MENTERI BESAR KEDAH

on Saturday, October 17


1. 1Malaysia telah berjaya mengeratkan hubungan antara kaum dengan lebih baik, kelihatannya perpaduan antara kaum semakin kukuh dan percakapan-percakapan serta tindakan-tindakan berbau perkauman semakin reda dan semakin pergi ditinggalkan masa yang terus berlalu.

2. Di kalangan pengundi-pengundi muda, pengundi atas pagar dan ' silent majority yang menyokong atau tidak menyokong Kerajaan secara senyap juga kelihatannya memberi harapan yang besar kepada DS Najib sebagai Peneraju negara ini.

Di Bagan Pinang dan Manek Urai, statistik menunjukkan Saluran 4, 5 dan 6 dimenangi oleh UMNO dan BN.

3. Maka, barangkali tidak hairanlah Ketua Menteri Pulau PInang melahirkan kegusaran hatinya semasa ditemuramah oleh wartawan asing, bahawa masa depan Pakatan menjadi semakin sukar di bawah Kepimpinan DS Najib yang ssngat berkesan.

4. Kini , semua orang menanti apakah Pelabuhan Kelang akan ada Pilihanraya Kecil lagi. Dengan insiden terbaru Datuk Zaid Ibrahim , keluar untuk berehat panjang daripada PKR, menunjukkan petanda apa bentuk Demokrasi yang mereka amalkan di dalam parti itu.

Dengan masalah PKR Sabah yang semakin besar, dengan khabar angin Datuk Jefferey Kitingan sedang mencari tapak baru di PBS, maka jalan-jalan Kehancuran sebenarnya menanti PKR.

5. Penulis optimis, dalam 5 dan 10 tahun ini PKR akan berkubur. PKR tidak mempunyai pemimpin pelapis yang boleh menjadi Presiden . Pemimpin De Facto sendiri Tidak Berani menjadi Presiden. Walau Berapa Kali Perhimpunan Agong Tahunan PKR...dia tidak akan mahu menjadi Presiden ...Seharusnya ahli-ahli PKR mempersoal kenapa dia tidak mahu menjadi Presiden parti PKR.

Apakah hatinya ada di UMNO?

6. Bajet 2010 akan dibentang minggu hadapan...Perdana Menteri tidak pernah menganaktirikan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan, jika tidak percaya bertanyalah kepada Menteri Besar Kedah...

6 Komen:

Che Leh Jangok said...

Terima dan setuju semua. Cuma 5 ke 10 tahun untuk melihat PKR dikuburkan tu lama sangatlaa. Hamba berfirasat maksiam 5 tahun je.

Sebab PRU 13 dah tewas semua kerusi. Keputusan PRU 13 kena lebih baik daripada PRU 11 bagi BN. Ini jelas dengan perkembangan terbaru kini. Cuma UMNO jangan selesa.

Keadaan baik kini hendaklah digunakan sebagai pelancar untuk meluncur jauh kehadapan. Dan terus meluncur dengan program program yang membina tanpa henti henti.

Kejayaan dan Kemenangan yang cemerlang tidak menggolek datang. Kena diusahalan dengan gigih.

pencinta kebenaran said...

saya sokong che leh..jgn umno leka..apa2 pun kita semua mesti sedar permainan yg maha jahat oleh pakatan haram nih

Pejuang said...

PKR duit banyak, takkan bertahan 5 tahun je.

Satu lagi kena ingat, jangan kita samakan PKR macam semangat 46. Sebab ianya bukan parti Melayu atau Islam.

Ada kemungkinan walaupun orang Melayu dalam tu dah tinggalkan PKR, ia masih hidup lagi dengan Presiden non-malay ataupun non-muslim. Mungkin ianya lebih menarik perhatian lebih daripada DAP.

Kalau macam tu mungkin DAP dan PKR akan bercantum.

Kwn Lama said...

Yes tapi wang itu bukan milik PKR, milik De Facto dia...sebab tu dia tak nak jadi Presiden.

Yes PKR akan jadi mcm Gerakan, Dulu Melayu yg tubuhkan skrg dah tak jadi hak Melayu.

sasha2020 said...

orang melayu dlm PKR, dah ramai yg keluar samada join PAs atau UMNO. Nanti tingal non-malay. maka PKR dan DAP akan digabungkan.

PKR akan dikebumikan...akhirnya

Anonymous said...

saya rasa, PKR tak terkubur,cuma tukar nama aje.....kaum yg suka buat parti. PARTI KELING RAMAI

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan