JIWA-JIWA YANG BESAR = TUN RAZAK, DATO' ASRI, DS NAJIB, DS HADI

on Tuesday, November 10

MEREKA YANG BERJIWA BESAR AKAN BERSATU

1. AGAK lama penulis menyepi kerana berada di luar kawasan.

2. YAB DS Najib Tun Razak selaku PM dan Pengerusi BN mempunyai agenda yang amat ketat dalam program memperkukuhkan BN sebelum PRU-13. Sewaktu berucap di Persidangan Agong PBS, UPKO dan LDP , DS Najib berucap dengan tema Juara Rakyat.

3. Pendedahan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Prof Dr Abdul Aziz Bari bahawa rakyat semakin menjauhkan diri dan memandang negarif kepada PAS selepas PRU-12 menunjukkan tangan-tangan DS Anwar semakin berjaya memporak-perandakan parti tersebut.

Seminar PAS baru-baru ini menampakkan DS Haji Hadi Awang berjaya mengukuhkan kedudukannya, tema bahas banyak menguntungkan DS Haji Hadi Awang sebaliknya, banyak isu-isu tidak berpihak kepada Anwar, Husam, Datuk Nik Aziz dan teman seperjuangannya.

DS Haji Hadi Awang menegaskan akan tetap setia bersama Pakatan, tetapi jika diperhalusi ucapan DS Haji Hadi tiada bermaksud akan setia kepada DS Anwar.

4. Kemarahan perwakilan PAS mengapa akhbar rasmi Harakah lebih banyak menulis ucapan Anwar berbanding DS Haji Hadi Awang menunjukkan tangan-tangan Anwar yang sudah jauh meresap. Mereka mempersoal apakah DS Anwar lebih bagus daripada Presiden PAS sendiri DS Haji Hadi Awang?

5. Walaupun Mesyuarat Agong PAS yang lepas berjaya menjatuhkan orang-orang kuat DS Anwar dalam PAS terutamanya Husam dan Kamarudin Jaafar, namun mereka tidak pernah hendak berhenti.

Tatkala Datuk Nik Aziz bersyukur akan mendapat wang ehsan, Husam pula senada dengan DS Anwar menolak wang ehsan. Bagi penulis, apapun istilahnya wang royalti kah, wang ehsan ker, wang pendahuluan kah, yang paling penting Rakyat Kelantan menerima peruntukan itu mulai tahun hadapan.

Rakyat Kelantan akan menikmati projek-projek daripda wang ehsan itu, itu yang lebih penting daripada tidak ada.

6. Terkini, penganalisis politik meramalkan Kedah dan Kelantan akan kembali kepada BN pada PRU-13. ULasan mereka,

** Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.
Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

** Prof. Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

** Prof. Samsul Amri berkata lagi "Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu.

** Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.

** "Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.

** "Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.

Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.

** Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, "Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya.

1 Komen:

Paksu Pencen said...

Biasalah di dunia ini.Semasa pembangkang kuat dok menyalak-nyalak dulu ramaile penyokongnya.

Kini bila Pakatan pembangkang dah bertambah kuat dan perintah negeri pulak tu, ramai yang mendengki termasuk mungkin dikalangan ahli senddiri.

Kumpulan Penjahat selepas berjaya dalam rampasan harta selalunya akan bergaduh sesama sendiri krana tak puas hati mengenai pembahagian harta rampasan.

Jadi akan ada dikalangan ahli akan belot dan tubuh kumpulan baru untuk menentangnya pula.....

Begitulah dunia.Mana boleh berpuas hati selagi hidup.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan