KETUA PEMUDA : UNDI SOLID

on Friday, February 27

1. KETIGA-TIGA Calon Ketua Pemuda UMNO Dr. Khir Toyo, Khairy Jamaludin dan Dato Mukhriz Dr Mahathir berpeluang menduduki jawatan Ketua Pemuda pada hujung Mac.

2. Dato' Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak dan ia memberi gambaran sebenar.

3. Namun, kelihatannya Khairy Jamaludin berjaya meletakkan dirinya sebagai anak darah muda apabila berani menghadapi tentangan Husam dan Salehudin.

4. Manakala Dr. Khir Toyo menonjolkan dirinya sebagai pejuang di negeri Selangor.

5. Pada hemat penulis, KJ boleh saja menjadi Ketua Pemuda, namun adalah lebih baik KJ menunggu satu dua penggal lagi.

Pertamanya, KJ masih terlalu muda. Muda dalam usia dan muda dalam politik. Keberanian KJ melambangkan sifat muda itu. Kedua, KJ sudah mendapat kedudukan sebagai Ahli Parlimen Rembau.

6. Dr. Khir Toyo pula sudah pernah menjadi MB yang agak lama di negeri kaya Selangor. Masalah yang akan UMNO hadapi ialah persepsi PRU12 iaitu apabila BN Selangor ditumbangkan oleh PR. Walaupun UMNO Selangor menang banyak kerusi, namun kapasiti Dr. Khir sebagai MB & Pengerusi BN Negeri Selangor membawa masalah ini kepada dirinya.

7. Bagaimana Dato' Mukhriz. Beliau beruntung kerana tatkala Kedah juga dilanda ombak Tsunami, Mukhriz masih menang di Jerlun. Kedua, Mukhriz antara individu yang paling berani dan konsisten terutama dalam Surat Terbukanya meminta Pak Lah undur diri. Tidak ada pemimpin seberani ini.

8. Mukhriz juga mempunyai hubungan baik dengan PAS. Sebab itu Mukhriz mencadangkan PAS Perak & UMNO Perak bergabung membentuk kerajaan negeri untuk kepentingan agama & bangsa.

Kesimpulan penulis ialah, barangkali ada baiknya diberi peluang kepada Mukhriz, sementara KJ menunggu satu dua penggal lagi, sementara Dr. Khir Toyo pula berusaha merampas semula Selangor.

9. Pada pandangan penulis KJ jika menang satu bonus, jika kalah KJ masih boleh mencuba beberapa penggal akan datang. Tidak ada kerugian jika KJ tidak berjaya sebenarnya.

10. Dr. Khir akan kembali bersinar jika menang, terutama selepas kekalahan PRU Selangor. Kerana itu Dr Khir harus mencuba, hanya kemenangan akan mengubat luka politiknya.

11. Mukhriz tidak berpeluang semasa Dr. Mahathir menjadi PM kerana dasar Dr Mahathir ketika itu ialah selagi beliau sebagai PM/Presiden , Mukhriz tidak boleh memegang jawatan tinggi dalam politik.

12. Ini bukan kempen, ini hanya pendapat penulis berdasarkan sejarah UMNO itu. Terkenang Pertandingan Anwar VS Shuhaimi pada awal tahun 1980 dulu.

13. Pandangan penulis ialah, UMNO tidak akan menang hanya dengan undi solid ahli UMNO. Di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu UMNO mendapat undi solid ahli UMNO. Sebenarnya UMNO akan menang dengan pengundi atas pagar.

14. Kita tahu semua ahli UMNO akan sokong Ketua Pemuda yang menang nanti..persoalannya apakah pengundi atas pagar akan menyokong Ketua Pemuda tadi..

15. Namun, selepas pertandingan sesiapapun yang menang perlu disokong. Yang kalah dirapatkan, Yang menang dikuatkan.

SMS ORANG KAMPUNG = RAYUAN YB DAP

on Thursday, February 26

1. DI PARLIMEN , DS Anwar begitu mesra berbual dan berbincang dengan YB-YB BN seolah-olah tidak ada apa-apa masalah.

2. YB Kota Kinabalu (DAP) membaca teks ucapannya dengan begitu tekun kerana kurang fasih berbahasa Melayu. Luahan hatinya sungguh dirasai iaitu betapa sukarnya dia hendak menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya kerana kekurangan Dana. Walaupun dia YB DAP, dia tidak segan merayu Kerajaan Pusat supaya membantu.

3. Di Kampung Pasir Putih Tawau, penulis menerima beberapa sms dari penduduk kg sudah beberapa hari tiada air. Kasihan mereka. Lalu penulis meminta mereka menghubungi YB di kawasan itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Pemaju Mukim, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, supaya segera menyelesaikan masalah air itu.

Mereka semua itu diberi gaji/elaun dan mesti menyelesaikan masalah rakyat dengan apa cara sekalipun.

Penulis terkenang 7 tahun dahulu ketika itu, YB Merotai ialah Dr. Patawari Patawe. Penulis bersama wakil YB telah terbang ke Putrajaya dan berbincang panjang lebar dengan pihakKementerian Pembangunan Luar Bandar supaya paip air dan jalan bertar segera dibawa masuk ke Sungai Imam. Setelah merayu, bertegang leher akhirnya penduduk Kg. Sg Imam berjaya juga mendapat nikmat paip air dan jalan bertar.

Maka penduduk Kg. Pasir Putih tadi sepatutnya mesti berusaha dan berani.

4. Sebab itulah, dua hari lepas penulis yang sememangnya sangat rapat dengan YB Datuk Chua Soon Bui ( Bebas Tawau ) menghubunginya supaya segera kembali kepada BN demi kebaikan rakyat di kawasannya. Tidak perlu menunggu DS Najib dilantik sebagai PM.

5. Datuk Ghapur Salleh adalah contoh YB yang paling bijak membawa peruntukan pembangunan kepada rakyat Kalabakan. Datuk Ghapur tidak pernah takut untuk bersuara lantang untuk kepentingan rakyat di Parlimen, walaupun penulis sering tidak bersependapat dengannya dalam politik, kami mempunyai satu matlamat yang sama = iaitu membawa seberapa banyak pembangunan dan kemajuan kepada rakyat Kalabakan khasnya.

6. Penulis berharap YB-YB di Sabah rajin-rajinlah buat ' paperwork ' terutama ketika pembentangan Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang akan dibentangkan oleh DS Najib tidak lama lagi.

Setiap hari orang semakin bertambah, setiap hari kampung semakin bertambah luas, keperluan prasarana semakin bertambah besar...

Rakyat tidak akan bertanya apakah kerajaan cukup wang atau tidak, yang rakyat mahu ialah bila nak buat jalan bertar, bila nak bawa air bersih, bila nak buat sekolah baru dan sebagainya...

Jika tidak sanggup menghadapi semua kehendak rakyat yang tidak berhenti-henti ini, janganlah jadi YB...bukan begitu.

NASIHAT RAJA SELANGOR vs NASIHAT PEMIMPIN DE FACTO

on Wednesday, February 25

1. MANTAN Calon PAS PRU11 yang telah ke luar PAS dan menjadi Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan Bekas MB Nizar terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kerana takut wujud self

2. Datuk Dr. Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor mempersoal tindakan MB Guhtrie Selangor kerana sambil lewa dan kurang sengat menangani isu gambar bogel ADUN Bukit Lanjan.

3. DYMM Sultan Selangor yang menerima mengadap MB Selangor sedih dengan insiden ADUN Bukit Lanjan. Baginda tidak dapat memberi nasihat kerana Baginda tahu MB tahu apa nak buat untuk kepentingan rakyat Selangor.

4. Pemimpin De Facto menasihatkan dia bercuti,...sepatutnya Pemimpin Defacto berkata :
...parti kita adalah parti paling bersih dalam dunia,
...moral kita sangat bersih,
...parti kita sangat zero korupsi,
...kita tidak amal nepotisme,
...maka itu atas dasar parti kita segala-galanya bersih luar dan dalam sebagaimana kita uar-uarkan kepada rakyat sehingga rakyat terpedaya maka kamu ADUN Bukit Lanjat dipecat dan diminta letak jawatan dalam semua jawatan parti dan kerajaan.

5. Rasanya itu lah nasihat paling sesuai pemimpin Defacto berikan...bukan begitu.

POLITIC HIGH LEVEL

on Monday, February 23

1. PELUANG membentuk kerajaan pusat kepada Anwar sudah berlalu sebenarnya apabila kegagalan Projek 916 yang melibatkan kos yang besar pastinya.

2. Peluang itu semakin sempit apabila Pak Lah akan bersara bulan hadapan. Sebenarnya semasa era Pak Lah yang mengamalkan demokrasi terbuka luas , Anwar sudah boleh menjadi PM jika 30/40/60 MP BN berjaya ditariknya sebagaimana diuar-uarkannya.

Masalah Anwar di sini ialah dia mendahului Allah SWT apabila menetapkan 16 /09/2008 .

3. Namun, pertemuan-pertemuan yang diatur di Hong Kong, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, di negara Arab dan Eropah tidak berjaya. Hanya SAPP sahaja yang berjaya keluar sebentar, dan akan kembali semula menjelang DS Najib memegang jawatan PM ke-6.

4. Dalam ucapan Anwar di parlimen terbaru ini, Anwar tidak dapat lari daripada menghebahkan kebagusan dasar-dasarnya semasa dalam BN, Anwar memuji semua dasar-dasarnya ketika bersama BN, dan mengeji semua dasar-dasar BN ketika dia di luar sekarang.

5. Kesangsian DAP kepada Anwar sekarang ialah kenapa Anwar tidak menjadi Ahli/Presiden PKR? Apakah ada kena mengena dengan janjinya semasa keluar penjara untuk kembali kepada BN?

6. Harus diingat Anwar-Najib-Muhyidin = adalah Team Wawasan UMNO yang menewaskan Ghapar Baba-Pak Lah-Sanusi. Di peringkat tertinggi rakyat kurang tahu give & take the politic high level.

7. Pada pandangan penulis, dengan usia Anwar mencecah 61 tahun sekarang, peluang untuk Anwar menjadi PM barangkali selepas era Najib= PRU13(2013 )= PRU14(2018) =PRU15 (2023). .

Itu jika Allah SWT mengizinkan, kerana manusia merancang Allah SWT yang menentukannya.

ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN (2)

on Saturday, February 21

1. MASALAH kecelaruan dan kegawatan dalam Pakatan sekarang berlaku menjelang DS Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 hujung bulan depan.

2. Semasa Tunku Abdul Rahman meletak jawatan, Tun Abdul Razak mengambilalih kepimpinan dengan menyatukan PAS kepada BN akibat daripada provokasi PAP & DAP hendak menguasai Tanah Melayu ketika itu. Penulis yakin DS Najib akan melakukan perkara yang sama.

3. Pertemuan-pertemuan yang berlaku di antara kepimpinan UMNO & PAS sejak Mac, 2008 masih lagi berlangsung dengan agenda menyelamatkan Melayu & Islam. Sebenarnya jika tiada Husam & Team Erdogan, sudah lama PAS bersatu kepada UMNO. Anwar melalui Husam terus kepada Nik Aziz menentang perpaduan ini.

4. Menjelang 2009, Anwar & PKR semakin tidak relevan. Pada tahun 2008 mereka berjaya mencanangkan PKR bersih Moral, UMNO buruk Moral= akhirnya Allah SWT menunjukkan parti siapa Moral dan siapa Tidak Bermoral.

5. Menjelang September 2008, Anwar Gagah Seantero dunia mereka mencanangkan bahawa ada 30 malah 40 malahan 60 MP BN akan menyertai PKR menubuhkan kerajaan = akhirnya Allah SWT menunjukkan YB siapa yang lari membentuk kerajaan.

6. Selepas Karpal menyeru Anwar bertaubat apakah Anwar masih relevan?

7. Tatkala Karpal menyeru Anwar meletak jawatan Ketua Pembangkang yang berElaun tinggi, apakah Anwar masih relevan?

8. Jika Anwar menasihati Speaker Siva menggantung DUN Perak, Karpal membantah.

9. Menjelang Mac 2009, 3 - 5 MP bersedia kembali menyertai BN sebagai tanda sokongan kepada DS Najib Tun Razak sebagai PM ke-6.

10. Kasihan SS Mufti Perak Harussani, dipujuk oleh pemimpin2 PAS supaya menasihati Raja Perak untuk tidak melantik MB baru, apabila ditolak dimaki-hamun, dicerca, malah dipanggil syaitan SS Mufti Perak Harussani.

KARPAL TIDAK PEDULI ANWAR DI PARLIMEN

on Friday, February 20

1. SUASANA di Parlimen semalam memperlihatkan kemesraan YB UMNO-YB PAS. Penulis terusik melihat bisik-bisik antara YB Mahfuz dengan YB Azmi Khalid, dan lainnya.

2. Di sudut lain, Datuk Ibrahim Ali tekun berbincang dengan Datuk Jamaludin Jarjis.

3. Di Dalam dewan, Anwar Ibrahim Kesendirian berhujah mengenai isu Derhaka kepada Raja Melayu. Hairan, tidak ada seorang pun YB Bukan Melayu dari DAP mahupun PKR membantu Anwar berlawan hujah dengan YB-YB BN.

4. Untuk memujuk Karpal, Anwar mempertahan hak Karpal untuk menyaman kerajaan Perak. Untuk mengambil hati Raja Melayu, Anwar menyambung lagi tapi dia menentang Karpal untuk menyaman Raja Perak.

5. Karpal dan semua geng DAP tidak ada memberi reaksi kepada pujukan Anwar. Barangkali Karpal sudah nekad menyeru Anwar bertaubat dan menyuruhnya meletak jawatan Ketua Pembangkang.

Amarah Karpal, sehingga Karpal pun tidak bersetuju dengan Speaker Perak?

6. YB Pasir Salak, YB Tanjung Karang, YB Batu Pahat, bertalu-talu menyoal Anwar tentang peristiwa pemimpin-pemimpin DAP melaungkan hilanglah ketuanan Melayu, hilanglah kuasa Melayu semasa perhimpunan kemenangan DAP di Perak tahun lalu.

7. YB Tanjung Karang bertanya Anwar pernahkah orang Melayu semasa Anwar menjadi Menteri UMNO berbaring di depan kereta Raja menghalang Raja.

8. Seperti biasa Anwar buat u turn, tergagap-gagap dan membawa cerita Hang Tuah, Hang Jebat, Kitul dan cerita-cerita lama. Penulis menjangka Anwar akan berucap 6 jam, rupanya 30 minit sahaja.

9. Keluar dewan, Anwar dibantu oleh pengiringnya terus berjalan keluar dewan meninggalkan wartawan yang menunggunya.

10. Di kafe, YB-YB PAS & UMNO rancak berbual sambil minum.

ANWAR JAWAB ELIZABETH ?

on Tuesday, February 17

1. JADUAL Persidangan Parlimen sudah dihantar 3 bulan lebih awal kepada semua MP untuk mengingatkan mereka.

2. Namun, Anwar berlakon lagi lari ke Dubai dan kata Azmin ada hal mustahak dengan pemimpin luar negara. Kehadiran DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong di Pembukaan Sidang Parlimen tak pentingkah?

3. Atau bimbang berhadapan dengan titah dan wajah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang murka dengan tindakannya selama ini.

4. Esok Anwar dijangka hadir ke Parlimen, namun hatinya sudah gembira kerana tidak akan berdepan muka dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Barangkali sebab itu Karpal kata Anwar tidak layak jadi Ketua Pembangkang.

5. Penulis jangka Exco Selangor yang terbabit skandal itu akan meletak jawatan sebagai Exco dan ADUN . Ini akan membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan di Bukit Lanjan.

6. Anwar sebagai Pemimpin De Facto PKR perlu ditanya 3 perkara =

Mengapa dia tidak hadir ke Pembukaan Sidang Parlimen oleh DYMM SPB Yang DiPertuan Agong ? Siapa lebih penting pemimpin luar negara atau DYMM SPB Yang DiPertuan Agong?

Kedua, kenapa isu YB Bukit Lanjan berlaku semasa dia di luar negara? Apakah ia satu kebetulan?

Dan Apakah Anwar akan mempertahankan Elizabeth?

MURKA RAJA

on Friday, February 13

1. KELUARGA Lim ( meminjam kata-kata karpal Singh ), antara keluarga yang memahami bahasa Murka Raja Melayu.

2. Sebab itu mereka tidak bersuara untuk menyokong Karpal menyaman Raja Melayu.

3. Karpal Singh tidak faham bahasa Murka Raja melayu sebab pemikiran Karpal ialah Mahkamah lebih tinggi dari Raja Melayu.

Karpal faham begitu, tetapi dia tidak faham dalam budaya Melayu Raja Melayu ada daulahnya, Raja Melayu dalam konteks budaya Melayu lebih tinggi darjatnya dari Mahkamah.

Sebab itu SS Mufti Perak menentang Bekas MB Nizar, Anwar, Karpal kerana menderhaka kepada Raja. Melawan apa-apa yang Raja Melayu sudah Perkenan ( Contohnya Perkenan Perlantikan MB Dr. Zambry ) , maknanya menderhaka lah tu.

4. Hari demi hari, persatuan Kerabat-Kerabat Di Raja Melayu di tiap-tiap negeri mula bersuara. Suara itu Murka Raja tu...

5. Tak kan lah nak tengok Raja pegang pembesar suara atau masuk dalam TV dan berkata, "..Beta Murka..."

6. Jika Karpal di Thailand, bagaimana agaknya?

PELAN ANWAR

on Thursday, February 12

1. Berikutan perjumpaan tergempar MB Guthrie hari ini dengan semua YB PR di Selangor, maka khabar angin CONFIRM 7 ADUN PR akan keluar di Selangor.

Akhbar menyebut 4, namun penulis dimaklumkan sekurang-kurangnya 8.

2. Kesukaran menghubungi beberapa YB PR di Selangor menimbulkan kegusaran kepada kem DAP & PAS.

3. Di Kedah, jika 4 ADUN mempunyai tanda-tanda sukar dikesan, MB Azizan dikatakan akan meminta supaya DUN dibubarkan.

4. Karpal menyalahkan Anwar atas misi 916nya kerana menggalakkan budaya Lompat hanya semata-mata hendak menjadi PM, akhirnya YB mereka pula yang terlompat.

5. Pada hemat penulis, Acara Melompat ini adalah Strategi Anwar untuk memboloskan dirinya menyertai BN.

Teorinya, apabila kesemua YB PKR lompat, maka Anwar tidak ada jalan lain kecuali Melompat juga. Ketika itu Anwar akan berkata, ini adalah kehendak akar umbi dan takdir Allah SWT.

6. Ketika itu, DAP & PAS terpaksa membawa haluan masing-masing. Untuk survival politik, Anwar tidak akan kisah meninggalkan DAP & PAS. Bertanyalah kepada Ezam semasa Ezam mengusahakan mengeluarkan Anwar dari penjara, janjinya akan menyerati semula BN!.

DAP & PAS sedang ditipu Anwar.

Anwar tidak akan menyertai PAS kerana jiwanya bukan Islamik . Anwar tahu dia tidak akan jadi PM melalui PAS.

Penulis percaya, Acara Melompat secara beramai-ramai ini adalah Pelan Anwar untuk berbaik-baik dengan BN.

Anda harus ingat Anwar sangat takut kepada Tun M. Bakal PM DS Najib pasti akan disokongkuat oleh Tun M, dan akhirnya merisaukan Anwar. Untuk berhadapan dengan DS Najib & Tun M, Anwar menggunakan Pelan Lompat.

Anda tidak percaya, sila berkunjung ke Parlimen dan saksikan Anwar bersembang sambil minum kopi dengan YB-YB BN sambil ketawa !

CALON BN

on Wednesday, February 11

1. MUFTI PERAK SS Dato Harussani dijangka menjadi Calon BN sekiranya beliau bersetuju untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil di Perak.

2. Ini membuktikan bahawa Ulama juga sudah melihat kepincangan yang besar dalam Pakatan Rakyat yang menggadaikan harga sebuah bangsa, Raja, agama Islam & tanah air.

3. Jika Mufti Perak sudah menjelaskan Derhaka seseorang seperti Bekas MB Nizar, Anwar dan Karpal serta keluarga Lim ( meminjam kata-kata Karpal Singh ) kerana menderhaka kepada perintah Raja, maka Anwarkah yang benar atau Raja?

4. Anwar menggunakan ...Tunggu Bicara Mahkamah ... menggunakan Mahkamah untuk memalukan bekas MB Nizar untuk bertahan.

5. Maka Karpal pun ikutlah juga, dan berkata saman Raja Melayu di Mahkamah...

6. Kenapa Anwar tak kata ...ikut kata Raja, Raja Melayu Berdaulat...

7. Bekas MB Nizar pun berkata Raja sekarang bukan Monarki Mutlak..Raja sekarang Raja di bawah Perlembagaan...

8. Maknanya Raja kepada Anwar/Bekas MB Nizar/Karpal dan yang sewaktu dengannya ialah Mahkamah... Mereka Tak Mahu ikut Titah Raja...mereka mahu ikut Titah Mahkamah.

9. Sebab itulah, maka Mufti Perak SS Dato Harussani yang seringkali juga mengkritik kerajaan BN...kali ini memberi sokongan kuat kepada BN..dan melabelkan mereka menderhaka. Sanggupkah Anwar menjawab Harussani...

PRESIDEN BERSETUJU KELUAR PAKATAN

on Monday, February 9

1. BERIKUTAN kritikan Pedas Karpal Singh bahawa Anwar Tidak Layak menjadi Ketua Pembangkang menyerlahkan lagi Kekalutan yang disembunyikan di dalam PR.

2. SS Dato Harussani, Mufti Perak merujuk orang-orang seperti Bekas MB Nizar, Anwar, sebagai Menderhaka. Tetapi malang sekali ada forum melabel Harussani sebagai celaka, syaitan dan sebagainya.

Semasa Harussani mengkritik BN kita menerimanya dengan hati terbuka , tetapi apabila Harussani mengkritik Pakatan Rapuh, dia dihina sedemikian rupa!

3. Semasa Anwar dipecat dia mengupah para demonstrate berkeliaran di jalan-jalan, Anwar mengajar Bekas MB Nizar supaya buat perkara yang sama.

4. Sesunguhnya Anwar telah dihukum karma, tahun lepas Anwar sangat Sombong dan Bongkak mengatakan akan membentuk Kerajaan pada 16 Sep. dengan penghijrahan 31 YB BN, namun Allah SWT telah membalas Kesombongan Anwar itu di Perak.

Dia hendak merampas hak orang lain, akhirnya orangnya yang melarikan diri.

5. Sahabat penulis di PAS Selangor menghantar SMS semalam, mengiakan PAS akan keluar Pakatan Rakyat tidak lama lagi. PAS tidak akan menyertai BN, tetapi PAS akan keluar Pakatan.

Mesyuarat Tertinggi PAS mengenainya akan dibuat minggu hadapan. Penulis dimaklumkan Hanya Team Husam menentang,Team Presiden sudah bersetuju.

KENAPA CINA

on Sunday, February 8

1. SEPANJANG Pemerhatian penulis di Kuala Kangsar, Tidak ada orang Cina yang Berdemonstrasi.

2. Hairan bukan, sedangkan DAP adalah exco-exco kanan dan paling ramai dalam Kerajaan Rapuh Perak.

3. Apakah DAP takut Derhaka kepada Raja? Apakah DAP sudah takut kepada orang Melayu?

4. Yang menahan kereta kerabat Raja Perak di tengah jalan ialah orang-orang luar yang dialeknya luar biasa.

5. Apakah PAS telah diperkudakan oleh DAP & PKR?

6. Penulis dimaklumkan, antara sebab mengapa TG Haji Hadi Awang akan keluar PR ialah mereka sudah tidak tahan diperkudakan oleh DAP khususnya.

PERTEMUAN SULIT

on Saturday, February 7

( lintas langsung dari Ipoh, Perak, 9.27pm )
1. APA respon YB DS Anwar apabila ada pihak memanggil Raja Melayu sebagai Anjing ?

2. Adakah Anwar yang menggalakkan Karpal untuk menyaman DYMM Paduka Seri Sultan Perak? Siapa Raja Perak, Anwar, Karpal atau Sultan Azlan Syah ?

3. Anwar dengan bangganya meuar-uarkan Kerajaan BN akan tumbang pada 16 September 2008, namun Allah SWT memberi amaran kepadanya dengan kejatuhan PR di Perak.

4. Kenapa Allah SWT tidak mempermudahkan cita-cita Anwar?

5. YB Bota menyangka PKR parti yang bersih aman damai, rupa-rupanya 10 hari dalam rumah PKR penuh dengan Kecelaruan, Haru Biru, Cacamerba dan menyiksakan.

6.Dalam tempoh tidak lama lagi, jangan terkejut TG Hj Hadi Awang pula putuskan hubungan dengan PR. Anda tidak percaya? Minggu lalu orang pun tidak percaya bila penulis menyatakan 5 PR akan berhijrah.

7. Bertanyalah kepada Dato' Hj. Mustafa Ali akan kebenarannya, dia boleh menjawab pertemuan sulitnya dengan pemimpin tertinggi UMNO...

TUJUH = LAPAN

on

( Lintas Langsung dari Kuala Kangsar )
1. ALHAMDULILLAH, bersyukur kepada Allah SWT akhirnya YAB Menteri Besar Datuk Dr. Zambry selamat mengangkat sumpah.

2. DYMM Paduka Seri Sultan Perak & Raja Nazrin sangat gembira dengan kerajaan baru di negeri baginda sultan. Perubahan ini merupakan Kemenangan kepada Raja-Raja Melayu terutama Raja Perak apabila Bekas MB Nizar yang dikontrol oleh Puak-puak DAP mengikut apa jua kehendak konco-konco DAP seperti isu 999 tanah, Mempersoal Hak & Kuasa Raja Melayu, dan YANG TERBARU MEREKA MAHU MENYAMAN RAJA MELAYU !

3. BEKAS MB Nizar yang memohon Derhaka kepada Sultan memang pun menderhaka kerana tidak menerima Titah DYMM Paduka Seri Sultan supaya meletakkan jawatan. Sebelum itu pun, Bekas MB Nizar kelam-kabut mengumumkan pembubaran DUN Perak Tanpa merafak sembah kepada Raja Perak. Nasib Baik dia tidak tinggal di Johor!

4. INTIPATI kepada peristiwa ini ialah PERINGATAN kepada DAP bahawa Negara ini ada Raja. Negara ini bukan setakat ada Mahkamah, Perlembagaan dan Undang-Undang tetapi ada satu INSTITUSI yang sudaha lama diamalkan sejak Zaman Melaka lagi iaitu INSTITUSI RAJA.

5. Berdasarkan pemerhatian penulis di Kuala Kangsar 2 3 hari ini, yang menentang sangat sehingga menghalang laluan kereta kerabat DiRaja Perak ialah orang-orang luar, bukannya orang Perak.

6. YB DAP Fong Po Kuan menyatakan partinya sedang mengalami Kemelut Dalaman yang besar. YB Hee Yit Foong adalah Revolusi yang memulakan penghijrahan YB-YB DAP di Kedah & Selangor tidak berapa lama lagi.

7. Manakala YB Jamaludin & YB Mohd. Osman menjadi Pemangkin kepada rakan-rakan YB PKR mereka di Kedah & Selangor untuk berhijrah dan menubuhkan Kerajaan Baru .

8. Seperti kata Bekas MB Nizar, tindakan melompat adalah Demokratik sebagaimana semasa dia menerima YB Bota menyertai Bota 11 hari yang lalu. Maka Penghijrahan YB PKR/DAP di Kedah & Selangor samalah tafsiran Bekas MB Nizar sebagai Demokratik...bukan begitu.

9. Kerajaan Baru di Kedah & Selangor dijangka berlaku menjelang April. Sekurang-kurangnya 7 YB PKR/DAP di Kedah bakal Berhijrah dan 8 di Selangor.

10. Semuanya berlaku kerana selepas hampir 12 bulan memerintah mereka saling curiga-mencurigai, berebut kuasa, dan memerintah ikut kehendak masing-masing ( tidak mentadbir mengikut general orders )

11. Penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada Bloggers Pembela Negara ( BPN ) yang bersatu hati mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu, & Tanah Air ini daripada diSingapurakan oleh DAP! Walaupun anggota BPN tidak mengenali antara satu sama lain, namun kejayaan di Perak juga banyak dibantu oleh BPN di alam maya, semoga Allah SWT memberkati.

12. Astag'firullah, bukan saja mereka nak menyaman Raja Perak tetapi ada pihak bercakap Sultan Perak " anjing " ! Kalaulah Dato Harun Idris masih ada...

ERDOGAN=PEREZ=OBAMA=ANWAR

on Wednesday, February 4

1. RAMAI melihat kelantangan Erdogan di Davos sebagai kemenangan ke atas Israel. Ramai tidak sedar bahawa ini adalah satu usaha untuk potretkan Erdogan sebagai hero negara Arab.
Walhal Turki berusaha menjadi negara Eropah(NATO) dan menggunakan Euro.

2. Namun sebaliknya ia hanyalah lakonan dan sandiwara antara Peres=Erdogan=Obama. Mereka sangat berjaya menipu umat Islam.

3. Kita kena sedar Perez tiada kuasa di Israel, Peres hanya Presiden Boneka.

4. Yang berkuasa memberi arahan hanyalah Ehud Barak, Benjamin Nentanyahu, dan menteri wanitanya Lipzi.

5. Dengan kejayaan Amerika melalui Erdogan(Turki adalah Proksi Amerika di Arab) menghancurkan Reputasi Peres, maka rakyat Israel ada alasan kuat untuk menukarkan Presiden Israel kepada sama ada Ehud Barak atau Benjamin Nentanyahu.

6. Jika Parti Likud pula menang, maka Lipzi yang sekarang Menteri kanan mempunyai kuasa yang besar bila dilantik sebagai PM Israel untuk menghancurkan Palestin.

7. Anda perlu ingat, Erdogan melalui Anwar Ibrahim telah ke Washington University (2007) untuk bertemu Presiden Amerika, apakah tujuannya?

8. Sebelum PRK Kuala Terengganun baru-baru ini, Anwar memaklumkan kelewatan dia datang membantu PAS adalah kerana ada urusan penting di Turki.

9. Anwar pernah berbangga bahawa dia adalah penasihat kerajaan Turki.

10. Di Malaysia, oleh kerana orang sangat marah dengan kumpulan Erdogan, maka Anwar berjaya selamatkan kumpulan Erdogan ini apabila terpujanya Erdogan sebenar di luar sana!

Mungkin anda tidak bersetuju dengan analisis saya.

11. Apakah jawapan anda, bilamana tempoh hari Anwar menyembunyikan diri di kedutaan Turki? Bolehkah anda membacanya? dengan analisis di atas?

Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri.

MENTERI BESAR BARU [ PR=27, BN= 27, BEBAS=5 ]

on Monday, February 2

1. KEDUDUKAN sekarang PR= 30, BN=27, BEBAS=2.

2. Jika 2 YB DAP Campur seorang lagi YB PKR yang masih menunggu masa untuk keluar, maka kedudukan menjadi PR=27, BN= 27, BEBAS=5

3. Kerajaan PR tidak dapat bertahan lama bukan sahaja di Perak, tetapi juga di Selangor, Kedah & Penang kerana masalah Hala Tuju Kepimpinan De-Factonya.

4. Sebagaimana dikatakan oleh Ezam, antara janji DS Anwar selepas keluar Penjara ialah akan menyertai semula UMNO. Itulah hala tuju Defactonya. Sebelum Defactonya menyeberang , mereka berpendapat lebih baik mereka keluar awal.

5. Hari ini khabarnya MB Nizar akan mengadap DYMM SPB Sultan Perak untuk mempertahankan kerajaannya.

6. Juga Dato Tajol Rosli akan mengadap DYMM SPB Sultan Perak untuk mencadangkan kerajaan baru.

7. Amat sedih Tuanku tatkala akan menyambut Hari UlangTahun esok...kerajaan negeri tidak seindah di Kuala Sepetang.

BUKAN DUA TAPI LIMA ( TERKINI )

on Sunday, February 1


TERKINI 10.40MALAM= (GELOMBANG BIRU)
1. Kedua-dua ADUN Behrang & Changkat Jering menafikan mereka meletak jawatan sebagaimana disiarkan oleh Speaker DUN Perak.

2. Mereka dikatakan dipaksa menandatangani surat akujanji selepas PRU12 Tanpa Tarikh oleh DS Anwar untuk menghalang penghijrahan mereka ke BN.

3. Dua lagi YB dikatakan daripada DAP akan menunggu masa untuk membentuk kerajaan baru bersama BN. Kedua-dua YB DAP ini dikatakan sudah lama bertentangan dengan Pengerusi DAP Perak.

Apapun Lim Guang Eng memberi amaran mana-mana YB DAP yang gagal dihubungi dalam masa 24 Jam dikira sebagai berniat untuk melompat.


4. YB yang kelima tidak dapat dipastikan tetapi dikatakan Ahli Parlimen PR.

5. Amat mengejutkan desas-desus 6 YB PKR yang dipanggil tergempar bertemu Anwar Sebentar tadi tidak gembira dengan pertemuan tersebut. YB Bota dikatakan banyak berdiam diri?

Gelombang Biru melanda Perak.

6. Penulis yakin DYMM Sultan Perak & Raja Nazrin pasti tidak gembira dengan kerajaan negeri Perak sekarang. Dikhabarkan Istana Raja Perak akan menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak 3/2/2009 dalam suasana sederhana.

....bersambung

( 12.45pm, 1/2/2009, Ahad )
1. PENULIS sudah lama ingin menulis perkara ini, yakni akan berlaku perpindahan beramai-ramai secara berperingkat YB PR . Cuma apabila YAB Pak Lah mengesahkan sebentar tadi 12.30pm ( 1/2/2009), maka barulah penulis hendak mengulasnya.

2. Bloger Perak Bangkit terlebih awal menulis dalam blognya kerana sudah mendapat maklumat akan perpindahan ini.

3. Sebenarnya bukanlah dua sahaja yang bakal pindah dari PKR di Perak, malahan YB DAP juga khabarnya menunggu masa untuk berhijrah. Hanya modusnya sedang difikirkan, sama ada transit di kerusi Bebas dahulu atau terus memilih PAS atau UMNO/BN.

4. Semasa YB Bota pindah ke PKR, MB Nizar dengan bangga dan sombongnya mengangkat mukanya. Apabila beberapa YB PR ( khabarnya sekurang-kurangnya 5 ADUN & MP )bakal keluar dari rumah PR, MB Nizar marah-marah dan kata-katanya sudah hilang Islamiknya.

5. Penulis menjangka YB Pasir Mas, YB Kulim Bandar Baharu, YB Kapar, 2 YB SAPP sedang memikirkan peranan mereka yang lebih besar jika YAB DS Najib dilantik PM tidak lama lagi. Semua mereka ini mempunyai hubungan politik yang lama dengan bakal PM.

6. Nampaknya, gelombang kesedaran sudah bermula. Mereka sudah sedar betapa bahayanya DAP dengan dasar-dasar menolak Islam dan Melayu sebagai Teras dalam negara ini.

7. Perhatikan pemilihan Ketua Kampung pun diDAPkan di Perak, Tanah pun di999kan, Perdana pun diCamrykan,... apabila Raja Nazrin bertitah kekecewaannya pasal Tanah, kerajaan negeri tetap sombong dan meneruskan projek 999 tahun...

8. Penulis menjangka kerajaan negeri Perak bakal runtuh, tidak berapa lama lagi.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan