ERA PERPADUAN = TUN RAZAK/DATUK ASRI = DS NAJIB/DS HADI

on Tuesday, October 27



1. Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sesetengah ahli PAS cukup berani berbohong dan memfitnah melalui blog.

"Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.

"Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakui pada yang benar,".

2. Sepatutnya sebagai parti yang memakai pakaian atas nama agama Islam, perkara yang ditimbulkan oleh Nik Abduh itu tidaklah berlaku.

Oleh kerana ia berlaku, maka apakah PAS ini benar-benar mengamalkan ajaran Islam atau hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik? Banyak persoalan lain, apakah mereka tidak cukup tarbiah? Ini bukan kali pertama Nik Abduh menyelar ahli PAS, malah Nik Abduh pernah menggelarkan penasihat ayahnya sebagai penasihat .....

3. Sebagai sebuah jemaah politik, UMNO dan PAS sama-sama tidak rela kesucian agama Islam dipermain-mainkan oleh sesiapa pun baik MCA, GERAKAN, DAP, PKR dan sebagainya.

4. Bagaimana sukarnya PAS melaksanakan dasar-dasar negara Islam, Undang-undang Hudud di negeri-negeri Pakatan sekarang ini, begitulah juga cabaran UMNO yang terus berusaha melaksanakan syiar Islam secara berhemah dan bijaksana.

5. Dr. Hassan Ali melihat dan mengalami betapa sukarnya melaksanakan cita-cita Islam bersama DAP dan PKR. Lalu DR. Hassan Ali melihat kepada UMNO yang pernah menaikkan namanya. Dr. Hassan Ali melihat hanya dengan UMNO , PAS boleh melaksanakan perundangan Islam.

6. Terdapat tuduhan bahawa Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS hanya mainan politik UMNO . Terdapat tuduhan blogers, akhbar dan media memanupulasi cerita ini.

Jika begitu, siapa boleh menafikan ada pertemuan Tertinggi antara kepimpinan PAS dengan UMNO untuk merundingkan kerajaan Perpaduan UMNO-PAS?

Siapa boleh menafikan Dr. Hassan Ali, Hj. Mustapha Ali, Nasharudin dll telah bertemu dengan Kepimpinan Tertinggi UMNO ?

Barangkali hanya masa akan menentukan Dr. Hassan Ali akan menjawat Menteri Besar Selangor, dan DS Hj Hadi Awang Menteri Penuh...Memang jalan perpaduan tidak mudah...

4 Komen:

Che Leh Jangok said...

Rupanya yang benar itu diri sendiri sahaja. Tidak hairan bagi hamba kerana demikianlah sifat orang yang tidak pernah pandai hormat pada orang lain dan hidup bebas dari berprasangka seperti dalam ajaran Islam.

Barangkali sudah sampailah masanya petunjuk dari Allah itu sudah menjadi nyata. Kebiasaan berburuk sangka dan melontar serta menyebar fitnah kepada orang lain itu kini sudah ditakdirkan kembali kepada diri sendiri dan sesama sendiri.

Mashaallah mahakaya dan mahaadilnya ALLAH SWT.

ALLAHHUAKBAR ! ! !.

F@breezi0 said...

salam...saya rasa kita PAS-UMNO harus bersatu. xpaah nak fikir DAP PKR tu. kita bersatu dan sama-sama menguatkan kembali syiar islam itu sendiri. so buka minda dan fikiran masa depan untuk anak bangsa kita,

wanbaki said...

aiii bang ..
lama menyepi ni..

Nik Reduan Nik Hasan said...

Ya.. Saya memang setuju dgn Nik Abduh.. Sekarang Pas Tercemar dek penangan PKR.. Bijak Sungguh Anwar Ibrahim ni.. Melayu, India dan China pun dah termakan Dgn Kata2 Beliau.. Kesian Tok GUru Dan Haji Adi.. Husam Musa plk cari masa je nak jadi MB Kelantan.. Untk Pengetahuan UMUM Husam Musa ni tali Barut Anwar Jer..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan