TOL= KERAJAAN PATUT BELI

on Thursday, April 30

1. JIKA kita review semula janji PRU12, salah satunya ialah menghapuskan Tol. Di Pulau Pinang janji pilihanraya untuk menghapuskan Tol hanya menjadi janji manis sahaja.

Seperti biasa rakyat diperdayakan, dan akhirnya terpedaya. Sehingga PRU13 nanti yang pasti Lim Guan Eng tidak akan dapat menghapuskan Tol di Pulau Pinang.

2.Di bawah DS Najib, kajian sedang dijalankan untuk kerajaan mengambilalih pengurusan Lebuhraya dan Tol.

3. Banyak isu akan terlibat jika Tol dihapuskan: antaranya Bagaimana nasib pekerja tol dan keluarga mereka? Bagaimana kontraktor-kontraktor kecil yang membersihkan/menurap jalan, penanaman bunga, lampu, cat jalan, penghadang dsbnya? Mereka semua yang bekerja bertahun-tahun dengan syarikat konsesi Tol pasti akan terjejas teruk jika tidak diambilkira.

4. Maka sebab itulah Kerajaan lebih baik mengambilalih pengurusan Tol di semua lebuhraya. Pihak kerajaan mempunyai satu kelebihan iaitu jika mereka terpaksa melakukan sesuatu perkhidmatan untuk rakyat walaupun rugi ia diteruskan juga.

5. Contohnya, laluan MAS dari KLIA-TWU atau KLIA-KK pada pukul 4pagi bukanlah menguntungkan, dahulu biasa kita lihat penumpang tidak sampai pun 30 orang. Namun, kerana sumbangan kerajaan kepada rakyatnya, ia diteruskan juga kerana kerajaan memberikan perkhidmatan bukan mencari keuntungan.

6. Maka jika Kerajaan mengambil alih pengurusan Lebuhraya dan Tol, jika Kerajaan terpaksa menurunkan tol sehingga 50% rasanya tiada masalah. Kerajaan mampu lakukannya. Kerajaan masih boleh untung, cuma barangkali untungnya berkuranglah berbanding keuntungan syarikat konsesi sekarang ini.

Soalnya, siapa lebih penting? Rakyat atau Syarikat Konsesi?
Jika persoalan ini tidak diselesaikan, jika melihat kepada Tema kerajaan di bawah DS Najib, penulis pasti Kerajaan akan mengutamakan rakyat. Maka kita tunggu dan berdoa Kajian yang sedang dijalankan sekarang memihak kepada Rakyat. Teringat tahun lepas untuk bekerja penulis terpaksa membayar tol RM14.40 setiap hari tanpa mengira minyak kereta, jika yang berpendapatan rendah bagaimanakah agaknya perasaan mereka? Inilah kerajaan kena berfikir?

Jika Kerajaan berjaya membeli semua syarikat konsesi, PRU13 jangan bimbang...

MANA KPI MENTERI KESIHATAN ?

on Wednesday, April 29

1. TAHNIAH kepada YB M Saravanan kerana kebetulan mencekup Doktor yang dikatakan curi tulang, jika diselidiki sebenarnya mungkin ada lagi, maksud penulis Doktor yang tiba-tiba hilang dari radar.

2. Namun, semua Doktor terikat pada etika dan konvensyen Geneva khususnya. Peratus mereka yang sedemikian rupa pastinya kecil.

3. Bagaimana pula Doktor-doktor yang kerja 48 Jam tanpa henti? Bermula kerja 8.00pagi-5petang tanpa henti! Sambung ON-Call dari 5.00petang hingga 8.00pagi keesokannya, Kemudian sambung lagi sehingga 5pm atau 6pm. Kesemua rutin Doktor ON-Call sedemikian rupa!

4. Tiada masa untuk makan, Tiada masa untuk baring meluruskan kaki, dan tiada masa untuk membaca akhbar sebenarnya, malah ada Hospital yang tidak pun menyediakan makan malam mereka, malah ada hospital bilik tidur Doktor On-Call pun tidak terurus!

Silakan YB Saravanan menyamar dan melihat keadaan ini. Menteri Kesihatan yang ada sekarang pun tidak ada membuat pembaharuan, tidak ada KPI tentang ini, dan tidak ada outcome menyelesaikan isu ini.

5. Semasa sidang parlimen tahun lepas, penulis menghantar SMS kepada YB Bung Mokhtar betapa ada Doktor yang keguguran kerana berdiri lebih 24 Jam tanpa henti.Hanya Bung Mokhtar satu-satunya YB yang berani bersuara dalam Parlimen tahun lepas untuk memperjuangkan nasib Doktor-Doktor di hospital Kerajaan.

6. Penulis bukan Doktor, namun penulis memahami kepayahan Doktor-Doktor di hospital kerajaan terutamanya. Bercakap pasal gaji dan elaun= kesimpulan penulis mudah, pendapatan Tuisyen guru Bahasa Melayu di Kuala Lumpur lebih besar dari gaji Doktor Pakar Kerajaan. Namun bukan itu prioriti mereka, prioriti mereka ialah pesakit diutamakan.

7. Seharusnya inilah yang diKPIkan oleh Menteri Kesihatan . Jika menteri tidak percaya sila buat kaji selidik kepada Doktor-Doktor On-Call ini.

PENASIHAT BODOH & BERNAFSU ?

on

1. KATA Nik Abduh, "...Pekerjaan bodoh hanyalah satu..."

2. Katanya lagi, "... dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas..."

3. Jelas Nik Abduh lagi, "... Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan..."

4. Maksudnya, "...kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan tidak benar di sisi agama..."

5. Sambungnya lagi, "...Nik Abduh menyifatkan pembantu-pembantu politik itu sebagai ‘pejuang nafsu’..."

6. Dalam hal ini penulis berpendapat Nik Aziz sebagai Mursyidul Am, dan juga sebagai insan biasa, kita tidak harus berasa hairan dan marah-marah kepadanya kerana sebenarnya kata-kata Nik Aziz selama ini ialah...kata-kata penasihatnya yang membuat kerja bodoh dan bernafsu, kata anaknya...

RACUN DALAM PAS

on Tuesday, April 28

1. KENYATAAN Nik Abduh anak kepada Mursyidul Am PAS telah memeranjatkan malah memanah petir kepada mereka di belakang ayahandanya selama ini. habarnya geng ini panas punggung dan menyumpah serana akan Nik Abduh.

2. Telah terang dan jelas, ayahandanya telah dihasut, dibohongi malah diperdayakan oleh mereka...siapakah mereka?

3. Maka lagi jelas betapa Mursyidul Am telah sebenarnya bersetuju dengan idea Haji Hadi mengenai Kerajaan Perpaduan, siapakah mereka yang menghalangnya? Benarkah tangan-tangan Anwar telah merosakkan, menipu dan membohongi Mursyidul Am...

4. Kini, PAS telah dirosakkan dari dalam, bukan dari luar.

5. Penulis yakin, Nik Abduh tidak akan lagi mahu melihat ayahnya diperbodoh-bodohkan, ditipu oleh mereka yang katanya berlakon alim dan ulama lebih daripada ayahndanya.

6. Maka, dapatlah difahami hari ini kenapa Kenyataan Nik Aziz selalu berubah-ubah...rupa-rupanya ada racun dalam cawan...siapakah racun itu...?

Berapa lamakah agaknya Racun ini bisa bertahan...

SYARIKAT MELAYU TIDAK MAMPUKAH?

on Sunday, April 26

1. TENGAHARI tadi penulis terserempak seorang dua bukan Melayu memasang kain rentang di bandar Kajang, antara lain maksudnya hentikan kroni pengurusan air Selangor, hentikan rompak air Selangor dengan lambang Kerajaan Negeri Selangor.

2. Bagi penduduk Selangor & KL, bertahun-tahun rasanya Syarikat Bekalan Air Selangor ( SYABAS ) yang diterajui oleh orang Melayu tiada masalah. Rakyat bawahan menikmati air dengan baik, dan jika sudah baik rasanya tidak perlulah ditukar.

Hanya Syabas perlu menambahbaik lagi kualiti air, dengan menukar paip-paip yang sudah lebih 30 tahun atau menambahbesar paip kecil kepada paip besar.

3. Sebenarnya, pandangan penulis ialah isunya Apakah kerajaan Selangor sudah tidak mampu memberi air percuma 20Liter kepada rakyat Selangor ?

4. Rakyat Selangor Tidak dimaklumkan Perjanjian antara Kerajaan Negeri Selangor dengan pihak Syabas, sampai bila air percuma 20 Liter itu, adakah perjanjiannya setiap 2 Bulan, setahun atau sepanjang tahun ?

5. Apakah maksud untuk mengambil alih pengurusan air Selangor, maknanya Kerajaan Selangor sudah tidak mampu memberi 20Liter air percuma kepada rakyatnya.

6. Janganlah jadi seperti hari ini, dahulu sebelum menang semuanya boleh belaka, apabila sudah menang dan menjadi kerajaan semuanya sudah tidak boleh pula.

FAIRUZ YB BEBAS...

on Friday, April 24

1. ANWAR mengharapkan akan ada Pilihanraya Kecil di Penanti untuk meneruskan gelombang kemenangan ke atas dirinya, bukan ke atas PR.

2. Namun, apabila SPRM akhirnya memutuskan tiada kes, maknanya SPR , Speaker Dewan dan terutamanya Fairuz hendaklah menarik balik perletakakan jawatannya.

3. Fairuz boleh menjadi YB Bebas, seperti Datuk Raymond Tan di Sabah, dan bekar YB PKR di Perak.

4. Pilihanraya Yang Tidak Perlu yang hanya Diada-adakan seperti kes Penanti hanya membuang masa dan membazir wang, tenaga dan masa.

5. Tiada pilihanraya atau ada pilihanraya kecil tidak akan menjejaskan kerajaan Lim Guan Eng. Kemenangan atau kekalahan hanya memberi petunjuk dan kesan kepada Anwar sahaja.

6. Jika Fairuz sudah bergaduh besar dengan Kepimpinan PKR negeri, masuk aje UMNO, lagipun Anwar bukan ahli PKR agaknya sebab itu tak boleh jadi Presiden PKR.


TUN = PROTON = MELAYU = MALAYSIA

on Thursday, April 23

1. MB PERAK mengambil langkah bijak apabila menggunakan semula Proton Perdana sebagai kereta rasmi.

2. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti berbangga dengan kereta nasional, yang dibuat oleh tangan anak-anak kita.

3. Tidak ada barang yang sempurna, sekuat manapun dan semahal manapun benda itu ia kan hancur juga sebagaimana Challenger.

Usia Proton 25 tahun berbanding Toyota memanglah teknologi dan kualiti tidak boleh dibanding secara matematik.

4. Proton adalah idea Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun adalah Ahli Falsafah dan Negarawan bangsa Melayu. Maka Proton = Melayu = Malaysia.

5. Sebut Toyota teringat Jepun. Sebut Proton teringat Malaysia.

6. Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak sendiri menggunakan Waja Campro...

SIAPA PERDANA MENTERI SEBENAR

on Wednesday, April 22


1. Kenapa YB Saifudin Nasution bertemu Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Singapura ketika Pilihanaraya Kecil di DUN Bukit Selambau pada 2 April 2009?

2. Siapa arahkan? Apa dibincangkan? Adakah apa-apa perjanjian dan pertukaran?. Benarkah pertemuan Tian Chua dengan George Soros diatur oleh Walter Chia?

Apa perbezaan pertemuan HJ Hadi dengan Pak Lah, Dr. Khir Toyo dengan Dr. Hasan...dan beberapa pemimpin UMNO-PAS sepanjang setahun dua ini...

3. Penulis teringat zaman Lee Kuan Yew dahulu, meminta pertolongan Pesuruhjaya British di Tanah Melayu kerana tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Tunku Abd. Rahman.

4. Penulis juga Teringat zaman Lee Kuan Yew meminta bantuan Duta Amerika untuk meminta bantuan menghadapi Tunku Abd. Rahman.

Kisah selanjutnya, bacalah buku-buku Lee Kuan Yew. Anda akan dapati Lee Kuan Yew berkali-kali mengadu kepada British dan Amerika.

5. Malah, semasa pertemuan penulis dengan Tun Abd. Rahman Ya'kub, Lee Kuan Yew membahasakan dirinya sebagai Perdana Menteri! walaupun Perdana Menteri sebenar ialah YTM Tunku Abd. Rahman. Al-Fatihah kepada Tunku.

6. DS Anwar sebagai Pemimpin De Facto perlu menjawab semua isu ini, tetapi pemimpin defacto hanya berdiam diri sahaja.

CADANGAN HJ HADI SERTAI UMNO

on Tuesday, April 21

1. USAHA Perpaduan, penyatuan, muzakarah, muqabalah, kerajaan perpaduan yang diusahakan oleh Tuan Hj Hadi Awang bukanlah pelik.

2. Dari segi psikologi, sebagai orang yang berpengalaman, TGHH sudah melihat dan merasai apa yang dilihat dan dirasai oleh Allahyarham Dato' Asri dahulu.

3. Bukan rahsia lagi, beberapa pemimpin tertinggi PAS bertemu dan berbincang ke arah itu. Hanya ia tertutup dan media gagal mengambil gambar pertemuan itu sahaja.

4. Jika Dato' Asri berani digantung keahlian PASnya, ia kerana beliau hanya takut kepada Allah SWT, bukan takut kepada parti.

5. Ahli-ahli PAS di Pahang sama-sama menyambut dan mengucap Tahniah kepada DS Najib. Alangkah indahnya.

6. Kepada TGHH, bacalah kata hatimu, bukan baca kata hatinya...

TIBA-TIBA BERGABUNG

on Monday, April 20

1. Apabila DS Najib dilantik menjadi PM, maka tidak ada cara lain untuk Anwar mengekalkan sokongannya melainkan mengadakan seberapa banyak pilihanraya kecil.

3. Dalam Kes Penanti, Fairuz sedang disiasat SPRM. Bahasa mudahnya TKM1 berdepan masalah besar, sebelum disiasat, sebelum dijatuhkan hukuman, hukuman awal sudah diberikan iaitu letak jawatan dan pilihanraya kecil diadakan. Alasan sambung belajar jelas tidak masuk akal, hanya alasan sahaja.

4. Lim Guan Eng tidak senang dengan cara Anwar, tetapi sesiapa yang bersama Anwar kena ikutlah kerana itulah cara Anwar.

5. Pendapat penulis, BN tidak perlu terikut-ikut dengan politik Anwar. Yang perlu diberi tumpuan sekarang ialah BN mesti memberi fokus kepada memulihkan ekonomi negara, membina keyakinan pelabur, mewujudkan suasana pelaburan yang kondusif, memperbaiki lagi sistem penyampaian negara, yang mana akhirnya rakyat hidup selesa dan gembira. Inilah outcome yang DS Najib katakan itu.

6. BN boleh sertai pilihanraya kecil di Penanti, tetapi tidak perlu berlebih-lebihan. Serahkan kepada rakyat Penanti siapa mereka hendak pilih. Biarkan Anwar syok sendiri di Penanti.

7. Pengalaman tahun 199oan dahulu, apabila tiba-tiba USNO bergabung dengan PBS, maka BN tiada wakil di Parlimen Tawau, maka BN telah memberi sokongan kepada Calon Bebas ketika itu. Ia satu cara.

Testimonial

on Sunday, April 19

Daripada PROF. DATO. DR. KHOO KAY KIM

Klik Untuk Pembesaran

Keratan Akhbar

on

Keratan Akhbar daripada Utusan Malaysia


ARKIB : 17/07/2009
Pasca Pilihan Raya Kecil Manek Urai

Screenshot:



ARKIB : 15/06/2009
Antara Lee Kuan Yew, Anwar dan Hugo Chavez


Screenshot:



ARKIB : 29/05/2009
Sentimen penulis blog terhadap Chin Peng


Screenshot:



ARKIB : 18/05/2009
Anwar, Anifah dan Penanti


Screenshot:



ARKIB : 03/04/2009
Tanggungjawab berat Perdana Menteri baru


Screenshot:



ARKIB : 13/04/2009
Undi minoriti, Kabinet dan Satu Malaysia


Screenshot:



ARKIB : 23/03/2009
Pemilihan UMNO dan Fairus letak jawatan


Screenshot:


Terima Kasih Utusan Malaysia

KISAH TUN RAZAK TIDUR DI RUMAH PANJANG...

on

1. SEMALAM di Pekan 30,000 dan di Kuantan 40,000 Rakyat Pelbagai Kaum menyambut dan mendengar amanat YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak.

2. Malah, amat menggembirakan beberapa Cawangan PAS turut menyambut kehadiran PM dan turut memasang Kain Rentang menyokong PM... apakah mereka diarah dan direstui oleh Presiden PAS, dan apakah itu bibit-bibit kemasukan Hj Hadi sertai BN.

3. Semasa Pertemuan eksklusif penulis dengan Tun Abd. Rahman Ya'kub, Mantan Menteri Pelajaran yang bertanggungjawab menubuhkan UKM, banyak rahsia perlu dicontohi ;

a. ...Antaranya Peristiwa Tun Razak melalui jalan becak dan berselut di kawasan pedalaman semata-mata untuk menjenguk masalah rakyat.

b. Bayangkan Tun Razak pernah bermalam di Rumah Panjang, di Lawas Sarawak. Bayangkan penghuninya tanpa api dan air bersih, makanan ala-hutan, penghuninya kaki berlunjur ke hadapan ( cara orang Ulu duduk )... namun, Tun Razak berkata kepada Tun Abd. Rahman ketika itu, "...tidak mengapa, mereka rakyat kita...".

c. Alhamdulillah, jika Semua YB BN boleh mencontohi Tun Razak, penulis tidak hairan jika PRU13 BN akan kembali mendapat majoriti 2/3 dalam dewan, dan sekaligus merampas semula negeri yang lain.

Tahniah kepada YB Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di JPM kerana telah mula mengikuti cara Tun Razak ini apabila bermalam di rumah-rumah peneroka Felda. Di situlah boleh diselami suara hari rakyat, masalah, keperluan, isu, bersolat bersama, dsbnya.

Trend pengundi Melayu kembali menyokong UMNO mesti diteruskan, dimampatkan dan disokong dengan program kerakyatan...

4. Penulis ingin mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri supaya setiap hari Jumaat, setiap YB BN mesti bermalam di kampung-kampung/kawasan mereka dan program ini hendaklah dimasukkan dalam KPI YB BN.

Mana-mana YB BN tidak ada dan tidak pernah bermalam di kampung-kampung atau di kawasan mereka hendaklah dinilai KPI mereka.

Malah Ketua-Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara dan Komponennya mestilah mempunyai Program Bermalam Bersama Rakyat setiap hujung minggu.

Jika mereka banyak alasan, bermakna mereka tidak ada minat menjadi Wakil Rakyat yang berKPI...bagaimana anda bersetuju...

Jika Tun Razak boleh bermalam di rumah panjang nun jauh di pedalaman, kenapa YB BN sekarang tidak boleh!

BRUNEI SERTAI MALAYSIA

on Friday, April 17

1. DALAM buku 'The Crisis Identity of Malaysia' tulisan Lim Kit Siang menggariskan apa dia Malaysian Malaysia=

a) Diantaranya, kesamarataan Melayu/Cina/India/dll dalam semua aspek, tiada hak istimewa Melayu, tiada kuasa istimewa Raja Melayu, tiada DEB dsbnya.

b) Mudah kata, jika DAP majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak, seharusnya DAP lah berhak menjadi MB. Itulah demokrasi, tidak kira apa sejarahnya, siapa tuannya, dan apa budayanya.

c) Persoalannya tatkala orang Melayu dipaksa menyamaratakan segala-galanya, kenapa pula orang Melayu di Singapura tidak pula boleh menikmati apa dinikmati oleh bukan Melayu di Tanah Melayu?

d) Kenapa Singapura, sebabnya selepas Singapura tentulah Pulau Pinang, Perak, Selangor, KL, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Itulah perjuangan PAP yang disambung oleh DAP hari ini.

e) Dalam buku 'The Chinese Dilemma' menyatakan DEB dan dasar perlindungan Melayu merupakan ketidakadilan kepada Cina Malaysia.

2. Dengan keadaan kritikal sekarang dan 20 tahun akan datang, penulis mencadangkan Brunei menyertai Malaysia setelah gagal pada tahun 1963...(akan dihuraikan sebab kenapa Brunei tarik diri selepas ini).

3. Teori & kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman 50 tahun dahulu membawa masuk Sabah & Sarawak ke dalam Malaysia telah menyelamatkan negara daripada diperintah oleh saki-baki PAP. (baca buku The Memoir Of Singapore by Lee Kuan Yew)

4. Jika tidak, Lim Kit Siang sudah menjadi Perdana Malaysia hari ini... setuju Lim Kit Siang jadi PM?

GILA KUASA = BESAR KEPALA

on Thursday, April 16

1. KEGAGALAN ANwar memberi nama TKM 1 akhirnya dijawab dengan Perletakan Jawatan Fairuz. Satu lagi by election.

Apakah Pertambahan hampir 70% Pengundi Melayu Menyokong UMNO dalam By Election Bukit Gantang akan merebak ke Penanti!

2. Kisah Anwar mempermainkan Lim Guan Eng, sama dengan Projek 916 Anwar yang mempermain-mainkan rakyat Malaysia dan dunia.

3. Lim Guan Eng Menebalkan Mukanya semasa bertemu wartawan dan tidak lagi mahu berjanji memberi tempoh.

4. Jika masalah TKM 1 pun Anwar tak mampu selesaikan, apakah Kewibawaan Anwar untuk menjadi PM.

5. Penulis diberitahu oleh Tun Abdul-Rahman Ya'akub, Mantan YDP & KM Sarawak, katanya,: Anwar memang gila, Anwar pernah mendesak anaknya YB Nora supaya YB Nora menulis surat kepada Anwar menyatakan sokongannya kepada Anwar.

' Gila Kuasa dan Besar Kepala',  kata Tun Abd. Rahman Ya'akub.

6. Kata Tun lagi, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu, Anwar ketika itu masih bersekolah di UM sudah menunjukkan sikap sombong dan ego.

7. Tun berkata, Tunku Abd. Rahman pernah berkata "...biarlah Kelantan di perintah PAS, ...Melayu juga, tak usahlah kacau..." begitulah undestanding Tunku Abd. Rahman bila bercakap pasal Kelantan.

(....AKAN MENYUSUL TEMURAMAH EKSKLUSIF PENULIS DENGAN TUN ABD. RAHMAN YA'AKUB ...)

GERAKAN MENJATUHKAN HAJI HADI

on Wednesday, April 15

1. HANYA mantan MB Nizar telah memberikan 999 pajakan tanah kepada majoriti Cina DAP di Perak, maka sokongan kepadanya bertambah semasa PRK Bukit Gantang baru-baru ini. Itu antara sebabnya.

2. Maka BN kena faham orang Bukan Melayu sudah bijak berfikir jika Nizar boleh beri 999 tahun, BN hanya mampu beri 90 tahun, lebih baik undi Nizar.

3. Apabila kerajaan Mantan MB Nizar memberi tanah kepada persatuan dan sekolah-sekolah Cina sedangkan BN tidak memberi, maka amat nyatalah Bukan Melayu akan mengundi Nizar.

4. Mereka sama sekali tidak melihat Nizar sebagai seorang PAS, mereka melihat bendera DAP yang Nizar pegang.

5. Maka berlakulah teori ekonomi ' kos melepas '. Yakni hampir 70% pengundi Melayu kembali menyokong UMNO/BN dalam masa yang sama hampir 80% pengundi bukan Melayu mengundi Nizar yang berbaju DAP.

6. Dalam 4 tahun ini, jika Bukan Melayu masih melihat MCA/GERAKAN/MIC/PPP tidak berjaya menyediakan kek yang besar, yang banyak, yang sedap...maka penulis yakin PRU13 pengundi buka Melayu akan terus mengundi DAP.

7. UMNO tidak perlu risau kerana sokongan orang Melayu semakin bertambah berikutan kesedaran mereka akan pentingnya mempertahan survival dan statusquo.

8. UMNO perlu elak sifat Elitnya, kerana tatkala Datuk Ibrahim Ali menunggu hendak menyertai UMNO, mengapakah UMNO masih tidak memberi tempat kepadanya.

9. Kedua, tatkala Mesyuarat pemilihan Kepimpinan PAS sedang berjalan, yang mana Presiden Haji Hadi sudah menawarkan hendak bersatu dengan BN, mengapakah BN tidak menerima pelawaan itu.

10. Gerakan menjatuhkan Hj Hadi sudah bermula di Selangor, dan jika Hj Hadi gagal mempertahan Presidennya, maka PAS akan diperintah ala-Anwar oleh Calon Timbalan Presiden Husam Erdogans yang akan pasti menang bergaya.

11. Target mereka ialah PRU13 = PM DS Anwar dan TPM Husam Musa.

ANWAR = TKM 1

on Tuesday, April 14

Ismail Safian - 19073
Nizar - 21860

MELAYU UNDI SIAPA :
BN - 63 %
PAS - 37 %

BUKAN MELAYU UNDI SIAPA :
BN - 15 %
Pas - 85 %

Kesedaran orang Melayu bersatu di bawah UMNO semakin meningkat, terutamanya setelah merasai derita 10 bulan di bawah kuasa DAP bertopengkan Nizar.

1. RUMUSANnya mudah, MIC harus berterimakasih kepada PM kerana melantik wakil mereka ke dalam Kabinet.

2. Begitu juga MCA apabila wakil mereka bertambah lagi satu berbanding tuntutan mereka.

3. GERAKAN yang berada di luar BN suatu masa dulu nampaknya bijak berterimakasih apabila Presidennya diberi peranan.

4. PPP
juga bijak berterimakasih apabila Senator T Murugiah dikekalkan.

4. Bila dan Kenapa pula Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sukar sangat dicariganti. Semua YB dia ada masalah serupa kah dengan Fairuz?

5. Kasihan KM Penang, terganggu pentadbiran kerajaan negeri kerana menanti dan menanti kata putus pemimpin de facto yang tidak boleh memutuskan keputusan. Macamana nak jadi PM kalau di peringkat negeri pun tidak mampu menyelesaikan pengganti TKM 1.

6. Dari segi lain, barangkali bangsa lain berkata dalam hati mereka, apa lah orang Melayu susah sangat mencari pengganti, kalau macam itu tak perlulah ada TKM 1, tiada siapa berani. Kalau susah sangat tidak perlulah lantik TKM 1, cukuplah ada satu timbalan ketua menteri sahaja, kerana tiada calon layak dalam PKR!

7. Barangkali hanya DS Anwar sahaja layak menjadi TKM 1...bukan begitu



KPI = RM9.90 SAHAJA

on Monday, April 13

1. APABILA YAB PM Meuar-uarkan KPI, maka seluruh lapisan masyarakat mahu supaya Menter-menteri dipertanggungjawabkan akan prestasi mereka.

2. Namun, pendapat penulis ramai orang tidak pula bercakap bahawa kita juga mesti ada KPI. Janganlah hanya menyalahkan Menteri-Menteri sahaja, Antaranya barangkali boleh difikirkan =

a. Kalau Menteri gagal menjadikan bandar-bandar di Malaysia bersih sebersih-bersihnya,kita pula kena juga bertindak apakah cukai pintu sudah dibayar, apakah kita membuang sampah di dalam tong sampah, apakah longkang depan rumah kita sudah dibersihkan, dsbnya.

Janganlah kita salahkan PBT semata-mata bila kawasan kita kotor tetapi kita pula liat membayar cukai dan tiada kendiri untuk turut berubah.

b. Kalau Menteri tidak berjaya menurunkan harga barang basah, mengapakah rakyat perlu berbelanja di pasaraya besar seperti di Giant, Tesco , Carefoure dsbnya. Berbelanjalah di kedai-kedai kecil di tepi jalan, di pekan-pekan atau terus di kebun-kebun sayur orang kampung.

c. Di Malaysia ada banyak pilihan, hanya jika kita selalu tidak berfikir sebelum bertindak. Contohnya jika kita turun di LCCT, Sepang. Ada banyak pilihan ke KL. Jika menaiki bas hanya RM9.90/RM9.00 sahaja, Jika menaiki teksi sudah pasti lebih kurang RM100.00, Jika memilih kereta sapu tentulah juga mahal.

d. Banyak lagi contoh-contoh lain, maka sebelum kita mempersoal KPI Menteri-Menteri maka kita harus bertanya KPI kita juga.

3. Begitu juga dengan pilihan politik, kalau dulu kita percaya janji-janji PR akan beri wang kepada ibu tunggal, hapuskan tol, hapuskan kemiskinan, beri wang kepada siswazah baru,maka janganlah marah kalau Sewa Rumah Rakyat Miskin dinaikkan pula, Janganlah marah kalau Tol gagal dihapuskan di Pulau Pinang, Janganlah terkejut TKM 1 P Pinang kena pecat, dsbnya kerana itulah KPI kita...

KJ DAN PETUNJUK

on Saturday, April 11

1. KHAIRY Jamaludin mempunyai 4 tahun untuk memantapkan Pemuda UMNO dan Pemuda BN. KJ bertindak bijak kerana tidak mempertikai ketiadaannya dalam Kabinet Rakyat.

2. Tiada manusia yang lengkap dan sempurna, melainkan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT.

3. KJ memiliki ciri-ciri yang hebat bijak dan berani, berpendidikan dan berwawasan, hanya KJ tidak berada dalam kedudukan baik ketika ini kerana pihak lawan berjaya memperbesar cerita negatif mengenai dirinya.

4. DS Najib sudah menjelaskan BN perlu berfikir di luar kotak pemikiran. Barangkali ini maksud nya...:

a. KJ perlu membina 100 Penceramah Penggempur pelbagai bidang yang berpendidikan, berani, bijak dan berkarisma.

b. KJ perlu mencipta 100 Ceramah Setiap Minggu di seluruh pelusuk negara.

c. KJ mesti mewujudkan keadaan UMNO 100% benar setiap masa dan di mana-mana.

7. Petunjuk sudah ada, walau BN tewas di Bukit Gantang & Bukit Selambau, tetapi Undi Melayu kepada UMNO meningkat 25%.

Analisis oleh PAS sendiri mengakui undi Melayu kepada UMNO semakin meningkat.

INILAH MASANYA

on Friday, April 10

1. AKHIRNYA apa yang diharapkan oleh rakyat Sabah tercapai apabila Menteri Kanan/Penting diberikan kepada Datuk Shafie Afdal.

2. Maka inilah masanya Lebuh Raya 6 lorong atau sekurang-kurangnya 4 lorong dibina merentasi Tawau-Kota Kinabalu bukannya 2 lorong sejak penulis kecil lagi 30 tahun dahulu.

3. Keadaan Jalanraya di Sabah hari ini sama seperti keadaan jalanraya di Semenanjung tahun 1970-an. Itulah gambarannya.

4. Maka semua YB Sabah baik di DUN atau Parlimen mempunyai perancangan dan laksanakan pelan itu. Gunakan 5 tahun ini untuk menaiktaraf kemudahan luar bandar terutamanya.

5. Jalan Kg, Air, Elektrik, Sekolah, Bandar baru semuanya mesti diusahakan!

7. Contohi Labuan, di seluruh pelusuk Labuan walau sebuah sahaja rumah, semua jalanrayanya bertar.


8. Tahniah juga kepada Datuk Anifah Aman, Datuk Lajim, Datuk Rosnah, Datuk Bernard, Datuk Rahim Bakri, Datuk James Ongkili, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Liew V Kong, yang telah dilantik jemaah menteri.

9. Kita di Sabah mencabar mereka supaya bangunkan Negeri Sabah sebelum YB Sabah tidak punya apa-apa jawatan kelak. Inilah masanya...

PILIHAN

on Wednesday, April 8

1. DAHULU pernah timbul isu, tanpa Sabah / Sarawak pun BN boleh memerintah.

2. Hari ini, tanpa Sabah/Sarawak kerajaan pusat sudah pasti bertukar kepada kerajaan lain.

3. Maka, apakah harga yang perlu diberi kepada sokongan Sabah/Sarawak, terbaru kemenangan besar di Batang Ai, Sarawak.

4. Pilihan =

a. Menteri Kanan - sekurang-kurangnya Kementerian yang boleh membawa peruntukan pembangunan yang besar

b. Peruntukan pembangunan untuk kawasan-kawasan baru buka

c. Peluang pekerjaan dalam kerajaan

5. Dahulu PAS menentang kemasukan Sabah/Sarawak ke dalam Malaysia. PAS telah membuat petisyen di Mahkamah menghalang kemasukan Sabah/Sarawak ke dalam Malaysia.

SEPULUH TAHUN LAGI

on Tuesday, April 7

1. PEMBENTUKAN kabinet adalah kuasa PM.

2. Jika MCA menuntut TPM, ia bukan pertama kali, kerana Tun Tan Siew Sin dahulu hampir-hampir menjadi TPM di bawah Tunku Abd Rahman.

Jika PAP ( Lee Kuan Yew ) tidak menentang dialah TPM Bukan Melayu pertama.

3. Tun Razak telah menarik semula Tun Dr. Mahathir dan melantik Tun Dr. M sebagai Menteri, walaupun ketika itu Tun Dr. M baru saja menjadi MP Kubang Pasu.

4. Lebih 30 tahun kemudian, DS Najib Tun Razak juga menerima semula Tun Dr. M ke dalam UMNO. Yang jelas tidak sampai 10 tahun Tun Dr M menjadi PM yang berjaya memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia, ini tidak bisa dinafikan.

5. Dato Mukhriz tidak menuntut jawatan Menteri atau Timbalan, namun penulis berpendapat Mukhriz perlu diberi peluang bukan kerana jasa bapanya, tetapi pembawaan politiknya yang sederhana, matang dan tenang.

KJ walaupun Ketua Pemuda UMNO, tetapi tidak berada dalam keadaan baik untuk menjadi Menteri atau Timbalan Menteri. Bukan kerana faktor muda dan tuduhan ke atasnya, tetapi KJ perlu membuktikan kematangannya, kehebatannya dan keikhlasannya, dalam tempoh 5-10 tahun barulah KJ akan mempunyai kekuatan untuk dilantik sebagai Menteri.

Dahulu Dato' Hishamudin dituduh bermacam-macam (1998), akhirnya berkat kesabaran, kematangan, pengalaman akhirnya 10 tahun kemudian ( 2009 ) , Dato Hishamudin boleh memenangi Naib Presiden. Inilah yang perlu KJ pelajari.

6. Keputusan di Batang Ai, Bukit Gantang & Bukit Selambau akan membayangkan sokongan rakyat Malaysia dan sindrom Najib/Tun Dr. Mahathir.

HARUSSANI vs ANWAR IBRAHIM

on Monday, April 6

1. SEKARANG ini beribu-ribu rakyat di Bukit Gantang sedang menanti kehadiran Tun Dr. Mahathir. Tempat tak cukup, kerusi penuh belaka, kelihatannya lebih ramai pengundi Cina hendak mendengar Tun berucap...( TV langsung 5 petang )

2. Perletakan jawatan Ketua PKR bahagian Sarawak, Dr. Ambrose amat mengejutkan.

3. Pendedahan Hee Yit Foong - ADUN Jelapang bahawa dia meninggalkan Pakatan kerana masalah dalaman DAP menjawab fitnah kononnya dia dibeli.

4. Kata Tun Dr. Mahathir semalam, " ..."Bila dia (Anwar) pergi tempat ini, dia jadi orang ini. Bila dia pergi tempat lain, dia jadi orang lain. Dia sokong orang India, tapi kalau dia pergi tempat lain, jumpa orang Melayu, dia kata orang India ini jahat," katanya..."

5. Kata Anwar di Sarawak ( bukan di Kelantan ), "...Isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarkanlah..."

6. Jawab SS Dato' Harussani, Mufti Perak, "...Kalimah Allah bukan untuk buat 'suka-suka,' inilah mereka tak faham sensitiviti Islam. Nama Allah untuk orang Islam saja. Jadi, janganlah nak main api dengan hukum agama,''


MENTERI KANAN

on Sunday, April 5

1. KEMASUKAN Tun Dr. Mahathir semula ke dalam UMNO memberi kekuatan bukan setakat kepada UMNO tetapi juga kepada BN.

2. Pengarah Pilihanraya PAS, Dato' Hj. Mustapha Ali menyatakan PAS ketinggalan di Bukit Gantang kerana sindrom orang Melayu kembali kepada UMNO semakin kuat, hanya PAS bergantung harap kepada DAP sahaja ( pengundi Cina & India ). Minggu lepas SU Agong PAS, Datuk Kamarudin Jaafar awal-awal sudah mengaku kalah.

3. Apa pun penulis mengucapkan selamat bersejahtera kepada Tun Pak Lah sekeluarga, bagi penulis seorang negarawan yang sabar, tenang dan berhemah semasa menjadi PM. Parti-parti pembangkang menikmati kebebasan yang berskala besar semasa era Pak Lah.

4. Sangkaan DS Najib akan lebih tegas berbanding Tun Dr. Mahathir meleset, apabila hari pertama DS Najib telah membebaskan tahanan ISA, menarikbalik pengharaman Harakah & Suara Keadilan.

5. Semasa Majlis Perpisahan dengan Pak Lah, penulis telah membisikkan kepada DS Najib supaya memberikan peluang kepada MP Sabah memegang jawatan Menteri Kanan seperti Pembangunan Luar Bandar, Kewangan & Pertahanan, supaya pembangunan di luar bandar Sabah boleh dipertingkatkan.

Ini amat penting kerana Sabah sudah membuktikan kesetiaan kepada BN, sekurang-kurangnya 8 pemimpin Sabah memenangi Naib Presiden/MT/Pemuda/Puteri UMNO.

6. Saksikan ceramah Tun Dr. Mahathir di Bukit Gantang & Bukit Selambau hari ini.

FOBIA TERAKHIR = BERIBU CINA HADIR

on Friday, April 3

1. USAHA terakhir DS Anwar menghalang pelantikan DS Najib sebagai PM Ke-6 ialah menghantar petisyen MP pembangkang kepada DYMM SPB Yang DIPertuan Agong.

2. Beberapa jam lagi berlakulah lagi sebuah sejarah baru, pelantikan PM ke-6. Jika sebelum ini Anwar (61 tahun ) mudah sangat menghentam kerajaan Pak Lah ( 71 tahun ), apakah dengan DS Najib begitu juga (55 tahun ).

3. Malam ini Tun Dr Mahathir akan turun membantu calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, sekembalinya Tun dari London selepas berucap di kalangan pemimpin korporat dan bank G20 di sana.

4. Seperti yang penulis pernah nyatakan sebelum ini, Tun Dr Mahathir dan DS Najib adalah 2 nama yang sangat fobia kepada Anwar, tidak kepada Pak Lah kerana Pak Lah seorang PM yang sabar dan tenang.

5. Semalam beribu-ribu pengundi sanggup menunggu di tengah hujan lebat ketika ceramah BN di Bukit Gantang. Apakah ini angin perubahan?...http://pi5au.blogspot.com/2009/04/ceramah-bn5-ribu-kaum-cina-hadir-di.html

6. Sahabat baik penulis di dalam parti PAS memaklumkan SU Agong PAS telah dihalang untuk bercakap yang merugikan parti lantaran kenyataanya sebelum ini betapa sukar PAS untuk menang di Bukit Gantang akibat perubahan pucuk pimpinan dalam UMNO.

KABINET NAJIB

on Thursday, April 2

1. MAJLIS Perpisahan dengan Pak Lah esok dan Majlis Serah Tugas jawatan PM di Putrajaya sekaligus Menamatkan Mimpi Anwar dalam Projek 916nya yang bernilai entah berapa rm.

2. Bagi penulis, tiada masalah Anwar menjadi Ketua Pembangkang seumur hidup kerana ia akan menjadi check and balance dalam negara.

3. Yang pasti kesediaan Tun Dr Mahathir berkempen di Bukit Gantang malam ini, menandakan kembalinya semula sokongan rakyat.

4. Seperti biasa Anwar tetap dengan janji manisnya = terbaru akan bebaskan semua tahanan Hindraf. Bagi penulis bukanlah satu perkara sukar tahanan apa pun dibebaskan apabila pihak berkuasa ( bukan orang politik ) yakin tahanan telah boleh dibebaskan selepas melalui proses tahanan.

5. Bukanlah perkara yang menghairankan jika Anwar berjanji apa sahaja termasuk menawarkan jawatan TPM kepada Lim Kit Siang atau Karpal Singh .

6. Tidak ada yang menghairankan jika Anwar berjanji...hanya bila sampai masanya, tidak dapat melaksanakannya.

7. Perhatikanlah janji-janji PRU2008 kepada rakyat Selangor...kata nak bagi sekian rm kepada pelajar universiti, kepada ibu tunggal, di Penang nak hapuskan Tol, janji nak hapuskan kemiskinan...dan banyak lagi

8. Akhirnya KM mengakui sukar melaksanakan janji-janji itu, MB Guthrie akhirnya mengakui sukar mengotakan janji-janji itu. Malah sewa rumah rakyat miskin bukan lagi dihapuskan malahan dinaikkan pula.

9. Benarkah Pak Lah dan Tun Dr Mahathir akan menjadi Penasihat Kerajaan dalam Kabinet DS Najib? Hj Hadi letak mana dalam projek Kerajaan Perpaduan ?

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan