KALAH 8 KALAH 18

on Monday, October 12


1. KEMENANGAN BN di Bagan Pinang memanglah dijangka tetapi Majoriti yang diperolehi menunjukkan Gelombang Biru sudah datang. Kesabaran ahli-ahli BN berdepan provokasi kasar Pakatan Rakyat mendapat pulangan yang menakjubkan.

2. Majoriti Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.

Pengarah Pilihanaraya PAS kata BN menang kerana Pengundi Pos...Namun, jika kita berikan sebahagian besar secara percuma 4,000 Undi Pos kepada PAS pun, apakah mereka akan menang juga...

3. BN menang di semua 8 daerah mengundi termasuk 3 daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.

4. Calon PAS, Pesuruhjaya Negeri hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi.

5. Kemenangangan ini merupakan Gelombang Sokongan rakyat yang bermula di Bagan Pinang kepada kepimpinan YAB DS Najib Tun Razak sebagai PM.

Setiap Hari, Setiap M/S Harakah, Setiap Penjuru Calon BN di Bagan Pinang difitnah, dan dikata apa sahaja demi untuk memaksa pengundi Bagan Pinang mengundi calon Pas. Namun akhirnya, Allah SWT membuka hati-hati mereka untuk memberi kemenangan kepada BN.

6. Momentum ini perlu diteruskan, PM sudah memberi 2 point penting. Pertama Selangor perlu kembali kepada BN, dan Bandar Tun Razak perlu kembali juga kepada BN.

7. Pendukung BN perlu meneruskan sifat Tabah, Tenang, dan Sabar menghadapi Kerakusan, Kekasaran dan Keangkuhan mereka.

3 Komen:

Anonymous said...

Lim KIt Siang Menolak Negera Islam....Apakata Pas?

When he was being asked about the Islamic Country issue, which neither DAP nor PAS is willing to compromise, Lim stressed that if Pakatan gains the central regime, Malaysia will not become an Islamic Country as long as DAP is still a Pakatan's member party. Demikianlah intipati rencana mengenai LKS yang dibuat oleh suratkhabar berbahasa cina...lebih kurang bunyinya dalam bahasa melayu "bila ditanya berkenaan isu negara Islam,adalah DAP atau PAS sedia untuk bertolak ansur, Encik Lim menegaskan sekiranya Pakatan memperolehi mandat untuk menjadi Kerajaan Persekutuan,Malaysia tidak akan mungkin menjadi Negara Islam selagi DAP menjadi Rakan dalan Pakatan Rakyat."



Mungkin Hussam musa dan nik aziz patut menilai kembali kenyataan mereka mengenai perjuangan Pas untuk menegakkan Negara Islam bersama-sama Pakatan Rakyat dan mentarbiah DAP untuk menerima konsep Negara Islam idaman Pas. Pas hanya boleh bercerita mengenainya ketika dalam ceramah sahaja, tetapi untuk merealisasikannya adalah mustahil selagi DAP menjadi penaraju utama dalam PR.

Tuah said...

Salaam,

Kita juga kena hati2, kekalahan PAS mungkin akan menyebabkan pressure DAP kepada PAS akan bertambah. Pressure ini akan menguatkan fraction Erdogan dalam PAS yang merupakan investment DAP dan PKR.

(Contoh pressure : PAS kena kurangkan bercakap tentang negara Islam, hudud dan jangan bersikap anti hiburan, anti liberalisasi)

Kump Erdogan adalah kumpulan yg paling liberal dan paling efektif untuk memimpin PAS dalam PR. Tetapi sebagaimana yg kita tahu, mereka mendapat tentangan daripada puak konservatif.

Untuk bekerjasama dengan DAP secara efektif beberapa prinsip lama PAS terpaksa digugurkan, kump Erdogan itu menyedari hal ini, dan political will dan movement mereka adalah jelas. Contohnya perkataan negara Islam sememangnya sudah digugurkan dan kump itu lebih selesa dengan Islam fahaman Anwar Ibrahim.

Bila pressure meningkat, dengan bantuan PKR dan DAP, tidak mustahil puak2 konservatif dalam PAS akan terpinggir. Ini mendatangkan kekuatan tersendiri kepada PR. (Walaupun PAS waktu itu bukan lagi PAS yang kita kenali)

Nik Aziz akan hanya dijadikan gambar2 yang menunjukkan PAS itu masih seperti dahulu, tetapi isinya sebenarnya adalah PAS yg membawa Islam versi Erdogan, iaitu versi Anwar Ibrahim yang direcommend oleh DAP.

~PakKaramu~ said...

Datang menziarahi anda

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan