APA KJ PERLU BUAT ?

on Tuesday, March 31

1. Tun Dr. Mahathir + Pak Lah + DS Najib + TS Muhyidin Yassin menjadikan gandingan UMNO kembali kuat. Jika sebelum ini, penyokong-penyokong Tun M bertindak menjauhkan diri kepada UMNO, sebaliknya kini sudah berubah.

2. Tun Dr. Mahathir akan menyertai semula UMNO, Mukhriz + Khir sudah memberi sokongan kepada KJ.

3. Jika DS Najib membuat rombakan besar-besaran Kabinet selepas ini, perkara yang perlu difikirkan ialah gabungan di antara 4 tokoh di atas.

4. Memandangkan KJ masih tidak diterima sepenuhnya oleh perwakilan pemuda di perhimpunan yang lepas, maka KJ perlu membaca isyarat tersebut dan mengambil beberapa langkah ke belakang , antaranya :

a. KJ hendaklah menjadi Ketua Pemuda yang lebih hebat daripada Allahyarham Datuk Harun Idris, dan Dato Syed Albar dahulu.

b. KJ perlu menolak jawatan dalam Kabinet walaupun memegang teraju Ketua Pemuda UMNO. KJ perlu menjadi Ketua Pemuda yang tersendiri, berwacana, dan membuktikan keikhlasannya sehingga KJ diterima oleh mereka ayang mem'boo'nya tempohari.

c. KJ perlu memenangi dahulu majoritis ahli UMNO dan pengundi di luar sana. Penulis selalu ingin ingatkan bahawa UMNO tidak akan menang mana-mana pilihanraya jika berharap dengan ahli UMNO sahaja, kerana sebenarnya yang memenangkan UMNO ialah pengundi luar pagar...( bersambung )

6. Maka gunakanlah peluang perubahan dalam UMNO sekarang untuk menambat hati dan membuktikan keikhlasan, kehebatan dan kebagusan UMNO kepada rakyat jelata .

CERDIK ANWAR vs BIJAK NAJIB

on Monday, March 30

1. DATUK KAMARUDIN JAAFAR S/U Agong PAS membayangkan kesukaran PAS memenangi Bukit Gantang berikutan kepimpinan UMNO yang bersemangat baru.

2. Kemasukan Tun Dr. Mahathir, sokongan Pak Lah, sokongan Mukhriz kepada KJ membayangkan kekuatan baru UMNO/BN.

3. Jika Anwar ( 61 tahun ) sangat Agresif, Kasar & sering Mendahului Perkara Yang Tidak Pasti semasa era Pak Lah ( 71 tahun ). Apakah zaman DS Najib ( 55 tahun ) Anwar berani berlaku Kasar kepada PM yang kini lebih muda darinya berbanding Pak Lah.

4. Inilah yang dikatakan hidup ini umpama roda, seketika di atas harusnya ada di bawah juga. Anwar tidak akan selama-lamanya boleh berpolitik secara Kasar, Agresif, Demonstratik jalanan, mencabar mahkamah, mencabar undang-undang, mencabar apa jua yang boleh dicabar kerana lawannya sekarang seorang PM yang jauh lebih muda darinya.

5. Apakah beza kecerdikan politik Anwar VS Najib. Jawapannya mudah =

a. Kem Anwar menjangkan Kerajaan Hanya Mampu membuat Pakej Ransangan sekitar RM20/25 Billion sahaja...Mereka Terkejut Najib umumkan Pakej RM60 Billion

b. Anwar dengan bangganya membawa masuk YB Bota sertai PKR, Tidak Sampai 200 Jam YB-YB PKR/DAP tinggalkan PR sehingga tumbangnya kerajaan Nizar.

c. Anwar stanby surat tanpa tarikh untuk menjerat YB-YB PKR agar tidak lompat, malangnya surat itu tidak laku di mahkamah.

6. Menjelang Muktamar PAS...pertemuan Najib-Hj Hadi semakin hampir...apakah kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan?

MUKHRIZ = MENTERI @ TIMBALAN MENTERI

on Thursday, March 26

1. ANGIN PERUBAHAN sedang melanda UMNO. Penulis keletihan melayan kedatangan orang kampung dari jauh, sangat seronok bertemu dengan orang-orang kampung yang sama-sama hidup sekampung dan berjuang dahulu.

2. Tulisan penulis bahawa Shahrizat bakal menang jelas menjadi kenyataan= http://www.jentayuabaka.com/2008/11/shahrizat-bakal-ketua-wanita.html

3. Namun penulis amat terkejut dengan keputusan Pemuda. Jangkaan penulis Mukhriz akan menang besar nampaknya tidak berjaya. Malah Dr. Khir Toyo mengatasi jumlah undi Mukhriz.

Apapun Tahniah kepada yang menang. Yang tewas jangan kecewa, teruskan perjuangan, Tun Dr. Mahathir pun pernah tewas di Parlimen...namun jadi juga Perdana Menteri.

Intan permata, kalau dibuang ke dasar laut pun tetap berkilau-kilau...

4. Penulis berharap, DS Najib yang bakal menjadi PM perlu memikirkan bagaimana untuk menempatkan Mukhriz, barangkali sebagai anggota kabinet.

5. Dahulu, Tun Dr. Mahathir memberi peluang yang besar kepada DS Najib menaiki takhta parti daripada Pemuda hingga ke Naib Presiden.

6. Di Dalam kerajaan Tun Dr. Mahathir memberi peluang DS Najib daripada Timbalan Menteri kepada pelbagai kementerian sehinggalah diangkat pula oleh Pak Lah sebagai penggantinya.

Kerana Tun M meingati jasa ayahandanya Tun Razak yang membawanya masuk semula ke dalam UMNO dan anggota kabinet ( 1974 )

7. Ahli-ahli UMNO harus membuang sikap iri hati, dengki, prejudis, jatuh-menjatuh, sebaliknya membantu menaikkan sesiapa sahaja pemimpin yang berkebolehan. Inilah perubahan yang dikatakan oleh Pak Lah dalam ucap utama tadi.

CUTI=DICUTIKAN=DIPECAT=ADUN BEBAS

on Monday, March 23

1. PEMECATAN ( istilah lebih sesuai kot ) Timbalan Ketua Menteri 1 dalam parti & kerajaan bukanlah mengejutkan. Cuma sedih kepada dia apabila sebab-sebabnya berbeza-beza. Ketua Menteri kata dia bercuti,kemudian cutinya pula dipohonkan dan diarahkan oleh DS Anwar. Kemudian dikatakan nak sambung belajar pula, kemudian DS Anwar mengatakan dia tidak membuat apa-apapun untuk untuk menjaga kepentingan orang Melayu Pulau Pinang..

2. Kasihan Fairuz, cutinya dipohon oleh orang lain, sebab dia letak jawatan dijawab oleh orang lain, suaranya semuanya orang lain yang wakilkan bercakap...inilah demokrasi dalam Pkr,jika anda di tempat Fairuz anda tidak boleh bercakap, hanya pemimpin defacto saja boleh bercakap..

3. Berita disampaikan, Fairuz bakal menjadi ADUN Bebas. Fairuz dikatakan mengalami apa yang dialami oleh mantan Exco-exco PKR Perak yang meletak jawatan itu. Sukar bersuara mempertahankan kepentingan agama Islam & bangsa Melayu dalam mesyuarat exco yang dimonopoli oleh DAP.

4. Jika Fairuz keluar Pkr, kita akan dengar bermacam-macamlah tuduhan konon dia dicoleklah, diugutlah, dibayarlah dan sebagainya. Sepatutnya mereka bermuhasabah kenapa Yb Fairuz ( jika ) , YB Osman, Yb Jamal, Yb Nazarudin, Yb Hee keluar Pr...

5. Pertemuan DS Najib-Hj. Hadi tidak berapa lama lagi bakal menjawab isu kerajaan perpaduan BN-Pas.

PRESIDEN PAS DIGANTUNG KEAHLIANNYA

on Saturday, March 21

1. PENULIS percaya Hj. Hadi bukan Presiden PAS pertama sanggup digantung keahlian PAS jika Nakhoda PAS & team Erdogans sanggup melakukannya ke atas Hj Hadi, kerana allahyarham Datuk Asri dahulu pernah digantung keahliannya.

2. Ajakan Hj Hadi yang disokong ulama lama & Pemuda PAS tidak lain untuk perpaduan umat Islam dan orang Melayu di tanah air ini. Mereka sedar bersama DAP & PKR, perjuangan parti tidak ke mana. Membangun Bersama Islam, Negara Islam, Hudud dsbnya sangat mudah diimplimentasikan di dalam BN berbanding dalam PR. Malah Tun Dr Mahathir sendiri sudah mengisyhtiharkan Malaysia sebagai Negara Islam sebelum beliau berundur...pengisiannya ya silakanlah isikan dengan ajaran Islam.

Jika TV tidak Islamik , Islamikkanlah dia, jika dasar pelajaran tidak Islamik, berilah idea dsbnya. Tiada masalah rasanya, jika Husam boleh menasihati CEO kerajaan Kelantan bawa snooker dan pelakon seksi ke Kota Bharu, tak kanlah yang lain tidak boleh pula...bukan begitu.

3. Harus diingat DAP adalah Tonggak PR, dan DAPlah parti yang tidak akan bersetuju dengan Negara Islam & Hudud. Jika MP UMNO/PAS bersatu dan majoriti, maka tidak sukar dasar PAS itu dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan.

3. Jika DAP/MCA/Gerakan dan lain-lain parti Cina boleh bersatu jika kepentingan Ekonomi, Pendidikan, Kebudayaan & Persatuan( Politik ) mereka diganggugugat , kenapa PAS & UMNO tidak boleh. Perkara ini sudah beberapa kali diluahkan oleh Hj Hadi.

4. Perhatikanlah kecelaruan terbaru di P.Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 dikatakan bercuti. Yang memohon cuti dia pula Pemimpin Defacto PKR, Ketua Menteri P.Pinang meluluskan cuti TKM atas arahan Pemimpin Defacto. Bolehkah cuti seseorang dipohon dan diarah oleh orang lain kepada ketua jabatannya?.Bukan satu rahsia lagi betapa TKM 1 P.Pinang telah ditarikkuasanya di dalam parti, portfolionya ditarik, dahulunya pegawai-pegawainya ditukar, pernah diberi amaran kerana tidak turun padang, lawatannya ke London menjadi isu, seminggu ini menghilang tanpa khabar (dikatakan dicutikan oleh Pemimpin Defacto ). Must be something wrong

5. Maka perbezaan-perbezaan di antara ahli UMNO & PAS dapatlah diperbaiki, kerana agamanya tidak pun berbeza. Yang berbeza hanyalah fahaman politik, caranya, pemikirannya... Hassan Al-Banna sudah tentu berbeza dengan Salehudin Al-Ayubi, Jabatan Usuludin Universiti Al-Azhar sudah tentu berbeza dengan Jabatan Usuludin UIA, Allahyarham Datuk Asri Muda pastilah berbeza dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, Muslimah PAS 1960an/1970an sudah tentu berbeza dengan Muslimah PAS 1980an/1990an/2000an...bersambung....

DAP TIDAK BERSALAH

on Friday, March 20

1. DI SAAT-SAAT akhir DS Anwar masih berusaha untuk menghalang pelantikan DS Najib sebagai PM Ke-6. Beberapa minggu lalu mereka berusaha hightlightkan akhbar Perancis kononnya DS Najib terlibat dengan kematian Altantunya. Namun tidak berjaya, kerana cerita itu hanya hepotisis dan hearsay penulis akhbar itu sahaja.

2. Kegagalan Anwar memujuk Pak Lah hampir 3 jam ketika di Hulu Langat amat mengecewakannya. Terbaru usaha ditujukan untuk mendesak DYMM SPB Yang DiPertuan Agong untuk tidak melantik DS Najib sebagai PM. Penulis percaya DS Anwar dan kumpulannya akan berusaha sehingga ke saat terakhir untuk menghalang DS Najib.

3. Di ketika itu pula, proses kemasukan Hj Hadi sebagai Menteri Penuh nampaknya berjalan lancar. Pemimpin-pemimpin utama UMNO semakin positif, cuma pertemuan DS Najib-Hj.Hadi akan membutirkan secara terperinci cadangan Hj. Hadi, mungkin selepas pemilihan UMNO.

4. Bagi penulis, Mursyidul Am PAS bukan 100% membantah. Dia hanya dipengaruhi oleh team Erdogans yang diketuai oleh Husam yang sangat kaya itu, yang bercita-cita menjadi Presiden PAS dan Timbalan Perdana Menteri di bawah mentornya, DS Anwar. Bukankah Mursyidul Am berkata...bawalah mesyuarat dulu, jika ahli mesyuarat bersetuju, terimalah...Kena faham bahasa politik.

5. Jika Hj Hadi bersungguh-sungguh mahu menghabiskan perjuangannya membangunkan Islam,eloklah dia menjadi Menteri Penuh. Tidak semestinya menjadi Presiden PAS. Hj Hadi tahu bersama DAP tidak mungkin perjuangan Islam akan berjaya, di Perak sudah memperlihatkan betapa Mantan Exco-Exco PKR yang keluar PR itu tidak boleh bersuara mempertahankan agama dan bangsa dalam mesyuarat exco. DAP tidak bersalah dalam kerajaan lama Perak kerana DAP majoriti di situ. Di Sabah, Datuk Raymond Tan hanya YB Bebas...tetapi dia dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri & Menteri Penuh...tiada masalah pun...Parti partilah, kerajaan kerajaanlah, bukan begitu...

6. DAP parti yang sangat bijak = DAP majoriti di Perak tetapi tidak dapat menjadi MB kerana halangan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Tanpa Perkenan Raja, jika tidak Islam, jika bukan Melayu tidak mungkin DAP menjadi MB. Maka DAP Perak merancang melantik lebih ramai calon Melayu DAP dalam PRU13. Jika semua calon Melayu DAP menang, maka DAP tidak perlu lagi mengharapkan belas ehsan PAS & PKR yang menyusahkan mereka. Mereka mahu berkuasa secara Total macam di Pulau Pinang. Undang2 Tubuh Negeri Perak tidak berkata DAP tidak boleh menjadi MB, hanya berkata MB hendaklah Melayu, Islam & mendapat Perkenan Raja.

7. Namun, Allah SWT telah membuka banyak hati-hati mereka untuk kembali ke pangkal perjuangan, bermula dengan YB Nasarudin , YB Jamal, YB Osman, kini meniti hari YB Hj Hadi dan khabarnya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sudah berkerat rotan dengan pucuk pimpinan PKR. Alhamdulillah ...

PERTEMUAN NAJIB - HJ HADI

on Monday, March 16

1. DS Anwar mempersoalkan Pakej Ransangan RM60 Bilion. Kem Anwar sangat terkejut di Parlimen kerana menjangka kerajaan hanya mampu menyediakan sekitar RM25 Billion sahaja.

2. Jika dulu Anwar membentang bajetnya setiap kali pihak kerajaan membentangkan Bajet tahunan. Sekarang sudah 2x kerajaan memberi Pakej Ransangan...mana Pakej Ransangan Anwar ?

3. Anwar mengejar Pak Lah di Hulu Langat dan mempertikaikan Najib di hadapan Pak Lah. Dikhabar hampir 3 Jam memujuk Pak Lah di situ.

4. Penulis yakin Hj Hadi perlu diberi peluang untuk turut sama mentadbir negara ini mengikut kemampuannya. Banyak mekanisme boleh dilakukan :

a. Meletak jawatan sebagai Presiden PAS pada Jun, 2009.
DS Najib boleh melantik Hj Hadi sebagai Menteri Penuh atas sokongannya kepada kerajaan BN.

b. Menjadi MP Bebas
Seperti Datuk Ibrahim Ali dan bekas MP SAPP, tetap menjadi MP Bebas tetapi memberi sokongan kuat kepada kerajaan BN. Seperti Bekas ADUN PKR/DAP di Perak, tetap menjadi ADUN Bebas tetapi memberi sokongan kepada kerajaan BN.

c. Memastikan Kem Ulama lama PAS memenangi Muktamar Agung PAS Jun 2009 dengan menyingkirkan Kem Erdogan yang berkibatkan DS Anwar.

5. Penulis percaya Hj Hadi mahu memberi sumbangan yang lebih besar kepada agama, bangsa dan negara dengan menjadi ahli kepada kerajaan pusat. Oleh kerana pertemuan/muzakarah/muqabalah gagal atas bantahan Kem Erdogans, Hj Hadi tidak mempunyai ruang untuk bergerak.

6. Apakah khabar pertemuan pertama antara DS Najib= Hj Hadi yang dikatakan akan berlangsung selepas pemilihan UMNO untuk mendengar idea Hj Hadi secara detail...kita tunggu.

TIGA PERKARA

on Sunday, March 15

1. LIM GUAN ENG menuntut PAS memberi jawapan mengenai idea penggabungan BN-PAS. Mukhriz menempelak kenapa takut sangat nak melihat perpaduan orang Melayu.

Media blog dan akhbar DAP sudah mula mempersoalkan keikhlasan PAS. Seorang penterjemah bahasa Mandarin yang juga rakan baik penulis menterjemahkan beberapa kemarahan pemimpin DAP di dalam media DAP.

2. Teringat ketika Muzakarah tahun lalu, Karpal Singh marah-marah dan menuntut penjelasan Hj Hadi.

3. Tun Dr. Mahathir tidak bersetuju kononnya sudah dibuat tahun 1970an dahulu namun tidak berjaya.

4. Sebelumnya, Mukhriz pernah mencadangkan penggabungan UMNO-PAS di Perak membentuk Kerajaan untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

5. Dalam banyak-banyak kebisingan ini, Anwar diam-diam menjejaki Pak Lah di Hulu Langat dua minggu lalu. Percubaan terakhirnya untuk menyertai BN sebelum dipintas Hj. Hadi.

6. Menjelang peralihan kuasa 2 minggu lagi, rasanya akan berlaku 3 perkara =
* Pak Lah dilantik sebagai Menteri Kanan
* Hj Hadi dilantik Menteri Penuh selepas menyertai BN
* Anwar membubarkan PKR

BRITISH GRAND DESIGN= DAP GRAND DESIGN

on Saturday, March 14

1. SELEPAS Perang Dunia Ke-2, British kembali ke Asia Tenggara. Selain membawa pakej Malayan Union ke Tanah Melayu, British sebenarnya mahu menjadikan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai The Crown Colony.

2. Namun, British hanya memperolehi Singapura sahaja.

3. British juga telah memaksa Siam untuk mengembalikan Narathiwat, Patani & Yala kepada Raja-Raja Melayu. Ketiga-tiga wilayah tersebut diberi kepada Siam semasa Perjanjian Burney, susulannya Perjanjian Bangkok dan Perjanjian Sulit.

4. Namun, seperti yg penulis sebutkan, Amerika Syarikat yang juga muncul sebagai Kuasa Dominan selepas Perang Dunia Kedua menentang hasrat British itu dengan alasan orang Melayu dan Islam akan bertambah kuat jika ketiga-tiga wilayah itu diserahkan semula.

5. Cita-cita Lee Kuan Yew ( PAP ) untuk menggantikan Tunku Abd. Rahman menjadi PM Tanah Melayu tidak berjaya, namun PRU13 PRU14 & PRU 15 akan menentukan samada DAP akan berjaya menjadi PM Malaysia melalui penguasaan mereka secara Total di Pualau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan & Johor.

6. Hanya negeri-negeri Majoriti Melayu sahaja DAP gagal yakni Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis.

7. Namun mereka menggunakan PKR dan PAS di situ.

8. Dalam pembahagian kerusi Parlimen, mereka sudah berjaya Mengecilkan YB (kuasa) PAS dengan DAP & PKR mendominasi kerusi pembangkang di Parlimen, walhal PAS lebih established berbanding PKR .

9. Maka jika diteliti, sebenarnya DAP sedang menjayakan British Grand Design 1945 dahulu.

10. Jika PRU15 DAP menguasai Majoriti di Parlimen ( dengan sokongan Sabah/Sarawak ), maka DAP akan menjadi Perdana Menteri dan orang Melayu dan Islam akan menjadi seperti Palestin!

11. Anda mungkin tidak percaya , namun jika kita ke Pulau Pinang sekarang keadaannya sama seperti ketika Lee Kuan Yew menjadi Ketua Menteri Singapura dahulu .

Langkah pertama Lee Kuan Yew ialah menghapuskan 3 kerusi Parlimen UMNO di Singapura.

Langkah kedua ialah memecahkan kawasan pilihanraya Singapura kepada memajoritikan PAP.

12. Di Pulau Pinang, Lim Guang Eng tidak berminat memajukan kawasan Melayu. Mudah saja Lim Guang Eng memberi alasan...' saya sukar menghapuskan kemiskinan di Pulau Pinang '...

13. Di atas semua ini, barangkali saranan Hj Hadi untuk membawa PAS bersatu kepada UMNO perlu difikirkan. Bukankah PAS itu asalnya dari tulang rusuk kiri UMNO?

MARATHON ANWAR-HAJI HADI

on Thursday, March 12

1. EZAM antara Orang Paling Kanan DS Anwar berjaya bertemu Pak Lah untuk meyakinkan Pak Lah akan kesengsaraan tulang belakang Anwar yang perlu dirawat di luar negara.

2. Anwar memberi jaminan melalui Ezam, tidak akan mengganggu Pak Lah dan akan menyertai semula BN.

3. Selepas dibebaskan, KJ membantu Anwar mengeluarkan pasport antarabangsa dengan kadar segera.

4. Anwar hadir di pertemuan Hari Raya di rumah terbuka Pak Lah di Kepala Batas selepas itu.

5. Terkini, Anwar menyertai Pak Lah di Hulu Langat dua hari lepas dan tidak diketahui butir bicaranya.

6. Hj Hadi atas nama Presiden parti melalui Hj Mustapha Ali dan Pemimpin akar PAS mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan pemimpin tertingggi UMNO.

7. Kerana terlalu banyak halangan di peringkat erdogans, maka Haji Hadi melembutkan ideanya kepada Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS.

8. Terkini, Datuk Takyudin memperbaharui suara Hj Hadi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

9. Apakah DS Najib akan menuruti jejak bapanya Tun Razak ?

10. Penulis dimaklumkan, DAP semakin panas punggung, terutama selepas pertemuan Anwar-Pak Lah, dan permintaan Hj Hadi membentuk Kerajaan Perpaduan.

SIAPA PALING BIJAK

on Wednesday, March 11

1. SEJARAH PAS wujud pada awal 1950an kerana kekalahan dalam perebutan Presiden UMNO ketika itu.

2. Maka keluarlah yang kalah dari UMNO membentuk parti baru iaitu PAS.

3. Oleh kerana PAS itu asalnya dari UMNO, maka PAS pernah kembali bersatu dengan UMNO pada tahun 1970an di bawah Tun Razak.

4. Maka, tidaklah menghairankan jika TG Haji Hadi bercakap pasal Pertemuan dengan UMNO, Muzakarah, Muqabalah dan akhirnya keluar ideanya Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.

5. Jika DS Najib berjaya membawa semula PAS bersatu kepada UMNO, bukanlah menghairankan penulis kerana PAS itu asalnya dari UMNO.

6. Lihatlah kemesraan YB-YB PAS & UMNO di Parlimen, makan bersama, minum bersama, berborak bersama, berbisik-bisik.

7. Siapa agaknya paling cepat...TGHaji Hadi atau Anwar Ibrahim. Semalam Anwar dah bertemu bicara dengan Pak Lah. Sebelum itu, beberapa pertemuan pemimpin tertinggi PAS/UMNO telah juga diadakan selepas PRU12.

8. Agaknya siapa dulu, siapa paling bijak, siapa main siapa = Anwar atau TGHH.

LEE KUAN YEW SECOND PM OF MALAYSIA...

on Tuesday, March 10

1. PENULIS telah pergi bertemu seorang pemimpin lama yang sezaman dengan Tunku A Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Khir Johari dan Melan Abdullah. Dia masih hidup, namun biarlah ia rahsia penulis.

2. Orang Melayu barangkali tidak pernah membaca di mana-mana buku dalam negara, bahawa PM Britain telah mengugut Tunku Abdul Rahman supaya selepas Tunku menjadi Perdana Menteri hendaklah diberikan pula kepada Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Kedua. ! Inilah British Grand Design yang gagal, tetapi sedang diusahakan semula oleh DAP melalui Malaysian Malaysia.

3. Penulis dimaklumkan perkara ini disimpan dalam arkib London, di mana PM British ketika itu menulis tangan kepada Tunku, jika tidak dipenuhi British akan datang semula untuk menjajah Tanah Melayu.

4. Sebelum itu, beberapa Kontrak Sosial telah dibuat dengan orang Cina terutamanya. Pada zaman Dato Onn Jaafar, beliau dipaksa menerima 500,000 orang Cina menjadi rakyat British Tanah Melayu sebagai ganti menolak Malayan Union.

5. Semasa zaman Tunku Abdul Rahman, British memaksa Tunku menerima 1.5 Juta orang Cina menjadi rakyat Tanah Melayu sebagai Kontrak Sosial untuk Kemerdekaan.

6. Cita-cita Lee Kuan Yew sememangnya mahu menjadi PM, pada zamannya Tunku terpaksa mengeluarkan Singapura dari Malaysia atas faktor Lee Kuan Yew apabila pergi ke mana-mana luar negara dan UN ( dia menyatakan dirinya Perdana Menteri: macam Mantan MB Nizar sekarang di Perak yang masih mengaku MB walaupun Sultan Tak Perkenan ).

7. Apabila Singapura dikeluarkan, PAP Diharamkan di Tanah Melayu. Tetapi Lee Kuan Yew bijak dengan menghantar Wartawan NSTP ( Lim Kit Siang ) dengan menubuhkan cawangan PAP di Sg Rambai Melaka.

8. Dalam tempoph 40 tahun mereka berjaya menguasai secara Total Penang. Di Perak mereka Majoriti namun Raja Melayu/Undang Tubuh Negeri Perak tidak membenarkan DAP menjadi MB.

9. Maka sebab itulah DAP melalui Anwar meuar-uarkan Malaysian Malaysia, Ketuanan Rakyat, Kesamarataan dalam konteks matematik, Liberalisasi, Keadilan yang Tak Adil...dengan cara Membelakangkan Sejarah negara, Menyaman Raja Melayu dan sebagainya.

10. Maka mahukah kita diPerdana Menterikan oleh mereka...fikir-fikirkanlah. Ikuti pendedahan seterusnya ...

SIAPA LEBIH GENTLEMEN?

on

1. SEMASA Idris Jusoh dicadang sebagai MB, DYMM SPB YD Agong tak perkenan, Pak Lah ikut saja. Pak Lah tak mahu krisis yang menyusahkan rakyat.

2. Apa pasal Nizar tak boleh ikut saja perkenan Tuanku Sultan Perak? Dah tahu Tuanku Sultan Perak Titah supaya Berhenti menjadi MB kenapa pula Paksa Rakyat dan Tafsir kehendak sendiri Perlembagaan untuk menabalkannya jadi MB semula?

3. Kalau bekas MB Nizar and The geng gentlemen, bila Dewan bersidang semula buatlah undi tidak percaya ke atas DR. Zambry, tengok siapa menang. Janganlah mengheret Sultan Perak ke mahkamah dan janganlah libatkan rakyat bila kuasa dilucutkan Tuanku. Bukan begitu...

4. Sebagai renungan kata asal KeRajaan tu bukankah "Raja" tambah imbuhan "ke-an" jadilah "Kerajaan". Maksudnya kalau Raja dah suruh berhenti jadi KeRajaan, sebagai rakyat patuhi sajalah.

5. Sepatutnya bekas MB Nizar salahkanlah YB PKR dan DAP yang lompat. Merekalah yang menjadikan BN=28,PR=27. (Speaker kena berkecuali). Kenapa pula nak Salahkan BN.

6. Dulu kata YB Bota melompat sebagai Sangat Beriman dan Sangat Demokratik, kalau begitu YB PKR/DAP yang melompat itu sama jugalah kan Sangat Beriman dan Sangat Demokratik. Bukan begitu kata bicara Bekas MB Nizar...

7. Sesungguhnya Anwar merancang..."Tuan-tuan/Puan-puan/Saudara/i sekalian Seluuuuuruh negara, pada 16/9 kita akan Merammmmmmpaz Kerajaan Pusat, Dalam Tangan kita sudah ada 30, malah 35 malahan 60 YB BN akan melommmmmmmpat... Selamat tinggal BN, selamat jalan Pak Lah, selamat jalan Najib..." (Masih anda ingatkah ceramah mereka itu...)

8. Namun, Allah SWT membalas keegoannya dengan Allah SWT memberikan semula KeRajaan Perak kepada BN.

Bukankah itu Allah SWT yang menentukannya, terima sajalah. Bukan begitu...

Ditulis oleh: Al-Azharri Sidiq Hj Kamunri
Jentayuabaka.blogspot.com

PKR PARTI PALING BERSIH RASUAH

on Friday, March 6

1. Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizudin Ahmat MENDESAK DS Anwar sebagai Pemimpin De Facto mengambil tindakan segera dua pemimpin PKR negeri yang didakwanya melakukan penyelewengan.

2. Beliau mendakwa salah seorang daripada dua pemimpin berkenaan menerima sejumlah wang daripada perusahaan kuari manakala seorang lagi melakukan penyelewengan tanpa menyebut jenis penyelewengan itu.

"Tunggulah Sabtu ini, saya akan serahkan segala bukti yang ada dan berharap jawatankuasa berkenaan akan meneliti dan menyiasat dengan seadil-adilnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

3. Dakwaan mengenai penyelewengan dua pemimpin PKR terbabit dibuatnya pada 26 Februari lalu dalam sidang akhbar di pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

4. Beliau mempunyai bukti dan dokumen termasuk slip bank mengenai transaksi kemasukan wang ke dalam akaun peribadi salah seorang yang didakwanya terbabit menerima wang daripada perusahaan kuari.

"Saya tidak sebut dua pemimpin tinggi PKR negeri ini terlibat dengan rasuah.

''Saya sendiri tidak tahu duit apa yang diterima tetapi yang saya nyatakan, saya ada bukti tentang itu," katanya.

Menurutnya, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap dua pemimpin berkenaan walaupun telah menyerahkan dokumen berhubung isu itu pada 8 Januari lalu kepada Presiden parti.

Dalam pada itu, Amizudin menyatakan rasa tidak puas hati kerana dirinya pula dituduh melakukan penyelewengan.

5. Katanya, beliau dituduh menerima rasuah berjumlah RM5,000 sebulan daripada kuari berkenaan, mempunyai empat buah kereta dan mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis MPSP tidak disambung.

6. Teringat ceramah-ceramah DS Anwar di mana-mana jua , katanya..." Kita adalah parti paling bersih dalam dunia, Parti kita, Pemimpin-pemimpin Kita Bersih Rasuah, Bersih Moral..Tidak macam pemimpin-pemimpin UMNO/BN semuanya...semuanya dari atas ke bawah semuanya korup, semuanya kotor...Kita saja yang bersih...marilah tuan-tuan, marilah sertai PKR parti paling bersih dalam dunia..."...gitu...

PRU15 = DAP AKAN JADI PM?

on Thursday, March 5

1. KENYATAAN DS Anwar bahawa MB Perak dari PR akan datang boleh terdiri daripada siapa saja YB Melayu dalam mana-mana parti PR menimbulkan seribu satu macam persoalan.

2. DAP menjelaskan kenyataan itu dengan memberi kenyataan bayangan bahawa DAP akan juga diwakili oleh Calon-Calon Melayu.

3. Dengan YB DAP menguasai Majoriti DUN Perak sekarang, maka mereka mempunyai bayangan akan menjadi MB Melayu DAP tanpa perlu lagi bergantung kepada YB Melayu PAS dan PKR, pada masa akan datang.

4. Maka hasrat mereka menguasai secara Total Pulau Pinang dan Perak akan menjadi kenyataan , seterusnya Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

5. PAP gagal 50 tahun dahulu, tetapi DAP sudah semakin melihat peluang di depan mata.

6. Orang-orang Melayu/Islam dipaksa untuk mengamalkan konsep Kesamarataan, Keadilan, Kesaksamaan, dalam semua hal. Hapuskan keistimewaan Raja kalau boleh ( perhatikan Karpal tidak pernah berhenti mempersoal keistimewaan Raja-Raja Melayu ).

7. Kalau Islam guna nama Allah mereka juga mahu guna nama Allah, Bumiputera itu Apartheid, Peralihan kuasa di Perak sebagai Merampas Kuasa = Usaha Anwar Merampas Kuasa 916 Mulia, YB Bota pindah ke PKR dikata Sangat Demokratik = YB-YB PKR/DAP Pindah ke Bebas dikata Jijik.

8. Banyak lagi pemikiran-pemikiran Liberal=Bebas=Dia Boleh=Kita Tak Boleh=Pembangkang 1000% Bersih Belaka= Kerajaan 1000% Rasuah Belaka.

9. Bagi penulis, semua ini pemikiran-pemikiran PAP yang sedang diamalkan oleh DAP dan sedang dipaksakan ke atas orang-orang Melayu/Islam di Malaysia.

10. Jika kerisauan ini dianggap racist, apakah pula nasib orang Melayu/Islam di Singapura yang langsung tidak diberi peluang menjawat jawatan Ketua Polis, Ketua Tentera, Menteri dan sebagainya di Singapura.

11. Mereka bercakap soal Kesamarataan/Keadilan/Bahagi sama rata di Tanah Melayu tetapi tidak bercakap benda yang sama di Singapura.

12. Maka, PAP di Singapura & DAP di Tanah Melayu = sama sahaja. Maka tidaklah menghairankan 10 atau 20 tahun akan datang DAP akan menjadi Perdana Menteri.

MENJELANG SUBUH HARI

on Wednesday, March 4

1. HARI-HARI Terakhir Pak Lah semakin menyesakkan fikiran sesetengah pihak di sebelah sana.

2. Pelbagai perkara diusahakan untuk menggagalkan perlantikan YAB PM ke-6, termasuklah apa yang berlaku di Perak, termasuklah tuduhan DS Najib telah mempelawa mereka menyertai BN dengan harga RM50 juta.

Adakah YB DAP yang keluar bebas itu pun dibeli juga kah?

3. Apakah pula yang ditawarkan oleh DS Anwar kepada YB-YB BN yang katanya sudah ada dalam tangan 30 malah 35 malah kadang-kadang katanya dalam tangan ada 60 YB BN akan melompat menjelang subuh hari 16 September.

4. Maka di seluruh pentas, di seluruh media mereka berkata.... perbuatan merampas kuasa di Perak itu satu perbuatan yang tidak demokratik dan jijik sekali, gitu...

5. Maka apakah pula jawapannya terhadap ceramah-ceramah Anwar and the geng pada menjelang 916 dulu...bayangkan dia berkata :

"...Tuan-tuan Puan-puan Saudara-Saudari sekalian, di seluruh pelusuk negara, di seluruh seantero dunia... Pada menjelang 16 Septemmberrrr 2008, kita akan Merampassss kuasa di Putrajaya...dalam tangan kita sudah ada tiiiiiiiiiga puluh, malah sudah ada dalam tangan kita tiiiiiiiga puluh liiiiiiima YB BN akan melompat ke Pakatan kita.....selamat tinggal Pak Lah...selamat tinggal Najib.....

6. Tup tup tup YB DAP and YB PKR pula keluar dan melompat ke tengah menjadi YB Bebas. Tak sangka YB DAP pun boleh keluar DAP...

7. Pengajarannya, Allah Maha Besar. Manusia merancang Allah juga menentukan. Anwar Merancang Merampas Kuasa, Kuasanya di Perak diambil Allah SWT dan diberikan kepada BN. Terimalah inilah ketentuan dan takdir Ilahi.

Nampaknya dia tak terima Takdir dan ketentuan Allah SWT, maka dipaksakan kuasanya bersidang di bawah pokok...

8. Mungkin sebab itu Karpal minta Anwar bertaubat.

PARTI ISLAM BARU

on Tuesday, March 3

"....Bagi mengelakkan persaingan sengit khususnya selepas wujud dua kumpulan besar - pro-muzakarah dengan Umno dan pro-Pakatan Rakyat - mursyidul am PAS mencadangkan kaedah berunding untuk memilih barisan pemimpin tertinggi parti..."

2. Jika kita perhatikan , Hj. Hadi selaku Presiden PAS dan pasukan Ulama'nya sedang berusaha bagaimana nak merealisasikan percantumannya dengan UMNO. Jika DS Najib menerima, maka hasrat Hj Hadi pasti akan terlaksana.

3. Hanya pasukan Nik Aziz/Husam dan team Erdogan menjadi penghalang sekarang cita-cita Hj Hadi.

4. Untuk merealisasikan Hasrat tersebut Haji Hadi dan pasukannya seperti Hj Mustapha Ali dll harus mengalahkan pasukan Erdogan yang dimainkan oleh Husam, pemimpin PAS yang diuar-uarkan paling kaya di Malaysia.

5. Di Parlimen sendiri, beberapa kali tempat duduk Haji Hadi kosong. Bahasa politiknya ialah Hj Hadi tidak berminat dengan kumpulan PR.

6. Apakah Haji Hadi akan mengikuti sejarah Datuk Hj Asri Muda yang digantung keahliannya dahulu , dan membuat parti Islam baru.

Hj. Hadi berusaha mengelak, berusaha berdiplomasi, berusaha meyakinkan, berusaha mencari jalan, demi kemaslahatan ummah... apakah tiada yang menyedarinya.

7. Semoga Allahyarham Datuk Hj Asri Muda diterima amal ibadahnya, diampuni dosanya, dimasukkan dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa - Alfatihah.

ASRI KEDUA

on Monday, March 2

1. Hari ini Sultan Kelantan menyuarakan kesedihannya terhadap perpecahan orang Melayu & umat Islam di negara ini.

2. Sebelum itu Hj Hadi bercakap panjang lebar mengenai Kerajaan Perpaduan Tanpa Pembangkang.

3. Sebelum itu lagi, telah dibuat beberapa pertemuan sulit antara kepimpan tertingi UMNO dan PAS selepas PRU12.

4. Malangnya ia bocor, maka untuk memujuk beberapa ahli yang terkejut, terutama Husam & team Erdogannya, maka Pertemuan Sulit itu ditukar kepada Muzakarah, kemudian ditukar lagi kepada Muqabalah, kemudian ditukar lagi kepada istilah Kerajaan Perpaduan oleh Hj. Hadi.

5. YB Dato' Mukhriz juga ada menyebut cadangan UMNO & PAS bergabung di Perak.

6. Apakah semua ini menunjukkan Hj Hadi sudah berubah fikiran? Apakah Hj. Hadi menunggu masa yang sesuai? Apakah selepas Pemilihan Jun ini akan berlaku perubahan besar? Penulis yakin Hj. Mustapha Ali paling tepat untuk menjawab drama ini.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan