MEROSOT 1048

on Sunday, May 31

1.Hanya 7,100 orang atau 46.15 peratus sahaja yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN). Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di kawasan itu ialah seramai 15,384 orang.

Bermakna seramai 8, 284 pengundi tidak mengundi.

2. Bebas mengaut 392 + 494 + 56 + Undi rosak 106 undi = 1048 Undi. Bayangkan PKR kehilangan 1048 Undi.

3. Ini menunjukkan Graf PKR semakin menurun sama dengan Kaji Selidik yang dibuat oleh Gallop malaysia ke atas reputasi DS Anwar yang semakin merosot dan menjunam. Sila baca http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/05/kajian-gallop-polls-malaysia-pengaruh-anwar-semakin-merosot

4. Ini menunjukkan rakyat sudah mula yakin dan menerima gandingan DS Najib/TS Muhyidin mengemudi negara Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.

5. Di Pihak PAS, MB Kedah Ustaz Azizan sudah juga mula menyokong DS Najib, Dato' Harun Din sudah juga memberi ' hint ' bahaya Erdogans dalam PAS.

Yang menyedihkan kepada penulis ialah 'tempo' atau ' demam perubahan rakyat' masih kurang digerakkan oleh Pemuda UMNO. Bagi penulis, Pemuda UMNO terlalu perlahan.

DS Najib dan pasukan tertingginya sudah 5 langkah ke depan, malangnya Pemuda UMNO masih kurang 3 langkah di belakang?. Ini perlu diperbaiki kerana trend pengundi Melayu kembali kepada UMNO semakin bertambah besar. Peluang ini tidak seharusnya disia-siakan.

YB MELAYU PAP

on Saturday, May 30

1. PENULIS mengucapkan tahniah kepada Ustaz Tantawi di atas kemenangannya sebagai Ketua Pemuda, dan Dato Harun Taib Ketua Dewan Ulama, kedua-duanya Pro-Muqabalah/Muzakarah.

Tahniah kepada Ustaz Azizan kerana menyokong DS Najib menentang kemasukan Chin Peng ke Malaysia, kenapa pula Salehudin memilih menyokong Chin Peng ?

2. Pihak Erdogans dalam PAS amat marah kepada Nasharudin , Timbalan Presiden yang akan mempertahankan jawatannya kerana telah bertemu pemimpin2 tertinggi UMNO tahun lalu untuk Rundingan Sulit membentuk Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS.

3. Untuk menghalang Pro Muzakarah/Muqabalah mencapai maksudnya, Husam dipasang untuk menghapuskan Timbalan Pro Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS. Jika Husam menang, maka Husam satu-satunya Pro-Erdogans dalam kepimpinan PAS akan datang.

4. Apapun beberapa persoalan perlu ditanya dalam Muktamar Agung PAS, Perwakilan perlu berani bertanya, ini isu dasar isu penting berkait prinsip dan dasar , perlu tanya depan2 ketika Lim Kit Siang atau DS Anwar atau Karpal duduk kat kerusi jemputan . Biar mereka dengar depan-depan =

a. Perwakilan yang berhati waja yang sanggup Jihad kerana agama, hendaklah mendesak DAP mengakui penubuhan Negara Islam yang menjadi cita-cita PAS. PAS mesti mendesak Pakatan Rakyat supaya menerima penubuhan Negara Islam dan dimasukkan dalam Dasar Pakatan Rakyat. PAS mesti mendesak Karpal menarik balik ugutannya ' langkah mayat dia dahulu '.

b. PAS hendaklah bertanya kepada DAP Perak, sekiranya DAP meletakkan Calon Melayu DAP dalam PRU akan datang, adakah YB PAS akan kekal diberi jawatan Menteri Besar jika Pakatan menang akan datang? atau mereka mengulangi kisah YB Melayu PAP Singapura dahulu. yang dipasang dan akhirnya disingkir dari dalam

5. Beberapa persoalan lain yang melibatkan aqidah seperti Kafir berkawan dengan parti Bukan Muslim ( MCA/MIC/Gerakan) , tetapi bagaimanakah pula keadaannya sekarang di mana semua orang tahu PAS pula kini berhubungan dengan DAP yang menentang penubuhan Negara Islam. Perwakilan mesti tanya masih digunakah atau sudah ditarikbalik kerana adanya DAP dan KPP.

Kes-kes seperti ini perlu ditanya direct dalam Muktamar Agung, daripada perwakilan PAS diberi retorik-retorik cerita yang sedap2 belaka... Tapi, siapakah yang berani, agaknya...atau tin kosong aje ...Kita semua terkenang Kehebatan Haji Hadi berceramah berdegar-degar ketika masih muda dahulu...

Tony Fernandez = Yang Berhormat

on Friday, May 29

1. KEMUNCULAN AirAsia sebagai syarikat tambang murah sangat baik, kerana memberi peluang terutama rakyat mengelilingi dunia. Kalau AirAsia sebuah parti politik, barangkali Dato Tony Fernandez sudah jadi Yang Berhormat...

2. AirAsia telah mengumumkan keuntungan RM166 Juta suku pertama tahun 2009, Tahniah. Apa yang kita harapkan angka-angka yang dikeluarkan biarlah tidak mengelirukan, kerana beberapa bulan kemudian akan dikeluarkan pula penyata AirAsia kerugian dan menanggung hutang sekian-sekian dengan MAB dan sebagainya.

Apapun rugi atau untung, AirAsia tetap terbang ke destinasinya.

3. Namun beberapa penambahbaikan perlu dibuat. Sedikit contoh :

a. Senyuman Pramugari AirAsia kurang Ikhlas berbanding pramugari MAS. Mudah faham, pramugari MAS lebih friendlier, nyaman kata orang Labuan. YB Zul PKR telah meminta dalam Parlimen supaya Pramugari AirAsia mencari jalan mengatasi pakaian yang agak seksa.

b. Layanan Pramugari AirAsia agak sedikit kasar, kelamkabut kadang berlari-lari, tidak tenang , baik dari segi berbahasa tidak selembut dan sebaik pramugari MAS.

Jika MAS hanya meletakkan staf bertudung di kaunter tiket MAS, mengapa AirAsia tidak melangkah 3 langkah daripada MAS dengan membenarkan pramugari bertudung di atas kapalnya. Polis Wanita Britain pun bertudung jika hendak dibuat perbandingan. Memanglah agak sukar, tetapi itulah langkah dan permulaan.

Public Bank, Maybank, Affin Bank boleh kata semua Bank sudah mengamalkan Islamic Banking, Akaun Mudarabah dsbnya.

Kenapa AirAsia tidak memulakannya. Saudi Airlines pun belum memulakan sepenuhnya, apa kata AirAsia Malaysia memulakannya.

c. AirAsia patut Melarang penjualan Minum Keras/ beralkohol terutama penerbangan ke luar negara. Bagi yang terhidu baunya ada di antara kita terasa loya nak muntah. Yang amat malang, pramugari Muslim terpaksa membawa, menghidangkan, menjual minuman itu. Ini berkait hukum, yang mana Haram terlibat dalam segala aktiviti Arak...termasuklah membawa, memberi, menghidangkan, menjual dsbnya.

3. Penulis yakin, AirAsia mampu berkembang maju pada masa hadapan.Tahniah kepada warga AirAsia.

DI MANA JALANNYA

on Thursday, May 28

1. DALAM lawatan penulis ke beberapa daerah di China baru-baru ini, penulis mendapati generasi lama masih mahu mengekalkan sejarah lama mereka. Di satu kedai penulis melihat bagaimana mereka menjual gambar2 Mao Tze Tung sejak kecil remaja hinggalah dewasa. Banyak buku-buku Komunis, bukan sahaja dari China tetapi dari negara komunis Latin Amerika.

2. Di hujung minggu, orang-orang tua berkumpul di taman terkenal mereka Tasik West Lake yang terkenal itu. Beberapa kumpulan menyanyikan lagu Opera Klasik China, penulis diberitahu lirik lagu itu kebanyakannya menceritakan keagungan sejarah lama mereka.

3. Di dalam mana-mana teksi di China kita akan melihat beberapa bintang, barangkali lambang atau ada falsafah di sebaliknya. Dalam Conference pun, iklan, banner menggunakan warna Merah yang sinonim dengan ideologi mereka.

4. Jika kita baca buku-buku sejarah perjuangan PKM, Regimen 10,Abdullah CD, Chin Peng, Shamsiah Fakeh ( yang mudah dan banyak dijual di Kedai Buku UM ), kita dapati mereka mempunyai Link yang hebat dengan China Mainland. Selama penulis di sana, penulis terfikir dengan keadaan negara China yang tertutup ketika itu penulis yakin Chin Peng hidup bahagia dan selamat di tanah besar China.

Persoalan kini, kenapa Chin Peng mahu balik ke Malaysia?

Seorang pegawai polis yang juga Pakar Perang Saraf Komunis, Mendiang CC Loo ( penulis pernah huraikan di Utusan Malaysia awal tahun 1990 ), berkata PKM barangkali sudah mati, tetapi ideologi dan gerakan mereka tidak akan mati di Malaysia.

Mendiang CC Loo ternyata benar, selepas lebih 20 tahun PKM meletak jawatan dalam Perjanjian Haadyai, hari ini ideologi dan gerakan itu masih wujud.

Mengapa Gerakan begitu beria-ia, kerana (1) Gerakan mahu menjadikan isu ini untuk kepentingan politik mereka. Jika Gerakan berjaya mendesak dan Chin Peng berjaya balik, maka Gerakan mengharapkan sokongan Cina Malaysia kepadanya akan berjaya.

Gerakan silap kerana politik tidak boleh bercampur dengan pentadbiran kerajaan dan keselamatan negara. Maksudnya, barangkali Kedah & Penang diperintah PAS dan DAP, tetapi Peruntukan Kewangan daripada Kerajaan Pusat BN tetap disalurkan. Kerana BN bukan melihat kepada parti politiknya, BN melihat kepada Kerajaan mereka.

Masalah sekarang, masih ramai pejuang lama yang masih hidup dan mengenang kekejaman keluarga mereka disembelih Komunis. Di mana jalannya ...

PERANCANGAN PALING RAPI

on Tuesday, May 26

1. PEMBERIAN semula kereta rasmi kerajaan negeri kepada Kerajaan negeri Perak menandakan kepasrahan, penamat & berakhirnya perebutan jawatan ekskutif tertinggi di negeri Perak.

2. Mereka sudah akur, sudah dapat menerima hakikat atau sudah membuat muhasabah akan realiti sebenar. Hanya saki-baki sahaja yang masih mencari jalan seperti mogok lapar dan sebagainya.

3. Penarikan diri daripada bertanding Naib Presiden merupakan rentetan kedua proses mengaku tewas, mengaku kalah dan sedar akan kesilapan selama ini.

4. Barangkali kesan setelah ditegur ( sebenarnya dimurka raja ). Menurut peristiwa itu,...While Raja Nazrin took care to speak to them away from the microphone, his advice, which sounded more like an admonishment, was audible over the public address system.The Raja Muda told the duo: “ I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech, Understand?“ So, go and tell that [to the Pakatan Rakyat state assemblymen who had stood together in front of the royal dais to take their seats “.

5. Oleh kerana keadaan sudah tenang, penulis ingin mencadangkan kepada YB Bebas di Perak supaya menyertai sahaja mana-mana parti komponen BN. Adalah lebih baik kepada negeri jika mereka menjadi ahli komponen BN, berbanding hanya menyokong kerajaan BN.

6. Mantan MB sudah menerima hakikat, sudah pasrah, sudah redha dengan qada & qadar Allah SWT yang menentukan segala yang sudah, sedang dan akan terjadi walau sehebat mana perancangan manusia.

7. Sudah tentu mantan MB sudah belajar daripada peristiwa perancangan paling Rapi mantan TPM akan melantikkan dirinya sebagai PM 16/9/08 akhirnya siapakah yang bisa mengatasi kuasa Allah SWT. Sebagaimana selalu kita diajar, kita merancang namun Allah SWT jua yang menentukannya...bukan begitu

ANWAR BIJAKSANA = NAJIB BIJAKSINI

on

1. PENULIS baru balik dari negara China, selama seminggu tidak dapat update blog kerana dari sana tidak boleh buka blog-blog dari Malaysia kecuali beberapa blog sahaja.

2. Di Hangzhou penulis bertemu beberapa 'taukeh' Cina dari Malaysia, mereka rupa-rupanya sedang order pakaian, kain, barang permainan,beg segala jenis dan sebagainya untuk pasaran Malaysia.

Maka tidak hairanlah jika Malaysia menjadi lambakan barangan China yang berkualiti rendah tetapi murah. Sebagai contoh beberapa T Shirt jenama Golf, Polo dsbnya cuma berharga dalam RM10-RM15 sahaja, tetapi di Malaysia dijual dalam harga RM50 dan paling kurang pun RM30.

3. Kesukaran di China ialah dari segi bahasa, rata-rata mereka tidak mahir berbahasa Inggeris. Maka komunikasi yang berkesan ialah menggunakan bahasa Isyarat, menulis di atas sekeping kertas, atau menunjuk peta, atau meminta pekerja hotel menulis tempat dalam tulisan China.

Penulis melihat, orang-orang China tidak perlukan Barat atau orang luar untuk survival hidup, maksudnya bukan mereka nak memahami keperluan kita, tetapi kita yang perlu memahami kehendak mereka.

Inilah yang diterjemahkan dalam bentuk tingkah laku politik DAP di Perak. Bukan mereka nak memahami apa-apa keputusan Mahkamah apa-apa pun, tetapi mereka minta kita yang memahami kehendak mereka hendak menjadi Kerajaan negeri Perak, walau apa pun.Walaupun mereka bijak Matematik dalam kelas selalu dapat 100% masih gagal menjawab soalan Bahagian B Tahun 1 ( Yang manakah lebih besar, 31 atau 28 ).

Sebab itu tindakan akhir mereka nak Mogok Lapar. Mogok Lapar itu adalah lambang Malu mereka kerana tewas dalam pertarungan di Mahkamah. Kalau di Korea Selatan baru-baru ini, mantan Presidennya membunuh diri kerana malu, di Perak mereka mereka nak Mogok Lapar.

Bayangkan jika seluruh negeri Pulau Pinang papantandanya ditulis dalam bahasa Cina? Bukan kita anti kerana mereka juga rakyat Malaysia, cuma di manakah Hasrat " Malaysian Malaysia" yang mereka uar-uarkan.

Mereka katakan satu bangsa sahaja jangan ada Cina/India/Melayu/dll hanya ada bangsa Malaysia sahaja, sedap dan cantik didengar tetapi sanggupkah pula DAP mencadangkan kepada orang-orang Cina di Malaysia supaya mengamalkan pula Satu bahasa Malaysia, Satu sekolah Malaysia,atau hanya perangkap politik sahaja nak jadi Perdana Menteri...?

DS Najib bijak dalam hal ini kerana mengetahui Malaysian Malaysia itu tidak sesuai dipraktikkan, sebab itu DS Najib mahu mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia melalui 1Malaysia, yakni mempraktikkan apa yang sudah ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri.

4. Selama ini kita dipersonakan oleh istilah-istilah DS Anwar yang hebat-hebat seperti Ketuanan Rakyat, Kesaksamaan, Kesamarataan, Keadilan, American Demokratik ( melalui ceramah Anwar di Amerika ), Turkik Demokratik, Islam Liberal, bila Pak Lah bentang Bajet Tahunan Anwar pun bentang Bajet Tahunannya ( atas kertas sahaja ) la ne dah tak dak Bajet Tahunan Anwar...hangat-hangat tahi ayam sahaja kata orang tua-tua.

5. Hari ini DS Najib melalui pengalamannya dalam pentadbiran kerajaan Berjaya dan Bijak mengatasi isu Jambatan Singapura, bijak menyelesaikan isu MB Perak ( Tahniah kepada Mantan MB Nizar kerana mengembalikan kenderaan kerajaan/kenderaan rakyat ), sangat bijak membuat keputusan di Penanti ( khabarnya Anwar terkezut dan sangat kecewa ), dan di atas kebijakan itu hari ini Rakyat Malaysia boleh meneruskan aktiviti harian dengan harmoni, tenang dan rileks...bukan begitu...

JIWA BESAR

on Monday, May 18

1. KEPUTUSAN Mesyuarat BN untuk tidak bertanding di Penanti sangat tepat.Keputusan ini merupakan satu trend baru kepada BN yang mana sebelum ini BN tidak pernah tidak menyertai PRK. Sama ada siapa pun parti yang menang di Penanti tidak akan berupaya menukar Ketua Menteri sedia ada. Itulah rasionalnya.

2. Pilihanraya Kecil Penanti sebenarnya tidak perlu, kerana bukan ada kematian, bukan ada kes mahkamah bankrapsi dan sebagainya.Mantan YB Penanti sihat walafiat dan masih boleh meneruskan tanggungjawabnya, hanya keputusan yang kurang bijak kepimpinan mereka menyebabkan PRK Penanti terpaksa dibuat.

3. Bagi penulis, biarlah mereka sendiri mengangkat pasang bendera sebanyak-banyaknya, ceramah sepuas-puasnya dan berkempen sepuas hati mereka. Biarlah mereka membazirkan wang untuk membiayai calon mereka, membayar itu dan ini, BN tidak perlu keluarkan wang walau sesen pun, BN perlu tumpukan kepada agenda ekonomi, agenda integriti, agenda rakyat yang lebih penting.

4. BN boleh menumpukan fikiran dan usaha untuk memajukan negara , meningkatkan taraf hidup rakyat, mewujudkan pekerjaan, menjana ekonomi supaya sentiasa berputar, memperbaiki sistem penyampaian kerajaan, meenaiktaraf pembangunan di kawasan luar bandar, sesuai dengan cogankata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

5. Tahniah kepada Mesyuarat BN petang tadi, keputusan yang bijak dan tepat datangnya dari pemimpin yang berjiwa besar, bukan dari yang berhati kecil, yang hanya menyusahkan rakyat.

HAJI HADI LEBIH SESUAI KETUA PEMBANGKANG

on

1. MENTERI LUAR MALAYSIA, Datuk Anifah Aman tidak berasa risau untuk berkata benar di hadapan Setiausaha Negara Amerika, berani dengan integritinya, malah mencabar Anwar menyamannya jika itulah kehendak Anwar. ..

2. Peliknya kenapa tidak saman Dr. Puad Zarkazi yang terang-terang membocor rahsia Anwar memujuknya menjayakan 916, kenapa tidak saman Mohd Ezam dan Nallakarupan bekas sepermainan tenisnya yang membongkar segalanya.Ini double-standard. Kita fahamlah graf politik Anwar sudah menurun di luar negeri.

3. Sepatutnya yang sesuai menjadi Ketua Pembangkang yang menikmati Elaun Ketua Pembangkang dan kemudahan-kemudahan Ketua Pembangkang ialah TG Haji Hadi Awang. Karpal Singh sendiri telah menyuarakan Anwar tidak layak menjadi Ketua Pembangkang. Dato Mustapha Ali sendiri mempertikai Projek 916 Anwar.

4. Beza Hj Hadi dengan Anwar ialah Hj Hadi tidak merosakkan perpaduan rakyat Malaysia, Hj Hadi menerima kerajaan yang memerintah dan tidak merosakkannya , Hj Hadi berfikir untuk bersatu demi negara, sebaliknya Anwar demi cita-cita peribadinya berusaha untuk mengkucar-kacirkan rakyat Malaysia,

5. Hj Hadi tahu bila masa nak berhenti berpolitik, Anwar tidak tahu bila nak berhenti berpolitik, Hj Hadi boleh menunggu 5 tahun lagi untuk berpolitik, Anwar tidak tahan untuk menungggu 5 tahun lagi,

6. Di Singapura, Lee Kuan Yew akan memastikan sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan dimasukkan dalam mahkamah sehingga orang itu bankrap dan muflis kerana tidak mampu membayar saman. Di Malaysia, senario itu ada pada Anwar. Sesiapa sahaja yang mengkritik Anwar, seperti Anifah Aman bakal disaman.

Jika begitu, di mana suara rakyat? Anifah Aman pun rakyat juga, biarkan dia bersuara, bukankah ini yang selalu dilaung-laungkan bahawa ini uman rights itu human rights ini hak asasi itu hak asasi...bukan begitu

HATI ANWAR = JIWA NAJIB

on Saturday, May 16

1. DS ANWAR menunjukkan siapa dirinya yang sebenar, sebab itu Allah SWT tidak mengizinkan dia menjadi Perdana Menteri pada 16 September yang dia yakini-yakini itu. Terkini DS Anwar hendak menyaman pula Datuk Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia. Pendek kata semua orang hendak disamannya.Pembaca boleh cari dah berapa banyak saman Anwar. Bayangkan kalau jadi Perdana Menteri...agaknya kalau Anwar jadi PM semua orang tidak boleh bercakap.

Teringat dalam kes TKM1 Penang baru-baru ini, semua orang dilarang bercakap kena tunggu cakap pemimpin defacto aje...KM Penang pun bercakap, saya tidak boleh cakap apa-apa, kena tanya pemim pemimpin defacto kerana dia yang atur segalanya...aduh ada gaya Diktator...

3. DS Najib gambarnya disuper impose dengan Altantunya, orang yang buat dah minta maaf, DS Najib maafkan dan tidak saman. Lihat juga Tun Dr. Mahathir, berapa buah buku yang menghina Tun, malah memfitnah Tun, namun Tun tidak pun memfail saman kepada mereka semua.

5. Kerja saman menyaman ini nampaknya menjadi trend mereka, bekas speakar saman itu, saman ini, bekas MB saman itu saman ini, sama gaya politik pemimpin de facto.

6. Nasib baik kita ada pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar Tun Dr. Mahathir, Hj. Hadi, DS Najib, Nik Aziz, Tun Hussien , Hj Yusuf Rawa, Tun Razak, Hj, Fadhil Nor, Tunku A. Rahman, Dato' Asri, semuanya sabar belaka dalam politik.

Dah masuk politik, kena terimalah rakyat ada suka ada tak suka, ada sokong ada tak sokong, hari ini kawan, esok musuh, esok musuh, hari ini kawan, UMNO dan PAS berseteru, namun tadi Husam dah jumpa Ku Li, PAS marah UMNO- UMNO marah PAS bila Tun M keluar UMNO Nik Aziz Pelawa Tun M masuk PAS,

7. Anwar nak jumpa DS Najib, DS Najib kata ok. Anwar beri syarat, Najib kata tak perlulah syarat, lihatlah betapa kecilnya hati Anwar dan betapa besarnya jiwa Najib. Berapa banyak dah Anwar dalam ceramahnya mengeluarkan kata-kata kesat, terlampau,fitnahtuduh ke atas DS Najib dan Tun Mahathir, pernah kita dengar kata-kata gelaran melampau keluar dari mulut DS Najib dan Tun M ke atas Anwar?

KENAPA 5 JAM

on Friday, May 15

1. PERISTIWA DYMM Pemangku Sultan Perak , Raja Dr. Nazrin menunggu dekat 5 jam di Bilik Khas Diraja , di bangunan Dewan Undangan Negeri Perak sebenarnya penuh dengan rahsia.

2. Baginda menonton, menyaksikan dan memerhatikan dengan kepala sendiri bagaimana gelagat dan tingkahlaku YB-YB Pakatan terutama dari DAP yang menjerit-jerit, melompat-lompat, merosakkan keadaan dan keharmonian dalam dewan. Bayangkan hampir 5 jam Baginda menyaksikan drama itu, bayangkan perasaan Baginda. Nasib baik peristiwa itu bukan berlaku di negeri Johor.

3. Khabarnya, selagi Speaker lama masih dalam dewan selagi itu Baginda tidak akan masuk ke dalam dewan. Hanya selepas Dr Zambry dan Speakar baru mengadap barulah Baginda berangkat menuju ke dewan dan memberi ucapan Diraja.,

4. Malangnya kesabaran Baginda diuji lagi apabila YB-YB Pakatan berdiri di bahagian tengah, tidak duduk di tempat masing-masing. Maka Baginda memanggil Nizar dan Ngah dan memerintahkan mereka supaya mengawal anak-anak buah mereka duduk dan bersopan bila berhadapan dengan Raja.

5. Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi memberikan kemenangan kepada Nizar, Nizar berkejar ke Ipoh untuk menghadap DYMM Tuanku Raja Perak untuk memohon perkenan membubarkan dewan. Malangnya Tuanku tidak memberi perkenan, khabarnya tidak akan memberi perkenan pun.

6. Untuk menyelesaikan kemelut politik Perak, mereka hanya fikir opsyen bubar walhal pembubaran tidak perlu kerana BN sudah terang lagi jelas mendapat majoriti mudah 3 undi untuk membentuk kerajaan. Malah melebihi majoriti kerajaan Kelantan tahun 2004 yang hanya menang 2 majoriti sahaja pun.

7. Idea Tun Dr Mahathir lebih baik pada fikiran penulis iaitu, kata Tun...." Jika BN benar-benar mempunyai majoriti, mereka boleh membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar atau kerajaan, kemudian kerajaan baru, boleh ditubuhkan.

"Jadi mengapa perlu untuk mengadakan satu pilihan raya yang baru kerana rakyat sudah berasa perit dengan pilihan raya,"


8. Nampak jelas pemikiran DS Anwar agak terkebelakang berbanding Tun Dr Mahathir dari sudut pentadbiran dan berkerajaan . Sebab itulah apabila Tun keluar dari UMNO tahun lepas, Tuan Guru Nik Aziz awal-awal mengajak Tun menyertai PAS dengan alasan Tun sangat berpengalaman dalam dan luar negara. Tuan Guru tidak mengajak Anwar menyertai PAS pada tahun 1998 selepas dipecat, sebab itu Anwar menubuhkan PKR itupun sebagai Pemimpin De Facto, bukan Presiden parti.

Formulanya mudah, tunggu dia dibolehkan menyertai UMNO semula, dan di situ akan berkata...saya tidak pernah menjadi ahli PKR, saya bukan Presiden PKR, saya hanya pemimpin De Facto aje, saya masih ahli UMNO...

KERAJAAN PERPADUAN UMNO/BN-PAS DI PERAK

on Thursday, May 14

1. PERISTIWA yang berlaku di Perak sebenarnya memberi banyak rahmat dari Allah SWT terutama kepada orang Melayu dan umat Islam di Perak, khususnya.

2. Kejadian 7 Mei, telah memperlihatkan kepada YB-YB Melayu betapa ganas dan kasarnya YB-YB DAP yang kemaruk kuasa. Mereka melihat betapa Nizar diheret ke sana ke mari , ke Pejabat DAP, ke Wisma DAP, ke Mahkamah Tinggi DAP belakang dia, ke Mahkamah Rayuan DAP ikut belakang dia, boleh dikatakan Nizar diremote saja dan ikut saja.

3. Seperti kata penulis sebelum ini, rahmat itu antara lainnya betapa kecewanya YB-YB Melayu dalam PAS dan seorang dua dalam PKR, sehingga mendesak jiwa mereka untuk bersatu bersama-sama UMNO.

4. Tidak ada yang pelik penyatuan ini, Idea asalnya oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang dan kumpulan ulama asalnya seperti Dato Harun Taib, Hj Mustapha Ali dll. Dato' Mukhriz sendiri mencadangkan UMNO-PAS bersatu di Perak demi kepentingan orang Melayu dan Umat Islam.

5. Namun, DS Anwar sudah mencium semua ini, sebab itu DS Anwar mahu berjumpa DS Najib! Maka sebelum PAS-UMNO bersatu di Perak, Anwar cepat-cepat menghulur salam perdamaian kepada DS Najib, mahu bertemu dan berbincang katanya. DS Najib berkata demi rakyat tiada masalah bertemu, asal tiada syarat. Begitulah besarnya jiwa DS Najib, membunuh segala buruksangka dan prejudis yang dilemparkan oleh DS Anwar dan pasukannya. Akhirnya rakyat sudah mula selesa dengan DS Najib,dan mula mempersoal DS Anwar.

6. Penulis yakin, tidak lama lagi dengan restu Raja Melayu, muzakarah UMNO-PAS akan berjaya di Perak. Tanda-tanda sudah berjalan, amat jelas Nizar dan YB-YB DAP tidak berjaya mendapat Restu Sultan Perak untuk bubar dewan. Hanya mereka yang tidak dapat menerima hakikat hilang kuasa, buta matematik dan tidak menghormati Raja Melayu sahaja yang beria-ia mahu membubarkan dewan sesuka hati, walaupun BN mendapat majoriti mudah 31-28.

7. Kita berharap 2 YB PKR dan 5 YB PAS yang khabarnya mempunyai kesedaran untuk keluar Pakatan akan melakukannya dengan ikhlas demi agama, bangsa & negara.

Perhatikan kenapa sebuah parti komponen BN mencadangkan DUN dibubar? Perhatikan bagaimana KPP mendesak dan seolah-olah mengugut PAS untuk menaikkan taraf mereka sebagai sayap penting yang membuat Dasar parti? Perhatikan Ketua Menteri Penang bercakap lain di depan dan lain di belakang, jika begitu kenapa Kerajaan [UMNO/BN-PAS] tanpa [DAP/PKR] tidak boleh berlaku di Perak? Penulis yakin DYMM Paduka Seri Sultan Perak pasti akan memperkenankannya walaupun DS Anwar akan menentangnya. Namun siapakah Anwar di negeri Sultan Perak untuk menghalang kebaikan ini ...

ADUN PAS PERAK TERBUKA MATA

on

1. DS NAJIB Tun Razak seorang PM yang praktikal. Beliau diberi taklimat baik-baik belaka oleh Datuk Bandar KL, namun DS Najib turun juga di Pudu dan akhirnya terhidu segala macam udara Pudu.

2. Kata DS Najib...saya adalah The People Prime Minister, I'm with the peoples and i will be the People's PM...

3. Sebagai anak daripada baka Tun Razak, bukanlah ia menghairankan, kerana Tun Razak sendiri berjalan di atas lumpur, bermalam di rumah suku kaum Lunbawang di Bakelalan, Lawas .

DS Anwar pun tidak pernah bermalam di rumah orang kampung, kalau tidak di hotel 5 Bintang.

4. Hari ini, YB Tuan Hj Ahmad Maslan pun bermalam di rumah-rumah peneroka , memberi kuliah subuh sambil mendengar suara rakyat. Alangkah baiknya kalau semua YB seperti ini turun padang, bukan hanya mendengar laporan sahaja.

5. Kesediaan DS Najib untuk bersemuka dengan pemimpin Pakatan untuk menyelesaikan masalah Perak, menggambarkan besarnya hati DS Najib. Cuma, kita bimbang DS Anwar pula menentangnya, sebagaimana tangan-tangannya dalam PAS yang menentang Kerajaan Perpaduan anjuran Haji Hadi Awang.

6. Kini, timbul pula gosip ADUN PAS di Perak akan tinggalkan Pakatan . Barangkali ini benar, kerana jika diperhatikan semasa peristiwa 7 Mei dalam Dewan di Perak, YB-YB PAS semuanya duduk diam bersopan santun dan berhemah kecuali Mantan MB Nizar yang terikut-ikut dengan YB-YB DAP yang menjerit-jerit dan merosakkan keadaan dan lain-lain.

Agaknya terbuka mata mereka terkezut hairan akan bagaimana dashyatnya tingkah laku YB-YB DAP yang kemaruk kuasa, kecewa hilang kuasa dan tidak dapat menerima hakikat hilang kuasa.

7. Pada tahun 2004, BN hanya kurang 2 Kerusi aje di Kelantan, Alhamdulillah MB Tuan Guru Nik Aziz boleh menjadi MB dengan tenang dan bahagia. Kata YTM Tunku dahulu, Kelantan janganlah kacau, dia pun Melayu juga .

Penulis pun respect Tuan Guru Nik Aziz. Namun di Perak, kurang 3 Kerusi gila bagai nak rak...

2 WAKIL RAKYAT PAKATAN BAKAL KELUAR

on Wednesday, May 13

1 Dalam sistem demokrasi Wakil Rakyat dipilih oleh rakyat. Di Malaysia semua orang faham Pilihanraya 5 tahun sekali merupakan medan memilih Wakil Rakyat.

2. Di Perak, semasa PRU12 31 Adun PAS/DAP/PKR bergabung membentuk kerajaan negeri. 28 Adun BN juga dipilih oleh rakyat. Maka berlakulah kerajaan pakatan.

Tiba-tiba
3 Wakil Rakyat Pakatan keluar parti, dan menjadi Wakil Rakyat Bebas. Maka runtuhlah kerajaan pakatan.

3. Malangnya Mantan MB Nizar yang dikelilingi YB-YB DAP berusaha sedaya upaya seapa pun mereka boleh untuk mengatakan mereka kerajaan, walaupun mereka tahu sudah kurang 3 undi. MB Nizar dan YB DAP macam buta Matematik.

4. Sepatutnya akur sajalah dah kurang Majoriti. Soal kenapa kurang tanyalah YB DAP & YB PKR yang keluar parti tu. Salahkanlah mereka, tanyalah mereka, marahlah mereka...

5. Ataupun buatlah refleksi, kenapa YB Pakatan keluar pakatan...

6. Dua hari lalu Mahkamah Tinggi mengembalikan jawatan MB yang dikejar-kejarnya. Alhamdulillah kita hormatilah, syukurlah, PM kata hormati hak dia, Hishamudin kata hormati keputusan Mahkamah, Dr. Zambry kata biarlah rezeki dia dah menang.

7. Bila Mahkamah Rayuan menerima rayuan Dr Zambry dan menahan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Nizar marah-marah, bermacam-macam kata-kata indah keluar dari mulut Nizar, hairan sungguh ya ( contohilah Haji Hadi bila PAS kalah di Terengganu, Hj Hadi tiada masalah menyerahkan jawatan MB kepada Idris Jusoh, bersabarlah, bersyukurlah dengan nikmat Allah kerana memberikan peluang menjadi MB kali kedua walaupun tidak sampai 24 jam.

8. Sebenarnya jika tidak ada orang yang gila kuasa, kecewa hilang kuasa, bagai nak gila bila hilang kuasa...politik Perak boleh aman.

9. BN teruskanlah dengan 28 kerusi, Pakatan teruskanlah berkhidmat dengan 28 kerusi, 3 YB Bebas buatlah seBebas-bebasnya nak sokong siapa pun,. Bukankah Mereka selalu kata ini Hak Asasi Manusia..Ini Human Rights, itu human rights...so, 3 YB Bebas itu Hak Asasi merekalah nak sokong Pakatan ker...nak sokong BN ker...bukan begitu...

10. Senang je Politik Perak tu kalau semua pihak mahu mengerti, mahu faham, menerima takdir, sabar, tunggulah PRU13...kempen habis-habisan, kalahkan BN buat macam di Kelantan, tak kan Nizar tak mengerti erti Sabar...assabaru minal imann...

11. Dengar khabar, oleh kerana terlalu meluat, 2 YB Pakatan sedang hendak berhijrah sama ada Bebas atau BN. Jadi macam mana tu...nak salahkan 2 orang ini kah, atau nak salahkan siapa...bagi penulis , salahkanlah diri sendiri...bukan begitu..

12. Mereka dikatakan bertanya-tanya kenapa sidang akhbar bekas MB asyik di bangunan DAP aje...PAS tak ada pejabat ker?

KELAS PEMULIHAN

on Tuesday, May 12

Tok Penghulu = 1 + 1 berapa?

Ah Chong = 2 Tok Penghulu, betul kah

Tok Penghulu = Bijak Bijak, sebab itu Tunku lantik Tun Tan Siew Sin jadi Menteri Kewangan

Letchumi= Tok Penghulu, saya pun mahu jawab, saya sudah kira jawapannya 2.

Nano = Salah tu Tok, jawabnya 11, Tok penghulu tak tengok ker tu 1 1, bila rapat jadi 11 ( sebelas ).

Semua anak murid ternganga dan merenung kat Nano...Tok Penghulu terdiam sejenak, di mana budak Nano ne belajar?

Tok Penghulu = Tak apalah murid-murid, lepas ne kita akan buat Kelas Pemulihan untuk Nano... Sapa ada soalan?

Letchumi = Tok Penghulu,yang mana angka besar 28 ker 31?

Nano = Apalah lu Letchumi, 2 itu kecil 3 itu kecil 1 itu lagi kecik, 8 itu ha itu besar, jadi angka 28 itu lagi besar, butakah...

Ah Chong = Ayya ini macam orang adakah jugakah dalam dunia...

Tok Penghulu = Tak pa Tak pa, kita ada Kelas Pemulihan.

Rinnnng Ringggg loceng berbunyi.
Kelas Matematik Tamat.

MAKNA TEWAS & UNDI TIDAK PERCAYA

on Monday, May 11

1. SEPATUTNYA Nik Abduh menang dalam pertandingan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Abdul Latiff mendapat 78 undi untuk menewaskan Nik Abduh yang mendapat 56 undi.

2. Majoriti 22 Undi tidak percaya kepada Nik Abduh itu bolehkah dikatakan juga sebagai bersamaan dengan kemerosotan sokongan politik kepada Mursyidul Am Pas.

3. Sepatutnya, jika mereka menghormati ayahnya, Nik Abduh harus menang selesa, bukan kalah 22 undi yang agak besar.

4. Perhatikan bagaimana Mujahid Yusuf Rawa disokong kuat kerana ayahnya yang hebat itu, Allahyarham Yusuf Rawa ( Alfatihah ). Sepatutnya begitu juga kepada Nik Abduh.

5. Begitu juga di Terengganu, sokongan ADUN PAS kepada MB semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini merupakan satu segmen yang menarik.

6. Tatkala penyokong-penyokong Idris Jusoh dikatakan hendak mengundi tidak percaya kepada MB Terengganu, ADUN PAS pula menyokong kuat beliau.

7. Maka penulis membaca, pembelian 2 ekor kambing Dato Harun Taib itu adalah tanda terimakasih.

8. Harus diingat, Muzakarah UMNO-PAS bermula di Terengganu, di atas kapal menuju ke Kuala Lumpur.

DI DEPAN PAS & DI BELAKANG PAS

on Friday, May 8

DI DEPAN PAS =

1. KETUA Menteri Pulau Pinang, antara ucapan sulungnya di hadapan penyokong PAS dia berkata, contohilah kepimpinan dan pemerintahan Saidini Umar Abdul Azizzzzz...

Maka terpegunlah mereka yang mendengarnya, betapa hebatnya Ketua Menteri ini bercakap pasal Islam...

DI BELAKANG PAS =

2. Bertempat di Wisma Winbond, KL pada 25 April 2009, dalam ' Workshop Wanita DAP ' , Ketua Menteri yang sama ini bercakap sambil ketawa menghina-hina, katanya, " We stand for eqal treatment. There should no doublestandard. We can't undestand why a man can have 4 wives. Why should there be this type of double standard? i am not encouraging men to have 4 wives or woman to nhave 4 husbands but why should there be a double standar of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?

3. Apa yang dibuat oleh Ketua Menteri ini sama modus operandi Lee Kuan Yew dahulu di Singapura.

Ketika itu,UMNO mempunyai 3 kerusi Parlimen di Singapura.

Untuk menghapuskan politik orang Melayu di Singapura, Lee Kuan Yew mengambil hati orang Melau Singapura. Meletakkan Calon PAP Melayu vs Melayu UMNO.

Akhirnya UMNO tewas. Melayu PAP menang, malangnya pada pusingan kedua pilihanraya Melayu PAP telah "dikalahkan", dan sehingga hari ini sudah tidak ada lagi Melayu PAP.Tidak ada lagi Menteri Melayu.Melayu sudah hampir mati di Singapura.

CITA-CITA LEE KUAN YEW

on Thursday, May 7

1. MINGGU lepas dalam rancangan pagi Radio IKIM, seorang pemanggil menyatakan 1 Malaysia dengan Malaysian Malaysia sama sahaja.

2. Apa yang tidak difahami oleh pemanggil tersebut ialah antara ciri-ciri Malaysia Malaysia ialah menyamaratakan semua rakyat Malaysia, untuk menikmati kek yang ada, tanpa melihat latarbelakang sejarah, sosiobudaya, terutama graf ekonomi.

3. Matematiknya, jika kedudukan ekonomui orang Melayu sekarang 20%, Cina 80%, 10% India dan lain-lain, kek itu hendaklah diberi samarata juga.

4. Mudahnya, jika kapasiti UITM itu boleh menampung 30,000 pelajar setahun, ia hendaklah dibahagi samarata di antara Cina/Melayu/India.

5. Di dalam Malaysian Malaysia, tidak ada istilah keistimewaan sesuatu bangsa, ia adalah sama dan rata, bahasa politiknya adil dan saksama.

6. Jika begitu, bolehkah diwujudkan hanya satu TV saluran iaitu TV Bahasa Malaysia sahaja, satu sekolah Malaysian sahaja yakni tiada sekolah jenis kebangsaan, satu jenis suratkhabar sahaja yang menggunakan satu bahasa Malaysia sahaja.

Jika tidak boleh, maknanya Malaysian Malaysia ciptaan Lee Kuan Yew itu hanyalah Propaganda politik sahaja untuk membolehkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kata Tun Abdul Rahman Ya'kub, mantan Menteri Pelajaran di bawah Tunku,Lee Kuan Yew bila pergi keluar negeri memang dia membahasakan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia!

JARUM HALUS

on Wednesday, May 6

1. JIKA Husam menang Timbalan Presiden PAS Jun ini, maka cengkaman Anwar ke atas PAS semakin dominan, dengan Kamarudin Jaafar sudah memegang SU Agung.

2. Pusingan kedua pada tahun hadapan ialah Husam berpeluang bertanding jawatan Presiden, maka bermulalah 'pensekularan' PAS oleh kumpulan Erdogan Pro-Anwar.

3. Hanya Nik Abduh sedar keadaan ini, sebab itulah sebelum ayahnya bersara Nik Abduh berasa bertanggungjawab untuk mendedahkan proses sekularisasi PAS ini melalui slogan Pas For All, bukan lagi Membangun Bersama Islam atau Negara Islam. Kedua-dua slogan ini sudah berkubur.


4. Kelab Penyokong PAS ( KPP )
merupakan elemen dari luar yang akan merosakkan PAS dan orang Melayu dalam PAS. KPP umpama jarum halus, mereka akan masuk ke mana-mana pertubuhan Melayu, menyokong dan memberi dana, menjadi sebahagian daripada mereka , dan seterusnya menuntut itu dan ini.

5. Setakat ini 2 tuntutan KPP yang pernah disuarakan , iaitu menjadikan KPP sebuah sayap yang sama penting dengan Pemuda yang berperanan membuat keputusan, dan tuntutan kedua mempersoal kenapa timbulnya ' kerajaan perpaduan ' UMNO-PAS.

6. Di seluruh negara, mereka mula memasuki persatuan-persatuan penduduk Melayu, persatuan remaja, memberi dana, yang akhirnya mereka terbersetuju untuk mengundi mereka dan menolak UMNO ataupun PAS, dua parti dominan Melayu dan Islam.

7. Hanya mereka yang sedar akan mengerti. Sila baca buku " The Chinese Dilemma " dan " The Crisis Identity of Malaysia " tulisan Lim Kit Siang.

DIPLOMASI TUNKU MENGHADAPI DESAKAN

on Monday, May 4

1. SUATU masa dahulu, MCA pernah mengugut Tunku Abdul Rahman untuk keluar dari Perikatan ( BN ) kerana permintaan-permintaan MCA kepada Tunku, tetapi dijawab oleh Tunku, keluarlah kami dengan PAS bergabung perintah negara ini tanpa MCA.

2. MCA terkedu dan menarik balik ancamannya kepada Tunku, kata Tun Abdul Rahman Ya'kub, semasa pertemuan eksklusif penulis dengannya baru-baru ini.

3. Begitu juga ketika beberapa pemimpin Sarawak mahu keluar dari Malaysia kerana membantah kemasukan askar yang terlalu ramai dari Semenanjung. Mereka datang ke Kuala Lumpur untuk berbincang dengan Tunku.

4. Tunku meminta Tun Abdul Rahman Ya'kub membawa delegasi Sarawak itu berjalan-jalan keliling KL. Pada masa yang sama Tunku meminta Tun Rahman bertanya delegasi itu, kalau semua askar Semenanjung balik, siapa nak berdepan dengan Komunis yang begitu ramai di Sarawak ketika itu.

5. Selepas berfikir, mereka meminta Tun Rahman menyampaikan kepada Tunku mereka tidak jadi hendak bertemu Tunku, dan mereka bersetuju askar Semenanjung untuk kekal di Sarawak.

6. Jadi, kalau Timbalan Presiden MCA nak keluar ke pembangkang, biarlah, dia bukan Ahli Parlimen pun...bukan begitu.

Persoalannya, selepas menjadi Menteri Penuh dahulu, menjadi ahli parlimen, kini anaknya menjadi ahli parlimen, menikmati pelbagai keselesaan semasa dalam kerajaan...apakah harga maruahnya jika dia hendak keluar parti, begitukah cara dia hendak membayar harga dirinya, bagi penulis silakan jika itu niatnya...

7. Maka itu, jika UMNO-PAS bergabung alhamdulillah...kerana mereka hampir 90% sudah bergabung dari pintu belakang, tidak kira Dap,Mca atau Gerakan...Lihatlah buktinya di Bukit Gantang, tatkala orang Melayu hampir 70% bersatu di bawah UMNO, mereka pula 80% bersatu sebagai satu komuniti...

CALON UMNO PENANTI

on Sunday, May 3

1. TUN Dr. Mahathir Mohamad pernah kalah dalam PRU di Kedah, namun sudah ditakdirkan Allah SWT , maka Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.

2. DS Anwar Ibrahim melalui rangkaiannya di Amerika Syarikat terutamanya, melalui NED, FFF , dalam UMNO dulu melalui ABIM, dalam PAS melalui Erdogans, dalam PKR melalui IKD, boleh dikatakan paling gahlah dalam kalangan 27 Juta penduduk Malaysia, namun Allah SWT tidak mengizinkan Malaysia di perintah olehnya pada 16 September 2008.

3. Pada tahun 1960an, PAP sangat popular berbanding MCA di Tanah Melayu, maka Singapura meletakkan Calon-Calon PRU PAP di Tanah Melayu dari Cina Singapura, namun semuanya kalah kecuali Devan Nair di Bangsar.

4. Pada tahun 1985, Bendera dan penyokong Parti BERJAYA di Sabah bagaikan lautan manusia semasa hari penamaan calon, akhirnya tumbang di tangan PBS.

5. Pada tahun 2004, PAS hanya menang 2 kerusi sahaja di Kelantan menggambarkan BN ada peluang merampas Kelantan jika pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan mengubah sikap tidak berpuak-puak. Masalah PAS bacalah luahan hati Nik Abduh betapa berkocaknya PAS, hanya mereka bijak menafi-nafikannya.

6. UMNO khususnya hendaklah mengambil advantage perubahan sokongan orang-orang Melayu di Bukit Gantang daripada PAS kepada UMNO dengan meneruskan momentum itu.

Kena ingat hampir 70% pengundi Melayu mengundi UMNO di Bukit Gantang, PAS hanya menang undi Melayu tidak sampai 5 Pusat Mengundi, lainnya semua merosot. Kemenangan PAS hanya diberikan oleh pengundi DAP sahaja.

Di Penanti jika UMNO menang maka petanda Anwar dan PR mengalami proses merudum. PRU13 adalah penentu Anwar berjaya atau tidak. Jika PRU13 Pakatan Rakyat masih gagal maka mereka akan menjadi seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU ) dahulu, Gagasan Rakyat yang semuanya berkubur.

Jika UMNO kalah, majoriti PKR merudum dan statistik undi Melayu meningkat kepada UMNO seperti di Bukit Gantang, itu pun petanda UMNO punya peluang besar dalam PRU13. Malah dalam 20,000 undi UMNO semasa PRK Permatang Pauh dahulu hendaklah dihormati juga.

7. Maka itu, penulis mencadangkan UMNO meletakkan calonnya. Majoriti Fairuz dahulu hanya lebih 3,000 undi bukanlah besar. Siapakah Calon paling sesuai, pada hemat penulis Ketua Bahagiannya ( Abd. Jalil ) kerana beliau pernah menang di situ pada tahun 2004 ...

MENTERI KESIHATAN TIDAK BUAT HOMEWORK...

on Saturday, May 2



1. JAWAPAN Menteri Kesihatan mengenai rintihan Doktor-Doktor On Call di hospital kerajaan boleh menjadi back fire kepada pihak kerajaan.

Luahan segelintir Doktor seperti di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm, dan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

2. Ternyata Jawapan Menteri macam jawapan Pelajar Tingkatan 6 Rendah! Tidak ada homework, Tiada Turun Padang, Tiada Kaji Selidik, dan bolehlah diibaratkan sebagai jawapan Menteri yang kurang rajin! Jawapan Menteri hanya menyebabkan para Doktor marah dan memendam rasa .

Contohilah DS Najib Tun Razak naik komuter, masuk dalam warung Pudu Raya, pergi ke Petaling Street, masuk ke Bangsar, buat homework...

Perhatikan Tan Sri Muhyidin Yassin turun padang melihat Sungai dan parit yang tersumbat.

Lihatlah Dato Saziman dengan idea mengurangkan Tol.

Perhatikanlah betapa Rajinnya Senator Dato Murugiah selesaikan masalah penduduk di Sri Damansara, Lift Perumahan Sentul, CF Perumahan di Kelang, semua mereka buat homework...


4. Kata Menteri Kesihatan,..kes itu adalah terpencil dan ia mungkin terjadi di sesetengah hospital kerajaan yang kekurangan kakitangan perubatan...

Daripada pengalaman dan pengamatan penulis, kes ini bukan kes terpencil, malah boleh dikatakan melibatan hampir 100% doktor di hospital-hospital kerajaan. Adakah Menteri tahu, ada Doktor yang On Call 2 dan 3 kali seminggu...Soalnya mana Pelan nak tambah Doktor...Menteri Kesihatan kita tidak ada Idea baru.

5. Jelas Menteri Kesihatan lagi, "...
"Selain itu, hospital kerajaan mempunyai prosedur di mana setiap doktor hanya perlu bertugas secara on call sekali atau maksimum dua kali dalam masa seminggu,'' ..."

Apakah prosedur ini dipatuhi? Pernahkah Menteri Kesihatan Melihat Jadual On Call di hospital-hospital Kerajaan? Bagaimana jika ada Doktor yang Oncal selang 2 atau 3 hari?, penulis sangat yakin Menteri tidak buat homework!

6. Dan ini adalah backfire kepada para pembuat jadual On Call di Hospital Kerajaan, kerana kata Menteri Kesihatan, "...doktor terbabit berhak untuk memohon berehat sehari selepas menjalankan tugasnya.."

Jika perkara ini benar akan dilakukan, penulis yakin 100% Doktor Kerajaan akan mengundi BN di PRU13!, Sebabnya mudah, Kebajikan mereka telah dijaga. Yang berlaku sekarang kebajikan mereka Terabai.

Tapi adakah ia akan dilaksanakan atau atas kertas sahaja, jika dilaksanakan cukupkah Doktor untuk merawat pesakit rakyat Malaysia pada keesokan paginya?



7. Agaknya inilah masalah kalau Menteri Kesihatan bukan dari kalangan Doktor Perubatan...!

MENTERI WILAYAH - MINISTER OF THE YEAR?

on Friday, May 1


1. SEBAGAI rakyat, marilah kita mencabar secara baik supaya Menteri Wilayah Persekutuan meletakkan salah satu KPInya ialah Membangunkan dan Memodenkan Pasar Chow Kit!

2. Sejak merdeka sehingga sekarang Tidak ada Menteri yang berjaya merubah Pasar basah Chow Kit supaya nampak cantik, kemas, indah mata memandang dan menyegarkan.

3. Pasar basah Chow Kit satu-satunya Pasar basah warga kota sejak sebelum merdeka. Pasar ini dibuat daripada tiang-tiang kayu beroti, zink nipis dan di atas laluan jalan raya sebenarnya.

4. Negara kita sudah ada Menara KL, Menara Berkembar Petronas, Monorel, LRT, ERL, Komuter, KL Sentral, ....malangnya Pasar Raya Warga Kota masih di atas tapak Jalan raya, masih menggunakan atap Zink...



Bayangkan jika anda setinggi 170cm ke atas, jika saiz badan lebih besar, janganlah marah jika terlanggar troli orang lain. Semalam sahaja, seorang mak cik menjerit-jerit memarahi seorang apek yang terlanggar kakinya oleh troli besi...kasihan mak cik itu...

5. Semalam penulis makan roti canai di warung roti canai popular chow kit, kebetulan ada pelancong Jerman dan saya mengajaknya makan roti canai.

Mula-mula dia memuji ekonomi dan politik negara aman damai...kesimpulan terakhir satu aje,... Pasar Chow Kit indah khabar dari rupa katanya, kotor dan buruk...Jika kata-kata itu sampai ke telinga Menteri Wilayah, apa agaknya tindakannya?

Teringat ketika YTM Tunku Abd. Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu dan berpindah ke Rumah Kerajaan di Kuala Lumpur. Pada malam hari, hujan turun dengan lebatnya membasahi Tunku dan isterinya yang sedang nyenyak tidur....Bangun saja...peristiwa itu menaikkan semangat Tunku untuk menghalau Penjajah lebih awal daripada 10 tahun yang dijanjikan. Maka merdekalah kita pada 31 Ogos 1957.

6. Jika Raja Nong Chik boleh mengubah dan memodenkan Pasar basah Chow Kit.., dialah satu-satunya Menteri " Hari Ini Dalam Sejarah"...kerana Menteri-Menteri sebelum ini semuanya gagal belaka, hanya banyak pelan sahaja.

7. Warga kota bersetuju tak? Mohonlah sampaikan suara rakyat ini kepada Menteri Wilayah kita.

Jika banyak halangan, panggil sahaja Tan Sri Thing Pek King di Sarawak, khabarnya dia mampu membina KKIA dan Kuching tanpa menungu dana dari Kerajaan.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan