PUAK KIRI MERAMPAS KUASA

on Saturday, January 31

1. MENJELANG beberapa bulan sebelum merdeka 31 Ogos 1957,dua bangsa yang berebut-rebut membuat tuntutan kepada kerajaan British di Malaya ketika itu ialah orang Cina dan orang Melayu.

2. Di Singapura, Ketua Menterinya ketika itu Mr. Ong Yuk Ling ( jka saya tidak silap ), telah menuntut supaya negeri Singapura hendaklah mempunyai Pejabat perdagangannya yang tersendiri di London. Pesuruhjaya Inggeris di Kuala Lumpur terpaksa menerima permIntaan itu.

3. Di Pulau Pinang, orang-orang Cina menuntut sama ada diberikan jawatan Gavernor atau Ketua Menteri. Selepas rundingan, maka diputuskan Ketua Menteri diberikan kepada orang Cina ( Encik Lim Chong Eu ), manakala Gavernor diberikan kepada Melayu.

4. Maka itulah, sehingga ke hari ini walau macamana kerusi Melayu ( satu ketika dulu UMNO majoriti ) tetapi jawatan Ketua Menteri tetap diberi kepada orang Cina, sama ada BN atau PR menang.

5. Orang-orang Baba dan Nyonya juga minta diisytihar sebagai orang Melayu. Akhbar ketika itu seperti MAJLIS menentang, malah dalam ruangan utamanya menulis Baba tetap Cina bukan Melayu.

6. Menjelang Ogos 1957, kerajaan British telah mengimport 60 buah kereta mewah dari Amerika untuk orang kenamaan luar negara.

Malangnya delegasi Cina Hong Kong telah tersekat di Singapura, tidak dibenarkan menyeberang Tambak Johor kerana sebahagian delegasi dikesan sebagai anggota Komunis.

7. Kajian penulis mendapati, Lee Kuan Yew dari puak Kiri yang merampas kuasa kepimpinan PAP dahulu pernah menuduh orang-orang MCA yang menguasai perusahaan getah di Malaya sebagai Komunis.

8. Semasa perpisahan Singapura-Malaysia, Lee Kuan Yew menuduh taukeh-taukeh Getah di Semenanjung Malaya sebagai Komunis. Lee Kuan Yew tidak mengaku dirinya sebagai Cina Komunis, Lee Kuan Yew menyatakan kepada Tito yang dia adalah Cina Nasionalis.

9. Menjelang DS Najib dilantik sebagai PM bulan depan, Tatkala orang Cina sudah banyak menuntut dan berjaya sejak 50 tahun dahulu, apakah orang-orang Melayu tidak mempunyai tuntutan ?

"MUHASABAH "- UST. SYED HASSAN ALATAS

on Friday, January 30



1.“ Salam, Kepada Pengunjung/Pembaca Blog ini jika sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada penerbitan buku “ MUHASABAH” di atas mohonlah dapat diberi sumbangan ikhlas kerana Allah SWT terus kepada Ustaz Syed Hasan Alatas.

2. Ustaz Syed Hasan Alatas adalah seorang pendakwah bebas sejak hujung tahun 1950an. Berasal dari Aceh. Sepanjang hidupnya bekerja sebagai pendakwah di banyak negara seperti Indonesia, Singapura, Amerika, negara-negara Arab & sekarang sudah menetap di Malaysia.

Beliau juga adalah Penasihat Penuntut kepada sebuah Madrasah Rebat Tareem Perguruan Tinggi yang tertua di Hadramaut, Yemen ( 1925 ).

3. Sebenarnya sudah lama beliau minta saya bantu usahakan buku ini, namun kerana hambatan masa & juga ketiadaan dana maka tidaklah mudah untuk menerbitkannya. Beliau juga memaklumkan kepada saya untuk menubuhkan Yayasan Dakwah.

4. Walaupun usia Ustaz Syed Hasan Alatas sudah mencecah 80 tahun, namun Alhamdulillah fikiran dan fizikalnya masih sihat. Maka inilah saja cara saya membantunya. Buku “ MUHASABAH” di atas adalah himpunan Kuliah Agama/Dakwah yang pernah disampaikannya di seluruh dunia dan boleh juga dilayari di laman web = www.shiar-islam.com.“ Beliau juga boleh dihubungi di alamat mel = ustaz@shiar-islam.com.

5. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan menerima usaha dakwah kita. TQ

GIVE AND TAKE

on Wednesday, January 28

1. PADA tahun 1974 jika penulis tidak silap, Dato Haron Idris(allahyarham) telah mempertemukan Tun DR Mahathir dengan Tun Razak(allahyarham).

2. Maka Tun Mahathir kembali semula dalam UMNO dan kembali berkhidmat kepada parti, agama, bangsa, dan negara.

3. Tun Razak bukan saja membawa masuk Tun Mahathir, tetapi juga Dato Asri Muda(allahyarham) Presiden Pas.

4. Apabila Tun Mahathir menjadi PM, antara langkah pertama yang dilakukannya ialah membawa Anwar menyertai UMNO. Ini bukanlah menghairankan kerana ayah Anwar sendiri menjawat jawatan penting dalam parti dan kerajaan.

5. Dalam kes ini akan berlaku pertembungan di antara DS Najib dan DS Anwar.

6. Jika Tun Mahathir dan rakan-rakan berpengaruh seperti Tun Daim, menyertai semula UMNO maka Anwar akan berdepan masalah besar.

7. Beberapa pucuk surat DS Anwar yang ingin berbaik-baik dan memohon maaf dengan Tun pada September 1998 itu, pada hemat penulis sudah tentu masih banyak lagi dalam simpanan Tun Mahathir.

8. DS Anwar akan dibantu oleh klik barunya seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, dan kumpulan Erdogan.

9. Penulis yakin, antara pilihan yang terbentang di tangan DS Najib pada bulan Mac ini ialah melantik Tun Mahathir sebagai penasihat parti, mengekalkan hubungan baik dengan Pak Lah, dan tidak memeranjatkan jika beberapa YB PKR menyertai BN. Jika tidak, tak kanlah MP Kulim. Bandar Baharu boleh senyum lebar!

10. Permainan Pusingan Pertama sedang bermula di Bota, apakah YB Bota akan kekal selepas Mac? Teorinya give and take.

KENAPA DIA TIDAK NAIK TEKSI NO.9

on Thursday, January 22

1. LAPORAN CIA & BBC menyatakan jumlah orang Melayu dan Muslim di Malaysia mencecah 60% lebih. Orang Cina dalam lingkungan 25%. Selebihnya yang lain.

2. Orang Yahudi hanya 14 Juta daam dunia berbanding orang Islam 1.4Billion.

3. Namun di semua sudut, pendidikan, politik, ekonomi, sukan dan sebagainya kita menjadi pengguna barangan Yahudi. Walau dijelaskan oleh PPIM bahawa Coca-Cola itu made in Yahudi, ada kokaian, ada drugs tetapi orang kita masih juga membelinya, meminumnya.

4. Memang orang Yahudi diberikan segala-galanya, paling kaya macam Soros, paling bijak macam Albert Einstin, paling cantik David Beckam, paling kuat macam Amerika/Israel tetapi paling kufur . Sebab itu Surah Al-Baqarah ayat 120 sudah menjelaskan siapa orang Yahudi ini.

5. Apa signifakasinya kepada Malaysia, selepas Peristiswa 911 Netanyahu telah bertemu George Bush dan menyenaraikan negara-negara kononnya paksi kejahatan antaranya Iran, Libya, Syria, Pakistan, malah Indonesia & Malaysia. Semuanya negara Islam.

6. Maka untuk memperkuatkan rangkaian Muslims , maka dicadangkan orang Islam hendaklah membeli produk-produk dan di kedai-kedai Muslim sahaja. Contohnya dari Colgate tukarlah Mukmin, Klinik bla bla tukarlah ke klinik Muslim sekurang-kurangnya bila Dr nak injeck dia memulakan dengan Bismilahirrahmanirrahim, diakhiri dengan Alhadulillah & Insyaallah.

7. Bukan prejudis cuma cuba dengar cerita ini:...
...London, seseorang sedang menunggu Teksi, Teksi pertama dia tak naik, Teksi kedua dia tak naik, Teksi ketiga juga tak naik.......sampailah Teksi ke9. Lalu seorang Wartawan bertanya kepadanya, kenapa tak naik.... Jawabnya, "...saya Jew, semua teksi tadi bukan JEW, saya mesti naik Teksi Jew saja , kerana saya mesti bantu perniagaan orang saya., saya hanya akan naik Teksi orang Jew sahaja..' sampai begitu orang Yahudi Berfikir & Bertindak...

PERMINTAAN 5 ORANG

on Tuesday, January 20

1. YAB PERDANA MENTERI Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri yang paling disukai oleh pemimpin -pemimpin pembangkang sama ada DS Haji Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, kerana keterbukaan dan ketelusan yang mereka nikmati sekarang. Malah mereka masih mahu Pak Lah menjawat PM sehingga PRU13.

2. Dari sudut yang lain, Pak Lah telah membuka ruang yang besar kepada barisan pembangkang untuk mendapat apa yang telah mereka perolehi sekarang.

3. Dari sudut bakal PM, sudah wujud kerisauan dan ketakutan, kalau-kalau DS Najib tidaklah seterbuka Pak Lah.

4. Namun sejarah mencatatkan, Mat Sabu berkali-kali mengingatkan akan bahayanya DS Anwar dan menegaskan bahawa Anwar lebih bahaya daripada Tun Mahathir.

5. Sejarah juga membuktikan Allahyarham Tun Abdul Razak bapa pembangunan kepada bangsa. Seperti kata Raja Nazrin, kalaulah FELDA tidak ada apa agaknya nasib orang Melayu sekarang ini.

6. Penulis telah beberapa kali mengikuti rombongan pemimpin politik Sabah bertemu DS Najib, dan penulis dapati rakyat Malaysia terutama di luar bandar akan menikmati nikmat pembangunan berskala besar jika DS Najib menjadi PM kelak.

7. Bukan satu perkara mudah memenuhi keperluan 27 Juta rakyat Malaysia, seperti bukan satu perkara mudah memenuhi permintaan 5 orang anak dalam satu-satu masa. Penulis terkenang ketika kecil dahulu minggu ini pakai baju adik, minggu depan adik pakai baju kita, begitulah ayahanda mentadbir 10 adik-beradik.

8. Penulis yakin DS Najib juga mahu sehebat ayahandanya sebagai PM ke-6.

100 HARI

on Monday, January 19

1. JIKA Allah SWT mengizinkan & mempermudahkan , DS Najib akan menjadi Perdana Menteri ke-6 tidak sampai 100 hari dari sekarang.

2. Maka lengkaplah Teori RAHMAN.

3. DS Najib mewarisi 137 Kerusi di Parlimen dengan Pakatan Rakyat menambah satu menjadi 82, Bebas 3 .

4. Penulis optimist dua MP Bebas mantan SAPP bakal menyertai semula BN menjelang April, dan penulis juga menjangka MP Bebas Pasir Mas akan menyertai semula BN memandangkan hubungan lama akrab beliau dengan Tun Mahathir dan DS Najib.

5. Beberapa Pilihanraya Kecil bakal diadakan, dijangka sedang menunggu dalam senarai Pensiangan dan Kapar.

6. Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 akan mengesahkan DS Najib sebagai Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia.

7. Selepas DS Najib menjadi PM & Presiden UMNO dan Tun Mahathir kembali menguatkan parti, penulis menjangka politik negara akan berubah dalam skala besar.

8. Yang pasti ada pemberatan politik supaya MP BN yang memiliki Idealisme dan keberanian seperti MP Jerlun, MP Rembau, MP Pasir Mas, MP Sri Gading, MP Pasir Salak, MP Bintulu, MP Muar, supaya diberi peluang menyertai Kabinet baru Malaysia. Kita tunggu...

MINUM & GELAK KETAWA

on Thursday, January 15

1. APABILA melihat kemesraan DS Anwar bersama dengan beberapa MP UMNO di kafe Parlimen, minum dan bergelak ketawa, ia memberikan banyak signifikasi.

2. Apabila Azmin Ali memberi istilah sahabat-sahabat karibnya di dalam UMNO semasa berucap di Dewan Rakyat, juga memberi banyak pengertian.

3. Apabila Datuk Ibrahim Ali berucap di pentas-pentas UMNO sekarang bersama-sama dengan wakil rakyat UMNO di Selangor, juga memberi seribu satu macam makna.

4. Apabila Tun Dr. Mahathir sudah mula ditemu dan bertemu dengan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri, sudah ada ketibaan makna.

5. Maknanya sirih akan pulang ke tempat asalnya, pada hemat penulis DS Najib akan berjaya menyatukan orang-orang Melayu yang sedang berpecah di dalam UMNO/PAS/PKR sebagaimana ayahandanya telah melakukannya dahulu.

6. Di Kuala Terengganu, sama juga seperti di Permatang Pauh, atau di mana-mana PRKecil, DS Najib tidak pernah meninggalkan gelanggang, walaupun tidak ada kepastian akan menang, DS Najib setia membantu mana-mana calon BN...ini merupakan satu ciri yang positif kepada bakal PM Malaysia. Setia ketika senang dan susah.

Malah tidak lama dulu seorang Pemimpin tertinggi PAS meminta supaya pemimpin muda PAS mencontohi cara DS Najib berkata-kata kerana memiliki ciri-ciri negarawan. Penulis pun terkejut.

PROTOCOL ZIONIS 1897

on Tuesday, January 13

1. ZIONISME didefinisikan sebagai fahaman dan gerakan politik kaum Yahudi yang menganggap merekalah yang paling tinggi dalam dunia ini.

2. Bagi mereka , manusia bukan Yahudi adalah ibarat binatang yang diperkuda-kudakan untuk melayan orang-orang Zionis.

3. Mereka bercita-cita untuk menguasai Dunia dengan pusat pemerintahan di Israel.

4. Mereka mendakwa Bani Nadir dan Bani Quraizah sebagai nenek moyang mereka yang pernah menghuni Madinah. Maka mereka juga mahu menguasai Madinah.

5. The World Zionist Organisation mendalangi The Protocol of The Zionis, di Switzerland pada tahun 1897.

6. Mereka mahu menguasai dunia melalui The Greatest World Power On Earth kerana kononnya terdapat dalam Kitab Thalmud dan The Protocol, bahawa semua negara akan tunduk kepada mereka untuk mencapai apa yang distilahkan sebagai Pax Judaecia.

7. Maka, apa pun alasan yang diberi Rakyat Malaysia mesti berusaha memulaukan dan membokiot jenama yang membantu Israel dan Yahudi. Pada tahun 2002, Coca Cola mencatatkan kerugian RM200Juta di negara-negara Arab apabila ia dipulaukan.

KELAS F

on Sunday, January 11

1. SEMALAM penulis berhubung dengan YB Dato Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkenaan pandangan penulis mengenai artikel penasihat kerajaan.

2. Beberapa tindakan kerajaan kebelakangan ini sangat tepat terutama pembatalan pembelian IJN oleh Sime Darby. Sebenarnya Sime Darby Specialist Centre ( SDSC ) sudah wujud di Malaysia, mereka hanya perlu upgrade perkhidmatan sahaja .

Pengalaman penulis dengan SDSC memang perkhidmatannya berkualiti dan cepat tetapi harga perkhidmatan sangat tinggi. Cuba bayangkan untuk mendapatkan satu helai salinan report perubatan caj yang dikenakan tidak silap mencecah RM50.00 , sedangkan kalau dicopy saja hanya berharga RM0.10.

Jadi, bayangkan rakyat yang tidak berpendapatan tetap/rendah jika IJN dijual kepada Sime Darby. Jika kita melawat IJN sekarang ia sentiasa penuh dengan manusia, malah khabarnya IJN melakukan 10 operation setiap hari.

3. Kakitangan kerajaan pula hanya mempunyai tidak sampai sebulan untuk menukar Skim KWSP kepada Skim Pencen. Bagi penulis kedua-dua skim mempunyai kelebihan pada keadaan-keadaan tertentu, contohnya bagi sesiapa yang memiliki KWSP amat mudah sekali untuk mengeluarkan wang untuk membayar deposit rumah, pengeluaran kedua yang dibuat setiap bulan, membayar yuran pengajian universiti dsbnya.

Skim pencen pula akan dinikmati selepas bersara. Penulis menjangka kerajaan akan menaikkan tempoh umur persaraan kepada 60 memandangkan Singapura sendiri sedang membuat kertas cadangan untuk menaikkan umur bersara ke tahun 65.

4. Kerajaan dilaporkan telah mempercepatkan Pakej Rangsangan 7 Billion yang dibentangkan di Parlimen, penulis menjangka para konraktor Kelas F terutamanya akan mendapat giliran masing-masing menjelang hujung bulan ini.

Dengan itu, dapatlah projek-projek yang tertangguh akibat kemelesetan ekonomi Global dijana dan dapat dinikmati oleh rakyat dalam bentuk pembangunan.

5. Penulis juga menjangka DS Najib tidak akan teragak-agak untuk menambah lagi Pakej Rangsangan sekiranya kegawatan ekonomi Global masih berterusan menjelang Mac dan April.

6. Esok penulis akan ke Parlimen untuk bersama-sama Ahli Parlimen Malaysia menentang Pembunuhan rakyat Palestin oleh Zionist-Israel dan Amerika. Penulis percaya rakyat juga mahu tahu cerita sebenar Deklarasi Annapolis Summit 2007.

PENASIHAT KERAJAAN

on Friday, January 9

1. SEWAKTU mudanya, Tun Dr. Mahathir bukanlah seorang anak yang kaya, melainkan anak kepada Guru Besar yang gaji sebulannya tidak sampai pun RM300.00 . Sebab itu Dr Mahathir menjual kuih di sekitar Alor Setar semasa kecilnya. Berbeza dengan DS Anwar yang sememangnya sudah hidup senang dan kaya sewaktu zaman kecilnya lagi.

2. Apabila Dr. Mahathir berjaya menjadi antara Doktor yang pertama di Kedah ketika itu, dan ditempatkan pula di Langkawi , di sebuah pulau yang sangat mundur ketika itu, beliau tidaklah menolak sebaliknya terus berkhidmat di situ, kemudiannya membuka klinikMaha, Klinik Melayu yang pertama di Pekan Rabu.

3. Apabila Dr. Mahathir dipecat daripada UMNO pada hujung tahun 196oan, Tun menulis 2 buah buku yang penting iaitu buku agama bertajuk " Menghadapi Cabaran ", dan buku " The Malay Dilemma " yang sekarang sudah terbit edisi baru. DS Anwar hanya mengumpul koleksi ucapannya dan menjadikannya buku kecil " Perubahan" (awal 1980) dan koleksi ucapan " The Asian Renainsance (akhir 1990).

4. Dr. Mahathir sangat Rapat sebenarnya dengan keluarga Pak Lah terutama ayahandanya Hj. Ahmad Badawi. Semasa Allahyarham Tun Razak & Dr. Mahathir berkunjung ke rumah ayah Pak Lah pada hujung 1970an, ayah Pak Lah sendiri yang masak untuk makan tengah hari. Ketika itu Dr. Mahathir dan Tun Razak menaiki Teksi sahaja. Tujuan bertemu ayah Pak Lah ialah untuk memujuk ayah Pak Lah supaya memberi laluan kepada orang lain untuk bertanding PRU, dan ayah Pak Lah ternyata tidak keberatan.

5. Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada tahun 1925, sudah 84 tahun tetapi kekuatan mindanya tidak bisa ditandingi hatta oleh DS Anwar Ibrahim. Seperti yang penulis katakan di awal blog ini dulu, DS Anwar hanya tidak berani kepada Dr. Mahathir sahaja kerana semua kelemahan dan kekuatan DS Anwar ada dalam genggaman Dr Mahathir, maka jika BN mahu mengambil balik 5 negeri yang diperintah pembangkang sekarang, jawabnya ialah Tun Dr. Mahathir.

4. Dua bulan sebelum PRU12, Tun Daim Zainudin sahabat baik Dr. Mahathir meramalkan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor bakal bertukar kerajaan. Dan ternyata ia terbukti.

6. Selepas kegagalan 916, perhatikan semua perancangan DS Anwar terganggu. Semua janji Pilihanraya PKR tidak dapat ditunaikan malah janji RM50.00 di Selangor pun sudah tidak mampu. Semua jentera PKR mecet, Bloggers PKR banyak yang tutup, Blog RPK sudah perlahan, hanya tinggal gurkha-gurkha kecil saja, yakni anak-anak muda yang bersemangat muda, pejabat-pejabat PKR yang disponsor oleh mereka yang teruja dengan 916 akhirnya menarik balik penajaan, sebab itu banyak pejabat PKR sedang tutup sekarang. Hanya PAS banyak membantu menghidupkan PR.

7. Pada hemat penulis , DS Najib bakal melebarkan lagi skop Penasihat kepada Tun Dr. Mahathir bukan sahaja sebagai Penasihat kepada Petronas tetapi akan menjadi Penasihat kepada Kerajaan.

8. Budaya politik di atas disebut sebagai segolisme, diasaskan oleh tokoh-tokoh sezaman mereka iaitu Tun Dr Mahathir, Lee Kuan Yew, Presiden Soeharto, Hun Sen dan Ranaridh, Corazon Aquino, Sultan Hasanal Bolkiah, Rajiv Ghandi, Margaret Thacher.

CARA NAJIB

on Sunday, January 4

1. Selepas Pak Lah menamakan DS Najib sebagai bakal PM, pelbagai langkah telah dilaksanakan, antaranya penurunan harga minyak sehingga RM1.80 seLiter, Pakej Rangsangan RM7 Billion yang tidak lama lagi akan dinikmati oleh rakyat dalam bentuk pembangunan, kemudahan, dan sebagainya.

2. Masalah Lif di Sentul akhirnya berjaya diatasi dengan bijak . Yang memalukan ialah selepas masalah tersebut selesai barulah terhinjut-hinjut muncul YB Tian Chua yang berani baring atas jalan time demonstrasi dan yang pernah cuba cantumkan gambar DS Najib dengan Altantunya. Besarnya hati DS Najib memaafkan saja kejahatan YB Tian Chua itu.

3. Terkini, beberapa syarikat besar dijangka akan terjangkit dengan apa yang berlaku di barat dan di Jepun sekarang. Jika Honda, Mitshubishi, Subaru, Toyota sudah menamatkan komitmen mereka kepada sukan permotoran, kilang-kilang kereta GM, FORD dikatakan akan menambah lagi pemberhentian pekerja mereka.

4. Untuk mengatasi kemungkinan tersebut berlaku di dalam negara, DS Najib sudahpun menyatakan bahawa kerajaan tidak ragu-ragu untuk menambah lagi Pakej Rangsangan Ekonomi yang sedia ada supaya rakyat tidak terjejas dengan masalah ekonomi global ini. Keberanian ini menampakkan lagi ketokohan DS Najib sebagai bakal PM.

5. Di peringkat bawah rakyat perlu juga berubah, jika kita ke Mesir kita dapati pensyarah-pensyarah di Mesir hanya bergaji dalam lingkungan RM300, RM500 dan RM1,000 sahaja wang Malaysia, mereka menaiki bas ke bilik kuliah dsbnya, maka kita harus bersyukur dengan kebijakan kerajaan. Di Malaysia ( KL ) gaji pengawal keselamatan sahaja gaji pokok RM1,000 belum ditambah overtime.

6. Kepada orang-orang kampung yang sedang terhimpit oleh harga sawit yang rendah, berdoalah agar usaha kerajaan akan berhasil. Rundingan dengan Indonesia baru saja diputuskan, penggunaan bio-diesel akan dipertingkatkan, maka dua langkah ini dijangka akan melonjakkan harga sawit dalam suku pertama tahun 2009.

7. Sebagaimana seluruh dunia menunggu Pakej Ekonomi Obama, di Malaysia juga menunggu Pakej Ekonomi DS Najib. Jika sesiapa yang mempunyai Idea yang luar biasa, bolehlah kita berkongsi untuk disampaikan kepada DS Najib.

ORANG PUTIH

on

1. SEMALAM penulis menghabiskan masa mendegar Forum Perdana yang dirasmikan oleh Adun Bangi ( PAS ) , dengan ahli Panel Dato' Hassan Din l-Hafiz Pengerusi JK Syariah Bank Rakyat dan Dato' Kamarudin Zakaria, mantan Imam Masjid Negara. Semuanya baik belaka kecuali unit amal yang nampak bengis dan garang belaka.

2. Penulis teringat ketika zaman sekolah dahulu, di Surau Al-Ajrin Bombalai yang kami dirikan, setiap tahun penulis sebagai SU Surau berusaha mengimarahkan surau dengan mengadakan majlis ceramah Maal Hijrah dan Maulid Nabi. Rasanya sudah 20 tahun surau itu didirikan, mudah-mudahan orang Kampung menjaga surau itu baik-baik.

3. Walaupun Sabah sudah lama merdeka dalam Malaysia ketika itu, tetapi syarikat BAL Plantation masih diketuai oleh orang-orang putih. Ciri-ciri penjajahan itu masih ada. Contohnya ketika ayah penulis diberikan kebenaran membina surau tersebut di atas tapaknya, Pengurus ladang telah mengeluarkan notis kepada ayah penulis, sama ada cabut semula tiang-tiang surau tersebut atau diberhentikan kerja, kerana katanya pihak syarikat hanya memberi kebenran bukan membenarkan menaikkan tiang surau. ( cerita lanjut dalam novel Abaka )

4. Sudah tentu ini amat menakutkan kerana dengan keadaan kami 10 adik-beradik, hanya ayah bekerja, jika diberhentikan sudah pasti kemungkinan lebih buruk agaknya. Maka kami mencari seseorang yang fasih berbahasa Inggeris, beliau ialah Hj Cacho Bulah seorang pegawai kerajaan negeri untuk menjawab notis tersebut. ( penulis dapat khabar Hj Chacho baru menang peraduan novel DBP Sabah baru-baru ini dengan tajuk novel Bunga Wali, Tahniah ).

5. Alhamdulillah selepas berjaya mendirikan surau itu, maka bolehlah penduduk kampung berjamaah dengan mudah kerana kebanyakan pekerja ladang bekerja sehingga lewat petang.

6. Kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Agama Islam Negeri Sabah perlu mencontohi negeri-negeri di Semenanjung bagaimana merka menjaga kesucian agama Islam. Maksud penulis , kerajaan negeri mestilah memastikan di semua persinggahan laluan darat ( Tawau-Kota Kinabalu ) didirikan Surau, di semua Kompleks membeli-belah mestilah didirikan surau yang besar dan selesa ( bukan seperti di Cenre Point, KK hanya sebuah surau yang kecil di satu tingkat sahaja, di semua stesen minyak dan pasar mestilah ada kemudahan surau, kerana sebagai muslim solat itu adalah keutamaan yang pertama.

7. Penulis akan menulis sepucuk surat kepada YB Dato Hj Abas Ali, Pengerusi MUIS agar mengusahakan perkara ini.

THE CHINESE DILEMMA

on Friday, January 2

1. SUDAHkah anda membaca buku The Chinese Dilemma yang diterbitkan di Australia. Ada beberapa perkara yang boleh dihuraikan dalam buku tersebut, terutama daripada ketakutan penulisnya akan nasib yang bakal menimpa masyarakat Cina di Malaysia.

2. Ekonomi merupakan perkara yang sangat penting kepada orang Cina baik di negara asal mereka atau di seberang laut. Jika anda berkesempatan ke Guanzhong, menaiki bas melalui Vietname, kita pasti melihat orang-orang Cina yang bekerja daripada awal pagi hinggalah ke malam hari ( bukan 5 petang ) , dengan gaji serendah RM600 sebulan wang Malaysia.

Sebab itu ada di antara mereka berhijrah ke Malaysia, dan boleh ditemui di sekitar pasar Chow Kit dengan menemui pelanggan sambil menjual pen, tali pinggang, jam, ink dll yang disimpan di dalam beg kecil mereka.

3. Sebab itulah penulis buku The Chinese Dilemma sangat tidak berpuashati dengan DEB yang memberi bantuan kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera untuk turut sama menikmati kekayaan negara ini.

4. Penjajah British sesudah mengimport buruh-buruh dari China dan India untuk bekerja di lombong-lombong dan estates, juga menjalankan dasar pecah-pecah. Orang Cina diletakkan di bandar-bandar dengan keuntungan yg besar kerana boleh menikmati kemajuan yang sudah sedia ada di bandar-bandar seperti Sekolah moden, bank moden, sistem pengangkutan dll.

5. Orang India dibiarkan di estates dengan segala kesusahan, dan orang Melayu dibiarkan di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan dan dibiarkan mundur ketinggalan.

6. Implikasinya sangat jelas, dalam tahun-tahun 1940-an, 1950-an, 1960-am, 1970an, 1980-an ekonomi negara dikuasai besar oleh orang-orang Cina. Bukan sebab mereka pandai berniaga tetapi sebenarnya lebih kepada keuntungan sejarah mereka. Jika Ali bin Ahmad lebih awal memiliki Kilang Gula di Malaysia, sudah pasti dialah yang paling kaya sekarang tetapi sejarah membuktikan peluang itu tidak diberikan semasa era penjajahan.

7. Tun Dr. Mahathir walaupun dituduh Ultra-Malay oleh Lee Kuan Yew pada awalnya, tetapi selepas bersara Lee Kuan Yew menyatakan kesilapannya dengan menyatakan dalam bukunya, yang dia membuat tangapan yang tidak betul terhadap Tun Dr. Mahathir.

8. Maka itu, buku The Chinese Dilemma itu jika anda baca sebenarnya merupakan kebimbangan yang mendalam oleh masyarakat Cina di Malaysia, kesannya sudahpun diterjemahkan di dalam keputusan politik PRU12.

9. Jika hendak dibuat perbandingan, Apakah nasib masyarakat Cina di Indonesia, Thailand, Vietname, Filipina, Brunei lebih baik daripada di Malaysia? Di Singapura tidak perlulah diperkatakan. Maka mengapakah masyarakat Cina perlu terlalu bimbang dengan nasib mereka di Malaysia?

10. Kita juga barangkali ternanti-nanti buku baru The Indian Dilemma, barangkali sesuai ditulis oleh MP Kapar.

RAHSIA MELOMPAT

on Thursday, January 1

1. JIKA ita ke Vietname, antara beberapa perkara yang membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia ialah jenama Petronas yang menghiasi bandar-bandarnya. Apakah perbezaan stesen minyak Petronas dengan Stesen minyak Shell, Esso, BP dan lain-lain?

Di Semenanjung Tanah Melayu, hampir 100% stesen minyaknya disediakan Surau. Baik di Indonesia atau di Vietname. Dengan adanya surau ini, maka tiada masalah solat bagi mereka yang di dalam perjalanan.

2. Sebagai peminat sejarah, penulis berkesempatan berkunjung ke rumah asal pejuang kemerdekaan Vietname tidak lain Ho Chin Mih. Di pendekkan cerita, di hadapan rumahnya, ada sebuah kolam dan ikan-ikan emas dan pelbagai.

3. Peliknya, setiap kali kita tepuk tangan ikan-ikan itu akan melompat. Tepuk sekali kan melompat, begitulah seterusnya.

4. Rupa-rupanya semasa hayatnya, Ho Chin Mih setiapkali hendak memberi makan ikan-ikannya dia akan menepuk tangan dulu barulah dia memberi makan.begitulah sehingga akhir hayatnya.

5.Begitu SETIA ikan-ikan tersebut kerana seepas berpuluh-puluh tahun Ho Chin Mih meninggal dunia, ikan-ikan tersebut dan zuriatnya masih lagi melompat setiap kali orang ( lain pun ) bertepuk tangan.

6. Begitu juga rahsia Kekalahan Amerika dalam Perang dengan Vietname. Di Terowong Bawah Tanah yang penulis sempat lawati, ia sangat besar dan luas, ada hospital, kedai, padang latihan, malah sekolah, dengan sistem udara dan lampu yang baik.

7. Maka sebab itulah orang Melayu dan Islam di Malaysia mestilah mempunyai semangat yang kuat untuk mempertahankan tanah air, agama, bangsa, kerana orang lain kini semakin kuat memberontak itu dan ini.

8. Contohnya apabila JAKIM mengeluarkan Fatwa mengharamkan Yoga, ada pula persatuan lain mengeluarkan kenyataan mereka sangat bersedih kerana JAKIM mengeluarkan fatwa itu. Persoalannya , mengapa orang lain sudah berani menyentuh urusan agama Islam? Bagi kita, jika kamu hendak beryoga silakanlah dengan segala kebebasan yang diberikan, tetapi Fatwa itu untuk umat Islam,Fatwa itu untuk menjaga Aqidah umat Islam, bukan Fatwa itu untuk penganut agama lain...( secebis daripada ceramah Ustaz dari Gua Musang di Majlis Maal Hijrah, Kuala Lumpur, 31-12-2008 )

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan