong kerana tidak ada jalanraya dari Muar Ke Bukit Kepong. Perjalanan jauh dan sukar.

11. ...Sekujur mayat benar-benar menarik perhatian saya. Mayat itu Mayat seorang Wanita dengan Bayi dalam pelukannya. Gambaran itu masih menghantui saya sehingga hari ini...( Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail ).

12. *** Filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Samsudin sebenarnya lebih dasyat daripada dalam filem itu.

3 Komen:

pengagum sarjan jamil (rip bukit kepong) said...

kita perlu memaafkan kesalahan orang lain,sedangkan nabi Muhammad SAW pun maafkan kesalahan orang lain ini pula kita,yang lepas tu sudah-sudah lah. biarlah dia balik ke sini - Datu' Seri Anwar Bin Ibrahim

anak abah said...

to pengagum sarjan jamil

bangsat.... cakap senang....

- dia pernah rasa sebagai anak seorang askar

- abah masuk hutan selama 3-4 bulan untuk menetang Komunis

- mak ulang alaik ke RESAT melawat abah kena tembak dgn Komunis

- mak susah hati selama 3-4 bulan menanti abah balik dalam keadaan hidup atau dalam keaadan terbujur kaku

- hidup sebagai anak yatim dan dibesar oleh mak disebabkan abah terkorban kena jerangkap samar Komunis

- hidup tanpa kasih sayang abah & tlg mak menjual kuih meneruskan hidup

selamat hari raya abah....

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan